sayyidul istighfar



Friday, August 14, 2009

cinta..love..pyar..mohabbat..

'"begitu banyak cerita..ada suka ada duka..cinta yang ingin ku tulis..bukanlah cinta biasa.."

Cinta bagi wanie satu anugerah..cinta pada Allah, cinta pada Rasulullah..cinta pada diri, ibubapa dan keluarga,cinta sesama manusia n cinta pada alam yang diciptakanNya..
Ada orang x percaya pada cinta sesama manusia ( lelaki n perempuan)setelah dia kecewa dengan seseorang, ada orang cuba utk cari cinta baru bila dah putus cinta pertama, ada orang masih belum jumpa orang yang dapat memenuhkan hatinya, ada juga yang hanya menunggu jodohnya tanpa membuat apa2 persediaan..dan ada yang x tahu langsung dia dah jatuh cinta or hanya suka or hanya perasaan yang sekejap ada sekejap xde..mcm chipsmore..hu..
wani ada baca satu artikel..dah lama dh, tapi wanie masih simpan..:


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?Itu bukan Cinta, itu NAFSU. Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukaihatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?Yang demikian itulah namanya CINTA.


p/s; cinta kpd Allah dan rasul adalah cinta paling agung..jangan sesekali mengurangkan rasa cinta pada Nya disebabkan cinta yang mengkhayalkan sesama manusia..manusia sering lupa apa yang ada padanya sehinggalah dia kehilangannya, baru dia sedar betapa berharganya apa yang dia miliki sebelum ini..
Kepada yang masih ingin bercouple( tiada istilah couple dlm islam), jaga keperibadiaan mu.. jadilah wanita solehah yang indah seperti permata yang dibaluti beberapa helai kain yang diletakkan di dalam kotak dan disimpan di dalam almari berkunci..
Think positive..whatever..:)

1 comments:

Anonymous said...

cinta sejati,cinta hakiki dari DIA sejak azali..

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers