sayyidul istighfar



Wednesday, August 26, 2009

salam..

Terasa nak kongsi sesuatu pada malam ni..entahlah,mungkin ianya secara spontan ataupun hanya sekadar renungan dalam kenangan..apa2 pun,wanie mulakan dengan satu doa ni...

سم الله الرحمن الرحيم
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepadaMu. Bersatu dalam menyeru satu jalanMu dan berjanji setia untuk membela syariatMu. Maka Ya Allah eratkanlah ikatan pertaliannya. Abadikanlah kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya & penuhilah dengan cahayaMu yang tak pernah redup,lapangkanlah dadanya dengan iman dan keindahan tawakal kepadaMu,hidupkanlah dengan makrifatMu & matikanlah dalam syahid di jalanMu, Sesungguhnya Engkau sebaik baik pelindung dan penolong..”amiin

Walau apa yang berlaku, terima sahaja dengan ikhlas dan redha..kerana hikmahnya mungkin tersembunyi disebalik keikhlasan dan keredhaan hati kita..sungguhpun kita rasai keperitan, kesedihan dan kelemahan diri.hmm, mungkin dulu kita xpernah sedar kesalahan yang kita lakukan sehingga mungkin kesannya kita baru rasa hari ini. Semalam mungkin berbeza dengan hari ini..tak semua yang kita harapkan dengan mudahnya kita dapat. mungkin ianya ujian yang mesti kita tempuhi sebelum mendapat halawah yang ditakdirkan untuk kita kan.. Bila gagah melangkah, hati membunga riang, sesekali rebah, sakitnya tidak tertahan..kerana ianya memerlukan pengorbanan,teruskanlah berjalan menuju kehadapan..Bila cinta dianggap anugerah, raihlah ia dengan restu Allah..sesekali diri diuji,ianya untuk mematangkan diri,mengajar diri,memujuk diri untuk menjadi insan yang mendambakan cinta Allah suatu hari nanti..

"Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..Jika keampunan yang didamba,gerbangnya setia menanti..Usah gusar dugaan dihadapan..andai hati nekad mengejar Cinta Ilahi..." tu adalah kata-kata yang wanie ambil dari artikel2 islam..

'bersama kita mengusahakan iman..' kata2 ini adalah dari salah seorang sahabat wanie yang banyak membantu diri ini mengenali erti cinta dan...pengorbanan.


p/s: Jika kenangan yang dibina dirasakan kembali, jika sesuatu perasaan yang hadir,datang dgn tiba2 setelah berfikir tentangnya, kuatkan diri untuk mempercayainya sebagai petunjuk dari Allah..hanya hati memahami..hmm,hidup mesti selalu ceria ! :)

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers