sayyidul istighfar



Tuesday, September 15, 2009

cerita tentang bas mini..

Alkisahnya..hari ni, wanie dan coursemate,Maszeni pergi 'window shopping' kat Kajang..huh,kajang? Sebenarnya, 'plan' nak pergi SOGO @ masjid India..tetapi setelah berfikir banyak kali ditambah pula dengan bas 'rapid' ( sekali lagi) yang tidak muncul-muncul, menjadikan kami terasa hilang sabar..( sabar wanie, ni kan bulan puasa..hu,mana tak nya, dari pukul 11 tunggu sampai kul 12 lebih pun bas masih tak ada )..jadi, kami pun 'decided' untuk naik bas "letak dan naik" @ park and ride( macam sistem bas dalam Putrajaya gitu)..dan naik bas mini pula..cerita pasal bas mini, membuat wanie tergelak..'first time' naik masa tahun satu..dan ini kali kedua naik bas mini Kajang..bukan nak tergelak sebab namanya,tapi bila berada dalam bas tu, rasa macam bumi mengalami gegaran sementara waktu..laju bukan main pemandu bas mini pandu bas tu..wanie cuba duduk diam2 dan sopan tapi memang tak boleh kawal..kena jaga tudung supaya tidak terbang..ha2..bila nak melencong, bas tu seakan-akan nak terbalik jika dilihat dari pandangan luar( padahal bas mini kecik je..)..kiranya, wanie selalu tergelak bila tengok macam2 aksi penumpang..ada satu tempat tu, masa bas tu pecut,'then' tiba2 brek dengan agak kuat membuatkan makcik tu nak terjatuh dari tempat duduk dia..lucu tapi agak bahaya juga..mungkin ni 'trade mark' bas mini..ha2..walau apapun, kami bersyukur sebab dapat sampai ke destinasi yang hendak dituju..
Hmm, sudah lama tak berkunjung ke Metro Kajang ni.Ada perubahan nampaknya..hm, sebenarnya wanie nak cari jubah yang cantik kat sini( tambah koleksi baju raya ;P)..tapi, pusing2 tak ada yang berkenan..hmm, mungkin tak menepati dengan citarasa datin..hee..mas pun sama..dia pun nak beli jubah jgk..tapi mungkin citarasa kami sama, so sukar nak mencari yang terbaik..tapi, walaupun tak jumpa benda yang nak dicari, tapi kami 'tak lupa' untuk membeli barang sampingan yang lain..hm,keadaan dalam Metro dan luar Metro tak sesibuk yang disangka.mungkin ramai yang sudah pulang ke kampung menyambut hari raya..hm,insyaAllah wanie balik kg hari Khamis nanti..tak sabar rasanya, nak kemas rumah, tolong mama buat kuih raya sambil dengar lagu raya..hee..
Oh ya, sambungan cerita tadi..kami pulang pukul 2 lbh..kami naik rapid..ooh,rupa-rupanya bas rapid yg ditunggu-tunggu tadi tidak muncul2 kerana ia rosak..patutlah..dalam perjalanan pulang bas rapid tu tiba2 ditahan oleh ramai budak UKM..dalam hati kami kenapa budak UKM kat tepi jalan macam ni..macam ditinggalkan..

Wanie membuat anggapan sendiri yang "mungkin bas rapid rosak kat situ dan mereka ditinggalkan kat situ sementara menunggu bas rapid yang lain untuk menyelamatkan mereka..he.." Huh..jalan2 ngan mas seronok sgt..kami bercadang untuk berbuka puasa sama2 ptg nanti kat Restoran Al-Ikhwan, Bangi..kat situ macam2 jenis nasi ayam ada..sedap sangat..sambil menunggu waktu berbuka, kami sempat ambil gambar sendiri..klik!

Selepas berbuka, kami 'merempit' ( kami bukan minah rempit) pulang ke UKM dengan perasaan yang gembira kerana dapat menghabiskan hari ini bersama-sama dan berbuka dengan Nasi Ayam Hainan Black Paper yang sungguh sedap! betul tak Mas?:)

p/s: memang setiap kali ternampak bas mini mesti tersenyum sendiri..lucu!

1 comments:

Anonymous said...

wanie, lucu2...mase dl2 mas slalu jg nek bus mini gi pasr mlm,lucu memang lucu dn yg lucunya lagi bila ade belok @ nk masuk simpang, memang cam naik roller coaster lak..kui kui..
wanie, thanx being my friend, i'm appreciate our friendship n Salam I'dilfitri, maaf zahir batin...

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers