sayyidul istighfar



Wednesday, September 16, 2009

syoknya raya!

satu hari di hari raya..
ku terdengar irama yang sungguh indah..
ku cuba mendekati padanya..
kira irama itu adalah..
suara pujian pada Yang Esa..

Sekarang memang mood raya..lagu raya dapat didengar di mana jua..di pasar raya, di mall, di kedai- kedai, tak ketinggalan juga di dalam bilik wanie..hee..hm,sebut pasal raya ni kan, banyak peristiwa dan kisah yang boleh dikenangkan setiap kali raya tiba..boleh jg wanie kongsi kat sini tentang cerita wanie..
Hmm,masa kecik-kecik dulu, kalau dapat duit raya terus simpan dan bila tetamu pulang, wanie dan adik wanie akan kira siapa yang lebih banyak dapat..kadang-kadang kira yang sama..ha2
Masa wanie kecik2 jgk(5 tahun), wanie dpt banyak duit raya.then, ada seseorang tukar duit syiling yang wanie dapat dengan duit kertas yang sama jumlahnya..pemikiran masa tu ingat duit dah jadi sikit, so wanie menangis duit dah jadi sikit..

Pastu abah wanie keluarkan duit syiling dan gantikan yang baru..so senyap la wanie..( haiz...malunya)..terima kasih abah..

Masa Wan( arwah datuk) masih ada, kami sepupu2 main bunga api setiap malam..bunga api yang paling wanie suka ialah yang dapat keluarkan banyak warna tu, bunga api yang ada gambar kucing kat pembalut tu dan yang warna merah belang2 tu..(begitu detail 'describe'). Pada satu malam kan, wanie main dengan riang seperti biasa tapi, malang tidak berbau..wanie terpijak percikan api yang masih berbara sikit2..melecur sikit kaki wanie dan kesannya pada tapak kaki agak lama sampai sekolah menengah pun masih ada kesan tu..( dasyat tak dasyat)..

Haa..yang ni nak cerita pengalaman masa kat matrik plk, wani dan 9 orang rakan dari sekolah dan negeri yang sama,balik lambat ke rumah sebab kami nak balik dgn keretapi..so,malam tu kami 'plan' nak main mercun yang dibeli di Bazar Ramadhan Kuala Pilah..apabila siap strategi yang terakhir untuk menyalakan mercun itu,tiba2 'dhoomm!!...(tak la kuat sgt bunyi)..tapi bunyi itu diiringi oleh bunyi motorsikal seseorang...teka siapa? Pak Guard Kolej!! kami lari sembunyikan diri..Wani yang hanya tumpang memerhatikan kawan main (serius, memang tak main pun..) turut melarikan diri..masa tu punyalah takut sebab memang mercun 'is prohibited'! Kawan yang menjadi 'dalang'( maaf jika perkataan tidak sesuai,hee..) meminta maaf kalau2 malam tu kami didenda..kami bersembunyi di dalam bilik dan memerhatikan gerak geri Pak Guard tu mengutip mercun dan bunga api yang tidak sempat kami selamatkan..huu..dan lebih dasyat lagi, jeng3..pak cik tu menuju ke rumah Felo asrama..

Malam tu semua tak lena tidur..bimbang kalau2 dipanggil Felo..tragis sungguh! tapi, syukur..malam itu berlalu seperti biasa..(dalam bilik macam 'refugee' pulak rasa)..keesokannya, kami pulang ke rumah beraya dengan gembira dan bersyukur.. memang kami akan tergelak bila bercerita tentang pengalaman budak Naim kat KMNS..

Ada banyak lagi peristiwa raya, tapi cukuplah yang ini wanie taip..hee..yang pastinya, para sahabat sekalian tentu mempunyai pelbagai pengalaman raya yang korang ingat dari kecik sampailah dewasa ni..Oh ya, duit raya yang Wanie dan adik-adik dapat dan kumpulkan tu,kami simpan dan ada juga yang kami guna..guna untuk beli barangan sekolah macam barang yang kami nak,tapi tak nak minta abah atau mama belikan, kami guna duit tu la..
p/s: Dikesempatan ini,wanie ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri wanie. Andai terlanjur kata terlebih bicara,harap dimaafkan dan semoga lebaran kali ini dapat menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhingga. Harapan juga semoga diri kita dan keluarga serta sahabat handai berada dalam keadaan yang bahagia dan dilimpahi 'rahman dan rahmat' Allah SWT.. hmm..semoga bergembira di hari raya, selamat tinggal Ramadhan bulan barakah..Ku berharap akan bertemu lagi di Ramadhan yang seterusnya..amiin..last but not least..

1 comments:

Ivy James said...

selamat hari raya! maaf zahir batin.

p/s : jangan main mercun ;p

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers