sayyidul istighfar



Sunday, October 11, 2009

cikgu@muallim@teacher@gokusen..

Semua orang ada cikgu..xkira lah cikgu secara formal atau xformal.hm,xformal? cikgu xformal ni termasuklah orang yang telah memberikan kita ilmu (yg baik) walaupun orang itu bkn guru kat sekolah. semua org blh jadi guru. guru kpd adik,guru kpd kwn dll. Mungkin senangnya untuk mendapat title 'cikgu' menjadikan sesetengah golongan merendah2 kan profesion guru.Betul ke? Bak kata Nabil lagi sekali, 'lu pikir la sendiri'..tapi kenapa masih ada yg beranggapan jadi cikgu ni satu pekerjaan yg 'setakat hbs SPM' saja, ataupun pekerjaan yang tak dipandang sgt la..wanie bkn nak membela nasib golongan guru disebabkan wanie bakal jadi cikgu. Tetapi selalu sgt dgr tntg rungutan terhadap profesion perguruan ini. Bukan sesetengah org awam shj yang memandang rendah terhadap cikgu2 ni, malah, pelajar sendiri pun ada yang merasakan guru ni hanya sekadar bekerja di sekolah. Adakah mereka tidak tahu yang ilmu guru itu berkat? jika cikgu yang mengajar kamu tidak rela dgn ilmu yg diajarkan, macam mana kamu hndak jwb di akhirat kelak tntg ilmu2 yang kamu dpt? Yang menjadi hairannya lagi, sesetengah ibu bapa juga ada yang terang2 merendahkan guru..tak baik dan tak sopan la berkelakuan sedemikian. anak-anak yang nak dapatkan ilmu yang berkat bertukar menjadi sebaliknya plk sb guru2 merasa terkilan dgn kata2 itu. Nauzubillah..

Pernah juga wanie terdengar kata2 seorang pljr yang satu kuliah Biologi (masa tahun dua) ngan Wanie..sungguh tidak menjaga hati ini, lbh kurang mcm ni: 'ooh,awak cikgu ya..nanti blh sambung jd pensyarah la, tinggi sikit'..hello, ingat Fakulti Pendidikan UKM sesuka hati ambk pljr pendidikan? kalau tak dpt 3.50 ke atas masa MATRIK or STPM, xdpt masuk Fakulti ni tau..huh, semakin beremosi nampaknya cik wanie kali ni

Bukan apa, disebabkan ramai yg beranggapan seperti ini yg menyebabkan profesion perguruan hanya menjadi pilihan setelah tidak dapat pekerjaan yang sesuai dgn kursus2 yg diambil pada mulanya. Ini secara x langsung akan menambahkan bilangan guru yg sudah sedia ada bersaing dalam dunia pendidikan.Diharapkan pada golongan yang berfikiran seperti di atas agar mengubah persepsi anda. Guru bkn mahu diagung2kan secara berlebihan tetapi cukuplah dihormati dan dijaga hatinya. Ingatkah kata-kata ini? "Guru adalah ibubapa di sekolah" .hmm, jikalau tiada orang yang bijak pandai menjadi cikgu, siapa yang hendak mengajar seseorang menjadi doktor, peguam dan ilmuan lain?Walauapapun, bagi wanie, menjadi guru mmg cita-cita dari kecil. Semoga cita-cita ini diberkati dan diperkenankan oleh Allah.

Niat menyampaikan ilmu2 Allah adalah mulia dan jgn sesekali berfikir ia hanya untuk mendapatkan gaji setiap bulan untuk menampung kehidupan..

p/s: Tidak berniat untuk menyinggung mana2 pihak. sekadar meluahkan pendapat suara bakal guru.

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers