sayyidul istighfar



Monday, October 19, 2009

syurga cinta..

Alhamdulillah..wanie dapat menyiapkan 'pengeditan' tesis untuk mlm ni. Hari Jumaat ni bolehlah hantar pada En. Yusoff..Hm, dalam beberapa minggu lps (sebenarnya dah lama), wanie ada tgk cerita 'syurga cinta'..(tgk kat bilik je) Lakonan Awal, Heliza, Haziq dll..best jgk ceritanya..berunsurkan islam dan sesuai ditonton seisi keluarga..kononnya, kawan2 si Irham @ Am mencabarnya untuk memikat gadis bertudung n sopan yang merupakan seorang cikgu. Cikgu syuhada ni cikgu kepada ikmal..(haih..begitu plk jln ceritanya..)Then, byk cara si Am ni buat dgn dibantu oleh adiknya ikmal untuk memikat cikgu syuhada..lawak la Haziq bila dia 'act' like a man..Am ni hidupnya penuh dengan hiburan melampau, pergaulan bebas..agak susah la nak pikat cikgu syuhada ni..klimaksnya, bila cikgu tu tau tujuan sbnr Am..lastly, dia sedar dan kembali ke pangkal jln..Oh ya, apa yang menarik hati wanie bila tgk cerita ni ialah pada masa atuk cikgu syuhada memberi nasihat pada Am tentang jodoh..lebih kurang mcm ni lah:
Jodoh tu terbahagi kepada 3:
1. jodoh dari syaitan-lelaki dan perempuan bertemu, berpegangan tangan dan melakukan maksiat. Akhirnya, berlaku perkara yang tidak diingini. Sebagai menutup malu, mereka berkahwin.

2. jodoh dari jin-lelaki dan perempuan berkenalan tetapi salah seorang shj suka (katakan lelaki yang suka perempuan tu)manakala seorang lagi tak suka. Jadi, lelaki tu bomohkan atau sihirkan perempuan tu sampai perempuan tu suka. Akhirnya, mereka berkahwin.

3.jodoh dari Allah-dua2 berpandangan terus menusuk ke kalbu. Lalu, lelaki itu terus masuk meminang, perempuan itu menerimanya dan mereka berkahwin. InsyaAllah, berkekalan..
Hmm..bagus juga cerita yang ada pengajaran mcm ni..sekurang-kurangnya ia dpt memberi kita kesedaran tentang kehidupan. Bagi wanie, jika kita mahukan seseorang yang terbaik untuk dianugerahkan oleh Allah kpd kita, kita hendaklah selalu menjaga diri sendiri sebaik mungkin,sebagai persediaan menjalani kehidupan berkeluarga yang diidam-idamkan. Ini kerana setiap perbuatan yang baik, keinginan yang baik tentunya akan dibalas baik oleh Allah..jadi, selalulah berdoa ya!

p/s: wanie pernah terbaca ayat dari artikel (lupa kat mana) yg mengatakan: Curahkanlah dan berilah kasih sayang mu kepada kedua ibu bapa mu kerana mereka layak dan berhak dikasihi dan di sayangi oleh mu..drpd kamu memberi kasih syg mu yang berlebihan kpd yang tidak/ belum berhak ke atas mu..:)

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers