sayyidul istighfar



Saturday, December 26, 2009

Hari 'Asyura..

Sedar tak sedar, kita semua sudah menghampiri hari yang begitu bersejarah bagi Umat Islam.. ya, kita masih di bulan Muharam dan hari yang penting yang wanie maksudkan ialah 10 Muharam iaitu bersamaan dengan 27 Disember 2009. esok! hmm...tentu ramai yang sudah berkira-kira hendak puasa kan..bagusnya.. Pada hari istimewa sebegini kita disunatkan puasa, besar pahalanya..kalau di kampung-kampung atau di kebanyakan tempat lain, mereka akan bergotong royong mengadakan bubur asyura..sedap kan? hee..
ok la, untuk post kali ini, wanie nak cerita sedikit tentang 10 muharam ni..jom baca..

10 muharam juga dipanggil hari 'Asyura iaitu yang bermaksud hari yang kesepuluh.
Pada 10 Muharam telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.


  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.  


  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.  


  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.  


  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.  


  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.


  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.  


  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.  


  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.  


  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.  


  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.  


  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.


  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.  


  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.  


  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.


  16. Allah menjadikan 'Arasy.


  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.


  18. Allah menjadikan alam.


  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.


  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Subhanallah..hm, sekarang kita sudah tahu apa yang berlaku pada 10 Muharam sehingga dijadikan hari yang sangat bermakna..tapi apakah amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari tersebut selain berpuasa? hm..mengikut sumber bacaan, antara amalan yang boleh dilakukan pada hari ini ialah..wanie senaraikan 10 daripadanya iaitu:

  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.



  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."


  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

hmm..ini tidak bermakna pada hari-hari yang lain kita tidak berbuat kebaikan..umat islam kan diajar untuk sentiasa berbuat baik.sifat mazmumah hendaklah dijauhi agar sifat mahmudah senang mendekati kita..
selamat menyambut Hari 'Asyura..:)

3 comments:

mh said...

hee.. jom puasa..

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

ya..jom..insyaAllah..tapi jauhnya nak belanja dia..nanti2 lah ya..:)

masz said...

selamat berpuasa hari asyura...

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers