sayyidul istighfar



Saturday, December 5, 2009

insan berjasa..

‘Duhai apakah gerangan budi balasan..bagi insan..melahir dan membesarkan..bercucuran air mata bila mengenangkan..betapakah besar budi ibunda berikan..tiada bahagia jika tiada doa puja restu..syurga itu di telapak kaki ibu…’
Lirik lagu ini begitu sinonim jika kita mendengar dan menonton cerita tentang ibu kan..ya, ianya sangat menyentuh hati..Ya Allah, berkatilah kedua ibubapaku.. Salam ukhuwah..rasanya sudah lama wanie tidak berkongsi pelbagai tip menarik dengan sahabat sekalian serta pengunjung blog bintang hati dalam mengharungi hidup ini. Kali ini wanie ingin sekali berkongsi tip-tip bagaimana hendak menjadi anak soleh/solehah dengan memenangi hati ibubapa kita. Kita merupakan anak kepada ibubapa kita, insan berjasa. Dilahirkan dengan penuh rasa kasih sayang, cinta dan kesyukuran. Apa yang perlu kita buat untuk membahagiakan mereka? Mereka sudah banyak menabur jasa, marilah kita berdoa supaya kita tidak lupa akan jasa insan bergelar ibubapa ini..
Tip ini wanie perolehi dari buku bacaan harian..jom kita baca!



1. Berbicara dengan lembut dan tidak menyakitkan hati. Panggillah mereka dengan selembut mungkin..

2. Tidak mengalihkan pandangan dan wajah. Jika berbicara, hendaklah kita memandang wajah mereka dan memahami mereka..


3. Tidak berjalan di hadapan ibubapa tanpa minta izin. Sungguh tidak sopan jika kita tidak meminta izin mereka terlebih dahulu. Seeloknya, tundukkan sedikit kepala ketika berjalan dihadapan mereka..


4. Jangan mendahulukan diri sendiri. Ini termasuklah ketika makan, berjalan dan seumpamanya..


5. Menjadi penyejuk mata. Kita umpama duta ibubapa kita. Jagalah peribadi diri dengan berakhlak mulia supaya pahalanya dapat kita hadiahkan buat mereka.


6. Tidak merendah dan menghina mereka. Jangan sekali-kali memperlekehkan mereka walaupun mereka tidak mampu, kerana jika mereka tidak redha, Allah pun tidak akan redha..


7. Mengurus dengan baik dan jangan terlalu berkira



9. Segerakan permintaan mereka. Jika diminta untuk membuat sesuatu perkara, janganlah cuba mencari alasan untuk mengelak. Jika terpaksa untuk membuat kerja lain terlebih dahulu, beritahu mereka dengan lembut dan baik..


10. Segera menyahut panggilan. Apabila ibu memanggil kita,walhal kita sedang bersolat sunat, kita hendaklah menyahut panggilan ibu terlebih dahulu ya..



11. Lakukan sesuatu yang mengembirakan hati ibu bapa. Tidak perlu mencari sebab yang besar untuk mereka gembira kerana mereka begitu gembira jika anak-anak mendapat kejayaan walaupun ianya kecil sahaja. Itulah ibubapa. Sesekali memeluk mereka dan mengucapkan kata-kata sayang kepada mereka sudah tentu membuatkan mereka sangat dihargai dan melambangkan betapa eratnya anak-anak dan ibubapa mereka..



Rasulullah junjungan kita sangat menyukai umatnya yang berbuat baik kepada ibu bapa, samaada yang masih ada mahupun yang telah meninggal dunia.


Nak dengar cerita di zaman nabi? Tapi ringkas sahaja lah..hm, ada seorang lelaki ni, sangat berlemah lembut dengan ibunya..ketika bercakap dengan ibu, orang yang melihatnya akan mengatakan beliau sakit, sedangkan beliau sedang berbicara dengan begitu lemah lembut dan hormat pada ibunya..subhanallah..

Cerita yang kedua pula, ada seorang lelaki ni kan, namanya Abul Hasan Ali. Beliau sangat menghormati ibu dan bapanya..tetapi sahabatnya berasa hairan kerana beliau tidak makan bersama ibubapanya,lalu mereka bertanya kenapa beliau tidak mahu makan bersama orang tuanya..lelaki itu menjawab ‘ aku takut aku yang menjamah makanan itu dahulu sebelum ibuku walhal ibuku yang melihat makanan itu terlebih dahulu..' Subhanallah..

Semoga post wanie kali ni memberi kita panduan dan semangat kepada diri sendiri untuk berbakti kepada ayah dan ibu ya..eh, semangat? Hmm ya, kan kita umpama duta kepada ibu bapa kita..
waah, ramai yang sedang senyum dan angguk-angguk tu..ini bermakna anda sangat memahaminya kan? Apa lagi, jom kita praktikannya..


p/s: panjangnya.. hehe..untuk peringatan kepada wanie sebagai insan biasa..mama, abah..
8. Penuhi hajat ibu bapa semampu yang boleh. Jika kita mampu dan tidak menyalahi hukum, kita hendaklah memenuhi hajat mereka sebaiknya. Sewaktu kita kecil, begitu banyak permintaan kita pun, mereka boleh tunaikan untuk kita..kita?Jika kita mahu dan impikan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan menghiasi kehidupan kita kelak, kita hendaklah terlebih dahulu memuliakan ibubapa kita dengan sebaiknya.. samalah seperti, buat baik dibalas baik dan sebaliknya, sebagai anak, wajib kita mentaati kedua orang tua, mendoakan mereka dan berbuat baik kepada mereka..kan syurga di bawah telapak kaki ibu..senangnya apabila mendengar dan berkata, tetapi ia menjadi susah jika kita membiarkannya begitu sahaja. dan sesungguhnya keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ayah dan ibu..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers