sayyidul istighfar



Monday, December 21, 2009

Lagu kami..

Termenung seketika memikirkan apa yang hendak diceritakan kali ini. Hari ni sungguh memenatkan. Dari pagi hingga ke petang sibuk mengemas dan menyusun atur barang-barang dari stor, naik turun tangga..ah, biasalah baru mula semester. Jadi, perlulah mengemas bilik seperti biasa. Tadi, ada seorang makcik warga Indonesia yang berkerja membersihkan blok sempat menolong wanie mengangkat beg dari tangga bawah. Berat beg tu. Mak cik tersebut memang baik dengan wanie dan kebetulan masa tu, wanie pun sedang mengangkut beg yang besar juga. Apabila melihat wanie berusaha membawa satu bes besar itu, makcik dengan mesra hendak menolong walaupun wanie cuba menolak pada mulanya. hmm, terima kasih mak cik..Alhamdulillah ada yang dapat menolong. hm..kini, semuanya sudah disusun atur mengikut cita rasa sendiri sebagai seorang penggemar 'decoration'..semuanya kelihatan berona hampir sekata dengan satu warna.hm..
Selepas makan malam bersama Ifa tadi, kami pergi melihat junior berlatih kawad kaki. Nampaknya ada peningkatan. ah, malam esok kami diminta oleh para junior dan juga Kak Amy untuk menyanyikan lagu PPC batch kami. Kata Kak Amy, lagu PPC batch kami 'best'..hee..tapi, yang tinggal dua orang saja..wanie dan ifa. izni ada peperiksaan pula keesokan harinya. Harap pushpa dapat sertai juga..hm, nyanyi saja lah..lagipun dari semester lepas mereka cuba memujuk. Maklumlah lagu istimewa semua mahu mendengarnya..ha2..gurau saja..kepada jess, pai, teng, pushpa, nashriq, faizal, ati, nurul, seet yee..( 1 malaysia kan?)
kami selalu rindukan kamu semua..

"awal pertemuan kami tak kenali...kami sering tertanya-tanya..apakah itu PPC..mengapa kami di sini...?"

sambungannya...?
intro sahaja tu..hee..

hm..esok ada kuliah pagi..baik wanie rehatkan diri sekarang..daa..
p/s:kuliah 'kepelbagaian biologi' :)

2 comments:

Badio Sulaiman said...

sy cadangkn nyanyi lepas diaorg habis latihan kawad, sb takut hari hujan plk

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

huh..suara komersial ni..

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers