sayyidul istighfar



Saturday, January 30, 2010

Istana untuk ayah

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Istimewa sekali lirik lagu dari Sharifah Aini ini. Lagu dedikasi untuk kedua ibu bapa..Ibu, permata tiada tandingan. Segala susah senang, suka dan duka ditanggung ibu dalam membesarkan anaknya..Waktu dalam kandungan, Allah sahaja yang tahu betapa semangatnya ibu ingin melihat anak dilahirkan. Tekun mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran supaya zuriatnya itu mendapat rahmatNya jua. Dijaga pemakanan supaya bayinya sihat..Walau berbadan dua, kewajipan sebagai isteri tidak dilupakan..Makan pakai suami tetap dijaga, rumah dikemas rapi seperti sedia kala..ah, hebatnya insan bergelar ibu..
 Kasihnya ayah rela berkorban, membanting tulang, memerah keringat mencari rezeki..Mungkin ada kala ayah tidak mendapat upah seharian bekerja, namun dia tetap pulang dengan wajah ceria, mengubat hati keluarga yang menunggu dengan setia..Ayah sabar dalam karenah anak-anak..Kuatnya ayah seharian bekerja tetapi masih menunaikan tahajjud sepertiga malam. Memberi ilmu agama pada anak-anak supaya menjadi hambaNya yang soleh berbakti..ah, mulianya insan bernama ayah..

Wanie pernah menonton drama melayu yang disiarkan di TV3 suatu ketika dulu..cerita tentang ayah. Di sebuah kampung, tinggal dua beranak yang kehidupan mereka bergantung kepada hasil penat jerih si ayah sebagai seorang penarik beca. Setiap hari mengambil dan membawa penumpang ke destinasi yang diminta. Setiap kayuhan sungguh bermakna, walau terpaksa berkeringat di bawah sang mentari, tapi itulah periuk nasi mereka dua beranak. Kalau ada penumpang mahu menaiki becanya, adalah upahnya. Si anak tahu kesusahan mereka. Dibuatnya kuih untuk dijual di warung berdekatan rumah..kuih-muihnya laku..sedap kata orang kampung..hmm..rezeki dari Allah ada di mana-mana kan..Ada ketika ayahnya jatuh sakit. Jadi, terbiarlah beca di halaman rumah. Tetapi, dengan semangat yang ada, si anak yang menggantikan ayahnya mengayuh beca..Seorang perempuan mengayuh beca, hebatkan? Pada suatu hari, si anak terbaca tentang peraduan menulis cerpen untuk ayah sempena menyambut hari bapa..Dikarangnya cerita tentang ayahnya insan yang amat dikaguminya..benar, dia amat memandang tinggi ayahnya dalam membesarkannya, mendidik dan menjaganya tanpa isteri di sisi. Selepas siap karyanya, tidak diharap pun akan menang kerana peraduan tersebut terbuka kepada semua orang..difikirannya, mesti ramai lagi yang mempunyai bakat menulis dan menulis tentang ayah-ayah mereka yang berjaya, kaya dan dikenali ramai..Tetapi, dia tetap mengeposkan dengan hati yang gembira...Walaupun miskin, ayahnya tetap mementingkan pelajaran anaknya..masa si anaknya masih bersekolah, pernah dikatakan kepada ayahnya yang suatu hari nanti dia akan membeli rumah yang besar khas untuk ayah sambil menunjukkan sebuah rumah besar kepada ayahnya..ayahnya tersenyum.
Keadaan masyarakat kampung yang ada di antaranya begitu sombong seringkali memperkecilkan keluarga dua beranak itu. Dipinjamkan wang tapi sangat 'kedekut' dan sangat memandang hina dua beranak itu..haih..sikap manusia berbeza-beza..yang bakhil, tersangatlah bakhil pula..nauzubillah..
Suatu hari, si anak mendapat kejutan yang dia telah memenangi hadiah tempat pertama untuk pertandingan cerpen hari bapa..ah, apa lagi dipanggilnya si ayah kebanggaanya itu dan menceritakan segalanya. Hadiahnya? dia dapat sejumlah wang  untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi..wah..gembira bukan kepalang si anak tetapi dukanya tetap ada bila terpaksa meninggalkan ayah di rumah. Demi mencari ilmu dan sokongan ayah, dia pergi mencari ilmu dengan harapan yang tinggi..Sampai satu ketika, dia pulang ingin memberikan satu khabar gembira buat ayah..ayahnya tercengang hadiah apa pula yang ingin diberikan oleh anaknya itu..Setibanya di satu tempat, anaknya membuka ikatan pada mata ayahnya dan...di saat itu ayahnya terkejut dan terharu kerana sebuah rumah besar dihadiahkan untuknya seperti yang dijanjikan oleh anak yang dikasihinya itu..Pertama kali merasa berada di rumah besar itu yang tidak pernah diimpikan selama ini. Alhamdulillah..itulah istana untuk ayah..
p/s: Anda semestinya teringatkan kedua ibu bapa anda juga kan? hmm..apa lagi jom doakan untuk ibu bapa kita kesejahteraan dunia dan akhirat..:)
Kakak sayang mama dan abah...love you so much!


0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers