sayyidul istighfar



Wednesday, February 3, 2010

REZEKI HALAL..

Alhamdulillah..malam ni wanie dapat siapkan tutorial untuk subjek sains kehidupan yang akan dibentangkan pada hari Isnin depan, insyaAllah..hmm..pasal keusahawanan..pembiayaan modal sesebuah perniagaan. eh, kenapa wanie tiba-tiba belajar tentang itu? hee..sebenarnya memang fakulti pendidikan UKM menawarkan kursus tersebut dan ianya kursus wajib bagi pelajar tahun 4..hmm..bagus kan subjek sebegini diadakan kerana ia membuka peluang kita meneroka bidang yang kadang-kadang kita rasa susah untuk dilakukan. Walaupun akhirnya bergelar seorang guru, tidak bermakna kita tidak boleh buat kerja sampingan lain kan? haa..dengan pengetahuan sebeginilah dapat menjadikan pengalaman sebagai kelebihan setelah kita bergraduan nanti. oh ya, sebut saja pasal modal tadi, tentu ada yang pening kepala. ye la, niat nak berniaga memang ada, tapi masalahnya modal pula kan..hmm..tapi wanie bukanlah nak bercerita tentang modal perniagaan di sini. lagipun, ilmu belum cukup untuk membincangkannya. sikit-sikit tu bolehlah..ehehe..

oh ya, orang berniaga ni cepat kaya kan? opps..bukan semua tapi majoritinya..kenapa mereka cepat kaya? kenapa orang-orang kaya datangnya dari golongan mereka yang menceburi bidang perniagaan? haa..jangan pening-pening, Rasulullah saw, junjungan kita sendiri pun menggalakkan kita berniaga kan? 9 dari 10 pintu rezeki datangnya dari berniaga..wah..teruja? memang pun..tapi, mesti diingat, bila berniaga, etika tu mesti ada..di samping keuntungan yang diperolehi, jangan lupa kewajipan sebagai muslim pula..selain itu, kalau nak jadi usahawan, biar betul-betul jadi..kena bersungguh-sungguh la maksudnya. Dalam buku karya Dr HM Tuah misalnya, ada menceritakan perihal seorang yang menjadi terkenal kerana berniaga tapai..ya, tapai..nak berjaya, kena usaha dan usahawan tapai itu memang sudah buktikannya dan tapainya menjadi sebutan di tempatnya dan juga kebanyakan tempat lain..hmm..ada satu perkara menarik tentang sebuah restoran di Bandar Kota Bharu. Ia diceritakan oleh abah wanie dan wanie pun pernah menikmati makanan di situ suatu ketika dahulu..restoran tu sebenarnya kedai kopi biasa sahaja..tapi keistimewaannya ialah 'trademark' kedai itu..tentang milo..air milo nya paling sedap..dari dulu sampai sekarang kedai kopi tu beroperasi di situ, di tempat yang sama berpuluh tahun kot rasanya..oh ya, artis pun ada juga yang datang minum kat situ( selingan). hmm..bila pelanggan sudah mula percaya, macam tu lah kan, pelanggan yang cari peniaga.. insyaAllah laris perniagaan itu..maka, untunglah mereka yang mencari rezeki halal seperti itu..
Apa yang penting, bila mahu berniaga, niatkan untuk mencari rezeki yang halal, memudahkan orang ramai dan membahagiakan keluarga..semua itu menjurus kepada mencari keredhaan Allah kan..hm, apa lagi yang penting selain mencari keredhaan Allah kan? Jadi, kita kena selalu muhasabah diri..nak cari contoh manusia berjaya dalam perniagaan? haa..siapa lagi kalau bukan Rasulullah saw sendiri..kan dari kecil dia berdagang dan berjaya sampai menarik perhatian Siti Khadijah r.a dengan kepintarannya berniaga..Selain itu, sahabat baginda Abdul Rahman bin Auf, juga merupakan peniaga yang sangat hebat, tawaduk dan begitu menyokong dakwah nabi..
waallahua'lam..:)

1 comments:

Anonymous said...

erti hidup pada memberi ((bila mahu berniaga, niatkan untuk mencari rezeki yang halal, memudahkan orang ramai dan membahagiakan keluarga...))

=)

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers