sayyidul istighfar



Friday, June 18, 2010

memories of 'independent' group...

Hari ini wanie bangun awal pagi..segarnya rasa sebab malam semalam hujan..wah..dinginnya, seronok ni kalau melelapkan mata di tilam nan empuk..ehehe..
Tapi..eh, hari ni kan nak pergi jumpa sahabat baik. Ya, sudah lama tak jumpa sahabat karib sekolah rendah ni..Siti Fadilah, tuan empunya diri.

Seronoknya. Kami ni memang satu kepala sejak kecil..semua aktiviti di sekolah termasuklah ko-kurikulum memang kami sertai bersama..

Bila diimbas kembali..nakalnya kami walaupun wanie seorang Pengawas Sekolah dan fadilah Ketua Kelas 6 Pintar..

Nak tau apa aktiviti kami dahulu...haha..Kami pernah :

1. menyertai pasukan nasyid untuk program sekolah
2. mengadakan kumpulan sendiri untuk persembahan. kumpulan nyanyi lagu hindustan pula tu..haih..
3. mengadakan kumpulan belajar bersama dengan nama kumpulan 'Sparkle n Brilliant'. pastu kami tukar ke kumpulan 'independent'.
4. meminjam kot dan tie dari kedai sebelah sekolah untuk mengadakan persembahan boria..hu..
5. berlatih bersama guru BM untuk menyertai pertandingan bercerita. tapi, tak jadi..alamak...

dan lain-lain....nasib baik tak ramai lagi orang kat KFC Kubang Kerian ni, kalau tak mesti dapat dengar kami gelak..

Ye la kan, persahabatan yang dibina ibarat bunga nan sentiasa mekar dan tidak pernah layu..sahabat yang baik selalu ada jika diri diperlukan, dan tidak mengguris hati sahabat sesuka hati dan tidak cepat terasa..


'A friend inneed is a friend indeed'
Fadilah, nanti kita jumpa lagi..terima kasih ya..:)

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers