sayyidul istighfar



Thursday, July 15, 2010

Peristiwa 27 Rejab..

Israk mikraj..Terlambat ke wanie masukkan entri ni? hee..saja je ni..supaya kita tak hanya saling memperingati dan menasihati serta berkongsi hanya pada hari istimewa itu..malah, setiap hari pun kena cuba buat yang terbaik, nasihat menasihati dan mengingati apa peranan kita dalam memperbaiki diri..
samalah dengan hari ibu ataupun hari bapa..bukanlah hari itu sahaja kita nak buat baik kepada mereka..malah kita wajib berbuat baik setiap masa kan..Jadi, kewujudan tarikh-tarikh istimewa tertentu itu menandakan peristiwa penting yang perlu dihayati..bersama.
Kali ini, wanie tak nak cerita banyak perihal peristiwa israk mikraj..sahabat yang selalu online ke laman web agama, yang suka membaca buku ilmiah dan yang suka mendengar ceramah tu sudah pasti selalu sangat mendengar tentang israk mikraj kan..? Tak ketinggalan yang belum tahu apa itu israk mikraj, jangan bersedih, mungkin melalui bintang hati ini, anda akan dapat sedikit sebanyak tentang israk mikraj dan kepentingannya, insyaAllah..

Sebelum itu, apa maksud israk dan mikraj ya??

Maksud 'Israk' ialah perjalanan (rehlah) yang Allah SWT perlakukan kepada Nabi s.a.w. secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin.

Sementara maksud 'Mikraj' ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa kepada beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama 'Sidratul Muntaha' di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya.

Kalau dulu, bila tibanya israk mikraj, wanie hanya tahu perkara penting yang membawa kerahmatan kepada orang mukmin ialah sewaktu mikraj, perintah solat yang diringankan menjadi 5 waktu..hmm..itupun masih ramai lagi yang ambil remeh tentangnya..

Antara peristiwa pada israk ialah:

1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).



2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.

4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.

5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
 
SubhanaAllah..betapa Allah SWT meninggikan darjat Rasulullah saw, junjungan kita..Jadi, hari ini, sudahkah anda berselawat kepada nabi tanda ingatan pada pemberi syafaat di hari akhirat nanti?
 
Jom kita berselawat...:)
 
semoga kita sentiasa diberi petunjuk dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini..amiin..
insyaAllah..
 
p/s: Alhamdulillah, tadi wanie dapat beli sebuah buku ilmiah bertajuk 'Murabbi cinta'..tak sabar nak baca sampai habis..he..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers