sayyidul istighfar



Friday, September 17, 2010

Raya situ sana sini..

Assalamualaikum semuanya...apa khabar anda di sana? ye la kan, asyik berkunjung ke rumah terbuka saja, mana tahu, kot-kot badan sudah semakin berisi..hee..gurau saja..
eleh, wanie pun apa kurangnya, sibuk je berhari raya ke rumah terbuka rakan-rakan..Hari ni, wanie ke rumah sahabat lama sewaktu di SMKA Naim Lilbanat dulu..Hidayat namanya, lebih mesra di panggil Yat.
Perjalanan tadi agak jauh bagi kami kerana belum pernah sampai ke rumahnya sebelum ini..Tapi, seronok lah juga kerana berjumpa kawan-kawan yang hampir 6 tahun tidak bertemu..

Naimians..

bersama Yat..

Oh ya, semalam, wanie ada mengetuai a.k.a menganjurkan majlis perjumpaan semula (reunion) sekolah rendah iaitu Sek. Keb. Demit..
Apa yang mengejutkan, ramai juga yang hadir..Alhamdulillah
Tidak kurang ada di kalangan mereka yang  'berubah' dek kerana penampilan yang sangat berbeza..he..maklumlah semua sudah matang dan dewasa.
Banyak cerita dibualkan, maklumlah semenjak berpisah di darjah 6 tahun 1999, kami tidak bertemu sehinggalah sekarang..

Kawan kelas 6 Pintar 1999..

Rumah terbuka..

 Itulah orang kata, Aidilfitri mengeratkan silaturrahim..yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan..
InsyaAllah, tahun hadapan, kita ber'gathering' lagi ya...

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers