sayyidul istighfar



Tuesday, August 28, 2012

HARI KE-15

Salam semua. Alhamdulillah wanie rasa semakin sihat..Tempoh berpantang dijalani dengan rasa penuh kesabaran. Mana taknya, semua makanan yang pernah dimakan dahulu perlu dikawal, pergerakan pun perlu dikawal dan masa yang sangat berharga..Dhiya kadang-kadang meragam juga. Kesian anak ibu, tapi baby memang macam tu, kalau rasa tak selesa, akan menangis..Mudah-mudahan kulit Dhiya yang merah-merah tu cepat baik..Amiinn..


Cerita pasal wanie pula, masa ni la rasa kerajinan diri bertambah..Rajin sangat 'search' maklumat tentang baby, yang terbaru wanie ada semangat untuk menjahit baju untuk menyusu (breastfeeding). Senang nanti nak susukan Dhiya. Lepas tu, wanie rajin pula beli buku panduan menjahit gaun untuk si comel..alahai..gembiranya dan bangga rasa kalau dapat jahit gaun untuk Dhiya nanti..Tak sabar rasanya. Mama cakap, tunggu wanie lebih sihat sikit untuk belajar menjahit.
En suami apatah lagi, gembira dia bila dengar wanie suka menjahit..he2..Bukan apa, bagi wanie dalam tempoh berpantang ni,sekurang-kurangnya wanie ada membuat dan menghasilkan sesuatu untuk dijadikan kenangan..Bosan juga kalau tak buat apa-apa..Terutama masa Dhiya lena dibuai mimpi...

hm, ok lah...masa untuk berehat..
wassalam..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers