sayyidul istighfar



Friday, March 12, 2010

Highlanders 's Dinner..

Hari ni wanie serba hijau..hee..sempena majlis makan malam Kolej Ibrahim Yaakub, oleh sebab tidak terjumpa warna baju pilihan hati, maka kebaya labuh hijau la penyeri malam ni..
Seketika tadi, majlis berjalan dengan lancar, cuma ada gangguan dari segi teknikal..ye la, bukan semua dapat berlaku seperti yang telah dirancangkan walaupun 'rehearsal' telah dilakukan..
Walauapapun, majlisnya memang mantap dan hiasannya cukup menarik!Boleh jelajah satu dunia tuu.. lebih-lebih lagi buat yang gemar beraksi di lensa kamera..hmm, seperti siapa ya? siapa lagi...ehehe..peace..
Di sini, wanie sertakan beberapa foto yang menarik bagi wanie..jom layan..

Kami disambut dengan 'deko' yang menarik..boleh tahan..:)

Sampai di meja saja, terus bergambar..haih...ni dengan Mirah..

eh, sudah ke depan la pulak..ni dengan Salihah, Ainur dan Nurul Syahada..

Pengetua, Dr Ruslin bersama isteri mempersembahkan nyanyian khas kepada warga KIY..hebat juga Dr!

Kenapa la 3 orang ni..apa pun, kami sekadar ber'posing' je ya..ha2..

Teruja! cantik kostum dari Negara China ni..apa lagi, 'sudikah bergambar dengan saya?'..rupa-rupanya junior BSMM sendiri..

State of Liberty..wah2..

Sebelum pulang, kita bergambar ramai-ramai..

hmm..begitu lah aksi-aksi malam yang bertemakan 'Warisan'..Satu Malaysia, satu dunia, satu warisan..
Ok lah, sudah penat senyum..dah..jom balik..
p/s: 23 Mac ni ada lagi satu majlis makan malam di Fakulti Pendidikan..eh, selang 1 hari je dengan...hmm.. :p

Thursday, March 11, 2010

Bila bakal Cikgu Sains berkumpul..

Semalam majoriti Pelajar Sains Fakulti Pendidikan telah berkumpul! ya, satu majlis malam mesra diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar dari tahun 1 hingga tahun 4 serta para pensyarah. hmm, majlis itu diserikan dengan aktiviti membakar ayam BBQ..sedap!

Selepas itu ada main tukar-tukar hadiah..Alhamdulillah dapat hadiah cantik juga..Terima kasih kepada adik tahun 1 tu..hee..
 Ini juga merupakan program perintis dan diharapkan junior berikutnya dapat meneruskan untuk tujuan kebaikan..
Oh ya, bila sudah bersua, maka sesi bergambar lah yang tidak dilupakan..ehehe..jom, tengok gambar!

Selepas sesi pendaftaran..

Bersama Dr. Norazah( tengah)..tq Dr..:)

eh, wanie je tak pandang kamera..hee

Bakar jangan tak bakar..sedap la!

Orang-orang yang pakar sedang potong tembikai..tapi, huu..wanie tak makan ni..tak pelah, ramai yang suka kan..:)

Setelah mendapat hadiah masing-masing..berseri-seri je...

Dengan Mas dan Kak Ros.opps.. 'Ros'..hu..Mas, ambik belon tak? :p


p/s: Terima kasih kepada Jenny, Mirah dan Nurul kerana bakar ayam untuk wanie juga..best!

Wednesday, March 10, 2010

Buang di sana !

Sewaktu berkunjung ke zoo negara baru-baru ini, ada satu perkara yang begitu menarik perhatian wanie dan masih teringatkannya..kisah dua beradik. memandangkan kami ingin menunggu tram yang berikutnya untuk pulang setelah puas bergambar, kami berehat di sebuah pondok yang disediakan di situ. Seketika, terdengar la perbualan seorang kakak kepada seorang adik. si kakak kira-kira dalam darjah 3 dan adik pula mungkin darjah 1..alahai comel..perbualan mereka lebih kurang macam ni la..maklumlah..tak rekod..hee..peace..

kakak: adik, kenapa buang sampah kat situ? tong sampah ada kat sana!
(sambil menunjukkan kedudukan tong sampah )

adik: (melihat sampah yang dibuangnya dan cepat-cepat mengambilnya) mana tong sampahnya? ala..jauh la..(tong sampah di seberang jalan)

kakak: kakak kata buang sampah kat tong sampah..kat sana..
adik: ye la..bukannya Adam tak nak buang..(terus pergi buang)

hee..wanie seronok mendengar mereka berceloteh.. si kakak ni kiranya memainkan peranan sebaiknya sebagai seorang kakak yang menunjukkan etika yang bagus kepada adiknya..adik pula begitu patuh dengan kakaknya..how sweet..

hm..anda dapat sesuatu tak daripada kisah dua beradik ni?

Mereka yang kecil pun sudah tahu dan diajar untuk menunjukkan sikap yang baik.. tapi, banyak antara kita yang sudah dewasa ni suka membuang sampah sarap di merata tempat...tak kira lah dalam bas ke, komuter ke, mahupun di tepi-tepi jalan..Kadang-kadang mereka seakan tidak ambil peduli akan orang lain bila seronok saja membuang sampah melalui tingkap kenderaan..walaupun ada arahan 'DILARANG MEMBUANG SAMPAH KELUAR DARI KENDERAAN INI'..ish2..tak baik tau..
Mama wanie selalu menasihati kami adik beradik sewaktu kecil supaya jangan buang sampah menerusi tingkap kereta..simpan dahulu.Bila sampai ke sesuatu tempat, boleh lah buang di tempat sepatutnya..hm..memang hal sebegini patut disemai semenjak kecil lagi..
 
p/s: kebersihan separuh daripada iman

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers