Malam ni terasa mahu tidur lewat pula..ah, mata sudah menunjuk tanda-tanda boleh beradu, tapi hati masih ingin mengadap laptop ini, bukan 'chatting' atau ber'facebook' ya..tapi, apa lagi kalau bukan melihat-lihat blog kesayangan ni..seraya, lagu nasyid kumpulan Brothers diklik..lagu paling disukai dari kumpulan ini ialah 'teman sejati'..hmm..bila mendengar alunannya, terasa mahu menaip sesuatu di sini..
eh, laju pula jari jemari ini menaip..
ah, Tinggal seminggu lebih saja lagi untuk berada di UKM ini..sudah hampir 4 tahun menimba ilmu di menara gading ini..4 tahun mengharungi pelbagai dugaan..4 tahun ini juga lah wanie mendapat ramai sahabat yang sememangnya amat bermakna..sahabat, banyaknya memori kita..
Tahun 1: sibuk menyertai Bulan Sabit Merah Malaysia, menjadi ahli PPC (pertandingan pertolongan cemas), pengalaman menjadi 'first aider' sungguh beerti..ya, pernah pintu bilik diketuk, telefon berdering di tengah malam untuk membantu mereka yang memerlukan, juga bersama mangsa ke klinik berhampiran kerana digigit binatang berbisa..hm..berlatih kawad bersama pasukan yang sentiasa bersama, buat 'mock case'..rindunya..
Bersama team PPC-10
hmm..di tahun 1 juga segalanya bermula tentang dia..:)
Tahun 2 pula: sibuk menjadi antara tenaga pengajar kepada pasukan PPC yang seterusnya (junior)..pengalaman menjadi senior..:)
Tahun 3: buat persediaan untuk praktikal (latihan mengajar)..pengalaman? sungguh berharga!
Bersama guru-guru praktikal di SMKBandar Baru Sg.Long..
Tahun 4: sibuk menyiapkan tesis(latihan ilmiah)..dan juga mengadakan projek tentang 'sains kehidupan'. Mengambil peluang untuk berjalan-jalan ke tempat pelancongan yang berteraskan ilmu pengetahuan..
Semua tu antara perkara yang akan wanie ingat selalu, insyaAllah..ilmu yang diperoleh di UKM ini hanyalah sebahagian daripada ilmu-ilmu..masih banyak yang perlu dipelajari dan diterokai untuk menjadi pendidik yang mendidik..selamat menempuh alam pekerjaan wanie..dan juga kawan-kawan. semoga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat..
Buat sahabat, semoga persahabatan yang terjalin antara kita sentiasa berpanjangan, insyaAllah..








ah, biasalah baru mula semester. Jadi, perlulah mengemas bilik seperti biasa. Tadi, ada seorang makcik warga Indonesia yang berkerja membersihkan blok sempat menolong wanie mengangkat beg dari tangga bawah. Berat beg tu. Mak cik tersebut memang baik dengan wanie dan kebetulan masa tu, wanie pun sedang mengangkut beg yang besar juga. Apabila melihat wanie berusaha membawa satu bes besar itu, makcik dengan mesra hendak menolong walaupun wanie cuba menolak pada mulanya. hmm, terima kasih mak cik..Alhamdulillah ada yang dapat menolong. hm..kini, semuanya sudah disusun atur mengikut cita rasa sendiri sebagai seorang penggemar 'decoration'..semuanya kelihatan berona hampir sekata dengan satu warna.hm..
ha2..gurau saja..kepada jess, pai, teng, pushpa, nashriq, faizal, ati, nurul, seet yee..( 1 malaysia kan?)
Hmm..dah lewat mlm,tapi masih terasa nak post sesuatu jgk mlm ni..hmm apa ya?
kita kena tunjuk kejuaraan itu dari sekarang! unless u wanna wait for the miracle to happen..apa yang kamu buat setakat ini cukup baik dan mengambil berat antara satu sama lain..tetapi boleh juga ambil nasihat senior ataupun rakan2 satu Board sendiri. we are one team,right? maaf jika terkasar sewaktu 'meeting yg tak sengaja' tadi..