sayyidul istighfar



Thursday, March 1, 2012

Assalamualaikum wbt semua...pertama sekali, wanie nak minta maaf kt Bintang Hati ni sebab sudah lama tidak update blog ni. wanie tersangat sibuk dgn segala macam perkara, hari tu untuk majlis perkahwinan wanie di K.Bharu..pastu bln 12 di rumah abang kat Kuching,Sarawak..sekarang, sudah mula persekolahan..banyak nak kena buat..

Lagipun...i have good news! wanie pregnant!..Alhamdulillah..syukur pada Allah...tu yang susah sgt nak concentrate pd blog kesayangan ni..student wanie pun dah mula tanya, knp la cikgu wanie tak update blog dia...hee..maaf la ya..kita ber'blog' dalam kelas je ya..

TAPI...jgn risau...i'm back!..ni sb my husband punya aura la ni..dia yg start blogging lagi, jadi wanie pun nak blogging sama...ha2..ok la, ni time rehat..
nantikan kisah selanjutnya...ya.
Salam.

Monday, August 29, 2011

Raya yang ditunggu...

SubhanaAllah...sudah bersawang rupanya blog ni..lamanya tak dijenguk seperti dahulu...Maklumlah bila bekerja ni lain pula rutinnya..sampaikan ada rakan bertanya," blog wanie masih wujud or tak?" ha2..kelakar pula bunyinya...apa-apa aje lah..

Sedar tak sedar, Bulan Ramadhan sudah pun berlalu..hm, macam mana agaknya markah bulan ramadhan wanie??
Sekarang mama tengah sibuk menyiapkan juadah untuk esok..yeay, HARI RAYA!!!!!
Walaupun sudah besar panjang, perasaan nak menyambut hari raya tak pernah berubah..mungkin satu je kot yang berubah, DUIT RAYA. eheh..

oh ya, Syawal kali ini juga amat besar pengertiannya bagi wanie sekeluarga..InsyaAllah pada 2 September ini, wanie akan bertukar status menjadi status 'isteri'...Alhamdulillah..semoga dipermudahkan Allah..

InsyaAllah, jika berkesempatan, wanie akan 'update' blog ini nanti untk tatapan follower dan sahabat setia wanie...check it out!!

hmm..ok lah..masih banyak benda nak diselesaikan ni..jadi, di kesempatan ini wanie ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat mama, abah, adik-adik,nenek, keluarga besar wanie,insan tersayang, guru-guru, anak2 murid, sahabat dan rakan-rakan, tidak lupa buat semua pengikut/ pembaca Bintang Hati ini...
Semoga lebaran ini membahagiakan kita dan orang yang kita sayangi...amiin..

hmm...malam raya ni, banyak-banyak kan lah bertakbir, mendengar takbir dan berdoa ya...
sekian,
Salam Aidilfitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-54...MERDEKA!!

Friday, May 27, 2011

Inspektor Nur Hazwani...siap!

Awesome! itulah kata-kata yang dapat diucapkan ketika ke Langkawi mengikuti Pentauliahan Guru Penasihat Kadet Koreksional..
By the way, apa itu koreksional? Koreksional datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu 'correctional' yang bermaksud pemulihan. 
Ia ditubuhkan di bawah Jabatan Penjara Malaysia. Negeri yang mempunyai penjara akan menubuhkan kadet koreksional di sekolah-sekolah yang berdekatan dengan penjara..Sebagai contoh, di Negeri Sembilan, terdapat 2 buah sekolah yang menawarkan unit beruniform Kadet Koreksional, iaitu SMK Tunku Ampuan Najihah dan SMK Undang Jelebu..
Dah faham??
 
hee...ok, sekarang wanie cerita serba sedikit perjalanan menuju ke Pulau Lagenda itu ya..
Seramai 4 orang Guru Penasihat Kadet Koreksional dari N.Sembilan bertolak menaiki bas ke Kuala Perlis. Kami bertolak pada jam 10.30 pm dan sampai kira-kira jam 7.00 am di Kuala Perlis. Selepas itu, kami membeli tiket feri untuk ke Pulau Langkawi. Harganya RM 18 untuk dewasa dan RM 13 untuk kanak-kanak..Perjalan mengambil masa kira-kira 1 jam..Seronok pula rasa..teruja pun ada apabila melihat air laut yang jernih dan pulau-pulau sekitar yang indah...saujana mata memandang..
 
ok,ok..kita ikuti bingkisan di bawah ya...
Di dalam feri menuju ke Pulau Langkawi



 
Permandangan dari 'chalet' wanie

Akhirnya, wanie dapat berada di sini..Dataran Lang..yeah!

Selepas ber'shopping' untuk hari kedua..adeh, penat.
waktu berkursus di dalam dewan..pertama kali wanie menghadiri kursus tau! :)
Akhirnya kami ditauliahkan sebagai pegawai kanan Kadet Koreksional yang membawa pangkat 'inspektor'..:)
Sebahagian daripada 46 orang guru yang telah ditauliahkan..
Kami bertolak pulang ke Seremban pada 25 Mei 2011..
Itulah serba sedikit bingkisan yang dapat dipaparkan..
Tapi..satu je wanie kena cuba ubah diri...
 
nak tahu?

Wanie mesti suka berkhemah! huuu.......adeh.

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

komen-komen mereka..