sayyidul istighfar



Friday, November 2, 2012

blog terbaru wanie..

Salam semua...hari ni wanie nak memperkenalkan blog terbaru yang lebih kepada minat wanie iaitu kraf...jom singgah ke blog ni ya : 

 
anda boleh mendapatkan item-item yang menarik di sini sambil kita berkongsi pengalaman dan idea...
silakan ya..
terima kasih...
 
label LOVERS- my brand..
 

Sunday, October 14, 2012

Waktu mengepam

Salam pagi Ahad semua..Alhamdulillah..hari ni rasa segar je..Dhiya masih lena, sesekali menggerak-gerakkan badan dia..Alhamdulillah Dhiya dah semakin kurang meragam. Segala puji bagi Allah..
Pagi-pagi ni elok la untuk pam susu bagi ibu yang breastfeeding anaknya. Sebelum tu, jangan lupa minum air yang banyak sebelum dan selepas mengepam..

Hari ni wanie pam guna tangan je sebab terasa kurang selesa dengan pam yang digunakan sebelum ini. InsyaAllah dalam usaha untuk membeli pam yang baru. Kali ini, wanie lebih prefer untuk beli yang manual sebab senang nak pam dan bunyi tidaklah dapat didengari manusia sekitar kita yang tengah syok mengepam ni kan..he..

Oh ya, Alhamdulillah..hasil pagi ni bertambah kepada 3Oz untuk perahan tangan sahaja.. Maklumlah ibu muda nak breastfeed anak, kenalah sentiasa positifkan diri dan tidak menghiraukan pandangan negatif sekeliling..InsyaAllah berjaya..
Nanti bila dah penuh peti sejuk mama wanie kat dapur tu, ( tumpang peti mama masa berpantang di kampung), wanie snap picture ya..

Cuma masalahnya sekarang, Dhiya kurang gemar hisap guna puting botol..Sampai menangis teresak-esak bila diberi/ diletakkan puting tu kat mulutnya...alahai anak ibu, tak boleh la macam tu, nanti ibu kerja, kena jugak minum dengan botol...Mudah-mudahan Dhiya dapat menerima puting botol tu secepat mungkin, InsyaAllah...:) Aminn..

Hari ni Dhiya Nur Khalisa sudah 62 hari...<3 br="br">

Tuesday, October 9, 2012

Tudung dan selendang dari Koleksi Jelitawanis

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...
Alhamdulillah...wanie sudah semakin sihat dan dipermudahkan oleh Allah untuk fully breastfeeding baby Dhiya tersayang ni...syukur..
hmm...wanie sekarang sambil berehat,sambil menjaga kesihatan diri dengan mengambil supplement tambahan untuk kekal cergas dan bertenaga. Maklumlah ada baby..masa kita pun berubah..Nak tahu supplement apa yang berjaya menawan hati ini? Tunggu entri selepas ini ya..(suspen la pulak..)

Kali ini wanie nak cerita tentang bidang baru yang wani ceburi. Sebenarnya bukanlah baru sangat wanie dalam bidang ni, mungkin baru rasa nak betul-betul serius..haa..tekalah...

Wanie sekarang sudah ada page sendiri di FB!! Page ini berkaitan dengan wanita lerr...hee..bisnes tudung..Nama page tersebut ialah "Koleksi Jelitawanis"..ehee..comeyy kan namanya..Jika berkesempatan, jenguk-jenguklah page wanie ni...dan jangan lupa 'LIKE' ya...KJ ni baru je di'launched' akhir bulan September lepas..
Ada macam-macam jenis tudung terbaru dan juga selendang..Dan stok tudung ini juga wanie ambil dari Kelantan! haa...original dari Kelate tu..
Antaranya....
sulaman mesin yang kemas di atas kepala...

bawal ros ini amat popular dikalangan remaja sekarang..



 Menariknya, harga kesemua tudung di sini adalah tidak lebih dari RM 40 !.
Jadi, jom la ke page wanie sekarang di : http://www.facebook.com/KoleksiJelitawanis
 Oh ya, sempena promosi pembukaan, pelanggan yang membeli tudung dari Koleksi Jelitawanis ini bakal menerima free gift yang comellll....:)


Tuesday, September 11, 2012

Penuhi masa luangmu..

Salam bahagia buat semua..
Hari ini merupakan hari ke-28 wanie berpantang..masih berdisiplin dalam menjaga pemakanan. Bimbang Baby Dhiya yang terkesan. Mana taknya, masih takut dengan apa yang berlaku pada minggu pertama berpantang, wanie makan roti, banyak la juga sebab roti antara salah satu makanan utama wanie sebelum ini. huh, malam tu Dhiya tak dapat tidur (ibu, ayah dan wan sekali tak tido ) dan asyik menangis kerana perutnya kembung (colic). Wanie tanya Dr tempat bersalin hari tu, Dr cakap dalam roti ada yis, sebab tu ia menyebabkannya kembung.

Tapi ia tak memberi kesan kepada mereka yang tak alah..lain orang lain kesan terhadap sesuatu makanan tu kan..hm, alahai..kesian anak ibu..tak nak sentuh roti pun dalam masa pantang ni..
Tapi mama kata, insyaAllah lepas berpantang, boleh cuba makan sikit-sikit..

Oh ya, sewaktu berpantang ni, wanie akan cuba menjaga kesihatan dan kecantikan diri sebaiknya. ini lah masa yang sesuai untuk memanjakan diri. Berpantang bagi wanie bukan bermakna kita tidak boleh buat semua kerja, asyik baring saja. Bagi wanie, waktu 'cuti panjang' sebeginilah boleh kita gunakan untuk memanjakan diri dan membuat perkara yang berfaedah.
 (Badan perlu rasa sihat dan bertenaga la kan).

Antara yang boleh dilakukan ialah:

a) 'Spa' sendiri di rumah. Apabila si manja sudah lena tu, ambil la masa ni untuk membelai diri kita pula. Boleh buat masker muka, (nantikan entri yang menunjukkan cara-cara menyediakan masker dengan bahan semulajadi) skrub badan, bertungku, berurut dan sebagainya.

b) Belajar menjahit. Sekadar belajar jahitan asas tiada masalah bagi wanie. Ini untuk menambah pengetahuan dan kemahiran kewanitaan kita. Kalau yang sudah mahir tu, boleh cuba menjahit baju untuk anak-anak pula.

c) Membaca buku dan majalah yang berinformasi. Haa..ini memang tidak boleh dipisahkan dari wanie. MEMBACA. boleh dikatakan, setiap kali keluar, wanie akan membeli buku-buku/ majalah baru untuk dibaca di masa lapang. Ia penting, walaupun dalam berpantang, ilmu mesti selalu di 'update'.

d) Membalas emel dan komen rakan-rakan di facebook. Sebelum ni, memang malas nak mengadap laptop semata-mata untuk ber 'facebook'. Tapi, bila ada waktu terluang ni, apa salahnya bertanya khabar mereka yang sudah lama tidak dihubungi dek kerana sibuk bekerja..

e) Melengkapkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan keibubapaan. Seperti wanie yang baru pertama kali bergelar ibu ni, pelbagai persoalan yang ada di fikiran, Alhamdulillah selain keluarga yang banyak membantu, wanie selalu juga mencari pelbagai info di internet..ya, ia sungguh membantu!!


ok..itu saja entri kali ni...baby Dhiya dah bangun..hee..

p/s: oh ya, wanie sudah beli storage bottle for breastmilk, brand Bumble Bee...comel..:)

Saturday, September 8, 2012

Cabaran Breastfeeding

Assalamualaikum wbt..
Hari ini merupakan hari yang ke-25 wanie berpantang dan baby Dhiya juga sudah berumur 25 hari..Hari ini wanie nak ceritakan cabaran untuk menyusukan baby. Maksud wanie menyusu badan a.k.a breastfeeding. memang sebelum melahirkan anak sulung, wanie berniat untuk menyusukan Dhiya dengan susu badan sepenuhnya, tak kisahlah secara esklusif ataupun tak..janji susu ibu..
setelah dhiya dilahirkan..memang wanie bagi breast milk..tetapi macam ibu-ibu muda yang lain, susu wanie tak banyak, tapi wanie rasa cukup la untuk perut baby yang kecil.

Sewaktu wanie kecil dahulu pun, mama menyusukan wanie (BF) dan perbezaannya amat ketara dari segi kasih sayang, perasaan antara ibu dan anak sangat kuat antara mama dan wanie..itulah antara kelebihan menyusu secara BF .
Wanie ingin terus menyusukan Dhiya dengan susu ibu dan sekarang ni wanie sudah mula melatih diri untuk pam susu. insyaAllah nak sediakan stok susu untuk Dhiya bila wanie tinggalkannya sekejap untuk membeli keperluan mahupun pada masa kecemasan. 

Sekarang, wanie tengah survey jenis botol susu untuk menyimpan susu perahan. 
wanie harap sangat Dhiya dapat minum susu menggunakan puting sebab 2,3 hari kebelakangan ini, Dhiya sedikit meragam dan tidak mahu menggunakan puting sehingga menyebabkannya menangis dengan kuat...haizz...anak ibu...

Baby Dhiya Days 25..
Dalam menyusu badan, banyak cabaran yang ada. Antaranya..:

1. Cabaran dari segi emosi si ibu waktu berpantang
2. Kurang maklumat berkenaan dengan penyusuan susu ibu terutama bagi mereka yang pertama kali  bersalin
3. Dikelilingi mereka yang kurang menyokong BF
4. Kurang mendapat sokongan orang lain 

Hmm...bagi wanie semangat yang tinggi untuk BF baby insyaAllah akan mengatasi semua kelemahan itu...Pernah lewat tidur dek kerana bersemangat mencari maklumat untuk baby sehingga terlupa masa yang berlalu...okay..ayuh, BF your baby...

sekian..daa..

Tuesday, August 28, 2012

HARI KE-15

Salam semua. Alhamdulillah wanie rasa semakin sihat..Tempoh berpantang dijalani dengan rasa penuh kesabaran. Mana taknya, semua makanan yang pernah dimakan dahulu perlu dikawal, pergerakan pun perlu dikawal dan masa yang sangat berharga..Dhiya kadang-kadang meragam juga. Kesian anak ibu, tapi baby memang macam tu, kalau rasa tak selesa, akan menangis..Mudah-mudahan kulit Dhiya yang merah-merah tu cepat baik..Amiinn..


Cerita pasal wanie pula, masa ni la rasa kerajinan diri bertambah..Rajin sangat 'search' maklumat tentang baby, yang terbaru wanie ada semangat untuk menjahit baju untuk menyusu (breastfeeding). Senang nanti nak susukan Dhiya. Lepas tu, wanie rajin pula beli buku panduan menjahit gaun untuk si comel..alahai..gembiranya dan bangga rasa kalau dapat jahit gaun untuk Dhiya nanti..Tak sabar rasanya. Mama cakap, tunggu wanie lebih sihat sikit untuk belajar menjahit.
En suami apatah lagi, gembira dia bila dengar wanie suka menjahit..he2..Bukan apa, bagi wanie dalam tempoh berpantang ni,sekurang-kurangnya wanie ada membuat dan menghasilkan sesuatu untuk dijadikan kenangan..Bosan juga kalau tak buat apa-apa..Terutama masa Dhiya lena dibuai mimpi...

hm, ok lah...masa untuk berehat..
wassalam..

Friday, August 24, 2012

Hari ke-11

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung Bintang Hati..
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke-11 wanie berpantang di samping puteri kesayangan, Dhiya Nur Khalisa. Suami tercinta sudah pulang ke USM untuk menjalankan tugas sebagai pelajar Master..Sayu juga apabila memikirkan terpaksa berjauhan dengan suami tetapi kami selalu sabarkan hati dengan mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..insyaAllah, segalanya dipermudahkan oleh Allah..

Dhiya sudah semakin comel dengan pipinya mulai kembang..mudah-mudahan anak kami membesar dengan sempurna, sihat dan bahagia..amiinn..

Bercakap tentang pantang pula. Pertama kali berpantang, uhhh...sedapnya semua makanan..tetapi kena lah tahan untuk jaga kesihatan diri dan anak yang sedang menyusu. Alhamdulillah mama wanie yang sentiasa menyediakan makanan untuk wanie..dapat juga bermanja dengan ibu tersayang..
Setakat ini Dhiya masih lagi aktif pada waktu malam..alahai terpaksalah ibu dan wan berjaga malam menunggu Dhiya..Takpelah, demi anak..

Dhiya Nur Khalisa di katil comelnya...
 Ok lah, nanti wanie update lagi cerita terbaru..

p/s: tak sabar nak guna lunatots..tunggu Dhiya besar sikit dan wanie sihat dulu sebab kesian nanti mama kena basuh CD dhiya...ehee..:)

wassalam..

Wednesday, August 22, 2012

Dhiya Nur Khalisa Binti Badiozaman

Assalamualaikum wbt..
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Bintang Hati..
Alhamdulillah..penantian selama 9 bulan wanie dimakbulkan Allah..Wanie telah selamat melahirkan anak pertama. Seorang puteri..Proses bersalin ditemani oleh suami tercinta dari awal sampai akhir. Hebatnya Abang sewaktu memberi semangat pada wanie walaupun masa tu Allah sahaja yang tahu bagaimana kesakitannya..
Pada 25 Ramadhan, 13 Ogos 2012, jam 7.50 pm, Dhiya Nur Khalisa Binti Badiozaman selamat dilahirkan. 
Terima kasih Ya Allah, nikmat kurniaanMu kepada kami..Alhamdulillah..

Baby Dhiya sewaktu hari ke-6


Saturday, August 4, 2012

salam..sekarang wanie dah 39 minggu..menghitung hari untuk melahirkan permata hati ni..semoga semuanya dipermudahkan Allah nanti...:) oh ya,skrg tgh buat persiapan tempat,kemas barang2 baby dan barang2 ibu juga...mama wanie yang banyak membantu..tq mama.. hmm..berdebar juga ya...:) ok lah...selamat berpuasa...

Tuesday, June 26, 2012

Lunatots..

Salam para pembaca..kali ni wanie nak cerita tentang persiapan lagi..maklumlahkan..pertama kali kami nak jadi ibubapa. :-]..hm, minggu lepas wanie dan en suami ke Putrajaya untuk beli lampin baby..jauh juga ya dari Seremban ni..cari punya cari..akhirnya jumpa jg kedai tu. 'Lunatots' here i come! Hee..seronok bila sampai sini..macam2 ada, yang plg best,kita akan dpt pengetahuan n khidmat nasihat percuma dari pemilik stokis tu sendiri..lama juga kat situ meninjau keperluan buat si buah hati yang masih dalam perut ibu ni.. ;-)
akhirnya, kami beli antara main product lunatots iaitu lampinnya..hee..Alhamdulillah..
Ok lah..nak p breakfast jap..daa..
Salam..

Monday, May 28, 2012

Persiapan bakal ibu..

Wanie dah 7 bulan...Alhamdulillah wanie dan baby sihat..insyaAllah..aktif lagi. Tak sabar menunggu due date nya. Berdebar, takut pun ada..tapi dengan adanya suami tercinta yang selalu memberi kata-kata semangat dan rangsangan, Alhamdulillah terasa kuat.

 Sekarang cuti sekolah..balik ke rumah, rasa gembira sangat, maklumlah, ada mama yang sangat mengambil berat. terima kasih mama, love U!

Oh ya, pertama kali 'shopping' barang baby, teruja sangat! Semua nak beli, comel...setakat ini hampir sempurna segala persiapan, nanti perlu ditambah mana yang patut saja..
Semoga segalanya dipermudahkan Allah..insyaALLAH..:)

Wednesday, May 16, 2012

Ilmu itu Guru

Tahun kedua wanie menyambut Hari Guru. Aura Lagu Guru Malaysia tidak pernah menghambarkan. bacaan ikrar tadi menyentuh hati ini, sebak pun ada..Ikrar, bukan sekadar kata-kata..
Ada misi yang perlu disempurnakan,
 Ada janji yang perlu dikotakan untuk anak didik sendiri..

Setakat mana usaha selama ini, tepuk dada tanya iman..hm, Wanie agak tegas di dalam kelas..tapi niat kerana ingin melihat mereka memahami maksud pengajaran dengan jelas dan berdisiplin..Alhamdulillah kawalan kelas sentiasa dapat dilakukan dengan baik, walaupun mengajar kelas yang terakhir. Lebih-lebih lagi wanie merupakan Guru Tingkatan kelas yang paling memerlukan bimbingan, perlukan semangat yang tinggi dan kesabaran yang cukup...kadang-kadang ter'over' juga..adeh.

Hari ni dapat banyak juga hadiah dari pelajar..terima kasih atas ingatan anda..Percaya atau tidak, pelajar dari kelas yang paling wanie selalu marah dan bertegas memberi paling banyak hadiah. terima kasih..
Antara hadiah Hari Guru yang wanie dapat...thanks to all...:)


Cikgu doakan semoga semua anak murid cikgu berjaya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..insyaAllah,amin..

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Monday, March 26, 2012

25th- Birthday...

Happy belated birthday wanie !! 
Tahun ini merupakan tahun yang pertama wanie menyambut hari lahir bersama suami tersayang..opps, sebenarnya bertiga...(baby on coming). hee..

Alhamdulillah..sudah 25 tahun hidup di dunia ini..moga-moga sentiasa dalam kerahmatanNya..
Rindunya pada keluarga..terima kasih banyak2 ditujukan buat mama dan abah tersayang yang selalu mengambil berat dan memberi sokongan pada anakanda..

InsyaAllah, jika ada rezeki, banyak lagi perkara yang hendak dilakukan..semoga diberkati Allah.
 Ameen.

Thursday, March 1, 2012

Assalamualaikum wbt semua...pertama sekali, wanie nak minta maaf kt Bintang Hati ni sebab sudah lama tidak update blog ni. wanie tersangat sibuk dgn segala macam perkara, hari tu untuk majlis perkahwinan wanie di K.Bharu..pastu bln 12 di rumah abang kat Kuching,Sarawak..sekarang, sudah mula persekolahan..banyak nak kena buat..

Lagipun...i have good news! wanie pregnant!..Alhamdulillah..syukur pada Allah...tu yang susah sgt nak concentrate pd blog kesayangan ni..student wanie pun dah mula tanya, knp la cikgu wanie tak update blog dia...hee..maaf la ya..kita ber'blog' dalam kelas je ya..

TAPI...jgn risau...i'm back!..ni sb my husband punya aura la ni..dia yg start blogging lagi, jadi wanie pun nak blogging sama...ha2..ok la, ni time rehat..
nantikan kisah selanjutnya...ya.
Salam.

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget