sayyidul istighfar



Wednesday, May 16, 2012

Ilmu itu Guru

Tahun kedua wanie menyambut Hari Guru. Aura Lagu Guru Malaysia tidak pernah menghambarkan. bacaan ikrar tadi menyentuh hati ini, sebak pun ada..Ikrar, bukan sekadar kata-kata..
Ada misi yang perlu disempurnakan,
 Ada janji yang perlu dikotakan untuk anak didik sendiri..

Setakat mana usaha selama ini, tepuk dada tanya iman..hm, Wanie agak tegas di dalam kelas..tapi niat kerana ingin melihat mereka memahami maksud pengajaran dengan jelas dan berdisiplin..Alhamdulillah kawalan kelas sentiasa dapat dilakukan dengan baik, walaupun mengajar kelas yang terakhir. Lebih-lebih lagi wanie merupakan Guru Tingkatan kelas yang paling memerlukan bimbingan, perlukan semangat yang tinggi dan kesabaran yang cukup...kadang-kadang ter'over' juga..adeh.

Hari ni dapat banyak juga hadiah dari pelajar..terima kasih atas ingatan anda..Percaya atau tidak, pelajar dari kelas yang paling wanie selalu marah dan bertegas memberi paling banyak hadiah. terima kasih..
Antara hadiah Hari Guru yang wanie dapat...thanks to all...:)


Cikgu doakan semoga semua anak murid cikgu berjaya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..insyaAllah,amin..

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers