sayyidul istighfar



Sunday, October 14, 2012

Waktu mengepam

Salam pagi Ahad semua..Alhamdulillah..hari ni rasa segar je..Dhiya masih lena, sesekali menggerak-gerakkan badan dia..Alhamdulillah Dhiya dah semakin kurang meragam. Segala puji bagi Allah..
Pagi-pagi ni elok la untuk pam susu bagi ibu yang breastfeeding anaknya. Sebelum tu, jangan lupa minum air yang banyak sebelum dan selepas mengepam..

Hari ni wanie pam guna tangan je sebab terasa kurang selesa dengan pam yang digunakan sebelum ini. InsyaAllah dalam usaha untuk membeli pam yang baru. Kali ini, wanie lebih prefer untuk beli yang manual sebab senang nak pam dan bunyi tidaklah dapat didengari manusia sekitar kita yang tengah syok mengepam ni kan..he..

Oh ya, Alhamdulillah..hasil pagi ni bertambah kepada 3Oz untuk perahan tangan sahaja.. Maklumlah ibu muda nak breastfeed anak, kenalah sentiasa positifkan diri dan tidak menghiraukan pandangan negatif sekeliling..InsyaAllah berjaya..
Nanti bila dah penuh peti sejuk mama wanie kat dapur tu, ( tumpang peti mama masa berpantang di kampung), wanie snap picture ya..

Cuma masalahnya sekarang, Dhiya kurang gemar hisap guna puting botol..Sampai menangis teresak-esak bila diberi/ diletakkan puting tu kat mulutnya...alahai anak ibu, tak boleh la macam tu, nanti ibu kerja, kena jugak minum dengan botol...Mudah-mudahan Dhiya dapat menerima puting botol tu secepat mungkin, InsyaAllah...:) Aminn..

Hari ni Dhiya Nur Khalisa sudah 62 hari...<3 br="br">

Tuesday, October 9, 2012

Tudung dan selendang dari Koleksi Jelitawanis

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...
Alhamdulillah...wanie sudah semakin sihat dan dipermudahkan oleh Allah untuk fully breastfeeding baby Dhiya tersayang ni...syukur..
hmm...wanie sekarang sambil berehat,sambil menjaga kesihatan diri dengan mengambil supplement tambahan untuk kekal cergas dan bertenaga. Maklumlah ada baby..masa kita pun berubah..Nak tahu supplement apa yang berjaya menawan hati ini? Tunggu entri selepas ini ya..(suspen la pulak..)

Kali ini wanie nak cerita tentang bidang baru yang wani ceburi. Sebenarnya bukanlah baru sangat wanie dalam bidang ni, mungkin baru rasa nak betul-betul serius..haa..tekalah...

Wanie sekarang sudah ada page sendiri di FB!! Page ini berkaitan dengan wanita lerr...hee..bisnes tudung..Nama page tersebut ialah "Koleksi Jelitawanis"..ehee..comeyy kan namanya..Jika berkesempatan, jenguk-jenguklah page wanie ni...dan jangan lupa 'LIKE' ya...KJ ni baru je di'launched' akhir bulan September lepas..
Ada macam-macam jenis tudung terbaru dan juga selendang..Dan stok tudung ini juga wanie ambil dari Kelantan! haa...original dari Kelate tu..
Antaranya....
sulaman mesin yang kemas di atas kepala...

bawal ros ini amat popular dikalangan remaja sekarang..



 Menariknya, harga kesemua tudung di sini adalah tidak lebih dari RM 40 !.
Jadi, jom la ke page wanie sekarang di : http://www.facebook.com/KoleksiJelitawanis
 Oh ya, sempena promosi pembukaan, pelanggan yang membeli tudung dari Koleksi Jelitawanis ini bakal menerima free gift yang comellll....:)


Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget