sayyidul istighfar



Tuesday, August 31, 2010

Princess on board..

Yes. I want this one..it should be mine..Oohh..so cute stunning car..what a design! just fit me, my self..Okay..set my imagination right now..i wonder how..

Yes, i totally agree! looks like a princess in the car..
What can i say..the colour really stick on me..i can't deny that from the first time i saw it 'on' the broucher..

Myvi Limited Edition really impressed me..Some day onwards, if this is still the most cute adorable and attractive car ever, i'll get this one, insyaAllah..

hmm ahaa..My mum also will like this, and so my sis..i guess..:)

For my special person who want to spend the rest of his life with me, please accept my intention..ha2..just kidding..

Ok...
So, miss wanie...which one do you adore most?

haa..taraaaa.....

THIS ONE..
I support our national design..come friends, support ours too! :)

Monday, August 30, 2010

Bakal cikgu koir..

Sejenak melihat gambar-gambar di minggu-minggu terakhir di UKM, mengembalikan memori bersama rakan-rakan yang menghabiskan masa 4 tahun di UKM..ah, macam-macam yang kami buat bersama..Antara yang masih segar di ingatan ialah ketika mengambil bahagian dalam persembahan koir untuk Malam Anugerah Graduan Fakulti Pendidikan..haih, punyalah sibuk masa tu, macam artis buat persiapan untuk 'show' pula..hee..tak apa, walauapapun, itulah yang dipanggil pengalaman..

Jom imbau kenangan bersama Bintang hati..

bergambar di studio tempat kami berlatih..

kita bergambar dulu..

eh, interframe pulak wanie ni..hee..

Amboi..orang suruh berehat, diorang main piano pulak ye..Nak jadi ala Maksim ke? :p

Di hari persembahan..wanie kat tepi kanan sekali..ada lagi 2 orang kat tepi wanie..tapi tak muat gambar..hu..

Alhamdulillah..dah siap buat persembahan..jom, abadikan kenangan di belakang pentas..:)

hmm..nanti, kat sekolah, bolehlah jadi cikgu koir ek? he..

Saturday, August 28, 2010

Itu benderaku..

"Susahnya nak cari..tak ada pun yang letak..hmm..masih belum nampak ni.."

Tengok apa tu cik wanie?

Agak mengecewakan bila jarang sangat dapat melihat kereta/kenderaan yang mengibarkan bendera Malaysia ketika ini..haih..kenapa jadi macam ni ya?
Mahal ke bendera tu? Ataupun sekadar menunggu diberikan secara percuma baru nak letak?
Tapi..kebiasaannya macam tu la..

Rasa-rasanya, segan tak kalau kibarkan jalur gemilang pada bumbung kereta?

"uuh..susah la nak beli..pastu kalau letak, bukannya lama pun.."
Ai..bendera ni bukan hanya boleh dikibarkan pada Bulan Ogos saja tau, bila-bila pun boleh la cik jah..

Wanie sangat bangga bila melihat kenderaan yang ada mempamerkan jalur gemilang..bagusnya dia! Tapi..dalam 10 kenderaan yang lalu lalang, susah nak cari walau sebuah kereta yang melekatkan bendera tersebut..masih di tahap kritikal ni..

Berlatarbelakangkan keluarga yang agak patriotik (arwah datuk seorang askar dan ahli parti kawasan yang disegani..), wanie dan mama sangat mengambil berat akan hal ni..Walaupun tiada pun dari keluarga kami yang menyertai politik selepas pemergian datuk, kami tetap mengambil berat akan semangat patriotisme..

Kalau dulu wanie perhatikan, kenapa lah jiran wanie ni selalu ada Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Kelantan di hadapan rumahnya..Rupa-rupanya, mereka dari keluarga kerabat diraja..Jadi, mesti kena letakkan bendera di rumah.. :)

Kalau pun kita bukan dari golongan diraja, apa salahnya kita kibarkan jalur gemilang tanda sokongan..

Jangan kita sibuk bercakap tentang kehebatan berpolitik jika satu bendera pun kita 'tak mampu' nak kibarkan..

Tunjukkan keprihatinanmu wahai bangsa ku!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 53

Merah membara semangat waja..putihmu bersih budi pekerti
kuning berdaulat, payung negara..
biru perpaduan kami semua..

Thursday, August 26, 2010

Diari merah jambu

Banyak yang kita rancang dalam kehidupan ini..tapi, bukan semuanya terbaik untuk kita..Kenapa kita merancang? Sebab kita diberi pilihan untuk tentukan hidup ini. Tapi, ianya adalah hak Allah untuk memberikannya. Dan semestinya ianya adalah yang terbaik untuk kita..

Semakin hari mengimpikan sesuatu, serba tidak kena jadinya..

uhh..diari merah jambu ku sudah nak sampai ke helaian akhir..Tapi, tak apa, sudah ada diari cute baru yang menanti untuk dicoretkan..hmm, banyaknya yang aku kongsi dengan encik diari ni..

Rasanya, dia tahan tak dengar aku banyak celoteh?

Ada tak kadang-kadang dia berubah mood secara tiba-tiba?

 Dia akan selalu ada ke bila saya perlukan?

ataupun, hanya saya yang selalu ada?

Ok stop. hmm..Untung ada diari, sekurang-kurangnya dia lah yang boleh dengar masalah, dengar kegembiraan, dengar penjelasan kita tanpa menyakitkan hati.
 Tanpa respon bernada sinis mahupun perli memerli.

 Mungkin kadang-kadang memang perlu keadaan macam tu..Tapi, kita tidak mungkin tidak memerlukan insan lain untuk berkongsi suka duka..Mungkin berkongsi suka sahaja, bukan duka..haih..susahnya mahu cari dia semula...

Sewaktu 'drive' ke pejabat pos tadi, ada dengar radio..hmm."Allah tentunya bagi kita dugaan yang memang kita boleh hadapi, dan tidak akan membebankan hambaNya.." Aku percaya.

Satu persatu buku habis ku baca..aku harap ianya dapat bagi aku panduan, bukan hanya sia-sia kan ilmu yang aku baca..insyaAllah..


Semoga sentiasa diberi kekuatan..

Wednesday, August 25, 2010

Buat ke Tak Buat?

Cuba perhatikan, cuba semak, cuba muhasabah dan cuba renungkan..cuba dan cuba..
eh..wanie ni, berapa banyak cuba daa... :p

Tentu anda semua tak melepaskan peluang menjalankan ibadah solat sunat terawih di tempat anda di bulan yang mulia ini kan..Ye la, siapa yang tak nak pahala yang memang dijanjikan Allah untuk kita..Jadi, jika tiada hal lain yang hendak dibuat, jom kita mengimarahkan rumah Allah dengan solat terawih berjemaah..

Kali ini, wanie bukan nak bercerita tentang apa itu solat sunat terawih, mesti anda dah tahu kan, insyaAllah..

Hari tu, wanie ada terfikir untuk membuat entri pasal 'check list'..eh, bukan Cik Jah, bukan check list pasal makanan kegemaran ataupun artis paling popular Malaysia..Ini pasal checklist perkara yang ada buat atau tidak buat sewaktu berada di masjid..
Sebenarnya, ia bukan dikhususkan pada bulan puasa saja, tetapi untuk setiap kali kita ke masjid ya..

Teruskan perhatian dan pandangan anda..
-
-
-

[ ] Sewaktu hendak memasuki dan keluar dari masjid, ada baca doa tak..? eh, nak baca doa apa ya? hmm..doa masuk masjid biasanya ada diletakkan/ digantung di atas pintu masuk dewan solat..
Tak apa, wanie ada sertakan di sini:


 
[ ]Handset anda di 'silent' kan atau hanya membiarkannya..? Amat mengganggu para jemaah jika waktu sedang solat, telefon berdering..ditambah lagi 'ringtone' yang diguna ialah Lady Gaga a.k.a Hollywood mahupun Bollywood  punya lagu..adehh..

[ ] Anda suka bercakap bersembang di dalam masjid..? eh, cik jah, bukan bersembang pasal agama, tapi pasal rancangan saluran Astro mana nak tengok lepas ni..hm, nak bercakap tu boleh, tapi janganlah sampai lupa yang kita berada di masjid/ surau kan..

[ ] Sewaktu Imam nak habis baca Al-fatihah, baru anda bangun untuk berniat solat. hmm..kalau tiada sebab yang memerlukan anda buat begitu, kurang praktis lah anda berbuat demikian..Sepatutnya, kita kena menyertai imam dari awal sampai akhir solat kan..Jangan disebabkan ingin mempercepatkan berdiri dalam solat anda, bacaan Al Fatihah bersama imam tidak diambil endah..

[ ] Melintas di hadapan orang sedang bersolat..Kalau masih ada laluan/ ruang untuk anda lalu, lagi smart anda tidak melalui di hadapan orang yang sedang bersolat..Jadi, tengok-tengok lah sekeliling anda..

[ ] Tidak merapatkan saf..Ini penting. Sebagai umat islam. kita amat kelihatan bersatu jika merapatkan saf sewaktu bersolat, menyentuh bahu ke bahu..

Ok lah, setakat ini dahulu..Semoga dapat dijadikan panduan untuk diri wanie sendiri dan para sahabat..nanti ada lagi entri yang menarik khas untuk pembaca setia Bintang hati..Selamat beribadah dalam keadaan selesa dan mendapat keberkatan..insyaAllah..semoga ada manfaatnya..! :)


Kenangan 'family trip' ke Masjid Kristal, Kuala Terengganu..Cantiknya masjid di negara kita...

p/s: ooh..hari ini sudah pun 15 Ramadhan...cepatnya masa berlalu...

Tuesday, August 24, 2010

Citarasa Ramadhan..

Mari tuan puan mari dengar cerita..eh, iklan retro Axion pula..adeh..

Hari ni, wanie nak kongsi masakan di bulan Ramadhan..cuaca petang yang agak panas tadi amat sesuai kalau dihidangkan makanan berbuka yang sejuk (chilled) dan menyelerakan kan..? haa..Nak tau apa hidangan pencuci mulut kali ni?
Ya, pencuci mulut..ia ringkas dan comel..Mama cakap, kalau dihiaskan dengan ceri bertangkai tu, sesuai dijadikan antara hidangan pengantin..ehehe..(Mama, kalau bab menghias nombor satu..:) )

Nama dessert kita hari ni ialah 'Puding Sagu kelip-kelip'..Kelip-kelip? hee..nama timangan keluarga kamik kami (tersasul tulis bahasa sarawak pulak, maklumlah, semalam belajar bahasa sarawak..:p)

Baiklah Cik Jah, kita baca bahan-bahannya dulu:
Kita perlukan 1. sagu. terpulanglah nak warna apa, tapi wanie beli yang warna putih sebab nanti boleh letak pewarna yang kita nak..
2. Susu cair dan susu pekat..
3. Jagung manis yang sejuk beku tu..
4. Air..

Mula-mula, masakkan sagu + pewarna dan air..Masak betul-betul ya dalam periuk tu, nanti mentah pula dan keras jadinya sagu tu..

Ni sagu yang dah masak..warna dia merah menyala..nasib baik tak ada pewarna merah jambu..kalau tak...ehehe..


Letakkan di dalam mangkuk yang comel  sesuai..

Oh ya, jagung tadi kan boleh direbus/kukus sekejap untuk lebih empuk..Pastu, letakkan ke dalam mangkuk bersama sagu tadi..

Jadi macam ni la..

Susu cair? haa...kacaukan dengan susu pekat sikit supaya rasanya lebih sedap..Akhirnya, siram tuangkan ke dalam mangkuk tadi..senangkan? tak ambil masa yang lama pun, kecuali masa mula-mula nak masak sagu tadi.

Hasilnya macam ni..so juicy and licking good..

Cubalah!

p/s: Sepupu wanie si fatin tu panggil kuih ni : kuih 'ulat bulu'..ha2..sebab rupanya bulat-bulat...

Sunday, August 22, 2010

Nostalgia puasa..

Bila sempat menonton rancangan Nostalgia Ramadhan di TV1 hari tu, wanie teringat pula cerita ramadhan diri sendiri di tahun-tahun sebelum ini...

Nak dengar baca tak cerita wanie sikit-sikit?


scroll la....ehehe

Wanie dididik untuk mula puasa seingat wanie la kan masa darjah 1 la kot...Tapi, waktu tu, mula puasa separuh hari..hehe..tiba waktu tengahari, perut pun diisi..ye la, tak tahan masa tu..

Masa di sekolah pula, wanie dan dua orang rakan baik pun puasa separuh hari, hehe..waktu rehat, kitorang makan la di tepi bangunan..haih...lawak pula bila sorok-sorok makanan macam tu..dah la masa tu jadi Penolong Ketua Darjah..
Pastu, bila dah besar sikit, belajar puasa penuh...masa mula darjah 3, abah dah bawa wanie ke masjid untuk solat terawih..Farah dan Faiz masih kecil, jadi mama jaga diorang kat rumah..Lepas berbuka, wanie la yang pergi masjid dengan abah..wanie masih ingat, kat masjid tu, ada seorang budak yang lagi besar dari wanie (umur) yang selalu perhatikan orang solat depan-depan..kadang-kadang nak tergelak kita jadinya..haih..yang naik anginnya bila dia siap komen lagi perlahan-lahan..huu..
Oh ya, masa mula-mula puasa juga, wanie selalu ikut abah, nenek dan arwah Wan ke surau untuk solat terawih, suatu ketika dahulu..Wan yang jadi imam kat situ..hmm..teringat pula kenangan bersolat di sana bersama Wan..Al-Fatihah.

Wanie tak cerewet sangat makan waktu berbuka dan bersahur. Apa yang mama sediakan, itulah yang kami makan..ye la, bila perut dah lapar kan...hmm..masih juga teringat waktu sekolah rendah dalam darjah 6, wanie dan kak ngah selalu bermain dengan jiran sekampung yang sebaya. Ramai la juga..Setiap petang ramadhan, kami akan main lompat getah, 'hide and seek', kejar-kejar dan juga permainan ekstrim yang lain..
Bila nak dekat berbuka tu, kami pulang ke rumah dan memang akan menikmati makanan sebaiknya sebab lapar dan dahaga selepas bermain..Memang kanak-kanak Ribena  horlicks la...

Kalau dulu, bila bulan puasa tiba, wanie rasa sangat seronok sebab nanti Aidilfitri akan tiba..budak mana yang tak seronok kan..? Tapi semenjak dah belajar dan cuba memahami erti ramadhan yang sebenar, rasa seronok menyambut ramadhan sedikit berbeza dari pengertian sewaktu zaman kanak-kanak dahulu..
Ramadhan amat besar ertinya bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah, dengan cara melipatgandakan amalan dan ibadah kerana Allah.

Kenangan sewaktu zaman muda kanak-kanak akan sentiasa tersemat di hati..perasaan yang gembira pasti ada tapi dengan pengertian yang berbeza, insyaAllah...

Selamat berpuasa..:)

Selepas 10 Ramadhan..

11 Ramadhan sudah berlalu..hmm..cepatnya masa..setakat ini, kalau nak muhasabah diri tentang perjalanan di bulan Ramadhan masih boleh ditingkatkan..Macam mana dengan ibadah puasa sebelum ni? Solat terawih ada pergi tak? Bersahur tak kita untuk mendapatkan keberkatannya? Atau hanya makan sebelum masuk tidur itu sudah cukup untuk mendapatkan pahala yang berganda?

Bacalah Al-Quran walaupun sebentar..

Oh ya, bagaimana dengan azam di awal 1 Ramadhan lalu? Nak baca quran dengan tekun dan kalau boleh, mahu khatam di bulan mulia ini..?Masih cuba diusahakan ke?

Haa..jangan cepat melatah Cik Jah..masa masih panjang...Raya lambat lagi..jadi, jangan lengahkan aktiviti Ramadhan yang anda impikan sebelum ini..Lebih-lebih lagi 10 malam terakhir Ramadhan yang bakal menjelang nanti..! (Pesanan ini bukan untuk Cik Jah sahaja..)


Sungguh sedih tatkala Ramadhan yang ditunggu hampir menuju ke penghujungnya..Masih adakah kita di Ramadhan yang berikutnya..? Semoga Allah murahkan rezeki kita dengan keberkatan yang ada di bulan puasa ini..

InsyaAllah...
hmm...cik wanie memang suka berpantun, maklumlah pernah masuk pertandingan berpantun zaman sekolah dulu...hehe...

Ada orang namanya Pak Mat,
Suka pelihara itik serati,
Jangan malas untuk beribadat,
Kerana itulah bekalan diakhirat nanti..

Ooh..sudah lewat ni..selamat bersahur semua pembaca setia Bintang Hati..

p/s: Selepas kesedihan, selalu diiringi dengan kebahagiaan..terima kasih Ya Allah...:)

Saturday, August 21, 2010

Bunga Lili ku...

Bila tengok bunga-bunga hadiah hari konvokesyen wanie yang sedang layu di ruang tamu..huu..sedihnya..Bunga yang dihadiahkan oleh dia pun dah layu..eh, cik wanie ni..memang la, kan dah hampir 2 minggu..
hmm..seronoknya kalau selalu orang bagi bunga..(dituju kepada golongan tertentu..:p)..

Bunga lili, salah satu bunga yang paling wanie suka..ia sangat tahan lama..i like! tapi..dah nak layu sangat dah..hmm, terima kasih bunga kerana telah menceriakan meja wanie..:)

Di kelas tadi, wanie ada bagi 'pop kuiz' untuk para pelajar..semangat ni nak bagi markah mereka..hehe..
Sebenarnya, kuiz ni sangat penting dilakukan supaya pelajar tidak leka dengan pengetahuan yang ada dan selalu mengulangkaji pelajaran..Setidak-tidaknya, mereka tahu tahap pencapaian masing-masing setelah melalui kuiz sebegitu..

Kerja-kerja menyediakan soalan kuiz..siap!

Ok lah, nak 'mark' markah dulu..selamat bersahur bagi yang berpuasa. Bangun jangan tak bangun ya..:)

p/s: Pengalaman pertama 'drive' dalam hujan lebat petang tadi sewaktu perjalanan pulang dari tempat tuisyen..cabaran tuu..Alhamdulillah selamat sampai..:)

Friday, August 20, 2010

Kalau rasa sedih

Malam ramadhan yang dingin..sesekali teringat peristiwa yang menyedihkan, menyakitkan hati, merunsingkan fikiran...eh, melayan perasaan la pula kalau macam ni..

Ada yang tengah sedih ke sekarang?

Tak baik sedih-sedih kalau perkara tu tak sepatutnya untuk 'disedihkan' kan.. Bukankah kita ada banyak lagi perkara yang boleh mengembirakan kita?
Carilah perkara itu..Macam wanie, suka jalan-jalan kalau sedih, jom pergi jalan-jalan kat Kota Bharu..hmm..dah pergi pun semalam..Alhamdulillah, dapat ok la perasaan ni..

Tak sukanya meluahkan perasaan di sini. Sebab tu wanie tak suka facebook..ramai yang meluahkan perasasan di situ..haih..

Cuma, bila difikirkan ini blog peribadi, boleh la juga sekadar memenuhi entri malam ini. Kalau ada yang tak suka baca, boleh klik 'button' cross kat atas tu kan..hee..

hmm..Harap boleh tidur lena sampai waktu sahur..insyaAllah..

Ok, perlu rehatkan badan. Petang esok kena mengajar tuisyen 3 jam..kena bersedia mental dan fizikal untuk anak-anak murid sekalian ya wanie..daa..



p/s: Everything happen for a good reason, insyaAllah..:)

Thursday, August 19, 2010

Sedapnya buah melaka..

Sinonim dengan bulan ramadhan, muncullah bazar ramadhan di sana sini. Istilah yang menarik di dengar. argh..perut berbunyi..sabar-sabar..waktu berbuka lambat lagi ni..hee..

Setakat ini, wanie belum berkunjung ke mana-mana bazar ramadhan untuk tahun ni, gerai-gerai makanan sudah banyak di tepi-tepi jalan di hadapan rumah wanie. Memang meriah tatkala menjelang petang. Tapi, bagi wanie sekeluarga, dari dulu sampai sekarang , makanan berat seperti lauk pauk tu memang disediakan sendiri di rumah. Kuih muih pun begitu. Cuma kadang-kadang, jika ingin beralih angin, kuih muih itu dari kedai juga la contohnya kuih akok (kegemaran abang cik). Mama memang suka masak dari membeli dari kedai. Harap-harap wanie pun macam tu la ya kalau sudah berkeluarga nanti. opps..

Kalau tahun-tahun lepas tu, pernah juga la wanie ke pasar ramadhan sekali sekala ingin melihat gelagat orang ramai di sana. Apa yang menarik di sana, kita dapat melihat makanan yang hanya terdapat di bulan puasa. Tapi, ia unik untuk sesetengah kawasan juga, negeri lain mungkin ada makanan tradisi sendiri di bulan puasa ni. Ye tak?
 Kalau di kelantan, kuih yang popular ialah 'onde-onde' a.k.a buah melaka, puteri mandi, kuih telur dan spaghetti. eh, silap...dan lain-lain.

Kewujudan gerai menjual air juga cukup menarik perhatian. Ada yang jual air tebu, air kelapa, air soya dan macam-macam lagi. pendek kata, semua ada. panjang kata semuaaaaaaaaa adaaaaaa...:p

Tapi, rata-rata wanie nampak masyarakat sekarang sudah ramai yang menyedari hakikat puasa yang sebenar. Tak adalah nampak boros sangat ketika membeli. Mereka ni lebih bijak membeli. Mungkin takut tertipu. Tidak dinafikan kewujudan bazar ramadhan membuka peluang untuk mencari rezeki di bulan yang mulia ini. Tapi, berhati-hatilah dalam berniaga. jangan sampai makanan yang tidak habis dijual semula untuk keesokkan hari. Tak baik tu kan..
Kita sama-sama ingin mencari keberkatan dari ibadah ini, rezeki ada di mana-mana, carilah yang halal dan boleh mendapat keberkatan.
Hari tu, di Radio, wanie ada terdengar seorang penjual kuih di bazar ramadhan boleh mengutip hasil sekitar RM 500 sehari..waah..cuba congak sebulan berapa peniaga tu dapat..haa..kan dah kata, rezeki di bulan ramadhan berbaloi-baloi..insyaAllah..

Yang baik jadikan amalan, yang kurang baik jadikan sempadan.

ehem, rasa nak berpantun pula waktu macam ni..ehehe..

Pagi-pagi memancing sepat,
memancing sepat bersama Tok Wan,
carilah rezeki merata tempat,
asalkan halal lagi meyakinkan.

Selamat berbuka dan selamat menunaikan solat terawih malam ni...:)

Tuesday, August 17, 2010

A sip of water for a thirsty soul..2

Ini adalah entri wanie yang ke-111...hee..

hmm..nak cerita apa kali ini ya? ooh..haa...
Perut kenyang, ahh..nikmatnya berbuka..hidangan memenuhi meja, malah memerlukan meja yang kedua..Tegukan air pelbagai warna dan rasa, bersama aneka pencuci mulut penambat selera..
Makanan berat? apa lagi kalau bukan ayam panggang, bersama ikan bakar..fuuh..memang berbaloi-baloi...

banyaknya makanan...sedap tuu..

eh, eh..jangan silap faham ya, itu bukanlah menu berbuka wanie untuk semalam..

Cuma menafsirkan cara berbuka yang berlebihan..betul tak macam tu? bagi sesetengah orang, apalah sangat hidangan yang memenuhi meja tu, nanti boleh makan lagi..kalau tak habis, boleh bagi kat kucing.
hmm..ya anda memang tak membazir jika semua makanan yang di'borong' itu habis. Tapi, anda telah membazirkan selera anda, anda telah membazirkan tenaga anda, mungkin juga masa anda..untuk menghadam.

"eh, biarlah..dah itu rezeki saya hari ini, lagipun hari ni penat sangat..bolehlah saya makan banyak.."

Sebelum tu, di rumah seorang miskin yang dilawati oleh orang kenamaan untuk makan bersama juadah yang dibawa sempena dengan Bulan Ramadhan,
 " Setakat ini, belum pernah pun kami rasa makanan selazat ini..Terima kasih..syukur.."

Nahh...berbeza sungguh cara mereka..Sahabat sekalian, walaupun berpuasa, tidak bermakna semua makanan kita nak rasa, seolah-olah nak membalas dendam tak dapat makan di siang hari..he..lucu pula bunyinya.. Tapi, inilah realiti masyarakat yang maju sekarang.

Puasa memberi banyak manfaat, selain dapat menginsafkan diri, ia dapat membantu melansingkan badan..haa..tak percaya? betul. Bila berpuasa, badan kita secara automatiknya terhindar dari makanan yang boleh menaikkan alat timbang. Walaupun anda boleh ber'diet' di bulan yang lain, mungkin pengaruh ubat-ubatan (pil) masih membelenggu anda..Tapi dengan berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan, insyaAllah badan akan sihat seperti yang dikehendaki.

Rasulullah saw sendiri berbuka dengan buah kurma dan air, begitu juga waktu bersahur.
Kenapa hanya kurma?

si kecil banyak khasiat..

Kurma adalah buah yang ringkas, kecil tetapi khasiatnya....waah..menakjubkan!!
Ingat tak kisah Maryam sewaktu hendak melahirkan Nabi Isa alaihissalam? haa..Allah menyuruhnya makan buah kurma  untuk memudahkan Maryam bersalin..SubhanaAllah..

Jadi, kuat tak buah kurma? haa..kepada siapa yang tak suka kurma (terutamanya kanak-kanak), sedarlah, kurma dapat mengembalikan tenaga serta merta anda..insyaAllah..

Nanti dulu, kalau boleh, jadikan kurma sebagai buah yang sentiasa ada di rumah kita, bukan hanya 'berbuah' bila tiba bulan ramadhan saja ya..

keluarga yang bahagia sentiasa mengajak ahlinya mengerjakan kebaikan..insyaAllah..

Sedikit pengajaran, panduan dan nasihat untuk kebaikan bersama..
Selamat berpuasa dan beramal..:)

p/s: gambar-gambar di ambil dari Google.

Saturday, August 14, 2010

Ahlan ya Ramadhan..

Sementara kudrat masih ada, alangkah beruntungnya di bulan Ramadan, bulan keampunan, bulan berkat yang sentiasa memberikan khabar gembira buat manusia sekalian alam..
hebatkan bulan kita??

Betapa bersyukurnya kita masih diberi peluang merasai nikmatnya ramadan..jadi, janganlah kita sia-siakan peluang ini. Syaitan laknatullah telah digari, dikurung, jadi gunalah sepenuhnya kebebasan dari makhluk yang dibenci ini untuk beribadah, beramal dan bertaubat.

hmm..setiap kali datangnya bulan ramadan, orang mukmin yang beramal soleh akan berasa gembira sangat, pulangnya ramadan, akan membuatkan mereka berasa sedih, timbul perasaan di hati "adakah aku masih ada untuk ramadan yang akan datang?" waAllahua'lam..

Mengikut buku yang wanie baca (hadiah dari Maszeni) yang bertajuk "Adab ramadan" dari Absyar Fuad dan Suzana Ismail, dalam Bab 6, ada menyatakan adab-adab di bulan Ramadan.

Antaranya wanie senaraikan:

1. Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya.
Jangan lupa bersahur ya, sesungguhnya di dalamnya ada keberkatan..

2. Bersikap dermawan.
haa..jangan kedekut untuk menghulurkan bantuan, kalau bukan dari segi kewangan, berilah dalam bentuk makanan mahupun tenaga..

3. Bertadarus Al-Quran secara konsisten..
Peruntukkanlah masa untuk membaca Al-Quran..pahalanya berganda..SubhanaAllah..

4. Beriktikaf terutamanya pada 10 malam terakhir..

5. Mengawal nafsu, memperelokkan perangai serta memelihara lidah.

6. Menggalakkan keluarga beramal soleh.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi

8.Menyediakan makanan berbuka buat orang berpuasa.
Pahalanya seperti orang yang berpuasa tau..

9. Tidak banyak tidur.
Walaupun letih, jangan lah sampai berlebihan dalam tidur, cukup sekadar merehatkan badan.

10. Mengejar Lailatulqadar..
Malam yang hebat..carilah di sepuluh malam yang terakhir..


Banyak sungguh aktiviti dan amalan yang boleh kita lakukan. Selagi badan masih sihat dan bertenaga, gunalah sebaiknya. Semoga di bulan yang berkah ini, kita sentiasa dibuka pintu hati untuk sentiasa melakukan amalan soleh.
Ya Allah, terimalah ibadat kami..ampunilah kami dan berkatilah rezeki kami..amiin...

Selamat berpuasa semua...

p/s: Selamat  hari lahir buat sahabat wanie Nurul Ain Mohd Roslan yang ke 23, pada hari ini 14 Ogos..Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat..:)

Thursday, August 12, 2010

Selamat hari lahir Bonda...

Kalau cantik wanita tercantik di dunia,
cantik lagi mama ku yang setia..

Kalau baik seseorang wanita
baik lagi bonda yang ku bangga

Kalau pandai seseorang perempuan
pandai lagi ibu ku dalam menjaga keluarga sekalian..


Selamat hari lahir...mama, Puan Wan Norma Wan Yusuff...

Itu lah dia mama yang ku cinta, ku sayang..hari ini genaplah umur mama 46 tahun..Selamat hari lahir mama. Semoga mama sentiasa sihat, gembira dan dimurahkan rezeki..
Terima kasih atas pengorbanan menjaga kami sekeluarga..

Ya Allah, lindungilah mama ku di dunia dan di akhirat..

WE LOVE YOU...!!!! :)

Wednesday, August 11, 2010

My simply superb memory...

Assalamualaikum...wahh...lamanya wanie tak update blog...rindunya kat Bintang hati..Bukan apa, 3 hari lepas, wanie ke UKM, sempena menghadiri majlis konvokesyen wanie..ya, dah konvo..

Majlis tu pada 9 Ogos 2010..gembira tak terkata saat menghadiri majlis untuk diri sendiri..terasa penat lelah 4 tahun lalu terbayar bila menyarungkan jubah jingga itu..
Alhamdulillah, wanie dapat meraikannya bersama keluarga dan orang yang disayangi..
Hari itu juga memang puas bergambar..posing sana sini mengukir senyuman bersama teman..
kelihatan para ibubapa girang menyambut kejayaan anak-anak sendiri meraih segulung ijazah..
Terima kasih ibu, ayah, para pensyarah dan sahabat kerana tanpa kalian, mungkin kami sukar menjejakkan kaki di sini..

ok lah, wanie ada buah tangan untuk tatapan pengunjung setia Bintang hati..
klik, klik...

Bersama keluarga tersayang di Pesta Konvo...

Bergambar bersama sebelum ke studio..

Baru je keluar dari dewan ni...

Di hadapan DECTAR..

Kita bergambar dulu ya..

Dalam bilik sebelum 'check out'..

Bersama para sahabat..Semuanya cikgu Kimia dan Biologi..

Kenangan bersama teman yang rapat di KMNS, Aini..

Wanie ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang hadir memeriahkan majlis konvokesyen tu..

Perjalanan masih jauh untuk menggapai kecemerlangan, laluan-laluan ini memudahkan perjalanan, jangan mudah mengundur diri, yakin pada diri sendiri dan sentiasa mengingati Allah, hidup pasti dalam keberkatan dan redha Maha Pencipta..

WaAllahua'lam...:)

Saturday, August 7, 2010

Calon guru

135 soalan dalam masa 30 minit..maknanya lebih kurang 10 saat satu soalan..? hmm..itulah yang wanie dan kawan-kawan bakal guru hadapi pada hari khamis lepas..Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah..waktu temuduga itu tamat seperti yang dijangkakan..
 Berkasut tumit tinggi, orang putih cakap 'high heel', lengkap dengan 'handbag' serta busana warna merah jambu..ai..calon guru..hee..Semuanya nampak berbakat jadi cikgu..Ye lah, seperti dalam entri wanie sebelum ini 'guru mesti ada personaliti'..
Ada juga kawan-kawan yang mengalami sedikit masalah berkaitan dengan dokumen yang dibawa..Pada mulanya agak cuak juga..tapi, Alhamdulillah mereka dapat selesaikan masalah itu dengan baik akhirnya..
Terima kasih kepada keluarga serta sahabat wanie yang sentiasa memberi sokongan..


ada beberapa gambar yang diambil sebelum mengambil ujian INSAK..
 Terima kasih kepada Mastura kerana meng 'upload'kan gambar ni di Facebook..


kami ni satu sekolah di SMKAN dulu..Dari kiri: yana, wanie, mirah dan mast

Semuanya bakal guru yang akan mencorak generasi akan datang..kanan sekali tu amalena a.k.a ring..

Sekian untuk cerita kali ini..nanti akan kembali dengan yang lebih menarik, insyaAllah..hee..:)

Wednesday, August 4, 2010

Pandang-pandang, jeling-jeling

Salam petang rabu yang permai..
Apa cerita hari ni wanie?
hee..macam biasa lah, cik wanie mesti ada cerita..

Seusai membeli barangan keperluan termasuklah manik-manik untuk dijahit di baju mama, (pandai ke wanie ni jahit manik...? :p ), wanie berhajat nak singgah ke KFC, maklumlah dah nak puasa kan, jadi jom kita makan KFC..kereta pun dipandu ke tempat parking yang disediakan..hm..nasib baik lah tak ada orang sangat, jadi tak la lama nak tunggu untuk order makanan..Setelah itu, meja yang berkerusikan sofa menjadi pilihan..Fatin, duduk di sebelah wanie..

Tiba-tiba..wanie terkejut dengan satu adegan dalam KFC, berhadapan dengan meja kami..Alamak! silap tempat ke aku ni? huu..
Mula-mula..ingat mereka saja mahu ambil gambar bersama, tapi, ada pula aksi menyusul..
Ada seorang lelaki dan dua orang perempuan. Seorang tu duduk bersebelahan dengan lelaki itu. masih muda. Tak perlulah wanie menceritakan apa aksi yang dilakukan sebab wanie tak reti nak taip di  sini. nantikan salah taip, salah cerita pula..Jadi, wanie terlintas di fikiran untuk cepat-cepat berkongsi di Bintang Hati..Mana tau, ada teladan dan pedoman untuk kita dalam pergaulan..
Dari segi tingkah laku, wanie tak rasa mereka berdua pasangan suami isteri..entahlah, kata hati macam tu..Yang seorang lagi tu, macam terpaksa saja menunggu..

Lepas tu, wanie terasa yang lelaki tu asyik pandang-pandang orang lalu lalang..wanie bukan nak tengok adegan mereka, cuma tak nak lah mereka sesuka hati berkelakuan demikian di tempat awam. Tambahan pula ada 2 orang budak sekolah di hadapan, orang cina. Mungkin mereka tidak segan dengan keluarga berbangsa cina yang sedang menjamu selera di hadapan, tetapi..malu lah sikit dengan budak sama bangsa dengan mereka ni..Wanita cina kat depan tu pun macam tengok-tengok mereka. Si lelaki dan perempuan tu perasan yang wanie pandang mereka..

wanie pun suruh fatin bergerak dan duduk bertentangan dengan wanie..bimbang kalau fatin ternampak..
wanie masih buat-buat jeling..tidak lama selepas itu, perempuan itu pun bergerak dan duduk bersebelahan dengan perempuan seorang lagi...seketika, mereka keluar.
alahai...
Para sahabat sekalian, jagalah perlakuan, jagalah tangan, jaga lah pandangan..insyaAllah niat hari ini untuk berkongsi sekadar memberi peringatan untuk diri sendiri dan pembaca..

p/s: Tahniah untuk abang cik (Faiz) kerana lulus dalam ujian JPJ motosikal hari ini...:)

Monday, August 2, 2010

Jalan-jalan cari buku

Semalam wanie ber 'window shopping' cari buku ilmiah/ akademik dengan fatin. Sepupu yang berusia 6 tahun..hee..macam ibu pula bila bawa budak kecil, tapi rasanya, ia lebih bagus dari berjalan sendirian. Lagipun, keletah fatin ini memang mencuit hati..Dia akan tunjuk semua barang yang dia nak, terutama kalau kita beli barang tu tapi dengan nada yang perlahan..

Contoh ayat yang biasa dia guna:
" Aten tak syampu lagi ni..kakak...Comel nye syampu Mickey tu.."

ha2..kadang-kadang nak tergelak pula..

Lepas tu, bila kemahuan tidak dipenuhi (takkan nak beli semua..hee) dia akan ok dan tidak marah, malah mengikut sahaja apa yang kita nak beli untuknya..
Seronok juga bawa si fatin ni, sebab dia tak kan buat kita bosan..

Fatin ni juga kecil je orangnya..kalau dia duduk sebelah wanie yang tengah memandu, wanie akan suruh dia pasang tali pinggang keledar tu..jadi, dia tak nampak la sangat pemandangan luar..pernah juga wanie terfikir, 'agaknya, orang tak nampak fatin dalam ni..' hee..

Fatin( memegang lukisan kucing) dan Feesha (anak sepupu mama)..Dua orang ni sahabat baik di Tadika semenjak umur 5 tahun lagi..memang baik bebenor ni..he..

Kakak doakan semoga Fatin dan Feesha menjadi anak-anak yang solehah, baik budi pekerti dan berjaya di dunia dan di akhirat, insyaAllah..

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget