sayyidul istighfar



Saturday, October 31, 2009

rindu kamu..

"Sejenak hatiku mula tersentuh, Bila terkenang ibuku nun jauh.. Aku di rantauan penuh kerinduan, Bersama harapan pulang ke pangkuan..Biarpun anakmu jauh di mata, Namun di hati tak pernah kulupa, Wajah manis ibu,tutur kata..Menjadi penyubur semangat jiwaku..Walau selaut kucurah baktiku, Walau segunung kutabur jasaku, Namun takkan dapat dibalas Pengorbananmu waktu kecilku..Untukmu ibu salam sayangku..Doa dan restu kupohon darimu..Agar dimudahkan laluan hidupku, Menempuh dugaan di medan ilmu.."

Petikan lagu IBU, dari Zulfan..haih..time macam ni, rasa nak balik kampung la plk..rindunya kat mama, abah,adik-adik, nenek dan my little cousins..sudah call pn masih rindu? mestilah..Hari tu mama wanie ada call..cakap tentang majlis hari jadi sepupu wanie, namanya fatin amira..baru 5 tahun kak cik(panggilan family) ni..lepas tu kan, sebelum potong kek dia, semua orang baca doa selamat untuk kak cik ni..yang jadi lawak nya plk, abang fatin ni, namanya fakhri a.k.a ayie (7 tahun) doa la jugak untuk adiknya yang selalu cari pasal tu..doa ayie: mintak2 kek fatin meletup.. pastu semua yang dgr ayie cakap macam tu tergelak besar la sb betapa jelesnya dgn sambutan harijadi fatin..budak2 ni lucu banget..yang sebenarnya, pada kek tu, keempat2 nama adik beradik diorang ditulis..kalau x, maunya terasa hati..yang ayie tu sbnrnya, bday dia lambat lagi..ha2..ayie n abg long (fierdaus) ni selalu dipanggil upin ipin diawal kemunculan upin ipin hari tu...pastu, fatin perkenalkan dirinya sendiri sebagai 'kak ros'..ha2..lawaknya sepupuku ini..kat bawah ni gambar mereka( tak payah dipaksa utk bergambar sb mereka mmg suka bergambar..fotogenik la katakan..hee) lokasi: dlm bilik wanie masa balik rumah hari tu..(sbnrnya dh agak lama gmbr ni)..

Dari kiri : fatin amira, muhd fierdaus, muhd fakhrie,muhd farhan(tiada dlm gambar)
p/s: nanti kakak cite pasal abg cik n adik sha plk ya..hee...miss u all..mmuah..

meh makan..

Nak taip ke xnak taip?nak,xnak,nak..haa kan dah taip..alang2,taip panjang je trus..hurm, hari ni xberlaku seperti yang wanie jadualkan..selalu xikut jadual.xberdisiplin ke wanie ni? Mungkin..bila ada saja perkara yang nak dibuat, sifat malas, rasa letih mengantuk dll tu selalu dtg.nak bt keje je malas,malas je nak bt keje..haih..apapun, semoga diri ini selalu diberi kekuatan untuk berusaha ke arah kecemerlangan..bak kata orang tu: guru ni kena bagi semangat kat orang..so, diri sendiri kena selalu bersemangat..hm,baiklah bos...Ada 3 paper lagi..keselamatan kimia, pembangunan insan dan kewarganegaraan dan variasi sel & tisu. lepas tu..time to balik kampung! 13 Nov jam 9.30 pagi,insyaAllah wanie balik kampung..yeah!..tapi sekarang pun dah teringin nak balik ni..haih..sabar ya wanie..dah x lama dah..tadi makan petang bersama miyau n ainur..apalah yang kami bualkan..pasal syurga cinta..i mean, filem syurga cinta..kelebihan dan kekurangannya..bukan apa, sbg peminat filem2 melayu ni, kami rasa ada patut sesetengah perkara diberi lebih penelitian untuk penghasilan filem yang lebih bagus. contohnya, dari segi skrip dan penataan pelakonnya..selain tu, nilai-nilai sebagai orang islam juga mesti dijaga agar tidak keterlaluan dan terlampau..dalam filem ni, wanie suka dengan muzik latarnya yang sesuai dengan jalan cerita dan scene..
Hm..nak letak gambar apa ek? haa...ni la yang menambat selera kami tadi...selera datin2..ha2..alhamdulillah, ni rezeki pada hari ni..


ni yang wanie punya..tomyam ayam..(dah 3 tahun mkn ni..haih..)
ni plk miyau punya: ABC (dah lama sgt mengidam cik mirah ni..) ni ainur punya:nasi goreng ayam black paper (suka sgt ayam black paper..he..)

p/s: wanie suka tgk cite epik @ cite yang based on true story..feeling gitu..

Friday, October 30, 2009

akhlak pembawa cahaya..

"Rasulullah..dlm mengenangmu..kami susuli..lembaran sirahmu,pahit getir perjuanganmu..membawa cahaya kebenaran.."

Hm, salah satu lagu nasyid yang wanie suka dari hijjaz..memuji2 Rasulullah..


"Alangkah indahnya hidup ini,andai dapat ku tatap wajahmu..kan pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenanganmu.."


Kali ni, wanie nak kongsi bahan bacaan wanie tentang akhlak rasul junjungan kita..moga2 kita dapat mencontohi peribadi mulia ini.. di saat kewafatan baginda, masih lagi baginda menyebut2 kita..ummati..ummati..(umatku..umatku..)..betapa nabi mencintai umatnya..marilah kita sama2 mempraktikkan akhlak yang mulia ini supaya kita selalu mendapat keberkatan dari Al-Khaliq,Allah SWT.
Antara akhlak rasulullah:
~Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
~Sangat elok dan sempurna wajahnya
~Baginda memilik perasaan yang halus
~Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
~Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
~Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
~Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
~Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
~Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
~Baginda memakai serban di atas kopiahnya
~Suka membalas hadiah
~Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
~Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
~Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
~Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
~Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
~Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.
~Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
~Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
~Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
~Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
~Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
~Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
~Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
~Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara .
~Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
~Amat kasih terhadap umatnya.
~Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya .
~Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah .
~Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
~Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
~Suka menziarahi orang sakit
~Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
~Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap .
~Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
~Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
Sumber dapatan nota akhlak Rasulullah : http://resepihalaqah.blogspot.com/
Rumah Rasulullah S.A.W yang mulia… (sehingga kini, bekas tapak sujud baginda ketika saat kelahirannya masih berbau harum, di dalam rumah tersebut yang kini dijadikan perpustakaan…(sumber:pembinaperak.wordpress)

p/s:"Alangkah indahnya hidup ini,andai dapat ku dakap dirimu..tiada kata yang dapat aku ucapkan hanya tuhan saja yang tahu...Ya Rasulullah..ya habiballah...."

ke mana hari ni?

Hari ini wanie pergi jalan2 kat lowyat bersama teman..hm,kami naik la salah satu pengangkutan awam yang wanie suka iaitu monorel..sb apa? sebabnya, boleh rasa macam nak terbalik bila ia melalui selekoh..ha2..lagi satu, boleh tgk bangunan2 kat KL dgn lebih dekat..Al kisahnya, wanie dapat duduk di sebelah seorang perempuan yang wanie sangkakan wanita india tempatan..Jadi, disebabkan 'peramah' sangat wanie ni, wanie tegur la auntie tu nak pergi mana..rupa2nya, auntie tu bukan orang tempatan, tapi warga Pakistan yang datang ke Malaysia untuk tujuan 'exhibition' kat Mid Valley( mungkin culture exhibition)..dan berlakulah conversation antara kami..suasana dalam monorel tu dihiasi dgn perbualan kami..harap tidak mengganggu penumpang lain..hee
wanie: sorry auntie, i thought u re Malaysian..(smile)
auntie: ooh..i'm from pakistan..come here for exhibition at Mid Valley..this is my first time come to Malaysia..well, Malaysia is so interesting..beautiful..and the Malaysian also very nice..but the currency of Malaysia of course higher than ours but still affordable..u know,first time, i ate such an expensive banana! ha2..but well, its juz fine..
wanie: (grinned) tq very much..same to u auntie..u re very nice too..ooh..so, you 're alone?auntie: ooh,i'm stay together wif my frens at the hotel..yesterday, i went for a shopping at...( kurang jelas auntie ckp apa)..hm, where do you work? hows ur job?
wanie: ( dlm hati: dah macam wanita bekerjaya ke wanie?) hmm..i'm a student..from UKM..a bit far from here..Perbualan diteruskan lagi..banyak juga yang kami bualkan,sehingga lah berbunyi: next station: Imbi..
wanie: Oh auntie, i have to go rite now..next, is ur station..well, nice to chat wif u..
auntie: Ooh..ok girl..nice to chat wif u too..( smile)(we shake our hand)..
hmm..selepas itu, wanie dan teman wanie tu pn menuju ke Lowyatt..rasa gembira dpt berbual dgn auntie tadi..he..apa yg pasti, negara kita selalu membuatkan pelancong senang hati untuk berkunjung lagi..
p/s: banyak nya makan hari ni..thanks encik badiozaman..hee, hari ni hepi jg kuar jln2 tapi sedih pun ada..hm..alhamdulillah..peace..

Wednesday, October 28, 2009

Ke mid valley..

Waah..sudah lama x berblog..tapi bagi mereka yang sentiasa singgah kat 'bintang hati' ni, mesti dpt tgk perubahan pada template, background n colour pada blog kesayangan wanie dalam seminggu ni..hee..tu la yang wani edit kan. Perasaan nk tgk blog sendiri cantik( cantik ke?) , selalu mendorong diri ini untuk meng'edit' mana yang patut walaupun x post kan item untuk tatapan pengunjung..
Hmm..hari ni, wanie pergi jln2 kat Mid Valley, boleh tahan jgk rmai orang..antara yang menarik hari ini yang boleh membuat wanie gelak dalam hati ialah apabila melihat bayi dalam 'baby's stroller' yang sangat2 comel. bayi tu mengangkat2 jarinya seakan2 sedang mengira 1,2,3..ha2..pastu datang plk kanak2 (boy) yang sangat2 comel juga yang dituntun ibunya..dan yang kesiannya, kanak2 tu terpaksa jalan dgn begitu cpt kerana mengikut langkah ibunya yang tergesa2..cutenya mereka..Hm, selepas pusing2 bahagian lelaki,perempuan dan mengisi perut, wanie ke bahagian makanan kt Jusco. Masa tgh beratur panjang nak bayar Susu Everyday dan SunSweet Prune ( tu je wanie beli kat bahagian makanan, tapi x termasuk brg2 bahagian lain tu..ha2), wanie ternampak seorang warga tua..chinese old lady..bila tgk auntie tu, wanie terfikir yang dia mesti seorang yang baik hati( perwatakan dia)..kesian pun ada sebab dia jln guna tongkat seakan2 kerusi roda..ada tempat kecil pada tongkat untuk letak barang lagi..rupa2nya tu kerusi serbaguna untuk warga tua..Selepas itu, ada seorang wanita cina 40-an menuju ke arah auntie tu..auntie itu ibu dia rupanya..wanie igtkan dia berjalan bersama ibu dia, terlintas juga dalam hati takkan la dia bawa mak dia berjalan dengan keadaan macam tu..tiba2..ibunya(auntie tu) duduk atas tempat duduk kerusi yang boleh diguna sebagai tongkat tu..n anak dia menolak kerusi itu dan mereka berlalu sambil menjawab pertanyaan ibunya..kagum seketika..pertama kali melihat kerusi roda yang seperti itu..canggihnya..boleh bawa ibu yang sudah tua..hm..apa yang wanie terfikir selepas itu ialah, eratnya hubungan mereka dan betapa sedihnya ibubapa yang dibiarkan di rumah orang2 tua tanpa kasih syg anak2 sedangkan banyak cara yang boleh dibuat dan diguna untuk menjaga ibu yang sudah tua, malah masih boleh bawa mereka berjalan2 tanpa memenatkan mereka..wanie tersenyum sendiri..

Oh ya..sebelum tiba giliran wanie utk membuat pembayaran( gaya macam nak guna kad kredit plk) wanie agak terkejut dengan cara layanan seorang cashier kat situ kepada seorang pekerja Jusco( warga asing) yang keliru dgn pembayarannya. Agak kasar juga percakapan cashier tu..dah la pekerja tu jauh lebih berumur dari dia..hm,kurang pasti kenapa cashier tu meninggikan suara sedikit, tapi, sebagai seorang yang kerjanya berhadapan dengan sosial, perlulah menjaga adab ketika bercakap, sewaktu melayan pelanggan dan juga semasa mempromosikan sesuatu barang..lebih2 lagi dgn org yang lebih tua..walaupun mereka bukan warganegara Malaysia, mereka adalah orang lbh tua yang patut dihormati..sekurang2nya senyum lah..wah2 wanie..hee..maaflah, bukan nak membebel..tapi nak berkongsi sesuatu yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita..bila kita berhadapan dengan orang awam, kadang2 sifat yang tidak elok senang saja dilihat orang..memang perlu jadi diri sendiri..tapi, jangan sampai memalukan diri dan membuat orang lain memandang serong..haih..
p/s: sedekah yang senang dibuat, malah membantu sistem saraf ialah 'senyum'..bila senyum, wajah akan ceria dan sentiasa cantik(awet muda)! insyaAllah...tentukan sendiri ya! :)

Oh ya,seronok jln2 hari ni..peace..semalam, ada dpt selendang cantik..peace lagi..:)

Monday, October 19, 2009

syurga cinta..

Alhamdulillah..wanie dapat menyiapkan 'pengeditan' tesis untuk mlm ni. Hari Jumaat ni bolehlah hantar pada En. Yusoff..Hm, dalam beberapa minggu lps (sebenarnya dah lama), wanie ada tgk cerita 'syurga cinta'..(tgk kat bilik je) Lakonan Awal, Heliza, Haziq dll..best jgk ceritanya..berunsurkan islam dan sesuai ditonton seisi keluarga..kononnya, kawan2 si Irham @ Am mencabarnya untuk memikat gadis bertudung n sopan yang merupakan seorang cikgu. Cikgu syuhada ni cikgu kepada ikmal..(haih..begitu plk jln ceritanya..)Then, byk cara si Am ni buat dgn dibantu oleh adiknya ikmal untuk memikat cikgu syuhada..lawak la Haziq bila dia 'act' like a man..Am ni hidupnya penuh dengan hiburan melampau, pergaulan bebas..agak susah la nak pikat cikgu syuhada ni..klimaksnya, bila cikgu tu tau tujuan sbnr Am..lastly, dia sedar dan kembali ke pangkal jln..Oh ya, apa yang menarik hati wanie bila tgk cerita ni ialah pada masa atuk cikgu syuhada memberi nasihat pada Am tentang jodoh..lebih kurang mcm ni lah:
Jodoh tu terbahagi kepada 3:
1. jodoh dari syaitan-lelaki dan perempuan bertemu, berpegangan tangan dan melakukan maksiat. Akhirnya, berlaku perkara yang tidak diingini. Sebagai menutup malu, mereka berkahwin.

2. jodoh dari jin-lelaki dan perempuan berkenalan tetapi salah seorang shj suka (katakan lelaki yang suka perempuan tu)manakala seorang lagi tak suka. Jadi, lelaki tu bomohkan atau sihirkan perempuan tu sampai perempuan tu suka. Akhirnya, mereka berkahwin.

3.jodoh dari Allah-dua2 berpandangan terus menusuk ke kalbu. Lalu, lelaki itu terus masuk meminang, perempuan itu menerimanya dan mereka berkahwin. InsyaAllah, berkekalan..
Hmm..bagus juga cerita yang ada pengajaran mcm ni..sekurang-kurangnya ia dpt memberi kita kesedaran tentang kehidupan. Bagi wanie, jika kita mahukan seseorang yang terbaik untuk dianugerahkan oleh Allah kpd kita, kita hendaklah selalu menjaga diri sendiri sebaik mungkin,sebagai persediaan menjalani kehidupan berkeluarga yang diidam-idamkan. Ini kerana setiap perbuatan yang baik, keinginan yang baik tentunya akan dibalas baik oleh Allah..jadi, selalulah berdoa ya!

p/s: wanie pernah terbaca ayat dari artikel (lupa kat mana) yg mengatakan: Curahkanlah dan berilah kasih sayang mu kepada kedua ibu bapa mu kerana mereka layak dan berhak dikasihi dan di sayangi oleh mu..drpd kamu memberi kasih syg mu yang berlebihan kpd yang tidak/ belum berhak ke atas mu..:)

Saturday, October 17, 2009

juz around de corner..

Sudah bersedia untuk menghadapi final exam? eh, study week dulu la wanie..hee..ye la, untuk menghadapi exam tu, kena belajar dari awal kan..catch up awal2 kan bagus..ada org blh bljr kat rumah n ada org xdpt tumpu kalau kat rumah. ye la,byk dugaan, nak main2 ngan adik, nak pergi jln2 rumah saudara, astro 24 jam..ha2..mmg xbuka buku la mcm ni..hm,walau apapun style bljr, ia bergantung kpd kesungguhan individu itu sendiri. mcm wanie,kalau nak betul2 concentrate, kena bljr kat tempat yang tenang dari gangguan ramai. But sometimes, for the purpose of revision, i can make it even in the crowded place like cafe..bak kata Dr.Shukri Abdullah: belajarlah di mana2 shj dan pada bila2 masa shj..oh ya, kesihatan jgn dilupakan. jgn sampai nk study lama2 tapi tidur terganggu. kalau xcukup tidur, boleh ganggu tumpuan tau..penyakit lain pun blh dpt..haih..last but not least, selamat mengulangkaji pelajaran ya..study smart!

p/s:

Friday, October 16, 2009

house chores??

Hmm..today is juz like the day before,my legs were still annoying in the morning..but alhamdulillah already recovered after coming back from my last lecture of kewarganegaraan..wah..this morning,En.Zarin gave us tips for the final exam that will be held on 11 November ( pembangunan insan dan kewarganegaraan 's paper)..thank you En.Zarin for all your kindness..i like the way u thought us with lots of good lessons that u brought along during your lectures. Somehow, it makes me feel so excited to be a very good 'muallimah' soon upon delivering my teaching to the students..insyaAllah..
Hm, tonite,after praying, i have an activity that actually is my hobby instead. Guess what? i'll tell you,i tidy up my room..i mean my wardrobe..there are lots of things need to be rearranged in manner..ha2..but it did not take much time..really? he2..well you know, when starting cleaning my room, i'll clear everything and at last i'll stop if i'm very satisfied with my decorations..same thing happen towards my room at my hometown..hee..Being alone in the room, lately, i love to listen to the radio( Nokia's radio).. Itell you,every morning, i'll listen to the local and abroad news..somehow, it makes me up to date as well..oh,back to my actuall story,beside decorating my room, i also listening to ikim.fm..hot fm made me fell so exuberant..hm,what else..oh ya, also turned to suria fm..a kind of traditional type of listener..ah..time is so fast..next week all the UKM student will have the exam week..final exam is juz around the corner..I have to ponder everything..come on wanie, study smart!
p/s: 'muallimah' means teacher..by the way, i'm searching some good tips to be shared during exam..wait for it ok..

Thursday, October 15, 2009

hari yang penat..

Alhamdulillah..syukur pada Allah..wanie dah 'present' tugasan kumpulan berkenaan dgn sistem pembiakan..leganya rasa bila dah lepas..wanie nak ucapkan terima kasih kepada Puan linda selaku pensyarah Variasi Sel Dan Tisu..you are one of the best lecturers that i ever have..hm, sekarang boleh tumpu kepada tesis yang tgh nak 'touch up' sikit tu. Thankyou kepada En.Yusoff juga kerana banyak tunjukajar telah diberikan kepada wanie dan kawan-kawan..oh ya, 27 Oktober final exam wanie bermula..mesti tumpukan final exam..semoga ada perancangan yang rapi..
hu,ptg semalam,slps balik dari presentation tu belum sempat rehat pun..sakitnya kaki ni Allah saja yang tahu..slps isyak, ada meeting..walaupun penat tapi masih sempat 'post' kan sesuatu kat blog kesayangan ni..hee
p/s: hmm..mesti siapkan tesis tu secepat mungkin! good luck..

Tuesday, October 13, 2009

words to my junior..

Hari ini wanie berbuka puasa dgn nurul, satu praktikal dulu..kat mana lagi kalau bkn kat BBB..ha2..sedap juga mknan kat ctu..selalu je ramai orang..lebih2 lagi ore kelate 'owner' nya..hmm,esok nak tunjuk draft tesis wanie kat En.Yusoff (supervisor). sbnrnya dah siap cuma nak bagi En Yusoff tgk kot2 ada bahagian yang terlepas pandang.harap-harap semua ok,insyaAllah.. Hmm..dah lewat mlm,tapi masih terasa nak post sesuatu jgk mlm ni..hmm apa ya?ok2..wanie nak tujukan sesuatu pada junior..junior Bulan Sabit Merah Malaysia Det.88E..
Adik-adik kak wanie sekalian, first and foremost, tahniah kerana dapat menjayakan Majlis Hari keluarga kali ni..kak wanie minta maaf kerana datang lambat hari tu disebabkan sedikit salah faham. hm..dalam kita berorganisasi ni sudah tentu ada yang kita rasa seronok, semangat dan kdg2 kurang berpuas hati..cuba tanganinya dgn berhikmah. setiap kali post mortem sesuatu program yg dibuat, pastikan ianya berkesan. jadikan senior sebagai rujukan.kami sedia membantu yang mana kami tahu dan mampu. organisasi kali ini cukup hebat dengan AJk yang begitu komited dan bekerjasama. tetapi kena igt apa yang kita buat, ramai yang sedang memerhati. termasuklah senior. kami turun, kami perhati dan kalau kami rasa perlu untuk kamu mengetahuinya, kami akan bgtau kamu. bukan bermaksud untuk masuk campur secara berlebihan tetapi perasaan dalam board BSMM sentiasa ada dan perasaan ingin melihat yang terbaik membuatkan kami tidak jemu2 turun ketika ada latihan untuk PPC. kak wanie tidak menyebelahi satu pihak saja tetapi melihatnya secara keseluruhan. kita nak jadi JUARA lagi kali ni kan?? kita kena tunjuk kejuaraan itu dari sekarang! unless u wanna wait for the miracle to happen..apa yang kamu buat setakat ini cukup baik dan mengambil berat antara satu sama lain..tetapi boleh juga ambil nasihat senior ataupun rakan2 satu Board sendiri. we are one team,right? maaf jika terkasar sewaktu 'meeting yg tak sengaja' tadi..

sebahagian dari juniorku pada hari konvo Pushpa..
p/s: keep up the good work my dear, and sometimes, touch up it wif other's opinion as well ok..and everything happen for a good reason..see u then..:)

Sunday, October 11, 2009

cikgu@muallim@teacher@gokusen..

Semua orang ada cikgu..xkira lah cikgu secara formal atau xformal.hm,xformal? cikgu xformal ni termasuklah orang yang telah memberikan kita ilmu (yg baik) walaupun orang itu bkn guru kat sekolah. semua org blh jadi guru. guru kpd adik,guru kpd kwn dll. Mungkin senangnya untuk mendapat title 'cikgu' menjadikan sesetengah golongan merendah2 kan profesion guru.Betul ke? Bak kata Nabil lagi sekali, 'lu pikir la sendiri'..tapi kenapa masih ada yg beranggapan jadi cikgu ni satu pekerjaan yg 'setakat hbs SPM' saja, ataupun pekerjaan yang tak dipandang sgt la..wanie bkn nak membela nasib golongan guru disebabkan wanie bakal jadi cikgu. Tetapi selalu sgt dgr tntg rungutan terhadap profesion perguruan ini. Bukan sesetengah org awam shj yang memandang rendah terhadap cikgu2 ni, malah, pelajar sendiri pun ada yang merasakan guru ni hanya sekadar bekerja di sekolah. Adakah mereka tidak tahu yang ilmu guru itu berkat? jika cikgu yang mengajar kamu tidak rela dgn ilmu yg diajarkan, macam mana kamu hndak jwb di akhirat kelak tntg ilmu2 yang kamu dpt? Yang menjadi hairannya lagi, sesetengah ibu bapa juga ada yang terang2 merendahkan guru..tak baik dan tak sopan la berkelakuan sedemikian. anak-anak yang nak dapatkan ilmu yang berkat bertukar menjadi sebaliknya plk sb guru2 merasa terkilan dgn kata2 itu. Nauzubillah..

Pernah juga wanie terdengar kata2 seorang pljr yang satu kuliah Biologi (masa tahun dua) ngan Wanie..sungguh tidak menjaga hati ini, lbh kurang mcm ni: 'ooh,awak cikgu ya..nanti blh sambung jd pensyarah la, tinggi sikit'..hello, ingat Fakulti Pendidikan UKM sesuka hati ambk pljr pendidikan? kalau tak dpt 3.50 ke atas masa MATRIK or STPM, xdpt masuk Fakulti ni tau..huh, semakin beremosi nampaknya cik wanie kali ni

Bukan apa, disebabkan ramai yg beranggapan seperti ini yg menyebabkan profesion perguruan hanya menjadi pilihan setelah tidak dapat pekerjaan yang sesuai dgn kursus2 yg diambil pada mulanya. Ini secara x langsung akan menambahkan bilangan guru yg sudah sedia ada bersaing dalam dunia pendidikan.Diharapkan pada golongan yang berfikiran seperti di atas agar mengubah persepsi anda. Guru bkn mahu diagung2kan secara berlebihan tetapi cukuplah dihormati dan dijaga hatinya. Ingatkah kata-kata ini? "Guru adalah ibubapa di sekolah" .hmm, jikalau tiada orang yang bijak pandai menjadi cikgu, siapa yang hendak mengajar seseorang menjadi doktor, peguam dan ilmuan lain?Walauapapun, bagi wanie, menjadi guru mmg cita-cita dari kecil. Semoga cita-cita ini diberkati dan diperkenankan oleh Allah.

Niat menyampaikan ilmu2 Allah adalah mulia dan jgn sesekali berfikir ia hanya untuk mendapatkan gaji setiap bulan untuk menampung kehidupan..

p/s: Tidak berniat untuk menyinggung mana2 pihak. sekadar meluahkan pendapat suara bakal guru.

Friday, October 9, 2009

Hari Keluarga BSMM DET88E...

Wanie baru je balik dari majlis Hari Keluarga Bulan Sabit Merah DET.E..kali ni junior PPC ke-12 yg handle..majlis berjalan dengan lancar..ok lah org kata..plg lawak bila sesi sukaneka..sume VIP terlibat..time ni la nk tgk gelagat lucu yg jarang dpt dilihat..ada satu tu kan, main game teka aksi tu..aksi hiphop yg sepatutnya dibuat tp jd tarian tango! ha2..pastu yg seronoknya, dapat berjumpa ngan kawan-kawan seangkatan dulu..maklumlah, sekarang dh jadi super senior..mkn pun org sediakan tmpat ber'aircond'..well..
Ptg tadi,wanie ada pg tgk persiapan n sempat la tunjuk skill masak sikit..walaupun hanya menggoreng makanan kat luar BR, terasa mcm mengendalikan rancangan 'ketuk-ketuk Ramadhan plk'( bila la nak dpt peluang jd hos ni..).. Part cabutan bertuah plk, tak tau nak ckp pe..selalu xdpt hadiah cabutan bertuah..sadisnya bila nombor 036 dipanggil sedangkan nombor wanie 037! oh... Apapun, diharapkan junior thn2 depan dapat aturkan program hari keluarga yg lebih bermakna lagi..cthnya,buat kat luar ke, kat luar KIY pn jadilah..Last but not least,tahniah utk junior kak wanie..kak wanie tau dan nampak semangat kamu semua dari awal..:)p/s: sedapnya bebola ketam tadi..haih..

Wednesday, October 7, 2009

syoknya solat..

"banyaknya keje ni..assignment lagi..arrh.kuliah.." seringkali kita terdengar kata2 sedemikian bila ianya dijadikan alasan untuk tidak solat..eh, solat la..tapi dah nak hbs waktu..berkejar-kejar plk tu..tapi khusyuk ke? tepuk dada tanya iman..

Post wani kali ni bertujuan untuk mengingatkan diri wanie dan juga sahabat sekalian (yg membacanya) tentang kewajipan solat. memang benar kita solat..tapi kdg2 kita hanya melaksanakan kewajipan itu tanpa kita mengetahui fadhilat di dalamnya..pernah juga wanie terbaca dlm buku bahawasanya, solat diperintahkan untuk umat Nabi Muhammad sahaja kerana kita adalah umat yg istimewa..umat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad pun ada diperintahkan utk beribadat kepada Allah tp ada cara mereka tersendiri..cuba kita renung, kewajipan solat ni begitu besar tanggungjawabnya sehinggakan Rasulullah dibawa berjumpa Allah yang Esa utk mendapatkan perintah itu..sebab itu juga dikatakan kita adalah umat yg istimewa,maka rugilah org2 yang tidak mengerjakan solat, padahal begitu besar pahalanya..


Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, "apakah amalan yang paling utama?" Dijawab oleh Rasulullah, "solat di awal waktu." Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada tiga : Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan solat yang utama dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.Yang dikatakan utama pada awal waktu solat adalah kira-kira bila masuk waktu dapat diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat dua rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. nifaq? apa tu?Nifaq adalah penyakit hati yang menyerang hati manusia. Orang yang mempunyai penyakit ini dipanggil munafiq. Maksud nifaq umumnya adalah menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan. Orang yang munafiq kebiasaannya menyembunyikan kejahatannya dan melakukan kebaikan di hadapan manusia.
Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:
1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang hangat sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. (InsyaAllah di Malaysia tak sepanas ini). Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.

2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulama' memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.( kuncilah jam atau alarm handset untuk tahajjud)

3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu, kemudian baru bersolat. Risau jika teringat-ingat makanan jika solat dahulu lalu mengundang tidak khusyuk dalam solat.

4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratul ihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatangkan mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.

5. Seseorang dalam keadaan terlalu mengantuk dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersolat dalam keadaan mengantuk dan dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam solatnya.

6. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah solat berjemaah dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada ramai orang di akhir waktu.

7. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kawasannya, barulah dia mendirikan solat Zohor.


8. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.

Demikianlah serba sedikit tentang kupasan permasalahan solat di awal waktu, moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama dan berusahalah solat di awal waktu...
Belum terlambat untuk kita sama2 baiki diri yang selalunya lemah ini..jadi,jom solat!

di'edit' dari Sumber: Taman Ilmu Islam
p/s: "solatlah kamu sebelum kamu disolatkan".

is it true?

If you keep on following and observing my blog for a number of times, there must be something that will come across your mind (instead of the colour) right? yes,this blog always has something new and always has kind a 'renovation'..hm,well..it's not that im not satisfied with my job before, but then, sometimes when keep on looking my own blog, i could feel something that doesn't fit with my blog..soon,i'll search for another background song..then,i'll change the pictures as well..also the layout together with the banner to suit my style..but, the most unforgottable thing is to find the pinky stuff..hee..

My mid sem exam for 'kimia alam sekitar' had juz finished..hm,how's the result? (wondering)

I feel lonely again..Being alone in a room makes me feel uneasy sometimes..what should i do? tidy up my room? huh,my room is not as messy as what you think ok..he2..juz nice with the decoration on the table as well as on the wall..
Usually, i explore the internet to search some informations regarding my assignments.It makes me feel so tired, sitting and looking to my acer,sometimes i didn't get the actuall information that suit..maybe that's why i have the time to update my blog..ha2.. Visiting my friends' room? i don't like to do that..perhaps, it can disturb them too..moreover, it could lead to 'long lasting chatting'..he2
Tonite, i went to the 'Bilik Rawatan kiy'..looked at the juniors and asked whether they need seniors' help(in case) regarding the 'BSMM family day' on this 8 Oct..two of them were decorating the banner..others, continuing selling the tickets..whereby Mun'im was so exuberant to prepare the multimedia show..they were so hardworking..good job! Juz like my batch did in two years before..really miss my PPC-10 members..

huh, already past midnite..wanna do some work that is in crying need..good luck to myself!

p/s: very sleepy..haih..

Tuesday, October 6, 2009

perempuan dan handbag..

Tajuk post kali ni 'kewanitaan' nampaknya..ha2..mmg pun..tak pernah pula kita dengar 'apa yang ada di dalam tas tangan lelaki' kan? opps..hm, apa yang ada dlm tas tangan perempuan?(buat2 xtau plk).. Kalau pasal tas tangan or handbag ni wanie tak banyak koleksi sangat..cuma ada koleksi sikit2, tu pun tinggalkan kat rumah sb nak pg jln2 kat sini tak guna sangat handbag..dinner tu adalah. Kadang2 bila guna handbag, rasa macam ibu2 plk..n kadang2 rasa mcm sangat 'girly'..hm,tapi ramai juga kawan2 wanie yg mesti guna handbag kalau nak kluar or jln2..tapi bg wanie,kalau nak pg jln ngan kwn2( not family trip) wanie juz simple je..hee..
Secara overallnya, tas tangan mesti ada..
1. purse..surela,kalau tak,kena meminjam duit la kalau terlupa yg ni..
2. handphone..hm,'bagaimana kah keadaanku tanpa handphone'..ha2
3. simple makeup set..at least,ada compact powder and lip balm..tambah cermin kecik skali..

4.pen dan buku nota kecil...tak semua bawa benda2 ni,tapi kalau cikgu..of course..tapi mama wanie yg bukan cikgu pun, ada bawa..
5. tisu..almaklumlah..

6.perfume..hee..kalau wanie,bawak yg kecik2 je..(promote one drop perfume)..lagipun boleh guna dlm solat
7.gula-gula..

Hmm..tapi ni overall je tau, maybe ada lagi yg blh ditambah..maklumlah..wanita kan nak semuanya perfect...well..
Kalau cerita pasal beg kuliah plk, biasanya ada lagi benda yang perlu ditambah selain nota kuliah n kad matrik di dlm tu..guess what? payung and bekas air!( bagi wanie la..hi2)..
sekian..

p/s: suka tengok cikgu2 kat sekolah yang 'matching' kan baju dgn handbag mereka..satu lagi, jgn sampai berhutang dan juga membazir utk kelihatan bergaya ya...cukuplah sekadar yg mampu dan tidak menjadi umpatan ok! :)

Saturday, October 3, 2009

cerita masa kanak-kanak ku...

Hm,rasa bosan pulak..belum ngantuk..jam dah pukul 12 lebih..hm teringat plk kat sepupu2 yg xdpt jumpa masa raya hari tu..keluarga ayah long beraya kat sabah..so,sepupu wanie pn pg sabah..kiranya,sunyi ckit la raya ni tanpa kaklong, abg ngah,abg cik n farahida..bila teringat kt diorang,nak cite sst kt cni..dulu,masa kecik2 kan..wanie,adik n sepupu selalu je buat aktiviti yg biasanya jrg org buat.yg lbh pelik lg jrg umur sebaya tu nk bt..(masa tu umur wanie dlm 7-12 thn)...ha2..antara aktiviti nya..jgn gelak ya..idea bdk kecik waktu tu..hee..

1. selalu main berlakon. directornya kak long(sepupu pertama)..hm,skrg dh jd master student UIA..kak long pandai tulis cerpen.pernah cerpen dia terpilih n diletakkan dalam ahkbar DIDIK masa tu la..berlakon plk,drama susah..ha2,dlm court la, puteri dan hulubalang la..lucu..siap pinjam baju auntie lagi..segannya..he 2. main 'sukan' ciptaan sendiri..kitorang buat halangan sendiri..konon nak tiru satu rancangan sukan kt TV masa tu..guna batang pokok kelapa n mcm2 lagi..ada juga,uncle kami,pak su ambk video dgn cam dia bila kami main..actually,video tu msh ada..haih..cutenya masa kecik..(jgn marah)
3. main menyanyi..n lagu yg biasa dinyanyi,lagu hindustan..he..siap ada hadiah lagi..n ada juga penyertaan dari anak jiran..ha2.hm,masa nyaniy kategori nasyid,wanie n farah menang..ha2..
4.buat kutipan derma utk tolong rakyat yg susah.sb ada bencana alam masa tu..mmg dpt hantar derma tu..5.hari minggu, pergi ke perpustakaan awam kota bharu..ayah long kena p hantar..kdg2 mama wanie..yg lucunya,pujuk2 jiran utk ikut sama..kononnya spy diorg pn dpt baca buku kt ctu..ha2..


6.bila tiba hari raya, selalu bt pertandingan hias rmh..kiranya,rmh mana yg plg bersih..sepupu wanie hias rmh nenek..


7. pernah menyoal siasat seorang jiran yg disyaki menconteng dinding garaj kereta..he..
8.buat aktiviti menziarahi kubur datuk kami,Wan.. hm..kalau igt psl tu,mmg lucu..tapi tu la memori kami sama2 ms kecik2 dulu..apapun,skrg sume dh bsr..dh nak keje dh pn..hm..:)
hm,dh ngantuk plk..esk nak bgn awal..hee..

p/s: ha2..kami juga pernah lakonkan drama 'DEWI BUNGA' kat TV2..rmh nenek la port kami..masih anda igt drama tu? waktu wanie darjah 4 kot..

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget