Waah..sudah lama x berblog..tapi bagi mereka yang sentiasa singgah kat 'bintang hati' ni, mesti dpt tgk perubahan pada template, background n colour pada blog kesayangan wanie dalam seminggu ni..hee..tu la yang wani edit kan. Perasaan nk tgk blog sendiri cantik( cantik ke?) , selalu mendorong diri ini untuk meng'edit' mana yang patut walaupun x post kan item untuk tatapan pengunjung..
Hmm..hari ni, wanie pergi jln2 kat Mid Valley, boleh tahan jgk rmai orang..antara yang menarik hari ini yang boleh membuat wanie gelak dalam hati ialah apabila melihat bayi dalam 'baby's stroller' yang sangat2 comel. bayi tu mengangkat2 jarinya seakan2 sedang mengira 1,2,3..ha2..pastu datang plk kanak2 (boy) yang sangat2 comel juga yang dituntun ibunya..dan yang kesiannya, kanak2 tu terpaksa jalan dgn begitu cpt kerana mengikut langkah ibunya yang tergesa2..cutenya mereka..Hm, selepas pusing2 bahagian lelaki,perempuan dan mengisi perut, wanie ke bahagian makanan kt Jusco. Masa tgh beratur panjang nak bayar Susu Everyday dan SunSweet Prune ( tu je wanie beli kat bahagian makanan, tapi x termasuk brg2 bahagian lain tu..ha2), wanie ternampak seorang warga tua..chinese old lady..bila tgk auntie tu, wanie terfikir yang dia mesti seorang yang baik hati( perwatakan dia)..kesian pun ada sebab dia jln guna tongkat seakan2 kerusi roda..ada tempat kecil pada tongkat untuk letak barang lagi..rupa2nya tu kerusi serbaguna untuk warga tua..Selepas itu, ada seorang wanita cina 40-an menuju ke arah auntie tu..auntie itu ibu dia rupanya..wanie igtkan dia berjalan bersama ibu dia, terlintas juga dalam hati takkan la dia bawa mak dia berjalan dengan keadaan macam tu..tiba2..ibunya(auntie tu) duduk atas tempat duduk kerusi yang boleh diguna sebagai tongkat tu..n anak dia menolak kerusi itu dan mereka berlalu sambil menjawab pertanyaan ibunya..kagum seketika..pertama kali melihat kerusi roda yang seperti itu..canggihnya..boleh bawa ibu yang sudah tua..hm..apa yang wanie terfikir selepas itu ialah, eratnya hubungan mereka dan betapa sedihnya ibubapa yang dibiarkan di rumah orang2 tua tanpa kasih syg anak2 sedangkan banyak cara yang boleh dibuat dan diguna untuk menjaga ibu yang sudah tua, malah masih boleh bawa mereka berjalan2 tanpa memenatkan mereka..wanie tersenyum sendiri..
Oh ya..sebelum tiba giliran wanie utk membuat pembayaran( gaya macam nak guna kad kredit plk) wanie agak terkejut dengan cara layanan seorang cashier kat situ kepada seorang pekerja Jusco( warga asing) yang keliru dgn pembayarannya. Agak kasar juga percakapan cashier tu..dah la pekerja tu jauh lebih berumur dari dia..hm,kurang pasti kenapa cashier tu meninggikan suara sedikit, tapi, sebagai seorang yang kerjanya berhadapan dengan sosial, perlulah menjaga adab ketika bercakap, sewaktu melayan pelanggan dan juga semasa mempromosikan sesuatu barang..lebih2 lagi dgn org yang lebih tua..walaupun mereka bukan warganegara Malaysia, mereka adalah orang lbh tua yang patut dihormati..sekurang2nya senyum lah..wah2 wanie..hee..maaflah, bukan nak membebel..tapi nak berkongsi sesuatu yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita..bila kita berhadapan dengan orang awam, kadang2 sifat yang tidak elok senang saja dilihat orang..memang perlu jadi diri sendiri..tapi, jangan sampai memalukan diri dan membuat orang lain memandang serong..haih..
p/s: sedekah yang senang dibuat, malah membantu sistem saraf ialah 'senyum'..bila senyum, wajah akan ceria dan sentiasa cantik(awet muda)! insyaAllah...tentukan sendiri ya! :)Oh ya,seronok jln2 hari ni..peace..semalam, ada dpt selendang cantik..peace lagi..:)
0 comments:
Post a Comment