sayyidul istighfar



Wednesday, March 31, 2010

Bukan Si Tanggang. ( bahagian akhir)

Siapakah empunya suara merdu itu? Acap kali sayup-sayup suaranya dari corong pembesar suara Surau Kampung Jeti tersebut. 
Bila diintai, ah..orangnya sungguh elok rupa parasnya. Tapi..tidak seperti orang lain..ya, itulah dia Iman. Tuan Osman berkali-kali ingin mengetahui siapakah gerangannya anak muda ini..setelah kali ke tiga berkunjung ke surau itu barulah dapat bersua dengan pemilik suara merdu itu..

'anak muda, dari manakah anak belajar mengaji Al-Quran? sungguh baik bacaannya, seperti pernah ku dengar cara bacaan ini ' Tuan Osman menyambung bicara setelah memperkenalkan diri.

'saya hanya berguru dengan arwah ayah saya, Nik Hassan.' jawab Iman.

'Nik Hassan?? Nik Hassan Kamal yang pernah bekerja di Kedai Besi Jaya di pekan?' sambung Tuan Osman dengan nada terperanjat.

'Ya, itulah ayah saya'.

'MasyaAllah..Hassan sahabatku. Arwah adalah sahabat ketika susah dan senang. Dia lah yang mengajar aku mengaji seperti anak mengaji tadi..nak..Pak cik minta maaf baru dapat mengenali kamu..Pak Cik baru pulang ke tanah air..baru dapat berita pemergian ayahmu..Ya Allah akhirnya dapat juga ku temui dengan anaknya ini...' Sebak Tuan Osman lantas memeluk Iman.

'Tak apa pak cik..jadi, Pak Cik lah Tuan Osman tu..selalu juga terdengar nama pak cik dari ayah..' balas iman sambil tersenyum.

Akhlak baik selalu mempesonakan orang. Begitulah Tuan Osman tertarik dengan sifat baik Si Iman lantas ingin membalas jasa sahabatnya dengan merawat kaki Iman dan memberinya pekerjaan. Ibunya sungguh bersyukur apabila mendengar baris ayat dari Tuan Osman.

'akak jangan risau, perbelanjaannya saya tanggung. Rezeki si Iman. Saya pun pernah terhutang budi dengan arwah Nik Hassan..biarlah saya membalasnya pula sekarang' luah Tuan Osman..

Setelah beberapa bulan berikutnya, Iman tidak lagi 'berkaki kayu' itu untuk ke mana-mana. sekarang dia sudah 'berkaki'. sempurna di mata..Dia sujud syukur ke hadrat Ilahi memberinya rezeki untuk berjalan seperti orang lain..
'Alhamdulillah Ya Allah..sungguh aku bersyukur dikurniakan peluang ini..' berjuraian air mata membasahi pipinya setiap kali selepas solat.

Peluang yang diberikan itu diguna sebaik mungkin. Dia diterima bekerja di syarikat perkapalan milik Tuan Osman..Serentak dengan itu, dia dapat berlayar di laut sama seperti impiannya suatu ketika dahulu..

'aku ingin ke laut mencari hasilnya..aku ingin melihat indahnya ciptaanMu dan meringankan beban keluarga ku dengan rezekiMu dari laut'. Masih teringat kata-kata yang lahir dari hatinya tatkala melihat rakan-rakan lain turun ke laut..

Kini, ibunya sudah mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa berbanding dahulu yang beralaskan tikar mengkuang sahaja untuk berehat mahupun menerima tetamu. Pekerjaan Iman bermula dari bawah membuatkan dia cepat belajar dan cepat mendapat kepercayaan pihak atasannya. Kerjanya itu membuatkan dia kerap berjumpa dengan ramai orang.

Termasuklah seorang gadis beragama, sopan, ayu bertudung yang dikenalinya sudah agak lama. Syafikah Nur Nisa'.

Gadis itu sudah mengetahui kisah suka duka Iman dari dia digelar seorang cacat sehingga sekarang. Tuan Osman lah yang menceritakannya memandangkan Syafikah ialah anak saudaranya sendiri. Syafikah tertarik dengan keluhuran peribadi Iman. Pernah dia menyatakan hasratnya melalui Tuan Osman untuk berkenalan lebih rapat dengan Iman. Hendak bertentang mata sendiri dengan Iman, malu rasanya.. 

Pada mulanya, Iman menolak setelah diberitahu akan hasrat Syafikah oleh Tuan Osman kerana tidak mengenali siapa Syafikah dan sangat bimbang dia tidak tahan hidup dalam keluarga Iman. Maklumlah Syafikah Nur Nisa' bukanlah sebarangan orang. Graduan Universiti dan hidupnya agak mewah. Kalau nak dibandingkan dengan diri Iman, 'ah, jauh panggang dari api' fikir Iman.

Seminggu selepas itu, Iman menerima sepucuk surat dari seorang pengirim yang tidak dikenali..surat berwarna merah jambu cerah dibukanya..tulisannya kemas dan cantik dan  dimulakan dengan

'Bismillahirrahmannirrahim..'

Aku tidak mengharapkan wang ringgit dan harta bertimbun darimu..
Aku tidak menpertaruhkan kata-kata manis olehmu
Aku tidak memandang keelokkan rupa paras yang dibualkan orang tentangmu..
mahupun kekayaan yang kau cuba raih sedaya mu
 
Kerana aku bukanlah sesempurna wanita penghulu syurga,
Bukanlah pula secantik Fatimah Az-zahra
Apatah lagi sesetia wanita bernama Hajar

Aku hanya mahu merasakan cinta yang halal
Dari insan yang beriman dan berperibadi mulia
Kejujuranmu dan imanmu yang menjadi pegangan
Izinkan aku memberikan cinta halal ini
Kepadamu jika dirimu ditakdirkan untukku..

                                         -Syafikah Nur Nisa'-

Setelah beberapa hari membaca warkah yang sama, malam itu, Iman bangun solat hajat dan istikharah memohon petunjuk Maha Pencipta.

'Ya Allah jika Syafikah Nur Nisa' memang ditakdirkan untukku, aku bersyukur dengan kurniaanMu, permudahkanlah urusan hamba mu ini..semoga dia dapat mengembirakan aku dan ibuku dan aku dapat membahagiakan dirinya. Dekatkanlah hati-hati kami dalam mencari keredhaanMu..amin'.


-TAMAT-

MORAL:
1) sabar itu indah
2) bersyukurlah dengan setiap yang dikurniakanNya
3) berbuat baik kepada ibu bapa akan dibalas baik oleh Allah
3) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya
4) mintalah, doalah, rintihlah, mohonlah dari Allah apa yang dihajatkan..Sesungguhnya Dialah Maha Memberi dan Maha Pemberi Petunjuk..

WaAllahua'lam..:)

Bizarre feeding!

Sewaktu mengikuti kuliah Kepelbagaian Biologi yang terakhir semalam, kami dipertontonkan beberapa video yang sangat menarik oleh Dr.Zubaid..mengagumkan! nak tahu tentang apa?
 haa..tentang "cara pelik haiwan menangkap dan memakan mangsanya". biasanya, kita selalu tonton di kaca TV cara harimau membaham mangsa, ular menelan katak dan sepertinya..tapi kali ini, kami dapat menonton dengan lebih banyak lagi...Kalau minggu lepas, kami diperlihatkan tentang cara pelik haiwan membiak.
Rupa-rupanya, begitu banyak cara pelik untuk menangkap mangsa..dan semuanya dapat dikaitkan dengan kebesaran Allah dalam menciptakan makhluknya dalam pelbagai jenis, Subhanallah..

Apa yang menarik perhatian wanie ialah video itu membandingkan perlakuan haiwan dan menganalogikannya dengan manusia. Ini dapat memudahkan pemahaman tentangnya.

Oh ya, ada haiwan yang menari-nari untuk memukau mangsanya..ha2..lawak juga bila aksi mereka betul-betul dapat dilihat..setelah itu, mangsa seperti arnab seakan-akan pening dan terpukau, ia akan diterkam..ah, kesiannya..namun, ianya lumrah alam..
hm..kalau helang yang mendapat kura-kura pula, ia akan mencengkam kura-kura itu dan membawanya terbang ke ketinggian tertentu. Selepas itu...DHUMMM! ia menjatuhkan kura-kura itu ke bumi..'kraak'..sedih pula melihatnya..
Percaya tak, ada spesis ketam yang boleh mengeluarkan alat di badannya yang dianalogikan sebagai pistol untuk menangkap mangsanya? ya, memang ada!
Ikan pun ada yang hanya menggunakan pancutan air dari mulutnya dan menembak tepat mangsanya yang berada di ranting pokok yang berhampiran air..bila mangsa seperti serangga jatuh, ia sedang menuggu di bawah..'ngaap'.

anda teruja?hmm.. kadang-kadang dunia sains lebih misteri berbanding mitos..itulah yang dikatakan
'bizarre feeding'

hmm...macam menonton wayang pun ada sebab skrinnya agak besar ditambah pula dengan sistem bunyi yang mantap..Di sini wanie nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Kepelbagaian Biologi kami yang sangat berdedikasi ini iaitu Dr Zubaid..seronok belajar dengan beliau..Terima kasih DR..! :)

Sunday, March 28, 2010

Nak ke mana dik?

Wanie perlu post juga entri ni..hee..Tadi, wanie ke Kajang dengan Bas Rapid..ye la, rasa kesunyian di bilik, maklumlah tinggal di flatlet di atas bukit KIY nan indah  , nak nampak orang pun susah tapi kawasannya tenang dan damai..pagi-pagi dapat mendengar dan melihat kicauan burung..malam-malam dapat melihat puncak KLCC (bila cuaca bagus)..waah..cantik!

eh, berbalik kepada cerita asal wanie..haa..kali ni, nak cerita tentang encik pemandu bas rapid tadi..encik ni selalu memandu rapid dari UKM nak ke Kajang dan kawasan sekitar. Encik tadi sungguh beretika ketika memandu.
Beliau sangat menghormati penumpang baik yang muda mahupun yang tua. Jika mengambil penumpang, beliau akan senyum dan bertanya dengan ramah hendak ke mana dan menghulurkan tiket dengan mengucapkan terima kasih..
Ya, pemandu seperti encik ni lah yang patut dicontohi oleh semua pemandu bas..walaupun mereka sangat penat, berulang alik, tapi tetap beretika. Nak dijadikan cerita, semasa hendak pulang, sekitar waktu asar, Encik tadi juga yang memandu Rapid tersebut. kebetulan, penumpang tidaklah begitu ramai dan sesak. Ada seorang penumpang ni, dia memberikan wang yang besar. hmm..lebih kurang RM 10 kot untuk tambang bas sebanyak RM 1..   Encik tadi pun memberikan baki duit penumpang tersebut tanpa banyak soal..oh, patutlah bas berhenti agak lama tadi, rupanya untuk memberikan baki duit kepada penumpang itu..
Tiba-tiba wanie teringatkan satu kejadian melibatkan bas juga, hari tu, ada seorang penumpang ni tiada duit kecil..lebih kurang RM 5..pemandu bas itu dengan tegas memberitahunya untuk memberikannya duit RM1 juga..ah, kesian penumpang itu, terpaksa turun dari bas untuk tukarkan wangnya..

hm..tetapi, ia boleh juga dikaitkan dengan mood seseorang pada hari itu..mungkin mood tak baik, menyebabkan dia marah-marah. mungkin juga mood yang gembira menyebabkan dia tak lekang dari senyuman..hehe..
Apapun, bila berhadapan dengan tugasan yang memerlukan kita berurusan dengan orang ramai, hendaklah sentiasa ceriakan diri..barulah rezeki senang masuk..ye tak?
 oh ya, kita pun selaku penumpang jangan malas-malas untuk mengucapkan terima kasih bila menggunakan bas ya..(jika orang tak ramai dan sesak). mungkin ia dapat meringankan rasa penat mereka yang bekerja sebagai pemandu bas yang menghantar penumpang ke destinasi masing-masing..

Thursday, March 25, 2010

Boleh jadi ulat buku??

Menghadiri pesta buku memang menjadi kesukaan wanie. masa kecik-kecik dulu kan, pernah menunggu-nunggu abah pulang untuk membawa kami ke pesta buku..hee..Di rumah, memang kami adik beradik diterapkan amalan membaca..sebab tu, lah bila ada peluang mengunjungi mana-mana pesta buku, jadi teruja lah wanie..ha2..hm, Alhamdulillah, semalam wanie bersama kawan-kawan dapat mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC..tambahan pula, Fakulti Pendidikan memberikan pengangkutan percuma bersama Bas UKM..cuma bayar RM5 sahaja untuk makanan..suka!!

hm..sebelum kita menjelajah dewan...apakata kita isi perut dahulu..sedap, ayam goreng berempah..

 
Antara salah satu pintu masuk..posing dulu ya...

masuk2 terus jumpa icon kesukaan!! ana muslim...waahh..comel..

kami bergambar berlatarkan pencalonan anugerah untuk kategori masing-masing. contohnya, kartunis terbaik, komik terbaik dan lain-lain..

waah..yang ni memang betul-betul gembira..dapat berjumpa antara motivator yang wanie suka, iaitu Dr.HM Tuah..

ni kat dalam Galeri Karangkraf..sangat menarik..i like! 

abang badut ni juga yang dipilih untuk bergambar..

ni dah nak balik ni..dari kiri: Aliza, Aidah, Wanie dan Amirah..kami minta tolong abang yang jaga pintu masuk ni ambik kan gambar kami..terima kasih ya!

Pulang dengan kaki yang penat, banyak juga berbelanja, namun berbaloi kerana berbelanja untuk santapan minda dan rohani..insyaAllah..:)

Wednesday, March 24, 2010

Malam Anugerah Graduan..malam penghargaan.

Malam Anugerah Graduan..seceria suasana menggamit memori lalu nan indah..bersama teman memikul tanggungjawab untuk bergelar guru..Guru oh guru, menjadi inspirasi memartabatkan profesion perguruan, menjaga akidah cemerlang insan..insyaAllah..

Secebis kenangan yang wanie ingin kongsi di Bintang Hati:

Bila tiba di meja No.2..

Sahabatku..Radiah dan Mas..Alhamdulillah..dapat juga jumpa Radiah..huhu

eh, makanan dah habis tu..sedap juga hidangan malam ni. Tapi makan pun teringatkan persembahan selepas ini..alahai..

Persembahan dari wakil pelajar Program Sains..lagu 'gemuruh' dan 'you raise me up' hehe..cuba cari wanie...:p

Sebahagian pelajar Program Sains..sukanya!

manjanya cik Soli dengan wanie ni..kami memang baik..ahli koir tadi ni..:)

ni pun satu koir tadi..cik Nurul..eh, jom buat gaya Datin Wanabe..:p

Suka! dapat bergambar dengan Dr.Norazah..:)

Dah penat dah..jom balik..

Sebelum naik tangga ke bilik masih sempat lagi ni...haih..hee..


peace..4 gadis bakal bergelar cikgu..insyaAllah..cikgu berwawasan, cikgu kesayangan, cikgu kebanggaan..amiinn..:)

Tuesday, March 23, 2010

Presint-2 on show..

Sehari sebelum hari lahir wanie, kami ke Putrajaya..ada pertunjukan belon udara panas kali ke-2 di Presint 2, Putrajaya..hm, kami? hee..yang join ialah kawan-kawan sekolah naim dulu, iaitu Mirah, Ninie, Mira, Ajie dan wanie!! Seronok sangat..mana taknya, setiap benda ada je lawaknya..terutama lawak Ajie tuu..ha2..

Pertunjukan belon tu diadakan pada waktu petang..tapi kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 2 petang..sebelum tu, isi perut di Alamanda dulu..hm..apa yang seronok ya? eh, ni pertama kali wanie tengok bagaimana belon yang besar tu dinaikkan..sebenarnya, ada hajat nak naik belon yang dikhususkan untuk pengunjung tu, tapi..alamak..ramainya orang beratur!! tak sempat ni, tiket cuma ada 300 je..hm, tak apalah, bergambar je lah..hee..

Oh ya, jangan tak tau,kami dapat bergambar dengan DJ Suria FM..siapa? Linda Onn, Halim Othman, Tuah..jangan jeles..hee..tapi mirah dan Ninie dapat bergambar dengan Dafi dan Rizal lagi( hero remaja) ..punyalah teruja mereka tu..:p

Pada jam 8 lebih gitu, ada pertunjukkan bunga api...cantik! selepas itu, kami bertolak pulang dengan rasa gembira dan puas hati..Alhamdulillah..:)

ok, Jom layan gambar..
sebelum pertunjukkan bermula, jom jalan sekitar tapak jualan..

ehehe..sukanya dapat bergambar dengan Linda Onn..tq..

huh, tiket tak dapat beli ni..ramai sangat orang..tak apa lah, meh jalan sekitar tasik yang indah ni..

wah..bola besar..'water ball'..

macam innocent je belon ni..cute..:)

ni kat dalam 'Masjid Besi'..cantik sangat masjid ni..Subhanallah..hmm

5 ex- Naimians..peace..dari kiri: wanie, ninie, mira, ajie dan mirah..

bunga api yang cantik!!

Terima kasih pada Ninie kerana sudi membawa kami dengan keretanya..terima kasih kawan!

p/s: keesokan harinya birthday wanie..:)

Monday, March 22, 2010

My 23rd birthday...

21 Mac 1987..
Hari bersejarah buat mama dan abah serta keluarga wanie..hari ni, 21 Mac 2010..genaplah 23 tahun usia Nur Hazwani Binti Pauzi..hm..sambut di dalam bilik wanie je..tak pe lah, bilik kan cantik..:p
Terima kasih, syukran jazilan buat mama dan abah kerana melahirkan diri ini, mendidik dan menyayangi kakak..sayang semuanya..nanti mama dan abah mesti baca blog kak ya..hee..
Ya Allah kurniakan kebahagiaan buat kedua ayahanda dan bonda ku serta insan-insan yang ku sayang dan cintai..:) amiin Ya Rabb...
kenangan di Pantai Cahaya Bulan..kak ngah dan abang cik tiada dalam gambar..hee..yang kecik-kecik tu sepupu..

hm..wanie juga nak ucapkan terima kasih kepada keluarga wanie, pensyarah, sahabat-sahabat serta para junior kerana turut 'wish' wanie..kepada Izni, Ainur, Mirah
dan Ifa..tq very much for all the presents..I love them so much...:)


tq..oh ya, strawberry tu wanie beli tau..hee..saja letak..

p/s: bertambah usia, bertambah tanggungjawab.
semoga peribadi mahmudah menghiasi diri
amiin..

Friday, March 19, 2010

Manik merah jambu..

Jalan-jalan di Bandar Baru Bangi ni memang seronok juga! lebih-lebih lagi dengan motosikal..
Selepas makan tengahari tadi, wanie ronda-ronda di sekitar Bangi dengan Mas..Nak ke Ariani, maklumlah tudung di situ semuanya cantik-cantik..galeri muslimah gitu..kan Mas?hee..Selepas tu, kami singgah di PKNS Bangi..hmm..saja je..eh, sebenarnya ada tujuan..nak tambah koleksi manik wanie..maklumlah, warna merah jambu belum ada ni..tak lengkap rasanya tanpa warna itu..haih..jangan marah ya..hee...
Kami menghilangkan dahaga sejenak di Restoran Cempaka Rimba, bersebelahan dengan KFC di PKNS tu..hm, jus belimbingnya sedap juga! Dekorasi di dalam restoran itu memang kena dengan namanya..hmm,siap ada sarang burung tuu..

Mas dan cincaunya..cun nya cik maszeni..:)

huuu..bestnya jus ni...

manik-manik comel...:)


Thursday, March 18, 2010

Cross Stitch..i like it!

Semalam wanie tak berkesempatan untuk meletakkan entri baru @Bintang Hati ni..maklumlah agak sibuk dengan latihan koir untuk Malam Anugerah Graduan Fakulti Pendidikan nanti..alahai..sudah lama tidak berkoir..

Tak apalah..paling kurang, dapat menyumbangkan sesuatu buat Fakulti kesayangan ni..oh ya, selain itu, wanie dapat juga bermesra dengan mereka dari program selain kimia..mereka memang bagus dan kelakar..haih..
Bila kat bilik, ada juga aktiviti untuk dibuat..baru terfikirkan hobi ini setelah merasa teramat bosan hari tu..itulah yang dikatakan setiap yang berlaku ada hikmahnya..maknanya, dapatlah juga wanie mengisi masa lapang dengan meng'kreatif'kan diri..hee..semalam, ini yang wanie hasilkan..jeng..jeng..jeng..
wanie ber 'cross stitch'.

ini alatan yang diperlukan..

hee..ini yang dah siap..ada nama lagi tuu..boleh letak handset, kunci, duit pun boleh..

Ini pula pandangan belakang..'logo'ku...peace..

Semua ini dilakukan dengan jahitan tangan, termasuk jahit tepi..maklumlah tiada mesin jahit di sini..hee..

p/s: sila jangan gelak ya..:)

Tuesday, March 16, 2010

Rindu 'semua orang'

Hari ni rasa sunyi sangat..hm..entahlah..mungkin rasa rindu nak balik rumah..
Macam mana lah keadaan nenek wanie..mama kata nenek sudah semakin sembuh dari pembedahan lutut beliau..insyaAllah semakin baik..sayang my cik..

Memang hari ni wanie tiada kelas. Jadi, duduk dalam bilik saja. hm, waktu macam ni lah, perlukan orang untuk diajak berbual..tapi ye lah, semuanya sibuk dengan kerja masing-masing..Alhamdulillah ada peneman setia wanie, buku-buku lah yang sangat setia tu..
Tapi, baca buku ni mana la larat dari pagi hingga petang..haih..nak keluar jalan-jalan, tak berapa sihat hari ni..kesihatan tak optimum.

hm, hujan renyai-renyai..macam faham pula perasaan wanie..waa..
Yang peliknya, nak layan internet pun sudah tak larat sebab tak tau nak tengok apa..nak layan Facebook, memang tak minat, sekadar tengok gambar-gambar yang di 'tag' bolehlah..nak tengok video dalam youtube pula, sedih tak dapat tengok 'My name is Khan'..cerita orang putih? sangat tak minat..macam-macam lah wanie ni..

Oh ya, tadi, wanie sempat melihat gambar perkahwinan rakan baik wanie, Syahida Ishak sewaktu di SMKA Naim Lilbanat yang telah selamat diijabkabulkan pada 13 Mac 2010 lalu..Wanie tak dapat balik untuk menghadiri majlis walimahnya kerana perlu ke Melaka untuk projek kursus..Apapun, wanie ada kirimkan hadiah buat Sya dan suami..Tahniah Sya..:) Wanie doakan Sya berbahagia dan menjadi isteri yang solehah..amiin..
Selamat melayari bahtera cinta halal anugerah Allah Maha Mengasihi..


Tapi, nanti jangan 'balas dendam' tidak hadir ke majlis kahwin wanie pula ya..hee..hm,insyaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusan hambaNya..

p/s: rindu 'semua orang'..huu

Sunday, March 14, 2010

"Excuse me sir.."

Marvellous!! 'one day trip' yang sangat menyeronokkan hari ini..
Hari ini, Kumpulan 11 dalam Kursus Sains Kehidupan mengadakan satu lawatan akademik ke Negeri Bersejarah iaitu...ah, mana lagi kalau bukan Melaka..
hmm..sebut saja Melaka, wanie mesti teringatkan kisah Hang Tuah, perdagangan di pelabuhannya suatu ketika dahulu yang pernah tercatat dalam Sejarah, dan juga zaman kesultanannya..hmm..wanie memang cepat tersentuh jika belajar tentang sejarah ni..
ok2..Haa? apa tujuan pergi ke sana? hmm..kumpulan wanie yang terdiri daripada 9 orang ahli ingin mengetahui sejauh mana industri pelancongan di mata/persepsi para pelancong..
Ya, maknanya, kami perlu menemubual para pelancong untuk mendapatkan maklumbalas mereka..
Pada mulanya, kami mendapat responden dari Terengganu..ok juga responnya..Selepas itu, apa lagi..bergambar la kerjanya..hee..hm, akhirnya 'pi mai pi mai' kami dapat juga 20 orang responden..dari Kedah, Melaka, Cape Town, Jepun dan lain-lain..
"Assalamualaikum cik..kami dari.." ataupun..
"Excuse me sir..Hello, my name is...bla2.."ha3
Seronok menemubual mereka..kami juga ingin meningkatkan 'soft skill' sendiri ketika berhadapan dengan masyarakat..maklumlah bakal guru, insyaAllah..
Nak layan gambar? let's scroll down...

Kami singgah di Taman Mini Asean dahulu..tengok-tengok lebah dan rasa madu..memang menakjubkan bila dapat tengok sarangnya yang original..

haa..dah sampai pun Bandar Hilir..ok, setiap kumpulan buat kerja masing-masing ya..jangan nakal2..ha3..:p Nurul, Aidah dan Kak Ma, jom kita mulakan kerja..

Selalu tengok dalam buku teks sejarah saja bangunan ni..kali ni, kat depan mata..Alhamdulillah, dapat dijadikan kenangan..

Tadi dah dapat dua orang responden, tempatan dan luar negara..haih..penat ni..jom berehat jap..

Alhamdulillah..dapat lagi seorang responden..Encik ni datang dah banyak kali ke Melaka ni..suka datang sini katanya..:)

Kereta Chevrolet milik Tunku Abdul Rahman yang dibeli pada tahun1957..BE 52..

Sekarang berpecah kepada dua kumpulan kecil pula ya..
haa..nampaknya ada seorang lagi berpotensi menjadi responden cikgu wanie dan cikgu Hazma ni..tu, kat belakang tu..agak-agak dapat tak? jom cuba..

Alhamdulillah..dapat juga..Encik ni datang bersama keluarganya untuk tujuan melancong semata-mata..comelnya anak dia..:)

Sambil-sambil tu, jom jalan-jalan cari barang..hee..cantiknya..tapi wanie tak beli ni tau..suka dengan kecomelannya saja..

Wanie suka sangat bangunan ni..teruja dapat tengok semua ni! haa..sudah ada barang yang dibeli nampaknya..dah, boleh balik la ni..oh ya, tentu ada yang tertanya-tanya, siapa jurugambar semua gambar ni kan? hm, Kak Ma yang ambik..dia sudah dipaksa bergambar bersama, tapi tak nak pula..kak ma..huu..

Kincir air zaman kesultanan dulu..antara ayat yang wanie ingat tertulis dekat keterangan di situ ialah lebih kurang macam ni 'kincir air ni umpama semangat yang tidak akan pudar..terus ada sepanjang masa..' menarik kan? jadi, begitulah dengan kita..kalau sudah tidak bersemangat macam mana nak bergerak, ya tak? eh, macam pantun pula..
Tiba-tiba handset wanie berbunyi..alamak, zaim panggil la..tak sedar sudah 2.30 petang..cepat..

Bersama pensyarah kami, Cik Raden Siti Aishah. oh ya, ni kat Pantai Tanjong Bidara..isi perut dulu..

2 orang kat tepi Aidah tu kawan satu kumpulan 11 juga..gembira dapat bekerjasama bersama..:)
ok lah, nak pulang dah..daa..

Alhamdulillah..program pada hari ini berjalan dengan lancar..ye la kan, sambil menikmati panorama indah bumi bersejarah..lebih-lebih lagi kepada pencinta sejarah..
Terima kasih tidak terhingga kepada encik pemandu Bas Kiffah yang sudi membawa kami ke destinasi, Jutaan terima kasih kepada para responden yang terlibat..Kepada Zaim, Faizal, Nurul, Aidah, Kak Ma, Mees U, Sow Ken dan Clareena, terima kasih ya..nanti kita buat presentation sama-sama..:) 

P/s: Dapat juga tonton filem 'Avatar' dalam bas tadi..skrinnya pun cantik..bagus la Bas Kiffah..:)

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget