sayyidul istighfar



Wednesday, March 10, 2010

Buang di sana !

Sewaktu berkunjung ke zoo negara baru-baru ini, ada satu perkara yang begitu menarik perhatian wanie dan masih teringatkannya..kisah dua beradik. memandangkan kami ingin menunggu tram yang berikutnya untuk pulang setelah puas bergambar, kami berehat di sebuah pondok yang disediakan di situ. Seketika, terdengar la perbualan seorang kakak kepada seorang adik. si kakak kira-kira dalam darjah 3 dan adik pula mungkin darjah 1..alahai comel..perbualan mereka lebih kurang macam ni la..maklumlah..tak rekod..hee..peace..

kakak: adik, kenapa buang sampah kat situ? tong sampah ada kat sana!
(sambil menunjukkan kedudukan tong sampah )

adik: (melihat sampah yang dibuangnya dan cepat-cepat mengambilnya) mana tong sampahnya? ala..jauh la..(tong sampah di seberang jalan)

kakak: kakak kata buang sampah kat tong sampah..kat sana..
adik: ye la..bukannya Adam tak nak buang..(terus pergi buang)

hee..wanie seronok mendengar mereka berceloteh.. si kakak ni kiranya memainkan peranan sebaiknya sebagai seorang kakak yang menunjukkan etika yang bagus kepada adiknya..adik pula begitu patuh dengan kakaknya..how sweet..

hm..anda dapat sesuatu tak daripada kisah dua beradik ni?

Mereka yang kecil pun sudah tahu dan diajar untuk menunjukkan sikap yang baik.. tapi, banyak antara kita yang sudah dewasa ni suka membuang sampah sarap di merata tempat...tak kira lah dalam bas ke, komuter ke, mahupun di tepi-tepi jalan..Kadang-kadang mereka seakan tidak ambil peduli akan orang lain bila seronok saja membuang sampah melalui tingkap kenderaan..walaupun ada arahan 'DILARANG MEMBUANG SAMPAH KELUAR DARI KENDERAAN INI'..ish2..tak baik tau..
Mama wanie selalu menasihati kami adik beradik sewaktu kecil supaya jangan buang sampah menerusi tingkap kereta..simpan dahulu.Bila sampai ke sesuatu tempat, boleh lah buang di tempat sepatutnya..hm..memang hal sebegini patut disemai semenjak kecil lagi..
 
p/s: kebersihan separuh daripada iman

1 comments:

Anonymous said...

so sweet wani..
i like both of them
bole wat iklan ni =)

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget