sayyidul istighfar



Saturday, February 27, 2010

Utusan agung

Berdakwah dengan akhlak. Hebat bunyinya..Tapi apa yang dikatakan berdakwah dengan akhlak? Akhlak yang bagaimana dan kepada siapa? hm..inilah yang menjadi kupasan menarik sewaktu wanie menghadiri Forum Maulidurrasul di Kolej Ibrahim Yaakub, kolej kesayangan tadi..Tajuk yang diutarakan menarik.
"Rasulullah peribadi unggul sepanjang zaman".

Penyampaian isi forum dikupas dengan baik dan jelas sejajar dengan apa yang ditanya oleh moderatornya. Pada mulanya wanie agak terkejut dan bertukar bangga apabila mengetahui salah seorang dari ahli panelnya iaitu Ustaz Amran Abdullah merupakan seorang 'saudara baru'. Beliau bertugas sebagai pegawai di PERKIM. Seorang lagi merupakan Pensyarah UKM iaitu Dr Abdul Rahman Mahmud. Anak Kelantan rupanya. hee..
Forum tersebut berlangsung dengan jayanya di selang selikan dengan jenaka kedua-dua ahli panel. Memang mencuit hati..
eh, tapi kenapa wanie terkejut dan bangga pula tadi?
hm..betapa Allah SWT maha pemberi petunjuk kepada hambanya. DIA membuka hati seorang yang bukan dari keluarga islam tapi memilih untuk mengucap kalimah syahadah..Subhanallah..dan Allah memilihnya untuk menyampaikan ceramah agama kepada mereka yang sejak lahir beragama islam..mempunyai keluarga islam, mengaku islam.

Sungguh, kita berasa amat bersyukur dengan nikmat islam yang dikurniakan Allah kepada kita. Kita diberi kesempatan untuk beribadat, menyusuri jalan yang lurus, dipilih untuk terus sujud dan tunduk kepadaNya. Semoga dikekalkan nikmat ini..

Rasulullah dilahirkan pada 12 rabi'ul awwal, Tahun Gajah..majoriti sudah sedia maklum baginda dilahirkan dengan membawa cahaya menerangi alam. Pembawa khabar gembira. Beribu tahun dahulu baginda menyampaikan dakwah menyeru manusia patuh kepada tuhan maha agung. Baginda dihina, dicaci diejek serta diugut, baginda laluinya dengan tabah dan tidak pernah membalas perbuatan orang dengan rasa benci dan marah. Peribadinya sungguh mulia. Tiada tandingan.


Kita perlu berjihad meneruskan tugas sebagai khalifah di bumi Allah ini. Jihad di masa muda, masa penuh tenaga, masa jiwa membara, untuk mempertahankan islam.
Untuk menjadi betul-betul islam, perlu kesungguhan. Kesungguhan dalam beribadat, kesungguhan dalam amar maaruf nahi mungkar. Wanie terfikir kata-kata salah seorang ahli panel tadi iaitu
"berapa ramai kawan-kawan kita yang nonmuslim dan berkawan dengan kita bertahun-tahun tetapi kita tidak pernah pun berbicara tentang islam dengannya.." hmm..

Untuk betul-betul merasa keislaman yang membara, janganlah pisahkan diri kita dari Al-quran..pesanlah pada diri sendiri untuk membaca ayat-ayat Allah ini..fahamkan maksudnya. Ketahuilah di dalam kalam Allah itu semuanya ada jawapan tentang sesuatu perkara. Tiada yang syak dan keraguan.

Wanie rasa mesti terdetik niat dikalangan kita untuk berdakwah kan? ya..berdakwah kan sunnah Rasulullah..hm, dakwah bukan hanya melalui pentas dan mikrofon di hadapan khalayak ramai..Tetapi boleh juga dilakukan dengan perbuatan, tingkah laku dan cara gaya kehidupan.

Betul, untuk berbuat semua tu memerlukan kesabaran dan perubahan pada diri sendiri yang perlu dibetulkan dahulu kan?
 Banyak kekurangan dalam diri ini. Lemah dan kerdil jika dibandingkan dengan mereka yang berjuang di zaman Rasulullah..tapi bukankah berusaha untuk menjadikan diri sendiri lebih baik merupakan jihad? nah..betapa besar nikmatnya orang mukmin..

rasa nak berpantun pula ni:
Selawat dan salam serta puji-pujian
Buat kekasih Allah pembawa saadah
Sunnah baginda sentiasalah amalkan
Sejahteralah iman, akhlak serta akidah

p/s: jom selawat ke atas nabi..:)

Thursday, February 25, 2010

Forget it? never..

What a heavy book. This Campbell Reference Book was so greatly designed..yeah, with colourful diagrams and photos together with the complete explanations plus simple English usage..Actually it's not mine..i just borrowed my sister's because she wanted to keep it at home instead of her campus..i don't know what the real reason is, but after going back for the last break, this book was still there, right on bookshelf. So, i took it and hopefully my sis will let it with open heart..hee..and yes, she did it. tq sis.

Reviewing thoroughly the needed pages, (there was no silverfish that i could find..he2 ) suddenly make me remember something..the memories that hardly to be demolished. It's about my pre-campus life, my matriculation life..5 years ago..in KMNS..(Negeri Sembilan Matriculation College)..i was one of the students in H3P3( hayat 3 praktikum 3)..
logo KMNS...

ah, wait..how about H1P1? luckily it was not H1N1..he3..oops..sorry it just came across my mind..

hm, back to my story..peace..

i love to learn Biology...wait..not so serious..actually i love to learn Biology with my teacher, formally called lecturer..Puan Syuriza. That lecturer was so excellent in her ways of teaching..she pointed us to go in front and elaborate particular lesson to the audience after discussing it among the group members. So, our faces were all like 'a mouse that being chased by the cat'. All in white hoping for the lecturer for not pointing us.

hmm..let me add some more 'idiom'..
maybe  like 'a person who are frightened to a ghost' ( is it so extreme? whatever...)
Although sometimes, she was so fierce (how bad we were..), but it was paid. We really understood and could even explain it completely after her lesson. And believe it or not, she could remember our name one by one at glance..


One day, i was writing some notes on my tutorial sheet and didn't look at her because she was asking a question, so i tried to hide myself and so my friends.hee..
Somehow, I still remembered the question. Suddenly i heard my name being called by her..

"Hazwani, what do you understand about histone?

what a surprised! histone?? That kind of protein was new to us that time.Nobody could answer it.
hm..i got a lesson that day, and it recalled back during my practical session last year..wanna know?

As a teacher, if we want the student to react as what we hope for, we have to know their name first and asking question by using their name, not just 'you'..

why i said so? you know, after pointing me by my name, i be more concentrated to the topic and be more prepared before her class..and i really enjoyed it..

Actually Puan Syuriza was really closed to us and the other students as well. She always welcome us to come to her seat and discussed with her about the lesson. But bear in mind, before entering that stuff room, we must be prepared about what we are going to ask..( horror instrumental song here..) not just knock the door and ask the answers..and Campbell Reece Book really helped my friends and i.
  
Thank you Puan Syuriza..i hope to meet you again someday..millions of thanks for all your kindness toward us. May Allah showers you and all my teachers with lots of rahman and rahmat..:)
what??

my reference book for Biology?

Absolutely Campbell Reece Book..hee..:)

p/s: memory lane..

Wednesday, February 24, 2010

Be like a bird..

Something is getting so near right now..guess what? My Mid Semester Examination!! and it is Biology subject..1 paper only but seems so struggle..hee..wanna achieve good result..so, by hook or by crook, I must work hard even like to burn the midnight oil..wow..oh..no no..it's pain right? hee..but, whatever our style of learning is, it is ours..n yet it is unpredictable too..why i said so? yeah, some people like to study in front of their favourite TV show, some like to hold their gadget everytime they open the books..n maybe i have to say here that some of us like to explore their real intention firstly instead of straightly searching about the information regarding the lessons..hee..but if you one of the types above, hmm..you know yourself better..whatever..peace..

My exam? hm..it will be held on this coming Thursday..hurry up..can't wait to finish it..but..still have some chapters to be reread or in arabic..'khatam'...hee..

So for those who will sit for their examination, attend their interviews, cultivate their new vission and hopes, and those who want to achive something that you love so much to grab it, i want to share with all the bintang hati readers here and also to remind myself in my journey of life..a very amazing hadith:

" if you were to rely on Allah as He should be relied on, He would provide for you as He provides for the birds. They go out in the morning hungry and return in the evening full."
              -At-Tirmizi-

p/s: all the best...:)

Saturday, February 20, 2010

kampung girl..

Semalam wanie balik ke kampung abah..sudah lama tidak melihat-lihat kampung..lebih-lebih lagi nak melihat perkembangan rumah..hm, bila di kampung, abah suka buat macam-macam kerja termasuklah membersihkan kebun rambutan kami kalau berkesempatan..sambil melihat-lihat kawasan sekitar, wanie sempat memerhatikan beberapa orang pekerja yang tekun bekerja di bawah terik mentari..dari pagi mereka turun, dan pulang ke rumah bila mentari mulai terbenam..mereka berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga..kalaulah anak-anak mereka dapat melihat penat jerih ayah mereka bekerja, pasti mereka akan bertambah rasa kesedaran untuk mengembirakan kedua ibu bapa dan berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran..
eh, bukan mereka sahaja, semua anak pun wajib menghargai kedua orang tua, pengorbanan dan kasih sayang mereka kepada anak-anak yang tidak terbalas itu..
hm, bila balik ke kampung abah, wanie akan teringatkan arwah nenek (sebelah abah). Rindunya..Al-fatihah..nenek terlalu baik, baik dengan anak dan menantu apatah lagi dengan cucu-cucu..kini, teratak nenek, tiada yang menghuni memandangkan semua makcik dan pakcik mempunyai kediaman sendiri..ah, rindunya saat dulu-dulu..Alhamdulillah, kami masih mempunyai seorang nenek(sebelah mama) yang amat penyayang..
Oh ya, wanie dan faisal sahaja yang mengikuti abah dan mama balik kampung, kami merakamkan gambar pelbagai aksi dan suasana sambil melihat kawasan sekitar..alahai..faisal ni memang suka ambil gambar..kakaknya pula suka diambil gambar..ha3..

pemandangan desa..

ehehe..akhirnya dapat snap gambar pepatung ni..:p

dari tempat kami berehat..

hehe..ni study betul ni..

rajinnya adik..cat apa tu? :)

ok lah, nak balik dah..daa..

Seharian di kampung memang seronok. Tapi kali ni, wanie tidak berjumpa dengan sepupu-sepupu pun sebab semuanya sudah pulang ke tempat kerja/belajar masing-masing setelah bercuti sempena tahun baru cina..hu..walaubagaimanapun, wanie sempat berbual dan makan tengahari bersama mak saudara yang sangat rapat dengan kami..maklumlah, berkongsi makanan kegemaran yang sama..hee.
Kami bertolak pulang ke Kota Bharu selepas solat asar..

Wednesday, February 17, 2010

si ulat buku

Membaca jambatan ilmu..membaca meluaskan ilmu pengetahuan..membaca amalan mulia..
hm..apa lagi ya boleh dikaitkan dengan membaca? Suka tengok kempen membaca di TV yang melibatkan pemandu teksi tu..sambil menunggu penumpang, boleh menambah ilmu pengetahuan. Jadi, masa lebih terisi dengan aktiviti berfaedah..oh ya, sewaktu menjalani praktikal tahun lepas, wanie dapati sebahagian besar pelajar tidak pandai memanfaatkan masa yang ada untuk membaca, apatah lagi untuk melihat mereka membawa buku ke mana sahaja mereka pergi..bila guru tiada, mereka lebih gemar bercakap dan merayau-rayau seolah-olah tiada apa yang patut dilakukan. Tetapi, bukan semua seperti itu. Ada juga yang wanie lihat, pandai menjaga masa. Pantang tiada guru ataupun guru terlewat masuk, mereka akan buka buku dan menelaah pelajaran sebelum ini mahupun yang akan dipelajari..tu pasal pelajaran lah kan..mungkin mereka bosan asyik menatap buku pelajaran. Almaklumlah buku-buku seperti majalah yang kurang berfaedah tidak dibenarkan dibawa ke sekolah..itu sekadar bahan cerita di sekolah. Kalau di Universiti ataupun mana-mana pusat pengajian di negara kita pun boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang boleh mengamalkan sikap suka membaca contohnya sewaktu menunggu bas di perhentian bas, semasa menunggu makanan yang dipesan, apabila menunggu pensyarah yang belum masuk dan lain-lain masa. hm..ya, bukan semua orang boleh membaca di semua tempat dan keadaan. Tapi, bahan bacaan yang dimaksudkan ialah bacaan ringan, contohnya buku selain buku pelajaran di kuliah, nota ringkas dan akhbar..hm, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua..

Seronoknya kalau dapat menikmati suasana yang segar, damai dan nyaman sambil membaca..hmmm

ataupun macam ni..

waah..ni memang mantap la hobi membaca encik ni

tapi jangan pula sampai jadi macam ni untuk digelar...

si ulat buku..hee

Dalam Islam pun menegaskan kepentingan membaca. Jangan tidak tahu yang surah pertama diturunkan pun tentang membaca kan..wah..
hm, kalau dulu, orang susah nak membaca disebabkan mereka tiada peluang untuk membaca dan belajar, tetapi sekarang, kemudahan tersedia kan? nak atau tak nak sahaja..
Apapun, kalau semangat dan keyakinan ada, insyaAllah kita boleh lakukan..mulakan sikit-sikit..nak jadi orang yang berpengetahuan melalui membaca bukanlah senang kerana ianya memerlukan banyak pengorbanan termasuk wang ringgit..tetapi ianya juga bukan susah kerana dengan ilmu pengetahuan melalui membaca seolah-olah kita sudah menjelajahi dunia..senang kan? Manusia boleh mengubah diri dengan ilmu..dan ilmu boleh dicapai dengan membaca..boleh?jom baca! :)

dessert....anyone?

Sudah beberapa hari wanie di rumah..hee..baru ada kelapangan untuk memasukkan entri baru @ bintang hati..maklumlah bila di rumah, macam-macam nak dibuat kan..semalam kak ngah/ farah telah pulang ke kampusnya. mama, abah dan wanie menghantarnya ke stesen bas..ramai sangat orang semalam di tambah pula dengan bas yang lewat..ada juga bas yang tiba lewat 1 jam..haih..hmm, Alhamdulillah, kak ngah sudah sampai ke kampusnya di Kuantan pada jam 9.30 pagi tadi, sepatutnya pukul 7 pagi macam tu..
Oh ya, semalam dan dua hari lepas, wanie ada buat sup cendawan dan 'pencuci mulut' iaitu dadih coklat..ha2..kelakar juga..Sebenarnya, wanie suka juga masak-memasak ni tambahan pula, ia memang disokong..hee, peace..

ni dadih coklat wanie..huh, siapa yang buka ni?? nanti dulu.......hee :p

ni pula sup cendawan ala pizza..sedap? tanyalah my siblings..:p

 Masa tengah bersembang ngan family, ada la jiran wanie ni datang dengan adik dia..mereka selalu bermain-main kat halaman rumah..kalau mereka datang, kami pun teruja la, kan tak ada adik kecil..ha2..apa lagi, wanie pun sempat 'snap' gambar 2 orang tu..lagipun, diorang memang suka bergambar.hee..

Yang berbaju biru tu si adik, namanya Adam Saiful..cute kan?
he..di sebelahnya pula si kakak, panggil angah je..hee

p/s: tunggu post yang akan datang ya! daa..

Saturday, February 13, 2010

Jumpa kawan!

Alhamdulillah..wanie sudah sampai di rumah..perjalanan kali ini ok dan kurang memenatkan..ingatkan jalan akan 'jamm' teruk memandangkan perayaan tahun baru cina yang akan tiba..namun, ianya seperti biasa..Dari kajang, bas yang dinaiki mengambil penumpang di Stesen Putra pula..wanie yang sangat mengantuk ni bersedia untuk menerima penumpang yang akan duduk di sebelah wanie..alamak, kalaulah penumpang tu lelaki..8 jam yang seterusnya ni kena tahan la wanie..tapi..ditakdirkan Allah, tiba-tiba datanglah seorang perempuan ni kat sebelah..wanie pandang je lah, masih mengantuk sangat, senyum dan berpandangan..Ya Allah! rupa-rupanya itu kawan lama wanie semasa di sekolah naim dulu!
 Boleh dikatakan rapat kerana kami tidak tinggal di asrama..izati namanya..dia sekarang sedang menjalani praktikal selepas menamatkan pengajiannya..kami dipertemukan kembali di dalam sebuah bas, bersebelahan tempat duduk pula tu..hah, apa lagi, kami terus bertanya perkembangan diri masing-masing, lepas tu, semuanya senyap..alahai..tertidur pula.

ni la izati..
Akhirnya, kami sampai di destinasi yang dituju iaitu Kota Bharu agak lambat dari waktu biasa kerana bas lewat  tiba di Kajang tadi..apabila sampai, mama dan abah sudah menunggu untuk menjemput wanie..:) penat..

Thursday, February 11, 2010

Here i come !

Wah3...esok wanie sudah hendak balik kampung..yeah! rindunya..sudah lama ni tak balik..macam mana agaknya di kampung?
(padahal selalu telefon dan skype..hee)...walau apapun, sudah namanya perantau, perasaan mahu balik kampung memang di nanti-nantikan..tapi, satu je yang memenatkan iaitu perjalanannya..sabar je la wanie..bukan lama pun kot..9 jam saja..hee..kali ni, seronoknya sebab adik wanie, farahana tu pun balik juga..banyak ni cerita nak dikongsi..hee..maklumlah beza umur 2 tahun saja..rapat la juga kan..
Tapi semalam, wanie dikejutkan dengan berita dia terjatuh selepas meletakkan motorsikal nya 'on the way' nak pergi kuliah..terpaksa naik 'wheelchair' semasa di hospital. Alhamdulillah..kak ngah sekarang ok dan lututnya saja yang lebam teruk..Alhamdulillah sahabat-sahabatnya dapat dihubungi dengan cepat untuk bantuan. Kepada Mini, Ros dan kawan lain yang tolong menghantar farahana, terima kasih banyak-banyak ya...:) harap kak ngah semakin ok..cabaran minggu peperiksaan pula tu..ya, dia ada 2 paper on that day..kuatkan semangat ya dik..nantikan nak balik kampung ni..:)

Apa nak dibuat di rumah ya? hee..macam-macam 'plan'..insyaAllah semua berjalan lancar..lagipun 8 hari saja bercuti..
Oh ya, di kesempatan ini, wanie nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada Kaum Cina seluruh Malaysia..Gong Xi Fa Cai..:) semoga gembira bersama keluarga..

Monday, February 8, 2010

Going green..

Kitar semula? kerap kali dengar perkataan ini..masih ingat iklan tarian ballet seorang budak perempuan untuk memasukkan sampah ke dalam tong kitar semula? haa..menarik juga kan iklan tu..hee..oh ya, wanie teringat ceramah oleh Dr Ezlin dari Fakulti Kejuruteraan UKM pagi tadi kat dewan kuliah, 'last word' nya lebih kurang macam ni :
'kamu sebagai guru hendaklah mengajar dan memberi teladan kepada para pelajar untuk mengamalkan sikap yang baik demi menjaga alam sekitar..'
hmm..besar juga tanggungjawab tu..sebagai guru, semuanya bergantung kepada kita untuk memberi contoh..wah..ala-ala model gitu..glamor la kan..tapi model yang memberi contoh yang baik la..baru lah betul-betul 'guru harapan bangsa'..ye tak?


Bayangkan, dalam satu hari, sebanyak 20 000 tan matrik sampah dibuang oleh rakyat Malaysia! what a large number! itu baru satu hari, kalau seminggu? setahun? argh..bayangkan keadaan bumi yang dipenuhi sampah..ngeri tak? Tapi mungkin boleh terjadi seperti itu kalau kita yang menjalani kehidupan sekarang tidak mempraktikkan cara membuang sampah yang betul..alahai..cara buang sampah pun kena betul? Ya, kita sebagai pengguna, boleh membantu pihak yang berusaha dengan kuat untuk melupuskan sampah sarap. Caranya dengan mengasingkan sampah mengikut kategorinya seperti kertas, plastik dan kaca..bila memasak di dapur tu, jangan sewenang-wenangnya membuang minyak ke dalam sinki dengan harapan minyak akan cepat mengalir masuk ke longkang ya..ia boleh dikumpul dulu dan membuangnya ke tanah. Kulit-kulit bawang yang dikupas, boleh dikumpul dan dibuat baja..maksudnya ia boleh diletakkan di bawah pokok-pokok dan biarkan ia diuraikan secara semulajadi..menarik? Pensyarah wanie yang memberi cadangan tentang itu..
Satu perkara yang membuatkan wanie tergelak kecil tadi di dalam kuliah ialah bila Dr Ezlin menunjukkan gambar polisterina yang kita buat bungkus makanan tu, tapi di bawah gambar polisterina itu ditulis 'the white coffin' maksudnya, 'keranda putih..' aih, seram pula..tapi kalau difikirkan, penggunaan polisterina yang sangat berleluasa sekarang ini memang akan memberikan impak yang buruk, kalau bukan sekarang, nanti. waktu mula-mula terdengar akan bahaya penggunaan polisterina ni dulu, ada terfikir juga nak bawa bekas makanan sendiri bila hendak bungkus makanan..tapi, memandangkan ia mungkin menyusahkan peniaga dalam 'scanning' harga makanan, jadi salah satu langkah mudah, makan saja di kafe kerana ia menggunakan pinggan, bukan polisterina..mudah kan? sebab tu, wanie suka makan di kafe..hee..

Bercakap tentang sampah sarap di Malaysia, eh, dah masuk part kebersihan pula ni.. cuba perhatikan di sekeliling kawasan..kalau ada sesuatu pesta, majlis mahupun pasar malam, pasti akan ada sampah sarap di situ..agak memalukan bila sesetengah pasar malam yang beroperasi di tepi jalan meninggalkan banyak sampah sarap keesokkan harinya..tak baikkan macam ni, bukan seorang saja yang membuang sampah itu, maksudnya, semua kena bertanggung jawab..barulah negara bersih, rakyat sihat..setuju? kalau tengah makan gula-gula ke, kerepek ke, guna tisu ke, pastu tiada tong sampah untuk dibuang, simpanlah dulu dalam poket sendiri atau dalam beg, pastu buang la bila terjumpa bakul sampah..mudah aje, nak buat tak nak buat je..Sebenarnya, sikap pembersih ni bermula dari rumah, ia mencerminkan keperibadian kita..Rasulullah saw junjungan kita amat pembersih orangnya..lebih-lebih lagi kebersihan kan separuh daripada iman..jadi, kita pun mesti ikut sunnah baginda..
Apa lagi, ada sampah kat kaki? cepat ambil dan buang ke dalam tong sampah ya..:)


p/s: Wanie sokong kempen hari tanpa beg plastik yang dilakukan oleh Watson dan Giant pada setiap hari Sabtu..tapi jika beg plastik digantikan dengan yang terbiodegradasi lagi bagus..bajet tinggi la pula..haih..

Sunday, February 7, 2010

Bukit Cahaya Seri Alam...i feel delight!

Lenguh-lenguh kaki dan lutut belum reda dan masih terasa..eh, kenapa? haa..kalau nak tahu, hari ni wanie dan kawan-kawan sekolah (smka naim lilbanat) dulu buat 'reunion' kat Bukit Cahaya Seri Alam..perjalanannya jauh juga bagi wanie..kami menaiki tren dari UKM ke KL sentral, seterusnya ke stesen Padang Jawa..di sana, sebahagian kawan telah menunggu..sewa kereta gitu..alamak, kereta X-trail..macam mana nak angkut 6 orang di belakang? haih..bayangkan sendiri macam mana berhimpit dalam tu..sebahagian lagi menaiki kereta kancil milik kawan kami..trip kali ini seramai 13 orang dan tambahan 2 orang selepas itu..di kalangan kami ada yang dari UKM, UPM, UiTM, MMU , ada yang sudah bekerja dan ada yang datang dari Kelantan juga..hmm, nak tengok ke mana kami lawati? jom..scroll down..

Kami 6 orang yang menaiki tren yang sama sedang menunggu kumpulan-kumpulan yang belum tiba di stesen Komuter Padang jawa..ehehe..kumpulan tuu..
haa..sekarang cek bilangan ahli..mana pengarah program? hee..

ni part yang seronok sangat..dapat menunggang basikal..nikmatnya terasa bila melalui kawasan hutan yang begitu dijaga, kehijauan alam, udaranya segar, beserta haiwan-haiwan yang dipelihara di sini..subhanaAllah..

ni pula kat Taman Haiwan..ambil gambar je ya..amboi nini..ehehe..

nak rasa berada di London tak? ataupun Australia ke..Ohio ke..datang la sini dulu..hee..huuu..sejukkk sangat..ni sebelum masuk ke dalam..ni la kesemua 13 orang Naimians..

bila dah masuk..nak bercakap pun, berasap..haa2..hmm..snowman..

dengan Fathiyah...sejuk katanya..jadi mari panaskan tangan..hee

macam-macam gelagat mereka ni..

rasa nak duduk lama je..tapi..dah lama sangat dah..jadi, jom keluar kawan-kawan..

sekarang kami di menara..antik gitu...nak naik? hati-hati kerana tangganya curam dan kecil-kecil pula..bahaya juga bila difikirkan..

ni pandangan dari menara tersebut..cantik kan..subhanaAllah..

Selepas itu, mirah, ain dan wanie pergi bersiar-siar di taman rumah tradisional setiap negeri..ni rumah Negeri Perak..belum sempat meninjau kesemua rumah setiap negeri, telefon mirah berbunyi...hee..mereka yang lain sudah lama menunggu di tempat basikal..alamak..maaf kawan-kawan, seronok pula kami kat sini..ha2..

Setelah itu, kami keluar dari Bukit Cahaya Seri Alam itu dan mengambil keputusan untuk makan petang di tepi tasik di Seksyen 2, Shah Alam..cantik permandangan di sini, boleh main kayak, naik bot dan lain-lain lagi..

hmm..begitu lah perjalanan hari ini..dari pagi hingga la petang tadi..penat tu memang lah kan, tapi alhamdulillah wanie dapat bersua dengan mereka setelah 5 tahun tidak berjumpa. ish..lama tuu..terima kasih ya..semoga ukhuwah kita diberkati Allah..amin..:)

oh ya, ada satu perkara yang menarik perhatian wanie sewaktu dalam perjalanan pulang menaiki tren ke KL sentral..ada seorang pak cik ni memasuki tren..pastu, beliau melambai tangan ke arah seorang budak perempuan yang sedang menangis..rupa-rupanya budak itu ialah cucunya..dan dia menangis kerana datuknya ingin pulang ke rumah..hm. pastu wanie tersenyum sendirian kerana teringat wanie dulu pun macam itu kalau nenek (sebelah abah) mahu pulang ke rumahnya di terengganu setelah beberapa hari datang ke rumah wanie..mungkin sebab kami rapat sangat dengan nenek dan sedih bila nenek hendak pulang..alahai..

 p/s: terasa nak p oversea..peace(dia).. 

Wednesday, February 3, 2010

REZEKI HALAL..

Alhamdulillah..malam ni wanie dapat siapkan tutorial untuk subjek sains kehidupan yang akan dibentangkan pada hari Isnin depan, insyaAllah..hmm..pasal keusahawanan..pembiayaan modal sesebuah perniagaan. eh, kenapa wanie tiba-tiba belajar tentang itu? hee..sebenarnya memang fakulti pendidikan UKM menawarkan kursus tersebut dan ianya kursus wajib bagi pelajar tahun 4..hmm..bagus kan subjek sebegini diadakan kerana ia membuka peluang kita meneroka bidang yang kadang-kadang kita rasa susah untuk dilakukan. Walaupun akhirnya bergelar seorang guru, tidak bermakna kita tidak boleh buat kerja sampingan lain kan? haa..dengan pengetahuan sebeginilah dapat menjadikan pengalaman sebagai kelebihan setelah kita bergraduan nanti. oh ya, sebut saja pasal modal tadi, tentu ada yang pening kepala. ye la, niat nak berniaga memang ada, tapi masalahnya modal pula kan..hmm..tapi wanie bukanlah nak bercerita tentang modal perniagaan di sini. lagipun, ilmu belum cukup untuk membincangkannya. sikit-sikit tu bolehlah..ehehe..

oh ya, orang berniaga ni cepat kaya kan? opps..bukan semua tapi majoritinya..kenapa mereka cepat kaya? kenapa orang-orang kaya datangnya dari golongan mereka yang menceburi bidang perniagaan? haa..jangan pening-pening, Rasulullah saw, junjungan kita sendiri pun menggalakkan kita berniaga kan? 9 dari 10 pintu rezeki datangnya dari berniaga..wah..teruja? memang pun..tapi, mesti diingat, bila berniaga, etika tu mesti ada..di samping keuntungan yang diperolehi, jangan lupa kewajipan sebagai muslim pula..selain itu, kalau nak jadi usahawan, biar betul-betul jadi..kena bersungguh-sungguh la maksudnya. Dalam buku karya Dr HM Tuah misalnya, ada menceritakan perihal seorang yang menjadi terkenal kerana berniaga tapai..ya, tapai..nak berjaya, kena usaha dan usahawan tapai itu memang sudah buktikannya dan tapainya menjadi sebutan di tempatnya dan juga kebanyakan tempat lain..hmm..ada satu perkara menarik tentang sebuah restoran di Bandar Kota Bharu. Ia diceritakan oleh abah wanie dan wanie pun pernah menikmati makanan di situ suatu ketika dahulu..restoran tu sebenarnya kedai kopi biasa sahaja..tapi keistimewaannya ialah 'trademark' kedai itu..tentang milo..air milo nya paling sedap..dari dulu sampai sekarang kedai kopi tu beroperasi di situ, di tempat yang sama berpuluh tahun kot rasanya..oh ya, artis pun ada juga yang datang minum kat situ( selingan). hmm..bila pelanggan sudah mula percaya, macam tu lah kan, pelanggan yang cari peniaga.. insyaAllah laris perniagaan itu..maka, untunglah mereka yang mencari rezeki halal seperti itu..
Apa yang penting, bila mahu berniaga, niatkan untuk mencari rezeki yang halal, memudahkan orang ramai dan membahagiakan keluarga..semua itu menjurus kepada mencari keredhaan Allah kan..hm, apa lagi yang penting selain mencari keredhaan Allah kan? Jadi, kita kena selalu muhasabah diri..nak cari contoh manusia berjaya dalam perniagaan? haa..siapa lagi kalau bukan Rasulullah saw sendiri..kan dari kecil dia berdagang dan berjaya sampai menarik perhatian Siti Khadijah r.a dengan kepintarannya berniaga..Selain itu, sahabat baginda Abdul Rahman bin Auf, juga merupakan peniaga yang sangat hebat, tawaduk dan begitu menyokong dakwah nabi..
waallahua'lam..:)

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget