Lenguh-lenguh kaki dan lutut belum reda dan masih terasa..eh, kenapa? haa..kalau nak tahu, hari ni wanie dan kawan-kawan sekolah (smka naim lilbanat) dulu buat 'reunion' kat Bukit Cahaya Seri Alam..perjalanannya jauh juga bagi wanie..kami menaiki tren dari UKM ke KL sentral, seterusnya ke stesen Padang Jawa..di sana, sebahagian kawan telah menunggu..sewa kereta gitu..alamak, kereta X-trail..macam mana nak angkut 6 orang di belakang? haih..bayangkan sendiri macam mana berhimpit dalam tu..sebahagian lagi menaiki kereta kancil milik kawan kami..trip kali ini seramai 13 orang dan tambahan 2 orang selepas itu..di kalangan kami ada yang dari UKM, UPM, UiTM, MMU , ada yang sudah bekerja dan ada yang datang dari Kelantan juga..hmm, nak tengok ke mana kami lawati? jom..scroll down..
Kami 6 orang yang menaiki tren yang sama sedang menunggu kumpulan-kumpulan yang belum tiba di stesen Komuter Padang jawa..ehehe..kumpulan tuu..
haa..sekarang cek bilangan ahli..mana pengarah program? hee..
ni part yang seronok sangat..dapat menunggang basikal..nikmatnya terasa bila melalui kawasan hutan yang begitu dijaga, kehijauan alam, udaranya segar, beserta haiwan-haiwan yang dipelihara di sini..subhanaAllah..
ni pula kat Taman Haiwan..ambil gambar je ya..amboi nini..ehehe..
nak rasa berada di London tak? ataupun Australia ke..Ohio ke..datang la sini dulu..hee..huuu..sejukkk sangat..ni sebelum masuk ke dalam..ni la kesemua 13 orang Naimians..
bila dah masuk..nak bercakap pun, berasap..haa2..hmm..snowman..
dengan Fathiyah...sejuk katanya..jadi mari panaskan tangan..hee
macam-macam gelagat mereka ni..
rasa nak duduk lama je..tapi..dah lama sangat dah..jadi, jom keluar kawan-kawan..
sekarang kami di menara..antik gitu...nak naik? hati-hati kerana tangganya curam dan kecil-kecil pula..bahaya juga bila difikirkan..
ni pandangan dari menara tersebut..cantik kan..subhanaAllah..
Selepas itu, mirah, ain dan wanie pergi bersiar-siar di taman rumah tradisional setiap negeri..ni rumah Negeri Perak..belum sempat meninjau kesemua rumah setiap negeri, telefon mirah berbunyi...hee..mereka yang lain sudah lama menunggu di tempat basikal..alamak..maaf kawan-kawan, seronok pula kami kat sini..ha2..
Setelah itu, kami keluar dari Bukit Cahaya Seri Alam itu dan mengambil keputusan untuk makan petang di tepi tasik di Seksyen 2, Shah Alam..cantik permandangan di sini, boleh main kayak, naik bot dan lain-lain lagi..
hmm..begitu lah perjalanan hari ini..dari pagi hingga la petang tadi..penat tu memang lah kan, tapi alhamdulillah wanie dapat bersua dengan mereka setelah 5 tahun tidak berjumpa. ish..lama tuu..terima kasih ya..semoga ukhuwah kita diberkati Allah..amin..:)
oh ya, ada satu perkara yang menarik perhatian wanie sewaktu dalam perjalanan pulang menaiki tren ke KL sentral..ada seorang pak cik ni memasuki tren..pastu, beliau melambai tangan ke arah seorang budak perempuan yang sedang menangis..rupa-rupanya budak itu ialah cucunya..dan dia menangis kerana datuknya ingin pulang ke rumah..hm. pastu wanie tersenyum sendirian kerana teringat wanie dulu pun macam itu kalau nenek (sebelah abah) mahu pulang ke rumahnya di terengganu setelah beberapa hari datang ke rumah wanie..mungkin sebab kami rapat sangat dengan nenek dan sedih bila nenek hendak pulang..alahai..
p/s: terasa nak p oversea..peace(dia)..
2 comments:
bestnye jalan2 =)
nak ikut p oc he
~masz~
hee..ya best..jom..:)
Post a Comment