sayyidul istighfar



Wednesday, February 17, 2010

si ulat buku

Membaca jambatan ilmu..membaca meluaskan ilmu pengetahuan..membaca amalan mulia..
hm..apa lagi ya boleh dikaitkan dengan membaca? Suka tengok kempen membaca di TV yang melibatkan pemandu teksi tu..sambil menunggu penumpang, boleh menambah ilmu pengetahuan. Jadi, masa lebih terisi dengan aktiviti berfaedah..oh ya, sewaktu menjalani praktikal tahun lepas, wanie dapati sebahagian besar pelajar tidak pandai memanfaatkan masa yang ada untuk membaca, apatah lagi untuk melihat mereka membawa buku ke mana sahaja mereka pergi..bila guru tiada, mereka lebih gemar bercakap dan merayau-rayau seolah-olah tiada apa yang patut dilakukan. Tetapi, bukan semua seperti itu. Ada juga yang wanie lihat, pandai menjaga masa. Pantang tiada guru ataupun guru terlewat masuk, mereka akan buka buku dan menelaah pelajaran sebelum ini mahupun yang akan dipelajari..tu pasal pelajaran lah kan..mungkin mereka bosan asyik menatap buku pelajaran. Almaklumlah buku-buku seperti majalah yang kurang berfaedah tidak dibenarkan dibawa ke sekolah..itu sekadar bahan cerita di sekolah. Kalau di Universiti ataupun mana-mana pusat pengajian di negara kita pun boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang boleh mengamalkan sikap suka membaca contohnya sewaktu menunggu bas di perhentian bas, semasa menunggu makanan yang dipesan, apabila menunggu pensyarah yang belum masuk dan lain-lain masa. hm..ya, bukan semua orang boleh membaca di semua tempat dan keadaan. Tapi, bahan bacaan yang dimaksudkan ialah bacaan ringan, contohnya buku selain buku pelajaran di kuliah, nota ringkas dan akhbar..hm, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua..

Seronoknya kalau dapat menikmati suasana yang segar, damai dan nyaman sambil membaca..hmmm

ataupun macam ni..

waah..ni memang mantap la hobi membaca encik ni

tapi jangan pula sampai jadi macam ni untuk digelar...

si ulat buku..hee

Dalam Islam pun menegaskan kepentingan membaca. Jangan tidak tahu yang surah pertama diturunkan pun tentang membaca kan..wah..
hm, kalau dulu, orang susah nak membaca disebabkan mereka tiada peluang untuk membaca dan belajar, tetapi sekarang, kemudahan tersedia kan? nak atau tak nak sahaja..
Apapun, kalau semangat dan keyakinan ada, insyaAllah kita boleh lakukan..mulakan sikit-sikit..nak jadi orang yang berpengetahuan melalui membaca bukanlah senang kerana ianya memerlukan banyak pengorbanan termasuk wang ringgit..tetapi ianya juga bukan susah kerana dengan ilmu pengetahuan melalui membaca seolah-olah kita sudah menjelajahi dunia..senang kan? Manusia boleh mengubah diri dengan ilmu..dan ilmu boleh dicapai dengan membaca..boleh?jom baca! :)

2 comments:

Anonymous said...

i agree with u wanie..reading is my passion too..same2..:)

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

ooh..thankyou..i'm so glad..:)

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget