Berdakwah dengan akhlak. Hebat bunyinya..Tapi apa yang dikatakan berdakwah dengan akhlak? Akhlak yang bagaimana dan kepada siapa? hm..inilah yang menjadi kupasan menarik sewaktu wanie menghadiri Forum Maulidurrasul di Kolej Ibrahim Yaakub, kolej kesayangan tadi..Tajuk yang diutarakan menarik.
"Rasulullah peribadi unggul sepanjang zaman".
Penyampaian isi forum dikupas dengan baik dan jelas sejajar dengan apa yang ditanya oleh moderatornya. Pada mulanya wanie agak terkejut dan bertukar bangga apabila mengetahui salah seorang dari ahli panelnya iaitu Ustaz Amran Abdullah merupakan seorang 'saudara baru'. Beliau bertugas sebagai pegawai di PERKIM. Seorang lagi merupakan Pensyarah UKM iaitu Dr Abdul Rahman Mahmud. Anak Kelantan rupanya. hee..
Forum tersebut berlangsung dengan jayanya di selang selikan dengan jenaka kedua-dua ahli panel. Memang mencuit hati..
eh, tapi kenapa wanie terkejut dan bangga pula tadi?
hm..betapa Allah SWT maha pemberi petunjuk kepada hambanya. DIA membuka hati seorang yang bukan dari keluarga islam tapi memilih untuk mengucap kalimah syahadah..Subhanallah..dan Allah memilihnya untuk menyampaikan ceramah agama kepada mereka yang sejak lahir beragama islam..mempunyai keluarga islam, mengaku islam.
Sungguh, kita berasa amat bersyukur dengan nikmat islam yang dikurniakan Allah kepada kita. Kita diberi kesempatan untuk beribadat, menyusuri jalan yang lurus, dipilih untuk terus sujud dan tunduk kepadaNya. Semoga dikekalkan nikmat ini..
Rasulullah dilahirkan pada 12 rabi'ul awwal, Tahun Gajah..majoriti sudah sedia maklum baginda dilahirkan dengan membawa cahaya menerangi alam. Pembawa khabar gembira. Beribu tahun dahulu baginda menyampaikan dakwah menyeru manusia patuh kepada tuhan maha agung. Baginda dihina, dicaci diejek serta diugut, baginda laluinya dengan tabah dan tidak pernah membalas perbuatan orang dengan rasa benci dan marah. Peribadinya sungguh mulia. Tiada tandingan.
Kita perlu berjihad meneruskan tugas sebagai khalifah di bumi Allah ini. Jihad di masa muda, masa penuh tenaga, masa jiwa membara, untuk mempertahankan islam.
Untuk menjadi betul-betul islam, perlu kesungguhan. Kesungguhan dalam beribadat, kesungguhan dalam amar maaruf nahi mungkar. Wanie terfikir kata-kata salah seorang ahli panel tadi iaitu
"berapa ramai kawan-kawan kita yang nonmuslim dan berkawan dengan kita bertahun-tahun tetapi kita tidak pernah pun berbicara tentang islam dengannya.." hmm..
Untuk betul-betul merasa keislaman yang membara, janganlah pisahkan diri kita dari Al-quran..pesanlah pada diri sendiri untuk membaca ayat-ayat Allah ini..fahamkan maksudnya. Ketahuilah di dalam kalam Allah itu semuanya ada jawapan tentang sesuatu perkara. Tiada yang syak dan keraguan.
Wanie rasa mesti terdetik niat dikalangan kita untuk berdakwah kan? ya..berdakwah kan sunnah Rasulullah..hm, dakwah bukan hanya melalui pentas dan mikrofon di hadapan khalayak ramai..Tetapi boleh juga dilakukan dengan perbuatan, tingkah laku dan cara gaya kehidupan.
Betul, untuk berbuat semua tu memerlukan kesabaran dan perubahan pada diri sendiri yang perlu dibetulkan dahulu kan?
Banyak kekurangan dalam diri ini. Lemah dan kerdil jika dibandingkan dengan mereka yang berjuang di zaman Rasulullah..tapi bukankah berusaha untuk menjadikan diri sendiri lebih baik merupakan jihad? nah..betapa besar nikmatnya orang mukmin..
Selawat dan salam serta puji-pujian
Buat kekasih Allah pembawa saadah
Sunnah baginda sentiasalah amalkan
Sejahteralah iman, akhlak serta akidah
p/s: jom selawat ke atas nabi..:)
1 comments:
selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Post a Comment