sayyidul istighfar



Tuesday, August 28, 2012

HARI KE-15

Salam semua. Alhamdulillah wanie rasa semakin sihat..Tempoh berpantang dijalani dengan rasa penuh kesabaran. Mana taknya, semua makanan yang pernah dimakan dahulu perlu dikawal, pergerakan pun perlu dikawal dan masa yang sangat berharga..Dhiya kadang-kadang meragam juga. Kesian anak ibu, tapi baby memang macam tu, kalau rasa tak selesa, akan menangis..Mudah-mudahan kulit Dhiya yang merah-merah tu cepat baik..Amiinn..


Cerita pasal wanie pula, masa ni la rasa kerajinan diri bertambah..Rajin sangat 'search' maklumat tentang baby, yang terbaru wanie ada semangat untuk menjahit baju untuk menyusu (breastfeeding). Senang nanti nak susukan Dhiya. Lepas tu, wanie rajin pula beli buku panduan menjahit gaun untuk si comel..alahai..gembiranya dan bangga rasa kalau dapat jahit gaun untuk Dhiya nanti..Tak sabar rasanya. Mama cakap, tunggu wanie lebih sihat sikit untuk belajar menjahit.
En suami apatah lagi, gembira dia bila dengar wanie suka menjahit..he2..Bukan apa, bagi wanie dalam tempoh berpantang ni,sekurang-kurangnya wanie ada membuat dan menghasilkan sesuatu untuk dijadikan kenangan..Bosan juga kalau tak buat apa-apa..Terutama masa Dhiya lena dibuai mimpi...

hm, ok lah...masa untuk berehat..
wassalam..

Friday, August 24, 2012

Hari ke-11

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung Bintang Hati..
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke-11 wanie berpantang di samping puteri kesayangan, Dhiya Nur Khalisa. Suami tercinta sudah pulang ke USM untuk menjalankan tugas sebagai pelajar Master..Sayu juga apabila memikirkan terpaksa berjauhan dengan suami tetapi kami selalu sabarkan hati dengan mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..insyaAllah, segalanya dipermudahkan oleh Allah..

Dhiya sudah semakin comel dengan pipinya mulai kembang..mudah-mudahan anak kami membesar dengan sempurna, sihat dan bahagia..amiinn..

Bercakap tentang pantang pula. Pertama kali berpantang, uhhh...sedapnya semua makanan..tetapi kena lah tahan untuk jaga kesihatan diri dan anak yang sedang menyusu. Alhamdulillah mama wanie yang sentiasa menyediakan makanan untuk wanie..dapat juga bermanja dengan ibu tersayang..
Setakat ini Dhiya masih lagi aktif pada waktu malam..alahai terpaksalah ibu dan wan berjaga malam menunggu Dhiya..Takpelah, demi anak..

Dhiya Nur Khalisa di katil comelnya...
 Ok lah, nanti wanie update lagi cerita terbaru..

p/s: tak sabar nak guna lunatots..tunggu Dhiya besar sikit dan wanie sihat dulu sebab kesian nanti mama kena basuh CD dhiya...ehee..:)

wassalam..

Wednesday, August 22, 2012

Dhiya Nur Khalisa Binti Badiozaman

Assalamualaikum wbt..
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Bintang Hati..
Alhamdulillah..penantian selama 9 bulan wanie dimakbulkan Allah..Wanie telah selamat melahirkan anak pertama. Seorang puteri..Proses bersalin ditemani oleh suami tercinta dari awal sampai akhir. Hebatnya Abang sewaktu memberi semangat pada wanie walaupun masa tu Allah sahaja yang tahu bagaimana kesakitannya..
Pada 25 Ramadhan, 13 Ogos 2012, jam 7.50 pm, Dhiya Nur Khalisa Binti Badiozaman selamat dilahirkan. 
Terima kasih Ya Allah, nikmat kurniaanMu kepada kami..Alhamdulillah..

Baby Dhiya sewaktu hari ke-6


Saturday, August 4, 2012

salam..sekarang wanie dah 39 minggu..menghitung hari untuk melahirkan permata hati ni..semoga semuanya dipermudahkan Allah nanti...:) oh ya,skrg tgh buat persiapan tempat,kemas barang2 baby dan barang2 ibu juga...mama wanie yang banyak membantu..tq mama.. hmm..berdebar juga ya...:) ok lah...selamat berpuasa...

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget