sayyidul istighfar



Thursday, September 30, 2010

Popsicle..

The most favourite food i adore most is ice cream..yet, until now.
Is there anyone here same with me? ahaa..there you are.

 i really like the cone ice cream..like Waal's brand.

 During my childhood, the popular 'brand' among us was the long icecream in the cylinder plastic that usually prepared by housewifes, Malaysia homemade icecream. Got it? It has a lot of flavours including rose syrup, orange, lychee n some put fruits like pineapple inside to make it more valuable..ahaa..what a safe brand!

The most expensive ice cream that i ever ate was ice cream by Baskin Robbin.

Popsicle. delicious and mouth watering..Paddle pop popsicle is my passion.

colourful popsicles...


Wait..why i put an entry about this? hee...someone gonna treat me with ice cream..the brand? guess what? Baskin Robbin..again. :) don't know when...hu~

Tuesday, September 28, 2010

Small celebration, big interaction..happy birthday cik!

Sudah 17 tahun adik wanie yang Ke-2 ni..Abang cik, Muhammad Faiz..Hari ni hari lahir abang cik..Selamat hari lahir..semoga berbahagia selalu..Jadilah anak yang selalu mengembirakan hati kedua ibubapa..

Petang tadi, sempat juga buat 'celebration' kecil-kecilan..setakat makan kek je sudah cukup mengeratkan kami..aktiviti ini memang dipupuk untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan rasa diri dihargai..Alhamdulillah semuanya memberikan kerjasama..Kak ngah je tak ada di sisi sekarang..Belajar elok-elok dik!

Adik dan abah tengok je kek?? hee..

Ada bergambar bersama kek dan belon..alamak belon terlepas...

Tutup mata ke sedang berniat sesuatu tu cik? :p

Blueberry cake yang sungguh sedap..finger licking good...:)

Ok lah..itu sahaja peristiwa hari ini..jumpa lagi..daa...

Saturday, September 25, 2010

Peribadi anggun..

Dua hari lepas, wanie pulang ke kampung..nak tengok-tengok rumah yang sedang dibina..sambil bersiar-siar sekitar kawasan, wanie ber'posing' kejap..hee..


Oleh sebab sayang nak petik bunga-bunga, wanie pun berposing dengan ranting pokok yang jatuh..huu

rajinnya adik kakak..

Pastu..bila bosan..wanie baca buku ni..haa..kali ni, wanie nak kongsi la antara buku yang best yang menjadi koleksi..

tup2..dah pun habis baca buku ni semalam..

Buku 'membina peribadi anggun' ni memberikan tips-tips berguna untuk wanita..ada juga diselitkan untuk kaum lelaki..Personaliti dirungkaikan dan memberikan idea untuk kelihatan yakin dan meyakinkan..Dr. HM Tuah sentiasa mewujudkan suasana santai yang bermotivasi untuk menarik perhatian..Oh ya, sangat sesuai bagi yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin..

Salah satu sebab wanie suka penerbitan 'karya bestari' ini ialah kerana boleh dikatakan, semua buku mereka harganya murah dan berbaloi..Ye la kan, ilmu di dalam tu tak ternilai..ditambah pula dengan harga yang mampu dibeli oleh kebanyakan orang..Harga buku ni RM 15.00...memang berbaloi!

p/s: nanti kita kongsi buku yang lain pula..

Tuesday, September 21, 2010

ooh..that's why..

Raya ke-3 hari tu, wanie sekeluarga ke kenduri di Pasir Pekan..Adik kepada mak su wanie kahwin..dalam perjalanan pulang setelah mengharungi jalan sesak yang agak teruk, wanie terjumpa sebuah kereta model lama yang berada di bahu jalan..wanie pun terus 'snap' gambar kereta tu..

eh, kenapa nak ambik gambar kereta tu wanie? ada sesuatu yang menarik perhatian ke?


hee...mestilah....nak tau kenapa???
-


-


-


-


-


-

haa..sekarang dah tau ??
sebab kaler pink!

peace..itu sahaja entri kali ni.

Monday, September 20, 2010

Tak datang ke...

Semalam bermulalah aktiviti tuisyen cikgu wanie menggantikan cikgu Fizik Tingkatan 4 dan 5..Seperti biasa, wanie mengadakan ringkasan rancangan mengajar, mencari soalan latihan untuk pelajar dan juga menelaah sedikit sebanyak tentang tajuk yang akan diajar..masa tinggal beberapa jam saja lagi..
Jubah yang sedia ada disarungkan..bersemangat ni sebab sudah lama tidak mengadap anak murid kan..

Opps..pintu pusat tuisyen pun belum dibuka..alahai..awalnya cikgu wanie..hee..tuisyen bermula pada jam 8.15 pm, jadi, sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bermula wanie mesti sudah sampai untuk membuat persediaan fotostat soalan dan sebagainya..

Jam sudah menunjukkan jam 8.15, eh...seorang je ke pelajar yang datang..? Farid, mana kawan awak yang lain? Selang selepas itu, datanglah beberapa orang pelajar dan menjadikannya 5 orang..ok lah tu...wanie pun mengajar seperti biasa..

1 jam telah berlalu..maknanya sekarang perlu ke kelas sebelah untuk Tingkatan 4 pula...
Bila pintu dibuka....huuu....

Tak ada orang....langsung!!??


"malam ni Tingkatan 4 tak ada seorang pun yang datang...macam berpakat pula diorang.." kata kerani yang memang baik dengan wanie tu..
cikgu matematik yang datang pun, terpaksa tunggu 1 jam untuk masuk kelas selepas wanie..

budak-budak belum habis beraya agaknya..

Sungguh lawak...berbezanya sewaktu zaman wanie dulu..takut juga nak tinggal kelas walaupun hanya kelas tuisyen..

dush..dush..

Friday, September 17, 2010

Raya situ sana sini..

Assalamualaikum semuanya...apa khabar anda di sana? ye la kan, asyik berkunjung ke rumah terbuka saja, mana tahu, kot-kot badan sudah semakin berisi..hee..gurau saja..
eleh, wanie pun apa kurangnya, sibuk je berhari raya ke rumah terbuka rakan-rakan..Hari ni, wanie ke rumah sahabat lama sewaktu di SMKA Naim Lilbanat dulu..Hidayat namanya, lebih mesra di panggil Yat.
Perjalanan tadi agak jauh bagi kami kerana belum pernah sampai ke rumahnya sebelum ini..Tapi, seronok lah juga kerana berjumpa kawan-kawan yang hampir 6 tahun tidak bertemu..

Naimians..

bersama Yat..

Oh ya, semalam, wanie ada mengetuai a.k.a menganjurkan majlis perjumpaan semula (reunion) sekolah rendah iaitu Sek. Keb. Demit..
Apa yang mengejutkan, ramai juga yang hadir..Alhamdulillah
Tidak kurang ada di kalangan mereka yang  'berubah' dek kerana penampilan yang sangat berbeza..he..maklumlah semua sudah matang dan dewasa.
Banyak cerita dibualkan, maklumlah semenjak berpisah di darjah 6 tahun 1999, kami tidak bertemu sehinggalah sekarang..

Kawan kelas 6 Pintar 1999..

Rumah terbuka..

 Itulah orang kata, Aidilfitri mengeratkan silaturrahim..yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan..
InsyaAllah, tahun hadapan, kita ber'gathering' lagi ya...

Wednesday, September 15, 2010

Syawal 1431H..

Wah..wah..lamanya tak update Bintang hati..maklumlah hari raya kan..hm, memang tak sempat nak mengadap laptop..hari ni baru ada masa untuk memberikan entri terbaru..

Pasal apa lagi..pasal raya lah..
Kali ni, wanie sertakan gambar seminggu berhari raya..
Alhamdulillah...syawal ini memang meriah seperti tahun-tahun sebelumnya..tetamu yang hadir sangat ramai pada raya pertama lagi..Sampaikan wanie tak sempat untuk mengambil gambar-gambar mereka..keluarga yang sudah lama tidak bersua menggamatkan suasana..hai..banyak cerita nak diberitahu..
Tahun ini, mama masak rendang..sedapp sangat..

Ok lah..jom kita tengok wanie bersama famili...

zasss...

Waktu ni mama tengah melayan tetamu di dapur..tunggu punya tunggu untuk ambil gambar bersama, tak jadi la pulak..ha2..tinggal kak ngah, faisal, abah n wanie je..he..


Keluarga Pak su datang..

Bersama nenek tersayang dan sepupu..

Macam artis pulak sepupu wanie sorang tu..haih...

Ni raya ke-3..pergi kenduri..alamak, kena bawa hantaran la pulak...berat ni. adehh..

Ni pula raya ke-4..majlis pertunangan..eh, bukan pertunangan wanie tau..hee..ni majlis pertunangan sepupu mama..

Rumah sepupu mama tu dekat dengan tadika kami masa kecik-kecik dulu..ni la TASKI kami..Taski At-Tarbiyah..

Raya ke-5 baru wanie balik kampung abah di Terengganu...haa...ni anak sepupu kami yang comey lote..
Nur Faiqah Dayana..comel sangat..pandai buat pelbagai aksi..hee

Mama dan Dayana..

semua berebut nak cium dia..

Nampaknya..tu la saja gambar raya yang wanie larat nak upload..upload banyak-banyak nanti berat pula page ni..hee..
-
-
-
Apa?? biskut raya cinta kasih??

Ada, ada...

Campuran cornflakes dan coklat..

Oklah..raya, raya jugak..keselamatan dan kesihatan kena jaga ya..
Esok ada perjumpaan dengan kawan satu sekolah rendah hari tu..tak ramai pun..yang rapat dan ada contact je..
Semoga anda berpuas hati...

Tuesday, September 7, 2010

Pre-Raya...

Hm..sedapnya bau...agak-agak sedap tak ni? eh, mestilah sedap kot sebab buat dengan hati penuh ikhlas..
hee..
ish, puasa...tak boleh cium bau makanan lebih-lebih tau..

Sebenarnya, wanie cuba buat biskut raya kali ni..my handmade..
Namanya...(selalu ada nama) biskut cinta kasih..
kelas gitu..

Biskut ni diilhamkan wanie sendiri..tapi, bahan asasnya dipelajari dari mama, the best chef ever..

Sementara biskut tu masak, update blog jap..maklumlah, masa itu penting..lebih-lebih lagi dah nak hari raya..macam-macam nak dibuat..
Nak kemas rumah, nak lap itu ini, gubah bunga, ubah itu ini, basuh langsir dan lain-lain..
Hari-hari biasa pun ada buat, cuma kalau hari raya ni, semangatnya lebih sikit cik jah..

Apa? nak tengok 'biskut cinta kasih' wanie? haa...sabar..nanti wanie tunjuk di entri-entri akan datang ya (tak pasti bila)..

Nantikan kemeriahan aidilfitri wanie bersama keluarga dan sanak saudara yang akan di'update' dari semasa ke semasa sepanjang kami menyambut syawal ini..


p/s: Selamat beribadah di hari-hari terakhir ramadhan ini..sayunya bila ia pergi..gemerlapkan ia dengan tasbih, zikir memuji ilahi..semoga ramadhan kali ini benar-benar memberikan semangat dan keyakinan pada diri..insyaAllah..

Sunday, September 5, 2010

Pizza, anyone??

Akhirnya, dapat juga wanie masak makanan kegemaran sendiri ni..dah lama wani cuba cari resepi yang agak senang nak ikut, maklumlah 'beginner'..2 hari lepas, wanie terjumpa resepi ni dari internet..oh ya, ada kat tepi sidebar tu dalam ruangan 'JOM MASAK'..hee..

Jadi, petang tadi selepas solat asar, wanie memulakan aktiviti memasak..PIZZA.
hmm..bagi nama la senang kan sebab wanie ada ubah sikit dari segi 'topping' pizza tu..PIZZA ALA WANIE.
 
jangan jeles cik jah..

Jom, wanie kongsi sikit aktiviti di dapur tadi..

Bahan-bahan di atas adalah antara bahan utama untuk 'topping' iaitu untuk ditabur di atas 'doh pizza'. Ada lagi sebenarnya, seperti cili capsicum dan cendawan butang..alamak, lupa nak beli semalam..

Oh ya, untuk bahan utama menyediakan 'doh pizza', sila semak ruangan Jom Masak kat tepi ni ya kalau nak tau lebih lanjut..

Ni pizza yang dah sedia untuk di letak dalam oven..Keju mozarella yang sudah diparut ditabur di atas. Boleh je letak keju yang belum diparut..

Taraaa....ni la dia pizza yang dah siap! pizza ala wanie...

Ok lah juga rasanya..cuma bahagian dalam lebih lembut berbanding pizza yang dibeli di kedai..:)
Alhamdulillah..dapat juga keluarga wanie rasa ni..penat menguli tadi..hee..

hmm, syoknya masak..Tapi..huhu..banyak lagi yang tak tahu..so, kena belajar dari mama! he..

p/s: teringat orang jauh bila masak ni..haih...:)

Saturday, September 4, 2010

With you..

Seusai moreh tadi, laptop di'on' untuk meng'update' blog kesayangan ini..maklumlah, time rajin..kena rajin betul-betul..he..Hujan renyai-renyai di luar..dari tadi sudah menampakkan hari akan hujan..Tak apa, rahmat dari Allah di malam-malam terakhir ramadan..
Sambil menunggu my sis sampai dari Kuantan lepas ni (sekarang masih kat Pasir Puteh katanya) ..apa kata kita imbas sesuatu..

Alahai cik wanie..mau imbas apa? sukanya kitak main imbas-imbas ni..Mun sik imbas sik boleh ka?
( ok tak, Bahasa Sarawak ku? :p)

hee..hari tu, wanie konvo kan, asyik gambar wanie konvo je kan..haa..sekarang, gambar wanie bersama rakan-rakan yang konvo pula..tahun lepas pun boleh la..ramai sahabat wanie yang buat ijazah untuk 3 tahun sahaja, jadi konvo tahun lepas (2009).

ni tahun lepas, pai konvo..

dengan Nashriq..

konvo Faizal dan Pushpa..

bersama keluarga Aishah..

kak isa, my senior..

ei eh, termasuk pulak..ni konvo encik badio 2 tahun lepas..ehehe..nak balas balik entri dia buat untuk saya hari tu..:)

last but not least..my convocation day..(interframe sikit)

Gambar kenangan dengan sahabat yang lain tak ada dalam my Sony..tapi, memori manis itu tetap diingati, insyaAllah..

p/s: seronok dapat berbuka puasa bersama pelajar tahfiz hari ini...Alhamdulillah..:)

Wednesday, September 1, 2010

Iklan untuk kita!

Kita sudah pun berada dalam 10 malam terakhir ramadhan..cepatnya..
Baju raya sempat dijahit ke cik jah?

Menjahit tu menjahit jugak, tapi jangan lupa usaha dalam meningkatkan ibadah ya..:)

Ok..kembali menceriakan suasana ramadhan anda..apa khabar pengunjung Bintang hati? Wah..terima kasih ya atas sokongan anda melalui email dan komen-komen bernas terhadap Bintang hati..
Ada juga yang memberi cadangan untuk memperkembangkan minat tentang tudung, menjadi usahawan tudung..opps..jadi usahawan pula? nanti I fikirkan..he..

Kepada 'silent readers' cik wanie, janganlah segan untuk jadi 'follower' wanie..tekan je button follow tu..:)


Sebenarnya, wanie tertarik sangat dengan satu iklan yang wanie baca dalam sebuah buku ni..iklan yang sangat bermakna..macam poster gitu..Boleh juga wanie letak di sini ya untuk pembaca setiaku..

Jom beramai-ramai memeriahkan acara tahunan  malam sejuta pengertian!! malam yang akan mempesonakan anda..

        Masa     : waktu malam di bulan ramadhan sahaja
        Hari      : 10 malam terakhir bulan Ramadhan sahaja
        Apa yang perlu dilakukan  : mencari satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
        Ganjaran   : Mendapat keampunan Allah swt..

Jangan lepaskan peluang ini!!!


p/s: iklan diadaptasi dari buku 'Life is an open secret: Ramadan Special by Zabrina A.Bakar'

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget