sayyidul istighfar



Monday, September 20, 2010

Tak datang ke...

Semalam bermulalah aktiviti tuisyen cikgu wanie menggantikan cikgu Fizik Tingkatan 4 dan 5..Seperti biasa, wanie mengadakan ringkasan rancangan mengajar, mencari soalan latihan untuk pelajar dan juga menelaah sedikit sebanyak tentang tajuk yang akan diajar..masa tinggal beberapa jam saja lagi..
Jubah yang sedia ada disarungkan..bersemangat ni sebab sudah lama tidak mengadap anak murid kan..

Opps..pintu pusat tuisyen pun belum dibuka..alahai..awalnya cikgu wanie..hee..tuisyen bermula pada jam 8.15 pm, jadi, sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bermula wanie mesti sudah sampai untuk membuat persediaan fotostat soalan dan sebagainya..

Jam sudah menunjukkan jam 8.15, eh...seorang je ke pelajar yang datang..? Farid, mana kawan awak yang lain? Selang selepas itu, datanglah beberapa orang pelajar dan menjadikannya 5 orang..ok lah tu...wanie pun mengajar seperti biasa..

1 jam telah berlalu..maknanya sekarang perlu ke kelas sebelah untuk Tingkatan 4 pula...
Bila pintu dibuka....huuu....

Tak ada orang....langsung!!??


"malam ni Tingkatan 4 tak ada seorang pun yang datang...macam berpakat pula diorang.." kata kerani yang memang baik dengan wanie tu..
cikgu matematik yang datang pun, terpaksa tunggu 1 jam untuk masuk kelas selepas wanie..

budak-budak belum habis beraya agaknya..

Sungguh lawak...berbezanya sewaktu zaman wanie dulu..takut juga nak tinggal kelas walaupun hanya kelas tuisyen..

dush..dush..

2 comments:

Badio Sulaiman said...

xpe.. kan dah puasa sebulan, mesti nk raya sebulan jugak

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

ye kot..tp yg lucunya the whole class kosong..huu

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget