sayyidul istighfar



Sunday, November 29, 2009

syukur..

Salam silaturrahim..Hari Raya Aidiladha tahun ini amat meriah sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Selepas sembahyang sunat Aidiladha, kami ke tempat sembelihan korban di rumah keluarga berdekatan dengan rumah kami..di sana wanie dapat melihat beberapa ekor lembu yang dijadikan sembelihan tanda kesyukuran kepada Allah..waah, ramai kanak-kanak di sana, maklumlah mereka seronok dan memang dilatih untuk turut serta dalam aktiviti sebegini.. Antara gambar yang diambil oleh adik wanie, faisalKerja-kerja penyembelihan selesai kira-kira jam 11.45 pagi..awal, memandangkan waktu solat jumaat selepas itu..
ehehe..tak lepas peluang bergambar di sekitar kawasan tersebut..just candid!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, keesokannya, majlis serba sederhana di rumah kami berlangsung dengan baik dan lancar. Terima kasih kepada para tetamu yang sudi bertandang ke rumah..
Ramai orang mengatakan Negeri Kelantan menyambut Aidiladha dengan lebih meriah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia..hm, wanie tak pasti lah betul atau tidak, tapi kami di Kelantan memang menyambutnya dengan meriah, tapi bagi wanie, perayaan Aidilfitri lebih meriah, walauapapun, kedua-duanya merupakan perayaan umat islam yang sangat besar pengertiannya kan? Anda setuju? Hee..
Semalam, kami menerima tetamu yang cukup istimewa. Antaranya, mak saudara wanie yang baru sembuh dari penyakit beliau, turut datang memeriahkan majlis..beliau hadir bersama anaknya( sepupu wanie)..mak saudara wanie ni merupakan kakak sulung kepada abah wanie. Beliau mengingatkan wanie tentang arwah nenek sebelah abah kerana wajahnya ada iras nenek..hmm..sepupu-sepupu yang lain pun turut hadir, seronok dapat berbual dengan mereka memandangkan sudah lama kami tidak berjumpa.

Sebahagian daripada mereka yang hadir..


Oh ya, wanie dapat anak sepupu yang baru..nama si comel tu, Nur Faiqah Dayana..comelnya dia, bak kata orang kelate, come lotey (susah nak eja ni) oleh sebab asyik nak melayan keletahnya,wanie terlupa nak bergambar bersama..arrh..
Kawan baik wanie, yang rumahnya dekat saja dengan rumah, iaitu cik ain hadir dengan busana serba kuning hari ni, ye la, warna kegemaran kan..hee..
Hm, mama yang menyediakan semua juadah..wanie pun tolong juga..he2..lagipun beliau memang suka memasak dan melakukannya sendiri..mum, you are a very good cook! the pudding, thumbs up!..

Dari sambutan kali ini, apa yang pasti, semangat gotong royong dan ingat mengingati memang perlu diutamakan kerana dengan semangat sebegini lah dapat mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga dan antara jiran tetangga bak kata mama.

wallahua’lam..

Thursday, November 26, 2009

hari raya datang lagi...

Assalamualaikum..haa..pejam celik pejam celik..kita sudah pun nak menyambut hari raya lagi kan? hari yang sangat bermakna dan besar ertinya bagi umat islam iaitu Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Aidiladha..wanie suka perayaan ini kerana disamping dapat menunjukkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan mengadakan ibadat korban, takbir Hari Raya juga boleh didengari lebih lama berbanding Hari Raya Aidilfitri..hm..tapi, bagi kanak2 mungkin tidak semeriah Hari Raya Puasa kerana duit raya kurang..ha2..mana taknya, jarang sangat orang akan bagi duit pada hari raya haji..orang banyak sedekahkan daging korban..walaubagaimanapun, setiap perayaan ada tujuan dan sebabnya yang tersendiri kan? Jadi, marilah sama-sama kita menghayati dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada berlakunya ibadat korban dalam islam..
Teringat pula bait-bait lagu Tan Sri P.Ramlee iaitu 'berkorban apa saja..harta ataupun nyawa..'
Kepada bakal haji dan hajjah yang amat bertuah menjadi tetamu rumah Allah pada tahun ini, selamat menunaikan ibadat haji..semoga mendapat haji yang mabrur..Di kesempatan ini, wanie nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli keluarga wanie, orang yang disayangi, kawan-kawan, dan muslimin muslimat..semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar dan dirahmatiNya..insyaAllah..
p/s: selamat menjalankan ibadat korban..

baby comel..

Petang semalam jiran wanie (ada pertalian keluarga) membawa cucunya ke rumah nenek wanie yang bersebelahan dengan rumah wanie..subhanallah..bayi itu sungguh comel, pipinya gebu,’chubby’, berkulit putih dan memiliki sepasang mata bulat berwarna hitam..segala puji bagi Allah dalam penciptaan makhluknya..hm, sememangnya jika mana2 kanak-kanak atau bayi yang datang bertandang ke rumah akan menjadi tumpuan kerana kami adik beradik tiada adik kecil, sekecil bayi2 tersebut..apabila melihat mama memangku bayi yang diberi nama Anas itu, wanie terfikir yang setiap dari kita pun pernah melalui zaman kanak-kanak, zaman yang suci dari dosa itu..alangkah indahnya jika pada saat ini pun kita masih sesuci itu..tiada dosa untuk dihitung..haa..masyaAllah..Allah sudah menetapkan bahawa setiap kejadian manusia itu, mesti ada permulaan, pertengahan dan pengakhirannya kan? Jadi, kita hendaklah memanfaatkan masa yang kita ada ni sebaik mungkin supaya kita tidak menyesal di kemudian hari..Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Ianya bertepatan dengan lirik nasyid dari Raihan yang diambil dari Al-Quran iaitu: ‘ demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian..kecuali yang beriman dan beramal soleh..
hm, pernahkah kita menghitung dosa-dosa kita sejak kita mula akil baligh hingga sekarang? Ya Allah, tidak terkira banyaknya..semoga kita sentiasa diberi petunjuk untuk memperbaiki diri dalam mencari keredhaan Allah..jika kita seorang pelajar/pekerja, kita juga seorang anak, seorang kakak/abang/adik dan mungkin ketika ini ada yang sudah bergelar ibu/ayah dan isteri/suami mahupun nenek/datuk..setiap tahap yang dicapai, sudah tentu mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk dilaksanakan..semoga setiap yang kita buat diberkati Al-Khaliq dan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. InsyaAllah..Peringatan ini adalah untuk wanie sendiri (sesungguhnya, diri ini hanya insan yang lemah) dan untuk pembaca Blog @ Bintang Hati ini..

Friday, November 20, 2009

Maha suci Allah..

Suasana kawasan flatlet KIY pada awal pagi..wah, udaranya segar dan nyaman..memang seronok menikmati panorama indah matahari terbit..wanie sempat ambik gambar sang mentari lagi..hee..kalaulah ada kamera yang lebih hebat, mesti lagi jelas dan cantik kan! p/s: gambar diambil pada pukul 7.15 pagi...di kawasan flatlet wanie..suka!

Sunday, November 15, 2009

sudah di rumah..

Salam..hm, sudah dua hari wanie kat rumah, baru hari ni dapat buka blog 'bintang hati' ni..nak cerita sikit tentang perjalanan pulang 2 hari lepas. Alhamdulillah semua ok dan selamat..memandangkan musim tengkujuh di pantai timur sekarang, suasana sewaktu perjalanan kadang2 di selang-seli kan dengan hujan dan gerimis..lebat juga. Kawan sebelah yang tertidur pun blh terjaga..alhamdulillah, pemandu bas memandu dengan begitu berhemat dan berhati2, ye la, jalan licin dan suasana di sekitar lebuh raya..faham2 saja..hee..oh ya, sebelum sampai ke Merapuh,Pahang, kami dikejutkan dengan keadaan sesak dan kenderaan terhenti. Rupa-rupanya, sebatang pokok besar telah tumbang ke jalan raya, terkena tiang elektrik di situ..mujurlah tiada kemalangan yang berlaku.. Pokok tersebut menghalang lalu lintas..mcm mana nak buat? pakcik berbangsa india iaitu pemandu lori balak, yang berusaha menebang dan memotong bahagian yg patut supaya tidak terlalu mengganggu trafik..pak cik bas yang wanie naik pun turut membantu..alhamdulillah, tak sampai 30 minit bas kami berhenti, akhirnya, dapat meneruskan perjalanan kami semula..selepas itu, kami selamat sampai ke destinasi masing2..mama dan abah telah lama menunggu di stesen bas..terima kasih mama, abah..huh, penatnya..bila berada di rumah ni, apa nak buat ek?nak jln2..

Thursday, November 12, 2009

kemas bilik lagi!

Salam silaturrahim..alhamdulillah, segala puji bagi Allah..hari ini tepat jam 11 pagi tadi, tamatlah final exam wanie..Paper 'variasi sel dan tisu'..Terima kasih Puan Linda atas segala tunjuk ajar puan..saya suka metodologi dan cara gaya puan..hee..Oh ya, balik dari exam tadi, wanie menerima kehadiran tetamu yang juga kawan baik wanie, shahirah..he..ni semester terakhir dia, jadi tadi kami makan bersama, berborak-borak di bilik, sambil melihat wanie mengemas bilik..ha2..sebut je kemas bilik, alamak...banyaknya barang..tak larat nak kemas..bukan tidak suka mengemas, cuma terpaksa naik turun tangga untuk menyimpan barang di dalam stor yang berada di bawah..Tapi nak tak nak, kena buat jg..setiap akhir semester pun macam tu..kalau tak, mahunya kena campak barang-barang..hm, tapi selepas itu, Alhamdulillah, siap mengemas dalam jam 10 malam..haih..nampak besar dan luas pula bilik ni..hee..esok dah nak balik kampung..YES, balik kampung! semoga dipermudahkan urusan dan selamat sampai ke rumah..ah, penatnya..


p/s: berat la pula luggage ni..(luggage tuu) :p

Tuesday, November 10, 2009

happy birthday dik faisal..

Hari ni ulangtahun hari kelahiran adik bongsu wanie iaitu..jeng3..Muhammad Faisal Bin Pauzi..sudah 14 tahun adik wanie ni, tahun depan dah nak PMR..tapi manja je..hee..tak la..kakak yang manjakan..maklumlah, tak ada adik yang lagi kecil..dik faisal je..hm serba sedikit tentang faisal: - maksud nama : 'penyelesaian pemutus kata'..
-bersekolah di SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, Kelantan
-ada lesung pipit (certain time nampak la,hee..)
-pantang tengok kamera..(time raya, dia la yg jadi jurugambar)
-suka memasak dan mencuba..
-suka menabung dari kecil
-ada kawan baik bernama Helmi( memang baik sangat dua orang ni)
-pandai dalam matematik
-bersuara sedap didengar..(kalau nyanyi)


dan lain-lain...
Kakak doakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki,dipermudahkan urusan,menjadi anak yang soleh yang dapat membahagiakan kedua ibu bapa dan keluarga dan diri sendiri..sentiasa sihat dan berjaya dunia dan akhirat..amiin..

p/s: kekalkan kecemerlangan tu dik! :)

Monday, November 9, 2009

senyum tak ek?

Salam silaturrrahim..Alhamdulillah..exam utk 'keselamatan kimia' telah pun selesai tepat jam 5.30 ptg tadi di dectar..oh, awal pagi tadi, (bermula semalam) pelajar KIY mengalami krisis air lagi! kena turun pergi foyer untuk berwudhuk..pagi ini nyaman sekali..udaranya sungguh segar..waah..nikmatnya suasana pagi.. hm..untuk exam tadi, Wanie sengaja berjalan kaki menuju ke dectar kerana rasa sudah lama badan ini tidak bersenam..jadi, apa salahnya berjalan seketika menikmati keindahan kawasan UKM seorang diri..hee..ya, seorang diri..kawan2 seangkatan yang ambil subjek ni semua dari kolej lain..Dalam perjalanan tadi, wanie ada terjumpa beberapa orang yang ada antaranya berbeza sekali responnya..respon? hu..ya, respon la..respon untuk membalas senyuman...hee..mungkin ada antara pembaca post ini, berpendirian seperti wanie dan ada juga yang sebaliknya iaitu tidak ambil berat sangat tentang attitude 'senyum' ini..tapi ia sangat berharga bagi wanie..walauapapun,sila teruskan membaca..:)




Alkisahnya, wanie ikut jalan yang melalui Kolej Ungku Omar kerana laluan melalui Pusat Kesihatan agak sunyi bagi wanie..hm, pada mulanya, wanie terjumpa seorang perempuan ni, sebaya kot..ok je penampilan dia..dan wanie pun senyum la kat dia sebab kami terlebih dahulu berpandangan dari jarak 4 meter (lebih kurang)..tapi, bukannya nak membalas senyuman, tapi siap buat 'derk' je..huh..'tak apa lah' wanie berkata dalam hati..meneruskan perjalanan, terserempak la pula dengan seorang amoi ni, well, same attitude..haih..tak apalah, mungkin diorang belum diajar dan mungkin mereka tidak kisah akan hal ni dan mungkin juga hal ini remeh sahaja pada pandangan mereka berkelakuan begitu, 'ala bukan kenal dia pun nak senyum2'..


Di tepi sebuah pokok, ada beberapa orang makcik yang sedang bekerja ( cleaner), mereka sedang menuangkan bahan pencuci dari bekas yang besar ke dalam bekas yang lebih kecil untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan..Mereka dah agak berumur..bila salah seorang daripada mereka tengok je wanie yang berjalan melintasi mereka, makcik tu terus senyum..waah..sukanya, walaupun hanya senyum.. Wanie pun cepat tegur makcik-makcik tu..dalam hati wanie, hm, warga dari seberang (bunyi percakapan mereka dari Indonesia) ke yang perlu tunjukkan kemesraan sebegitu? Kenapa orang kita sendiri langsung tidak peduli? Kata nak membentuk masyarakat harmoni, nak mempunyai soft skill yang baik dan hebat..tapi senyum yang dikira 'sedekah' tu pun tak dapat nak beri..? Senyum yang dimaksudkan adalah bertempat..bukannya macam buat2, senyum kat kaum berlainan jenis untuk menarik perhatian dan yg seumpamanya tu..Simboliknya senyum ni adalah seakan bertanya khabar tanpa bersuara..kalau bila bertemu dengan bukan muhrim dan bimbang berlakunya maksiat, eloklah tundukkan pandangan..tu baru kena pada tempatnya..Yang jadi peliknya, ada segelintir seakan hairan memandang kita..mereka yang seperti ini mungkin mempunyai persepsi tidak mahu bergaul dan bersosial, seperti yang diperkatakan di atas..Cubalah fikir, kalau tengah penat buat kerja contohnya memberi perkhidmatan pada orang ramai ( driver, receptionist, cleaner, peniaga dll..) selepas itu, org yang menerima perkhidmatan tu ucap terima kasih dan senyum..mesti pekerja itu berasa dihargai dan penat akan beransur hilang..kalau dengan orang sendiri pun susah nak mesra, apatah lagi dengan para pelancong atau orang luar..alahai, bukan kena bayar pun, murah rezeki lagi ada,insyaAllah..oh ya, wanie pernah terbaca artikel motivasi yang mengatakan, mulakanlah pagi anda yang ceria dengan senyuman kepada orang sekeliling (bila bertemu) kerana ia boleh meransang sifat positif untuk hari itu..Senyuman merupakan perkara pertama yang dilihat pada seseorang individu. Ia menggambarkan kesihatan dan personaliti empunya. hm, lebih-lebih lagi senyuman adalah sunnah Rasulullah tau..sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat At-Tirmidzi)..


Malahan baginda Rasulullah s.a.w berkata, “Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Direkodkan Imam Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi)..nah, kenapa kita mensia-siakan perkara yang begitu mudah untuk dilakukan??


Senyumlah, kerana ia membuatkan diri kita lebih bahagia, disamping dapat mengembirakan kehidupan orang sekeliling. Tetapi, bertegaslah pada hal-hal yang berkaitan agama, jangan biar ia diperkotak-katikkan..kerana diri kita sungguh berharga!p/s: Senyum seindah suria yang membawa cahaya..anda tentukan!:)

Sunday, November 8, 2009

ku mahu

Aku sudah lama mengenali dirimu..aku suka penampilan dirimu yang berkeyakinan..tapi pada mulanya, aku tidak mengambil kisah tentang kehadiranmu..








Hari berganti hari, tahun berganti tahun, aku dipertemukan kembali dengan dirimu..baru kesedar kepentinganmu untukku..







Aku terfikir kenapalah aku tidak menghargaimu sejak kita mula mengenali..huh, bukan salahku, ramai yang menyukai dirimu, tidak hairanlah aku seperti tidak mengendahkanmu..







Sesekali kau muncul, lepas tu, kau pergi..haa..entah bila agaknya aku selalu boleh bertemu denganmu..tetapi aku sedar, kau bukan selalunya milikku..sesekali aku akur kau perlu berhijrah..







Tetapi, aku masih ingat bila kau membantuku dalam urusan harianku..kadang-kadang aku tersenyum bila mengetahui kau ada dalam hidupku..







Beberapa temanku pernah berkata padaku yang menyusahkan diri sahaja menanti dirimu, tetapi aku tidak peduli sebab aku senang sekali dengan mu..







Ah, biarkan mereka..yang pasti, aku gembira bila kau ada..kali ni, aku puas hati, kerana kau masih ada untukku..








Dan aku akan pastikan kau akan menolongku sekali lagi untuk mencuci pakaian dengan mesin basuh sebelum aku pulang bercuti..







oh, syiling 50 sen!









p/s: haih..duit 50 sen saja dapat untuk guna mesin basuh tu..

Saturday, November 7, 2009

kelate bereh!

Go kelate go!!

waah..hebatnya rasa ketika pasukan negeri sendiri yang bertanding di stadium Bukit Jalil, merebut Piala Malaysia tuu..jap, "go kelate go?" mcm mn korang baca? boleh jadi 'mara kelantan mara' ataupun..'goal kelantan goal'..tapi, sebutan go refer to goal..ha2..oh, my fantastic mother tongue..Hm,Seperti yg diketahui ramai, sebentar tadi berlakulah pertempuran merebut Piala Malaysia antara negeri kijang emas dgn negeri adat perpatih diselangi hujan rahmat yang agak lebat di stadium terbuka Bukit Jalil...hee..wanie tak la minat bola sepak.. cuma, terasa bangga dgn pasukan kelantan dan menyebabkan bersemangat utk memberikan sokongan. Sambil makan, teringat kat abah, mama n adik2..mesti kat depan TV..kami mmg semangat..wanie pun SMS abah ucap slmt menonton..mama call ckp tgh bg sokongan..abah mmg minat bola sepak, beliau pernah menjadi wakil kelantan suatu ketika dahulu..masuk paper tuu..abang cik (faiz) plk mengikut jejak langkah abah pandai main bola..siap masuk kelab bola sepak lg..:) hm..waah..bestnya kat rumah..hm, wanie tgk di kafe bersama mirah untuk separuh masa pertama..tetapi kami tak la tgk sampai hbs..STUDY xleh tinggal..mirah nyaris2 nak p stadium sb sepupunya ajak teman..tapi disebabkan exam, tgk kat kafe je la...bagus..oh ya..balik dari study td, wanie trus pg bilik mirah utk mengetahui keputusan..

wanie: yau...(ketuk pintu)
miyau: wanie....3-0...kelate kaloh..saing aku oyk..
wanie: haa?? 3-0? bakpo 3-0?
miyau: huhu..tu r..mace x semangat jah main takdi..

wanie: waa...kalu 3-1 pun xpo doh, ni 3-0..hu2..hm, biar lah..nak wak gano..
miyau: aku ttp bg sokongan kt kelate pahni..
wanie: aku pun..!


eh, waah patriotik nya kami..
PEMBETULAN: sebenarnya..keputusan 3-1 (kelantan 1...N9 3)
Hmm, adat bertanding..mesti ada yg menang dan ada yg kalah..Walauapapun, kelantan tetap menunjukkan semangat kental dan aksi yang terbaik..kelemahan yg ada boleh diperbaiki dari semasa ke semasa..semoga terus cemerlang..wanie seronok tgk penyokong negeri kelantan yang sememangnya bersemangat, merah membara di stadium tadi, disebabkan rona jersey dan pakaian penyokong negeri cik siti wan kembang...thumbs up!
p/s: Semoga tidak berlaku apa2 yang tidak diingini di stadium tadi..be profesional ! :) sayang kelate.. Wanie nak ambik kesempatan ni utk ucap tahniah buat pemain dan penyokong Negeri Sembilan, hebat..hm, sebut negeri sembilan, teringat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah ku nan indah..

Sekolah yang ku rindu..

Bila melihat gambar2 lama, gambar kawan2 sek rendah melalui friendster / facebook..terimbau kisah2 yang mencuit hati ketika zaman sekolah rendahku.. Berbanding sekolah menengah, wanie lebih aktif di sek rendah..bukan aktif shj malah sgt2 aktif..mana taknya, setiap tahun dari darjah satu sampai darjah 6, tak pernah xde jawatan..darjah satu jadi penolong kelas,darjah dua sampai darjah 6, pengawas sekolah..hm, macam2 kenangan yg sehingga kini masih igt..yang sgt mengembirakan, guru2 yang mengajar dulu kan, masih igt nama wanie kalau terserempak dgn mereka..terharunya..antara peristiwa yang sukar dilupakan bagi wanie:


- Menjadi pengacara majlis perhimpunan tapi masa nak berdoa untuk menutup majlis, boleh plk terlupa doa tu..haih..
-Menyertai nasyid untuk hari PIBG..masa tu, abah wanie duduk kat blkg dan ia menaikkan semangat wanie untuk perform yg terbaik..
- Menyertai pasukan pantun..wah2..dah la tak pernah berpantun masa tu..tapi ok la...
-Dapat naib johan dalam pertandingan bersajak dalam BI..igt lagi baris ayat mula2..'hooray..hooray...' ha2...lucu..
- Wanie aktif jgk dlm sukan..jadi pengerusi rumah kuning..hee..tapi permainan yang kurang digemari ialah bola tampar sebab pernah tersalah teknik,tangan sakit sgt2..bola jaring yg jadi fav..n hoki..
-Wanie ahli Tunas Puteri..tapi ingat dpt further ke Pandu Puteri utk sek men..tapi kat SMKA Naim tak ada Pandu Puteri, so, terkuburlah pangkat 'bunga teratai' ku..hu2..tapi, wanie masuk PBSM dan sampai ke UKM pun terus menjadi ahli BSMM..
-Pernah satu ketika,jln2 menuju ke kelas dgn begitu girang sebab baru beli pemadam yang wangi( mula2 keluar jenis pemadam wangi)tapi pastu....DEBUMM...jatuh..malunya..dah la ramai org..tu la, jln tak hati2..
-Antara wakil membuat perjanjian dgn guru kelas supaya tidak mencampurkan kami dgn kelas sebelah kerana tidak mahu berpisah( masa tu guru kami ramai bercuti)
-Mengadakan persembahan lagu 'kuch2 hota hai' ( sebagai kajol yang sopan),siap ada gitar.. tapi lastly, dibatalkan sb tak cukup masa..
-Ada cikgu menggelarkan wanie dan adik wanie tu sbg 'paula & paulina' ( cerita mexico La usurpadora yg famous tu) sb kami seiras walau beza 2 tahun..
-Masuk pertandingan bercerita..dah la cikgu yg melatih tu kan suruh guna keris pusaka..takut jgk..
-Ada study group yg dinamakan 'independent', pastu tukar nama jadi 'sparkle and brilliant' ha2..alahai..huu..rindunya kat my best friends..ahli2 kumpulan: fadilah, farahana, suhaidah dan wanie..(mcm2 yg berlaku sepanjang study group berlangsung termasuk bacaan ikrar..ha2)
-Buku skrap pasal tumbuh-tumbuhan yang wanie dan suhaidah buat dapat mewakili sekolah ke peringkat daerah..yang menghairankan, kami rasa buku ciptaan kami itu yg plg simple dan handmade (not computer made)..alhamdulillah..oh,siap bermalam di rumah cikgu tuu nak siapkan utk bertanding..
-Dan yang sgt indah, bila dapat 5A dlm UPSR..alhamdulillah..terima kasih mama,abah,guru-guru ku yang tercinta..


Hm..tapi wanie n kawan rapat tak pernah masuk pertandingan nyanyi2..syok sendiri je kami klau masuk..ha2..selalunya, adik beradik Misha Omar ( Misha Omar dh ke sek men masa tu) la selalu memasuki pertandingan sebegitu kat sekolah kami..suara best..boleh la..hee..hm,tu lah antara yg menjadi kenangan..dan kdg2 kenangan2 ini yg membantu menaikkan semangat wanie dlm byk perkara..Sekolah Kebangsaan Demit..tetap dlm ingatanku..


Gambar kenangan sewaktu darjah 6..'6 Pintar'...diambil dari kawan yg upload kan..tq very much...miss you...!
p/s: Selalulah sertakan doa kepada guru-guru kita yang banyak menabur jasa..tanpa mereka, mungkin kita tidak tau baca dan alpa..Ya Allah, ampunilah dosa guru-guruku, permudahkanlah hisab bagi mereka, dan bahagiakanlah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat..amiin..:)

Friday, November 6, 2009

kisah di kafe

Nak cite tentang apa ek? hari ni macam hari2 sebelumnya..cuma semakin struggle la sebab exam untuk 'keselamatan kimia' dah dekat..hee..tapi tadi, terasa nak minum jus n alang2 nak teman mirah, so wani pun beli la 'carrot juice' yang segar..alamak, manis plk..selalu dapat air yang manis..haih..tapi ok la, dapat juga merasa jus..hm, tadi ceria je uncle Ali( cashier) dan beliau memang selalu ceria layan pelanggan..beliau sangat menghormati kami walaupun sangat penat, tapi masih boleh tersenyum pada pelanggan..beliau dari Bangladesh tapi mudah mesra..wanie selalu juga berbual ringkas dengannya..bukan apa, kadang2 terfikir tentang kehidupan mereka yang merantau jauh, mencari rezeki untuk keluarga..salah satu kelebihan Uncle Ali selain cepat mengira (cekap tu), beliau pandai buat air..sedapp..tapi sekarang dah diambil alih,ok jugak pekerja baru tu buat air..
Hm,semakin banyak menaip ni, teringat tentang peristiwa satu petang tu di kafe, ramai sangat orang kat kafe masa tu..penuh..jadi, servis 'makanan panas' agak lambat sebab tak cukup kakitangan..wanie dan kawan tunggu agak lama juga untuk mendapatkan pesanan masing2..tapi kami tau tukang masak sedang bertungkus lumus siapkan makanan, jadi kita kena la sabar..tapi, ada 'someone' ni, mungkin dia dah lama sangat tunggu makanan dan mungkin nak cepat, kesabarannya tak tertahan lagi, dia pun terus meletakkan nombor makanannya di atas meja 'cashier' dan berlalu pergi sambil memberitahu tak perlu makanan tu lagi..Uncle Ali yang tengah sibuk dengan makanan dan bayaran, tercengang seketika, tetapi mungkin beliau faham dan membiarkan begitu saja..hm, pada pendapat wanie, mungkin lebih sopan kalau seseorang tu memberitahu dengan cara yang betul pada Uncle Ali tentang makanan yang hendak dibatal..bukan terus berlalu seperti itu..kan?
p/s: nanti nak minta 'teh ais kurang manis' plk..

Wednesday, November 4, 2009

say 'thank you'

Salam silaturrahim..hi guys, English time..so, have to type in English..hee..hm, today i would like to share with you about the attitude, manner and some say bevavior in our daily life. We can't avoid from society everywhere we go..society is around us..organising some occasions, dealing with lecturers, hang out with friends, n even chatting with our family,all involve human being.. n perhaps, don't forget, we also are connected with the nature directly or indirectly..but then, i more refer to the human being for this time.Hmm, have you ever watched the advertisement on TV about the good attitude and advertisement that promote our cultures? how supportive! huh, i really impress and love that kind of advertisement, for instance, the man (adlin aman ramli) ignored and refused to give the seat to the person in need like the old man and even to the pregnant woman in the LRT .how poor! Somehow, it helps the malaysian to realise their attitude and try to be better next time.GOOD JOB!
For the time being, i wanna share about a familiar word, 'thank you' or in Malay, 'terima kasih'..combination of the two words that are so easy to say and easy to write as well but..not too easy to be applied..how come? hm, actually, yes, its true that it is not compulsory for each of us to say 'thank you' but then from my point of view, we should inculcate ourself to 'must say thank you to everyone that show good deeds towards us..'
Please don't care about those people who pretend to think that we just want to show off, the most important thing is..our intention..showing the gratitude is not same with showing our kindness to be praised..
Try to imagine for a while, a lady/guy is on her way to a destination, by taking the public transport like 'komuter' or bus,for sure must be so terrible especially during the hectic time..then, a good man or somebody in the bus give his seat to the lady, she is so happy, smile and say thank you to the man..i'm sure the man will be happy and fine without feeling tired although he has to stand along the way..but how about if the lady just sit down without saying anything to the kind hearted man..? ( think it yourself..like nabil said :p). Actually, we need to practice it at home with our own family if we never did it before..saying "thank you mum for preparing our dinner"," thank you dad for buying this newspaper", "thankyou sis for sweeping my room" and "thank you bro for turning off my laptop.." and so on will bring the happiness and feeling of need in our family...Allah surely love the person who bring happiness into their own family and into the surrounding..rite?
p/s: just a short sharing time to remind myself and fellow readers..:) we decide!

Tuesday, November 3, 2009

A day with chemistry teachers..

Semalam wanie dan kawan-kawan satu course pergi menjamu selera di..di mana..hee..di PIZZA HUT @ warta...asyik2 pizza hut..ha2..saje je..padahal jarang2 pun mkn pizza..sebab wanie lbh gemarkan KFC..tapi seronok juga makan2 bersama teman2 bakal guru ni..he..
Maka bermulalah perjalanan kami..

Hujan lebat mencurah-curah pada petang semalam membuatkan kami semakin bersemangat untuk mengharunginya..eh, betul la..thriller gitu..mana taknya, dgn guruh n kilat..takut..tapi dalam hati byk berdoa lah semoga perjalanan kami selamat..haih..macam terpaksa n wajib pergi plk rasa..ha2..yang paling sadis ialah cik ifa, basah satu badan dari hujung tudung ke hujung selipar..kuyup plk tu..lawak r pa..pastu jeles kat wanie sb xnampak basah sgt..well pa, wanie ada teknik r..hee..peace..oh ya,nak tau sape 'driver' nya?jeng3.. cik amirah kita lah a.k.a miyau..tahniah kerana anda memandu dgn begitu komited n yakin! tapi kan, klau xde kereta tu,mesti kami xdpt pergi juga..jadi, wanie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan empunya kereta..encik arif..terima kasih! hm, nak tgk kronologi perjalanan kami?

kami berhenti isi minyak kete jap..haih..isi minyak pun ramai2..?


Sementara tunggu korang p beli kat warta, wanie posing dulu ya..

hai yau, pilih menu ke control ayu tuu...hee..

wait..yau, mana diorang ni..pergi beli aiskrim ke buat aiskrim ni...hee

hmm, entahlah belalang..eh, entahlah wanie...diorang ni,,aku dh lapar..oh my lasagna( dalam hati)

ainur: xkira, ambik gmbr aku jgk..nak jgk..

miyau: ok2..aku tumpang sekali..
ifa: aku ambk gmbr korg..huh, gambar aku..?

wanie: ain, jom kita plk bergambar...

ain: ok2..korang baik cpt..nanti aiskrim jd lembut..he2..

ifa: nak posing ke nak makan..nak makan ke nak posing...?

wanie: pa, yg ni kita habiskan ke..?


ifa: hm, hbskan lah..jap g aku nk tapau air ni...he



Gembiranya petang semalam..insyaAllah, ada rezeki kita pergi lagi ya sama2..bunch of flowers to you ainur..:) licin...
p/s: nasib baik xde air meletup..hee..peace..

Monday, November 2, 2009

semenjak dari mula..

Sejak dari mula ku yakin ada cinta..Cintalah yang memungkinkan segalanya..Ku yakin akan ada cinta untukku. Cinta yang ku ingin, yang ku impi,ku damba..Sebelum aku dijadikan, aku telah diberikan cinta. Cinta al-khaliq, cinta sepanjang zaman. Sampai bila2. Aku bersyukur dianugerahkan nikmat islam ini yang membolehkan aku bersujud mendambakan kasih sayangMu yang sentiasa Kau berikan padaku Ya Allah. Setelah aku dibenarkan singgah di rahim bonda, aku telah dianugerahkan cinta ibubapa ku kepada ku..Selepas aku dilahirkan, aku dicintai mama dan abahku..betapa bahagianya si anak bila mendapatkan kasih sayang sebegini..Alhamdulillah Ya Allah Kau anugerahkan aku keluarga indah ini..Aku diberi ilmu pengetahuan untuk lebih mengenali diriMu dan kekasihmu,Rasulullah..Aku bertambah mencintaiMu..Aku terus membesar, aku mendapat kasih sayang guru-guru ku yang setia dalam menyebarkan ilmu kepada ku..ilmu tentang kebesaranMu..segalanya berkenaan diriMu Ya Allah..Aku bercita-cita menjadi seorang pendidik juga untuk meyampai dan berkongsi ilmu tentang kekuasaanMu Ya Allah..sesungguhnya semua ilmu di dunia ini adalah milik Mu..betapa kerdilnya kami..Sekarang aku telah menjadi remaja dan mengalami transisi kepada alam dewasa..alam yang mengambil kira segala sesuatu dosa pahala..aku juga turut mencari cinta pada ketika ini. Cinta seseorang yang ditakdirkan untukku. Mungkin benar yang diperkatakan Sains pada waktu begini hormon mengalami perubahan dan kita lebih terarah dalam lebih mengenali diri sendiri, perasaan untuk dicintai akan lahir.Ya Allah aku memohon keampunan dariMu..aku tahu perasaan sebegini juga adalah anugerah dariMu..tapi, aku mohon kau berikan panduan dalam aku mencari keredhaanMu. Terlalu banyak dosaku termasuklah dalam pergaulan seharianku..mungkin aku lupa seketika, namun Ya Allah Kau tunjukkanlah jalan yang benar dan Kau berilah aku keredhaaan Mu..aku insan yang lemah, yang lupa..hati mengatakan aku perlu dia, tapi akal mengatakan aku tidak akan bersama dia..Ya Allah,kuatkan aku..aku inginkan dia yang mencintai aku..kerana aku banyak cita-cita bersamanya dalam kehidupan yang berpaksikan ketakwaan padaMu.Aku banyak impian untuk digapai bersamanya..aku bersyukur kau datangkan banyak pilihan kepadaku. Ya Allah, aku mohon petunjuk sebab aku keliru..aku hanya ingin menyintai dia yang menyintaiku..jika tidak, aku rela lepaskannya sebab aku hanya punya impian bersama dengan dia yang menyintaiku iaitu yang dianugerahkan padaku..Sebab itu,aku percaya ada cinta, cintalah yang memungkinkan segalanya…cinta suci dan abadi…amin..ya Rabbalalamin..waallahua’lam..p/s: bersihkan hati dengan berdoa kepada Allah..:) buat masa sekarang, aku mahu kejar cita-cita ku, membahagiakan mama,abah,famili..sebelum aku memikirkan cinta dia. insyaAllah..

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget