sayyidul istighfar



Sunday, November 15, 2009

sudah di rumah..

Salam..hm, sudah dua hari wanie kat rumah, baru hari ni dapat buka blog 'bintang hati' ni..nak cerita sikit tentang perjalanan pulang 2 hari lepas. Alhamdulillah semua ok dan selamat..memandangkan musim tengkujuh di pantai timur sekarang, suasana sewaktu perjalanan kadang2 di selang-seli kan dengan hujan dan gerimis..lebat juga. Kawan sebelah yang tertidur pun blh terjaga..alhamdulillah, pemandu bas memandu dengan begitu berhemat dan berhati2, ye la, jalan licin dan suasana di sekitar lebuh raya..faham2 saja..hee..oh ya, sebelum sampai ke Merapuh,Pahang, kami dikejutkan dengan keadaan sesak dan kenderaan terhenti. Rupa-rupanya, sebatang pokok besar telah tumbang ke jalan raya, terkena tiang elektrik di situ..mujurlah tiada kemalangan yang berlaku.. Pokok tersebut menghalang lalu lintas..mcm mana nak buat? pakcik berbangsa india iaitu pemandu lori balak, yang berusaha menebang dan memotong bahagian yg patut supaya tidak terlalu mengganggu trafik..pak cik bas yang wanie naik pun turut membantu..alhamdulillah, tak sampai 30 minit bas kami berhenti, akhirnya, dapat meneruskan perjalanan kami semula..selepas itu, kami selamat sampai ke destinasi masing2..mama dan abah telah lama menunggu di stesen bas..terima kasih mama, abah..huh, penatnya..bila berada di rumah ni, apa nak buat ek?nak jln2..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers