Petang semalam jiran wanie (ada pertalian keluarga) membawa cucunya ke rumah nenek wanie yang bersebelahan dengan rumah wanie..subhanallah..bayi itu sungguh comel, pipinya gebu,’chubby’, berkulit putih dan memiliki sepasang mata bulat berwarna hitam..segala puji bagi Allah dalam penciptaan makhluknya..hm, sememangnya jika mana2 kanak-kanak atau bayi yang datang bertandang ke rumah akan menjadi tumpuan kerana kami adik beradik tiada adik kecil, sekecil bayi2 tersebut..apabila melihat mama memangku bayi yang diberi nama Anas itu, wanie terfikir yang setiap dari kita pun pernah melalui zaman kanak-kanak, zaman yang suci dari dosa itu..alangkah indahnya jika pada saat ini pun kita masih sesuci itu..tiada dosa untuk dihitung..haa..masyaAllah..Allah sudah menetapkan bahawa setiap kejadian manusia itu, mesti ada permulaan, pertengahan dan pengakhirannya kan? Jadi, kita hendaklah memanfaatkan masa yang kita ada ni sebaik mungkin supaya kita tidak menyesal di kemudian hari..Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Ianya bertepatan dengan lirik nasyid dari Raihan yang diambil dari Al-Quran iaitu: ‘ demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian..kecuali yang beriman dan beramal soleh..’
hm, pernahkah kita menghitung dosa-dosa kita sejak kita mula akil baligh hingga sekarang? Ya Allah, tidak terkira banyaknya..semoga kita sentiasa diberi petunjuk untuk memperbaiki diri dalam mencari keredhaan Allah..jika kita seorang pelajar/pekerja, kita juga seorang anak, seorang kakak/abang/adik dan mungkin ketika ini ada yang sudah bergelar ibu/ayah dan isteri/suami mahupun nenek/datuk..setiap tahap yang dicapai, sudah tentu mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk dilaksanakan..semoga setiap yang kita buat diberkati Al-Khaliq dan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. InsyaAllah..Peringatan ini adalah untuk wanie sendiri (sesungguhnya, diri ini hanya insan yang lemah) dan untuk pembaca Blog @ Bintang Hati ini..
0 comments:
Post a Comment