sayyidul istighfar



Friday, November 6, 2009

kisah di kafe

Nak cite tentang apa ek? hari ni macam hari2 sebelumnya..cuma semakin struggle la sebab exam untuk 'keselamatan kimia' dah dekat..hee..tapi tadi, terasa nak minum jus n alang2 nak teman mirah, so wani pun beli la 'carrot juice' yang segar..alamak, manis plk..selalu dapat air yang manis..haih..tapi ok la, dapat juga merasa jus..hm, tadi ceria je uncle Ali( cashier) dan beliau memang selalu ceria layan pelanggan..beliau sangat menghormati kami walaupun sangat penat, tapi masih boleh tersenyum pada pelanggan..beliau dari Bangladesh tapi mudah mesra..wanie selalu juga berbual ringkas dengannya..bukan apa, kadang2 terfikir tentang kehidupan mereka yang merantau jauh, mencari rezeki untuk keluarga..salah satu kelebihan Uncle Ali selain cepat mengira (cekap tu), beliau pandai buat air..sedapp..tapi sekarang dah diambil alih,ok jugak pekerja baru tu buat air..
Hm,semakin banyak menaip ni, teringat tentang peristiwa satu petang tu di kafe, ramai sangat orang kat kafe masa tu..penuh..jadi, servis 'makanan panas' agak lambat sebab tak cukup kakitangan..wanie dan kawan tunggu agak lama juga untuk mendapatkan pesanan masing2..tapi kami tau tukang masak sedang bertungkus lumus siapkan makanan, jadi kita kena la sabar..tapi, ada 'someone' ni, mungkin dia dah lama sangat tunggu makanan dan mungkin nak cepat, kesabarannya tak tertahan lagi, dia pun terus meletakkan nombor makanannya di atas meja 'cashier' dan berlalu pergi sambil memberitahu tak perlu makanan tu lagi..Uncle Ali yang tengah sibuk dengan makanan dan bayaran, tercengang seketika, tetapi mungkin beliau faham dan membiarkan begitu saja..hm, pada pendapat wanie, mungkin lebih sopan kalau seseorang tu memberitahu dengan cara yang betul pada Uncle Ali tentang makanan yang hendak dibatal..bukan terus berlalu seperti itu..kan?
p/s: nanti nak minta 'teh ais kurang manis' plk..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget