sayyidul istighfar



Wednesday, September 30, 2009

happy birthday abang cik..

Mula2 kakak nak nyanyi dulu.."Allah selamatkan kamu..3X..Allah selamatkan Muhammad Faiz..Allah selamatkan kamu.."
Selamat hari lahir abg cik..dah 16 tahun adik kakak ni..semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki oleh Allah..jadilah anak yang soleh yang dapat mengembirakan hati mama dan abah serta famili sokmo2 ya..hee..jadi pemain bola sepak sekolah yang macho tau! lagi satu..ingat pesan abah dan mama selalu..kakak doakan cik sihat dan gembira..amiin..

p/s: sayang cik..

Sunday, September 27, 2009

aku pulang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..hai, sudah hampir dua minggu wanie tidak 'post' kan yang baru ke dalam blog ini.Maklumlah masih dalam mood raya.Bukan tidak boleh mengakseskan internet, cuma sangat sibuk melayan tetamu dan berkunjung ke rumah terbuka, dan juga kenduri jiran tetangga dan saudara.hmm..banyak cerita yang boleh dikongsi di sini..ada yang lucu, yang biasa,( yang biasa?) dan ada juga yang tidak disangka-sangka( jeng3)..ha2..tahun ni, wanie tak sempat pun tolong mama buat kuih raya..mama buat sendiri semuanya..hu..tapi apapun, hari raya kami ceria seperti biasa..
wanie ditemani oleh 2 orang junior yang sama2 nak pergi ke hentian kajang..suasana kat hentian kajang tu meriah sekali..ada yang ingin pulang, ada yang menghantar dan ada yang sekadar melepak-lepak di situ sementara menunggu bas mereka sampai..
"perjalanan jauh tak kurasa..kerna hatiku melonjak sama..ingin
berjumpa sanak saudara..yang selalu bermain di mata.."
(menyanyi2 la plk ..balik kampung..ho ho ho..balik kampung..)

Bersama tie dan maliki..balik kampung..
Pada 18 september,wanie sampai ke kampung agak lewat juga sampai sebab jalan sesak,maklumlah semua nak balik kampung.masa tiba di kota bharu sepatutnya pukul 5-6 pagi, tapi bas wanie tiba pukul 9 pagi..hu2...petang jumaat tu, mama dan abah wanie ada mengadakan majlis berbuka puasa bersama nenek,keluarga pak su dan keluarga kak long( sepupu mama) sempena menyambut kepulangan wanie dan kak ngah..:)
Hmm, hari raya pertama memang meriah, pagi raya kami menjamu selera dengan juadah istimewa dari mama ( ketua chef..hee)pada pukul 8 pagi, kami ke Masjid Al-Husna untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri..alunan takbir hari raya imam masjid memuji kebesaran Allah begitu syahdu..ditambah pula dengan alunan jemaah yang memenuhi dewan solat, terasa betapa nikmatnya hari raya kurniaan Allah setelah sebulan berpuasa..hmm,balik dari solat hari raya, kami sekeluarga bersama nenek pergi menziarahi pusara arwah keluarga yang telah meninggal dunia..al-fatihah..
Sampai di rumah, wanie 'mengetuai' adik-adik untuk bersalaman dan memohon maaf dari mama dan abah, nenek..selepas itu kak ngah, abg cik dan adik sha pula bersalaman dengan wanie( mestilah,kakak sulung ni..he2..). Alhamdulillah, dapat duit raya dari abah..
Bergambar bersama nenek kami

Selepas itu, rumah kami tidak putus-putus dikunjung..ada yang sudah lama tidak bertemu, turut saling menziarahi antara satu sama lain.. suasana digamatkan dengan suara si comel yang datang ke rumah..mana taknya, dapat duit raya..samalah macam wanie kecik2 dulu( sekarang pun..:p)..kerja wanie selepas melayan tetamu adalah di dapur,mencuci gelas dan pinggan para tetamu..walaupun hari raya, kita kena selalu menjaga kebersihan terutama di bahagian rumah yang selalu dijenguk oleh tetamu..sekali sekala datang rumah,biasalah..ha2..

Pada hari raya kedua pula,kami sekeluarga pulang ke kampung abah,menziarahi pusara nenek sebelah abah dan berkunjung ke rumah ayah ngah dan saudara di kampung abah.
Bersama mama, addik tarmizi dan Ma(kakak sulung abah)
banyaknya makanan..
Bersama sepupu, kak cik dan ina..kak ngah pun ada..

Petang itu juga kami pulang ke kota bharu sebab ada jemputan rumah terbuka dari jiran..tetapi jalan sangat sesak..sampai kat rumah waktu nak maghrib..penat...

Hari raya ketiga,seronok juga sebab kawan-kawan sekolah naim dulu datang ke rumah wanie..diorang buat konvoi raya ke rumah rakan..wanie tak dapat join sama sebab petang tu kami sekeluarga ke rumah pakcik, ada majlis aqiqah..
Dari kiri, ain,wanie,fatin,mirah dan aishah..tqvm datang ke rumah wanie..tapi ain yang buat kejutan!..ingatkan dia sorang je dtg..ha2..hmm..malam tu plk, kami sekeluarga buat BBQ..best sangat..idea abah la tu...ha2

Raya keempat dan seterusnya pun dipenuhi dengan rumah terbuka..alamak! lupa nak pergi rumah Cikgu Hassan..maaf cikgu..hu..

p/s:Balik ke ukm ni, keje sedang menunggu..mid sem( 1 paper) ,tesis..presentation..groupwork..fuuh..

Thursday, September 17, 2009

satu pagi dan kicap..

Pagi tadi adalah pagi yang cukup tenang..damai dan sunyi seperti biasa..wanie bangun dengan begitu bersemangat..selepas bersihkan diri,wanie bersiap sedia untuk bersahur..almaklumlah,dh biasa makan nasi kalau sahur kat rumah,jadi memang dah beli siap2 untuk sahur pukul 11 mlm tadi..Nasi dan ayam goreng kunyit ( berbunyi la pulak perut ni..).. Walaupun nasi sudah menjadi bubur..eh silap,nasi dah sejuk..tetapi masih sedap bila difikirkan tentang keberkatan dalam sahur tu..Nak dijadikan cerita, wanie nak makan dengan 'kicap kipas udang' yang baru dibeli di kedai makcik KIY, huh, macam mana nak buka penutup botol ni??Guna gigi boleh patah ni..wanie cuba gunakan macam2 alat yang ada..haa teringat 'multiuse handknife' yang abah bagi hari tu..tapi oleh sebab ia tersimpan di tempat yang sangat selamat, jadi wanie tak dapat nak cari dengan mudah..hu2..tapi wanie terus berusaha dengan cuba menggunakan 'stapler'..lucu..tapi alhamdulillah,penutup botol tu dapat dibuka! TAPI............disebabkan wanie menggunakan tenaga yang kuat disertai dengan tindakan inersia yang ada,uwaaa....kicap terpercik keluar..terkena seluar slack pink yang wanie pakai..tidak cukup dengan itu, satu palitan ditinggal pada cadar dan paling banyak dekat sarung bantal....tragisnya..dengan cepatnya,wanie terus merendamkan kain2 tu semua( nanti kesan kicap akan kekal) Gunalah vanish..(tetiba ada iklan)..selepas siap menikmati kicap tadi, waktu subuh pun tiba...masa tengah bersedia nak ambik wudhuk, tiba2 baru perasan yang lengan baju wanie pun turut terkena kicap tu..!haiz....
p/s: alhamdulillah,dapat bersahur seperti biasa lepas tu..hee..

Wednesday, September 16, 2009

syoknya raya!

satu hari di hari raya..
ku terdengar irama yang sungguh indah..
ku cuba mendekati padanya..
kira irama itu adalah..
suara pujian pada Yang Esa..

Sekarang memang mood raya..lagu raya dapat didengar di mana jua..di pasar raya, di mall, di kedai- kedai, tak ketinggalan juga di dalam bilik wanie..hee..hm,sebut pasal raya ni kan, banyak peristiwa dan kisah yang boleh dikenangkan setiap kali raya tiba..boleh jg wanie kongsi kat sini tentang cerita wanie..
Hmm,masa kecik-kecik dulu, kalau dapat duit raya terus simpan dan bila tetamu pulang, wanie dan adik wanie akan kira siapa yang lebih banyak dapat..kadang-kadang kira yang sama..ha2
Masa wanie kecik2 jgk(5 tahun), wanie dpt banyak duit raya.then, ada seseorang tukar duit syiling yang wanie dapat dengan duit kertas yang sama jumlahnya..pemikiran masa tu ingat duit dah jadi sikit, so wanie menangis duit dah jadi sikit..

Pastu abah wanie keluarkan duit syiling dan gantikan yang baru..so senyap la wanie..( haiz...malunya)..terima kasih abah..

Masa Wan( arwah datuk) masih ada, kami sepupu2 main bunga api setiap malam..bunga api yang paling wanie suka ialah yang dapat keluarkan banyak warna tu, bunga api yang ada gambar kucing kat pembalut tu dan yang warna merah belang2 tu..(begitu detail 'describe'). Pada satu malam kan, wanie main dengan riang seperti biasa tapi, malang tidak berbau..wanie terpijak percikan api yang masih berbara sikit2..melecur sikit kaki wanie dan kesannya pada tapak kaki agak lama sampai sekolah menengah pun masih ada kesan tu..( dasyat tak dasyat)..

Haa..yang ni nak cerita pengalaman masa kat matrik plk, wani dan 9 orang rakan dari sekolah dan negeri yang sama,balik lambat ke rumah sebab kami nak balik dgn keretapi..so,malam tu kami 'plan' nak main mercun yang dibeli di Bazar Ramadhan Kuala Pilah..apabila siap strategi yang terakhir untuk menyalakan mercun itu,tiba2 'dhoomm!!...(tak la kuat sgt bunyi)..tapi bunyi itu diiringi oleh bunyi motorsikal seseorang...teka siapa? Pak Guard Kolej!! kami lari sembunyikan diri..Wani yang hanya tumpang memerhatikan kawan main (serius, memang tak main pun..) turut melarikan diri..masa tu punyalah takut sebab memang mercun 'is prohibited'! Kawan yang menjadi 'dalang'( maaf jika perkataan tidak sesuai,hee..) meminta maaf kalau2 malam tu kami didenda..kami bersembunyi di dalam bilik dan memerhatikan gerak geri Pak Guard tu mengutip mercun dan bunga api yang tidak sempat kami selamatkan..huu..dan lebih dasyat lagi, jeng3..pak cik tu menuju ke rumah Felo asrama..

Malam tu semua tak lena tidur..bimbang kalau2 dipanggil Felo..tragis sungguh! tapi, syukur..malam itu berlalu seperti biasa..(dalam bilik macam 'refugee' pulak rasa)..keesokannya, kami pulang ke rumah beraya dengan gembira dan bersyukur.. memang kami akan tergelak bila bercerita tentang pengalaman budak Naim kat KMNS..

Ada banyak lagi peristiwa raya, tapi cukuplah yang ini wanie taip..hee..yang pastinya, para sahabat sekalian tentu mempunyai pelbagai pengalaman raya yang korang ingat dari kecik sampailah dewasa ni..Oh ya, duit raya yang Wanie dan adik-adik dapat dan kumpulkan tu,kami simpan dan ada juga yang kami guna..guna untuk beli barangan sekolah macam barang yang kami nak,tapi tak nak minta abah atau mama belikan, kami guna duit tu la..
p/s: Dikesempatan ini,wanie ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri wanie. Andai terlanjur kata terlebih bicara,harap dimaafkan dan semoga lebaran kali ini dapat menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhingga. Harapan juga semoga diri kita dan keluarga serta sahabat handai berada dalam keadaan yang bahagia dan dilimpahi 'rahman dan rahmat' Allah SWT.. hmm..semoga bergembira di hari raya, selamat tinggal Ramadhan bulan barakah..Ku berharap akan bertemu lagi di Ramadhan yang seterusnya..amiin..last but not least..

Tuesday, September 15, 2009

cerita tentang bas mini..

Alkisahnya..hari ni, wanie dan coursemate,Maszeni pergi 'window shopping' kat Kajang..huh,kajang? Sebenarnya, 'plan' nak pergi SOGO @ masjid India..tetapi setelah berfikir banyak kali ditambah pula dengan bas 'rapid' ( sekali lagi) yang tidak muncul-muncul, menjadikan kami terasa hilang sabar..( sabar wanie, ni kan bulan puasa..hu,mana tak nya, dari pukul 11 tunggu sampai kul 12 lebih pun bas masih tak ada )..jadi, kami pun 'decided' untuk naik bas "letak dan naik" @ park and ride( macam sistem bas dalam Putrajaya gitu)..dan naik bas mini pula..cerita pasal bas mini, membuat wanie tergelak..'first time' naik masa tahun satu..dan ini kali kedua naik bas mini Kajang..bukan nak tergelak sebab namanya,tapi bila berada dalam bas tu, rasa macam bumi mengalami gegaran sementara waktu..laju bukan main pemandu bas mini pandu bas tu..wanie cuba duduk diam2 dan sopan tapi memang tak boleh kawal..kena jaga tudung supaya tidak terbang..ha2..bila nak melencong, bas tu seakan-akan nak terbalik jika dilihat dari pandangan luar( padahal bas mini kecik je..)..kiranya, wanie selalu tergelak bila tengok macam2 aksi penumpang..ada satu tempat tu, masa bas tu pecut,'then' tiba2 brek dengan agak kuat membuatkan makcik tu nak terjatuh dari tempat duduk dia..lucu tapi agak bahaya juga..mungkin ni 'trade mark' bas mini..ha2..walau apapun, kami bersyukur sebab dapat sampai ke destinasi yang hendak dituju..
Hmm, sudah lama tak berkunjung ke Metro Kajang ni.Ada perubahan nampaknya..hm, sebenarnya wanie nak cari jubah yang cantik kat sini( tambah koleksi baju raya ;P)..tapi, pusing2 tak ada yang berkenan..hmm, mungkin tak menepati dengan citarasa datin..hee..mas pun sama..dia pun nak beli jubah jgk..tapi mungkin citarasa kami sama, so sukar nak mencari yang terbaik..tapi, walaupun tak jumpa benda yang nak dicari, tapi kami 'tak lupa' untuk membeli barang sampingan yang lain..hm,keadaan dalam Metro dan luar Metro tak sesibuk yang disangka.mungkin ramai yang sudah pulang ke kampung menyambut hari raya..hm,insyaAllah wanie balik kg hari Khamis nanti..tak sabar rasanya, nak kemas rumah, tolong mama buat kuih raya sambil dengar lagu raya..hee..
Oh ya, sambungan cerita tadi..kami pulang pukul 2 lbh..kami naik rapid..ooh,rupa-rupanya bas rapid yg ditunggu-tunggu tadi tidak muncul2 kerana ia rosak..patutlah..dalam perjalanan pulang bas rapid tu tiba2 ditahan oleh ramai budak UKM..dalam hati kami kenapa budak UKM kat tepi jalan macam ni..macam ditinggalkan..

Wanie membuat anggapan sendiri yang "mungkin bas rapid rosak kat situ dan mereka ditinggalkan kat situ sementara menunggu bas rapid yang lain untuk menyelamatkan mereka..he.." Huh..jalan2 ngan mas seronok sgt..kami bercadang untuk berbuka puasa sama2 ptg nanti kat Restoran Al-Ikhwan, Bangi..kat situ macam2 jenis nasi ayam ada..sedap sangat..sambil menunggu waktu berbuka, kami sempat ambil gambar sendiri..klik!

Selepas berbuka, kami 'merempit' ( kami bukan minah rempit) pulang ke UKM dengan perasaan yang gembira kerana dapat menghabiskan hari ini bersama-sama dan berbuka dengan Nasi Ayam Hainan Black Paper yang sungguh sedap! betul tak Mas?:)

p/s: memang setiap kali ternampak bas mini mesti tersenyum sendiri..lucu!

Saturday, September 12, 2009

kagum

Sudah tiga hari wanie tak letak post yang terbaru untuk dikongsi dgn sahabat sekalian..hmm..minggu lepas, semasa menghadiri kuliah kewarganegaraan untuk subjek fakulti pendidikan, pensyarah wanie ada menunjukkan video klip yang sgt menyentuh perasaan wanie (dan juga kawan yang lain) tentang kebesaran Allah swt. video yang memberi tahu tentang laungan azan yang tiada hentinya diseluruh pelusuk dunia..subhanallah..Begitu agungnya petunjuk yang diberikan Allah supaya umat manusia sedar akan cara hidup yang sebenar..iaitu islam. Bayangkan pada saat ini, azan dilaungkan oleh muazzin berkumandang memuji Allah dan mengajak manusia untuk menuju kejayaan ( keimanan dan ketakwaan kepada Allah)..hmm, sehingga pada suatu ketika, laungan azan berhenti, tidak lagi berkumandang secara berterusan saban hari dan masa, maka akan berlaku lah hari yang amat digeruni makhluk ciptaanNya..hari kiamat..hari itu, tiada guna lagi bertaubat memohon keampunan..maka,wanie menasihati diri wanie sendiri dan sahabat dan sesiapa jua yang membaca catatan ini supaya bersegeralah menunaikan solat apabila masuk waktunya..kadang-kadang kita leka dengan kerja yang tidak pernah selesai dan selalu membuatkan kita alpa..hmm,jom tengok video kat bawah ni!

video

p/s: semoga kita,keluarga kita dan hamba-hambaNya yang lain sentiasa diberi petunjuk..amiin..:)

Wednesday, September 9, 2009

cheer up..

Today is 9 september 2009..090909..the date is juz perfect,rite..? I got no class for today..my sis,farah was so jealous because her class mostly ended late in the evening..you are still young sis, sooner or later time will change..ha2..but then, arrgh...she will arrive home for Hari Raya earlier than me..how come? huh, never mind,i give u extra days to 'buko poso' with our family..then, wait for me ya..ha2..hmm,Its 7.15 am ed..after this, have some works to do..i hope my eyes can afford that..

Just for joking, i wanna share with you some comic's strips that for me, so funny and have sences of humour.,of course..ha2..juz scroll down..

Both pictures above tell about the situations that happen in the classroom..maybe..he2
This photo is not like the others( comic type)... when this pic came across me, i burst into laughter and wondering how these two babies look so closed in their bonding..maybe the way they were being positioned..hmm,so sweet..
What do you think about the mother's feeling? maybe we can make joke with this coz it quite funny as well..but,hmm..don't ever hurt your parents even with a single word okay..

Picture speaks thousand words..the last picture/strip so impressed me..juz look at the sincerity of the friend in red..ha2..innocently, he left his friend like that..

p/s: make yourself happy everyday because automatically, you will make the people around you smile as well..you decide! :)

Tuesday, September 8, 2009

insaflah wahai manusia..

Ada baca Kosmo? Berita Harian?Baru baru ini, kita dikejutkan dengan kematian kanak-kanak berumur 3 tahun kerana ditikam bapa saudaranya sendiri..Ya Allah, mengapa manusia begitu kejam?sanggup memperhambakan jiwa rakus itu terhadap seorang kanak-kanak yang tidak bersalah.
Kanak-kanak comel tersebut,Mohd Adam Azrai Rosman ditikam oleh bapa saudaranya sendiri, seorang penagih tegar..apa nak jadi dunia sekarang? sudah tidak kenal keluarga dan darah daging sendiri..kejadiaan menyayat hati itu berlaku di Gua Musang Kelantan. sebuah negeri yang gah dengan budaya ketimuran dan mengamalkan ikatan kekeluargaan yang harmoni beserta lunas-lunas islam..tetapi bukan salah negeri yang didiami,salah diri sendiri yang sudah rosak dek kerana nafsu yang merajai hati.
Sedih rasa hati bila terdengar kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan orang yang tidak bersalah. semuanya ada hikmah..bulan ramadhan adalah untuk menyucikan diri, tetapi masih ada lagi yang tiada rasa keinsafan dalam diri untuk berubah. bila masalah datang menjengah, mereka dengan mudah mencari mangsa di depan mata. seperti yang berlaku pada arwah Mohd Adam..
huh,pengaruh dadah..ganja, candu,pil khayal, dan macam-macam lagi nama terkini. benda2 tu semua semacam memang tidak akan reda dari menular ke dalam jiwa remaja dan belia terutama pada mereka yang cetek pengamalan ilmu agamanya..dari zaman penjajah lagi, negara kita sudah dibiasakan dengan bekalan candu yang pada mulanya hanya digunakan untuk keadaan tertentu.

Bercerita tentang kesan pengaruh dadah ni mengingatkan wanie tentang satu kes yang berlaku di kg wanie sendiri beberapa tahun lepas. Kehidupan sebuah keluarga ni dahulunya agak kurang aman dengan adanya salah seorang anak yang menjadi penagih (pengaruh rakan)..bapa mereka sudah lama meninggal dunia.Ibu kepada 4 orang anak itu sudah lali dengan sikap anak sulungnya yang selalu buat masalah. Ibu mereka sangat sabar dan selalu redha dengan apa yang berlaku dan bertungkus lumus menyara anak- anaknya. Kadang-kadang anaknya itu akan bertindak seperti orang kurang siuman( insane), pernah bercakap seorang diri..walaupun tidak di bawah pengaruh benda haram itu, tetapi kesan yang sebelum ini cukup memberi gambaran tentang bahana dadah..dalam tahun 2000 mcm tu, suatu petang yang tenang dikejutkan dengan kematian anak sulung keluarga itu..bukan kerana kemalangan jalan raya atau penyakit tetapi arwah telah menggantungkan dirinya di dalam bilik!
hmm..tetapi ada hikmah nya disebalik itu, keluarga tersebut kini semakin bahagia dan menjalani kehidupan gembira..

p/s: insaf lah selagi masa masih ada..anak yang baik selalu membuatkan hati orang tua tenang walau hanya dengan senyuman..anda tentukan!

kenapa ni?

Sukar tidur a.k.a insomnia? ada pengalaman sukar tidur ? sesungguhnya memang terasa kekurangan jika tidak dapat lelapkan mata. walhal kita tidak memikirkan sesuatu yang serius pada ketika itu. kalau ada yang pernah melewati blog wanie dari awal, ada 'post' tentang tidur yang wanie kongsi. Rupa-rupanya, alangkah bertuahnya seseorang itu jika mempunyai tidur lena yang memberikan kesegaran pada keesokkan harinya. Jika anda tidak berhajat untuk bangun pada waktu malam, tidur yang mendamaikan memang patut dirasai. tetapi kadang-kadang seseorang masih tidak dapat melelapkan matanya setelah sekian kali dicuba..kalau setiap malam pun seperti itu, eloklah segera berjumpa doktor sebab mungkin anda dilanda 'sindrom sukar tidur'..tetapi apa itu insomnia?

Insomnia merujuk kepada masalah untuk tidur yang menyebabkan pengidap Insomnia tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti.
Jenis-jenis Insomnia:
Terdapat beberapa tahap Insomnia yang secara lazimnya dibahagikan kepada 3
1.Insomnia yang berlarutan dari satu malam sehingga beberapa minggu ditakrifkan sebagai peralihan.
2.Insomnia yang berulang secara berkala dari masa kesemasa, ia ditakrifkan sebagai terputus-putus "intermittent".
3.Insomnia yang berlarutan kebanyakan malam atau sehingga melebihi sebulan dianggap Insomnia yang teruk dan perlu dirawat
.

Punca Insomnia
Terdapat pelbagai punca Insomnia. Mereka yang mengidap Insomnia peralihan atau Insomnia terputus-putus kebiasaannya antaranya disebabkan oleh :-
-Krisis hidup atau tekanan "stress".
-Masalah bunyi sekeliling
-Suhu melampau
-Perubahan sekeliling
-Perubahan waktu tidur disebabkan mengembara "jet lag"
-Kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan .
Hmm, tetapi jangan sedih ya, sebab wanie ada doa yang boleh diamalkan oleh mereka yang tidak dapat tidur( seperti yang dialami oleh wanie sendiri 3 hari lepas). InsyaAllah kalau diamalkan, masalah sukar tidur tiada lagi.
Bila anda sukar tidur, mungkin kerana fikiran anda sedang tergangu, bacalah doa ini:
Dari Zaid bin Thabit, sabda Nabi saw:
Ertinya:
"Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".
(Riwayat Ibnu Sunni dan Tabarani)


wanie ada baca dalam buku yang menjelaskan tentang doa di atas. menurut hadis riwayat Ibn Sunni, Zaid bin Thabit r.a yg mengalami masalah sukar tidur akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa ini yang diajar oleh Nabi s.a.w.

p/s: setiap penyakit ada ubatnya..amalkan gaya hidup sihat ok..ibubapa dan keluarga kita tentu risau tentang kesihatan kita jika kita tidak mengambil berat tentangnya. Anda tentukan!

Sunday, September 6, 2009

Al-quran dan malam nan indah..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..dengan rahmatnya,kita sudah sampai ke pertengahan bulan ramadhan yang penuh maghfirah..hmm, 17 Ramadhan, kita menyambut 'Nuzul Quran'..apakah nuzul quran? sebenarnya, nuzul tu bermaksud 'turun' jadi,pada hari ke-17 ramadhan ni berlakunya penurunan Al-quran,mukjizat keagungan Islam..
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.( ada dua pendapat mengenai penurunan Al-quran)
Sudah tentu ia membawa khabar gembira kepada umat islam seluruh dunia kerana bila tibanya pertengahan bulan Ramadhan dan hari yang seterusnya, masing2 menantikan malam yang penuh keberkatan.satu malam yang diampunkan segala dosa, diterima taubat dan doa,malam yang penuh kerahmatan dan kedamaian..itulah malam LailatulQadar..
Tentu ada yang tertanya-tanya, apa kaitan malam lailatul Qadar dan nuzul quran?

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT :
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
p/s: jom kita sama2 cari malam yang berkat tu..semoga kita,keluarga kita dan seluruh umat manusia di dunia sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah dan dilimpahi dengan kasih sayangNya..amiin..:)

segmen hiburan..

Huh, kalau tgk tajuk 'post' kali ni macam gaya rancangan TV pula, tak pun segmen dalam majalah..he2..Kali ni, wanie nak bercerita tentang artis dan ikon-ikon yang wani suka dan sebab-sebabnya..maklumlah, lain orang lain pendapat.mungkin ada di antara gambar-gambar di bawah tidak sama pandangannya dengan anda..whatever..
Yang pertama,wanie suka sangat penyanyi nombor satu negara ni.siapa lagi kalau bukan Siti Nurhaliza..suara beliau sungguh merdu. hampir semua (rasanya semua) lagu beliau,dapat dibawa dengan begitu menarik dan mengujakan peminatnya.Wanie tidak mahu berbicara tentang kehidupan peribadinya, wanie hanya sukakan lagu-lagu yang didendangkannya,perwatakannya yang ayu dan selalu senyum..
Tetapi cara beliau bertudung tidak menepati citarasa wanie..what can i say..
haa..raihan adalah ikon nasyid tanah air kita.Sejak kecil wanie mula meminati kumpulan nasyid Raihan ni.Lagu' iman mutiara' pernah wanie dan rakan-rakan persembahkan di sekolah dulu..sampai sekarang, wanie terus mendengar nasyid dari Raihan..tahniah..
Dari segi personaliti TV pula,wani suka tengok cara gaya Azizah Ariffin ni mengacarakan sesuatu program.Sungguh versatil.Lagi2 setelah beliau bertudung..rasa seronok juga kalau dapat mengacarakan sesuatu rancangan..hm,mungkin...

Kalau artis luar negara pula, Wani minat Rani Mukherjee..tarikh lahir dia sama ngan wanie tau..lakonan dia mantap.siapa peminat filem Hindi, mesti tau filem mana dia pernah berlakon..macam2 awards dia dapat dalam IIFA..

Indonesian artist...well..wanie suka lagu Opick ni..lagu beliau semua berunsurkan agama dan dapat memberi keinsafan..banyak juga lagu beliau jadi OST sinetron2..
wanie suka Revalina ni sebab dia pegang watak Alia dalam bawang putih bawang merah..
Antara band yang tersohor di Indonesia..UNGU..best bangat..lagu mereka lain dari yang lain..ada unsur keagamaan yang menyentuh hati..

Kepada peminat lagu2 berunsurkan alam, kisah realiti masyarakat..tentu anda kenal Iwan Fals..wanie baru je mula suka lagu2 beliau setelah 'encik badio' (interframe)memperkenalkan lagu2 nya..wanie suka lagu 'untukmu terkasih'.lagu tu sedih dan menyayat hati..
p/s: ramai lagi yang turut tersenarai dalam artis kegemaran wanie..cuma rasa letih mengu'pload' gambar..ha2..hm,berhibur tidak salah,cuma jangan sampai keterlaluan yang boleh menyebabkan 'lagha' ok..
Till then,pandai2 pilih ya..:)

that incident..

That day, on 27 October 2009, i decided to go back to my hometown at Kota Bharu,Kelantan.I already bought the ticket for a long time..so excited to go home.i did'nt go home for about 2 months! I really3X missed my mama,my abah,my siblings,my grandma n..my room..hmm,moreover, it's ramadhan( fasting month)..so nice to gather with family at this time..we can feel the 'nikmat' tasting the delicious favourite meals from the very good cook, mother.
First, i decided to take the bus at 8 after breaking the fast because i was alone,i mean there was no other friends wanna go back that time, my bus will begin the journey at 10 pm.Luckily my coursemate also wanna go home at the same time with me but different bus,different destination..fuh, i got a member to accompany me to go to Hentian Kajang. we decided to wait for Rapid( so fast like its name) after isya' (muslim's time to pray)but deep in my heart, i predicted that we will be in hurry if there is still no bus at 9..

After performing isya', i quickly took my luggage( the word indicate how many things inside) and walked down to the bus stop..looking at my B.U.M watch( juz interframe), huh still early..waiting under the bright light of the enchanted bus stop was really good..so peaceful coz majority muslims performed their solat sunat terawih..there were a group of girls also waiting. looking at their things, they also wanna go back home..to kelantan,same with me. That was juz a prediction after hearing their dialect of 'kelate'..he2..

Hmm.."where is the bus..where is the bus..don't be late or else i can't arrive on time.." i said to myself..but its still early,8.50 pm..

After that, there was a chinese girl came across and sit beside me..after a couple of time, i started a word with her. she looked so friendly..we chatted and asked each other some questions..

WHAT??? already 9.30?? how come? so late,no rapid,no taxi..huh, my 'blockmate' didn't bring her handphone if i need help..i called my coursemate that also tension at Dato'Onn bus stop.lastly, she decided to send me first to Hentian Kajang with her motorcycle and then she will ask her friend to send her again..NO,I was so sorry for her to do that..the chinese girl also felt the same kind of feeling because her bus also at 10 pm! i asked her whether she has the friends that have transport to help. she tried..so depressed,so sad, but there was still a hope! Alhamdulillah,she has a friend that has 'kancil'..that chinese boy was so helpfull. Thank you very much for your help boy!

It was 10.00 pm sharp,we arrived at Hentian Kajang..the bus still there.without hesitation, i put my bag at the luggage site then got into the bus..Alhamdulillah, i still had the chance to go home that night or else my ticket juz burned like that..10 minutes after that,the bus started the journey..my family, here i come!! :)


p/s: I told my parents about the incident..what i could grab as the lesson is, we must always be friendly and dont act snobbish to the people around us. because we don't know that maybe that people will help us when we in emergency..somewhere and somehow..if i not being friendly towards that chinese girl, maybe i need an extra effort to ask for another help..Thank you Allah..:)

Tuesday, September 1, 2009

remainder..

Teringat masa wanie kecik dulu, wanie dan kak ngah rapat sangat ngan arwah datuk yang kami panggil 'wan'..Wan Yusoff Wan Salleh. arwah selalu cerita tentang agama bertujuan untuk memberi pengetahuan dan nasihat..lagipun arwah imam di kampung kami selepas tamat menjadi askar..arwah pernah bercerita tentang bagaimana keadaan di dalam kubur bagi orang yang tidak solat,tidak mengaji quran, keadaan di syurga dan neraka dll..

Hmm,sekarang bila besar sikit, ada belajar tentang nama-nama syurga dan neraka..jadi, nak kongsi la kat sini dengan kawan2 yang belum mengetahui dan sebagai peringatan..

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus

2. Syurga 'Adn

3. Syurga Na'iim

4. Syurga Na'wa

5. Syurga Darussalaam

6. Daarul Muaqaamah

7. Al-Muqqamul Amin

8. Syurga Khuldi



Dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam

2. Neraka Jahiim

3. Neraka Hawiyah

4. Neraka Wail

5. Neraka Sa'iir

6. Neraka Ladhaa

7. Neraka Saqar

8. Neraka Hutomah
p/s: orang yang beramal soleh dijanjikan syurga oleh Allah..wallahua'lam..:)

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget