sayyidul istighfar



Tuesday, September 8, 2009

kenapa ni?

Sukar tidur a.k.a insomnia? ada pengalaman sukar tidur ? sesungguhnya memang terasa kekurangan jika tidak dapat lelapkan mata. walhal kita tidak memikirkan sesuatu yang serius pada ketika itu. kalau ada yang pernah melewati blog wanie dari awal, ada 'post' tentang tidur yang wanie kongsi. Rupa-rupanya, alangkah bertuahnya seseorang itu jika mempunyai tidur lena yang memberikan kesegaran pada keesokkan harinya. Jika anda tidak berhajat untuk bangun pada waktu malam, tidur yang mendamaikan memang patut dirasai. tetapi kadang-kadang seseorang masih tidak dapat melelapkan matanya setelah sekian kali dicuba..kalau setiap malam pun seperti itu, eloklah segera berjumpa doktor sebab mungkin anda dilanda 'sindrom sukar tidur'..tetapi apa itu insomnia?

Insomnia merujuk kepada masalah untuk tidur yang menyebabkan pengidap Insomnia tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti.
Jenis-jenis Insomnia:
Terdapat beberapa tahap Insomnia yang secara lazimnya dibahagikan kepada 3
1.Insomnia yang berlarutan dari satu malam sehingga beberapa minggu ditakrifkan sebagai peralihan.
2.Insomnia yang berulang secara berkala dari masa kesemasa, ia ditakrifkan sebagai terputus-putus "intermittent".
3.Insomnia yang berlarutan kebanyakan malam atau sehingga melebihi sebulan dianggap Insomnia yang teruk dan perlu dirawat
.

Punca Insomnia
Terdapat pelbagai punca Insomnia. Mereka yang mengidap Insomnia peralihan atau Insomnia terputus-putus kebiasaannya antaranya disebabkan oleh :-
-Krisis hidup atau tekanan "stress".
-Masalah bunyi sekeliling
-Suhu melampau
-Perubahan sekeliling
-Perubahan waktu tidur disebabkan mengembara "jet lag"
-Kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan .
Hmm, tetapi jangan sedih ya, sebab wanie ada doa yang boleh diamalkan oleh mereka yang tidak dapat tidur( seperti yang dialami oleh wanie sendiri 3 hari lepas). InsyaAllah kalau diamalkan, masalah sukar tidur tiada lagi.
Bila anda sukar tidur, mungkin kerana fikiran anda sedang tergangu, bacalah doa ini:
Dari Zaid bin Thabit, sabda Nabi saw:
Ertinya:
"Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".
(Riwayat Ibnu Sunni dan Tabarani)


wanie ada baca dalam buku yang menjelaskan tentang doa di atas. menurut hadis riwayat Ibn Sunni, Zaid bin Thabit r.a yg mengalami masalah sukar tidur akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa ini yang diajar oleh Nabi s.a.w.

p/s: setiap penyakit ada ubatnya..amalkan gaya hidup sihat ok..ibubapa dan keluarga kita tentu risau tentang kesihatan kita jika kita tidak mengambil berat tentangnya. Anda tentukan!

2 comments:

Jessieca Junas said...

ceh aku ingatkan ko akan kongsikan pengalaman insomnia dengan banyak
cerita fakta plak
memang cikgu la ;p

apa pun, orang kata minum susu b4 tidur
kecenderungan untuk tidur lebih tinggi
(lihat sahaja baby)

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

ha2..
tunggu( gaya tgn)ada byk lg lps ni..tp serius ko..sedih klau xdpt tidur mlm..hu2

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget