wanie ditemani oleh 2 orang junior yang sama2 nak pergi ke hentian kajang..suasana kat hentian kajang tu meriah sekali..ada yang ingin pulang, ada yang menghantar dan ada yang sekadar melepak-lepak di situ sementara menunggu bas mereka sampai..
"perjalanan jauh tak kurasa..kerna hatiku melonjak sama..ingin
berjumpa sanak saudara..yang selalu bermain di mata.."
(menyanyi2 la plk ..balik kampung..ho ho ho..balik kampung..)
Bersama tie dan maliki..balik kampung.. Pada 18 september,wanie sampai ke kampung agak lewat juga sampai sebab jalan sesak,maklumlah semua nak balik kampung.masa tiba di kota bharu sepatutnya pukul 5-6 pagi, tapi bas wanie tiba pukul 9 pagi..hu2...petang jumaat tu, mama dan abah wanie ada mengadakan majlis berbuka puasa bersama nenek,keluarga pak su dan keluarga kak long( sepupu mama) sempena menyambut kepulangan wanie dan kak ngah..:)
banyaknya makanan..
Bersama sepupu, kak cik dan ina..kak ngah pun ada..
Dari kiri, ain,wanie,fatin,mirah dan aishah..tqvm datang ke rumah wanie..tapi ain yang buat kejutan!..ingatkan dia sorang je dtg..ha2..hmm..malam tu plk, kami sekeluarga buat BBQ..best sangat..idea abah la tu...ha2
Hmm, hari raya pertama memang meriah, pagi raya kami menjamu selera dengan juadah istimewa dari mama ( ketua chef..hee)pada pukul 8 pagi, kami ke Masjid Al-Husna untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri..alunan takbir hari raya imam masjid memuji kebesaran Allah begitu syahdu..ditambah pula dengan alunan jemaah yang memenuhi dewan solat, terasa betapa nikmatnya hari raya kurniaan Allah setelah sebulan berpuasa..hmm,balik dari solat hari raya, kami sekeluarga bersama nenek pergi menziarahi pusara arwah keluarga yang telah meninggal dunia..al-fatihah..
Sampai di rumah, wanie 'mengetuai' adik-adik untuk bersalaman dan memohon maaf dari mama dan abah, nenek..selepas itu kak ngah, abg cik dan adik sha pula bersalaman dengan wanie( mestilah,kakak sulung ni..he2..). Alhamdulillah, dapat duit raya dari abah..
Bergambar bersama nenek kamiSelepas itu, rumah kami tidak putus-putus dikunjung..ada yang sudah lama tidak bertemu, turut saling menziarahi antara satu sama lain.. suasana digamatkan dengan suara si comel yang datang ke rumah..mana taknya, dapat duit raya..samalah macam wanie kecik2 dulu( sekarang pun..:p)..kerja wanie selepas melayan tetamu adalah di dapur,mencuci gelas dan pinggan para tetamu..walaupun hari raya, kita kena selalu menjaga kebersihan terutama di bahagian rumah yang selalu dijenguk oleh tetamu..sekali sekala datang rumah,biasalah..ha2..
Pada hari raya kedua pula,kami sekeluarga pulang ke kampung abah,menziarahi pusara nenek sebelah abah dan berkunjung ke rumah ayah ngah dan saudara di kampung abah.
Bersama mama, addik tarmizi dan Ma(kakak sulung abah)banyaknya makanan..
Bersama sepupu, kak cik dan ina..kak ngah pun ada..
Petang itu juga kami pulang ke kota bharu sebab ada jemputan rumah terbuka dari jiran..tetapi jalan sangat sesak..sampai kat rumah waktu nak maghrib..penat...
Hari raya ketiga,seronok juga sebab kawan-kawan sekolah naim dulu datang ke rumah wanie..diorang buat konvoi raya ke rumah rakan..wanie tak dapat join sama sebab petang tu kami sekeluarga ke rumah pakcik, ada majlis aqiqah..Dari kiri, ain,wanie,fatin,mirah dan aishah..tqvm datang ke rumah wanie..tapi ain yang buat kejutan!..ingatkan dia sorang je dtg..ha2..hmm..malam tu plk, kami sekeluarga buat BBQ..best sangat..idea abah la tu...ha2
Raya keempat dan seterusnya pun dipenuhi dengan rumah terbuka..alamak! lupa nak pergi rumah Cikgu Hassan..maaf cikgu..hu..
p/s:Balik ke ukm ni, keje sedang menunggu..mid sem( 1 paper) ,tesis..presentation..groupwork..fuuh..
0 comments:
Post a Comment