sayyidul istighfar



Sunday, May 30, 2010

Sweet 10 years old..

Selamat menyambut hari lahir yang ke 10 buat sepupu wanie yang baik, tak nakal dan bertanggungjawab..ehehe...Muhd Fierdaus..a.k.a Abang Long..

Kami menyambutnya di rumah nenek..tak adalah jemput orang lain pun..makna-makan bersama keluarga saja..Yang jadi lucunya, kek yang bapa saudara wanie beli tu langsung tidak ditulis nama si empunya hari lahir..

Kenapa ya?
Rupa-rupanya untuk mengelak dari mengecilkan hati ramai pihak...kalau tak, ada yang jauh hati..

Ye la, fakhrie dan fatin tu sudah semestinya inginkan nama mereka diletak juga bersama walaupun hari lahir mereka berlainan..ha2..lawak sungguh sepupu-sepupu wanie yang kecil-kecil ni..nakal lagi..haih..

kek 'birthday boy'..

 'birthday boy' yang paling tinggi..

Walauapapun, selamat hari lahir buat abang long..semoga panjang umur, menjadi anak soleh dan berjaya di dunia dan akhirat..sweet 10 years old wahai encik pengawas...:)

Friday, May 28, 2010

room sweet room..


Pagi tadi selepas menghantar Faisal ke tempat tuisyen, wanie menemani mama ke Billion Shopping Center di Kota Seri Mutiara..ada nak beli barang sikit..Di sana, wanie mendapat ilham untuk menghias dinding bilik wanie dengan menggunakan 'sticker' yang hangat dipasaran sekarang ni kan..pernah tengok tak? mungkin anda pun ada sticker ni..ehehe..
Kalau di bilik KIY, memang sudah lama nak guna pelekat cantik ni, tapi oleh sebab dinding bilik sudah dilengkapi dengan hiasan yang wanie buat masa awal-awal masuk blok f dulu, maka biarkan saja lah yang itu..lagipun membazir pula kalau buang kan..ish..tak elok tuu..

jadi, nak tengok hasilnya?
eh, jangan gelak tau..

ni dinding utama..nama 'wanie' tu memang kat situ sejak masih bersekolah lagi (saja tak nak buang)..

ni pula dinding bertentangan dinding utama tadi..

hee..tak boleh tunjuk banyak-banyak..cukup la yang ini ya..lagipun hiasan ni sekadar yang termampu saja dan mendamaikan hati..tak boleh berlebihan kan..ehehe
wanie sebenarnya cukup minat dalam bab menghias ni, dari kecil lagi..jadi, keluarga pun dah faham sangat..mungkin ikut jejak langkah mama...

oklah, ini saja buat malam ni..semoga bertemu di entri berikutnya..:)

saya mahu buah yang masak ranum..

 Salam pembaca sekalian..jam baru menunjukkan 11.30 pm..masih awal untuk melelapkan mata..jadi, ayuh wanie, taip sesuatu..ehehe..tengah taip la ni kan..:)
Pantas sahaja jari ini membuka fail koleksi gambar..ooh..baru wanie teringat akan gambar yang sudah lama wanie simpan untuk tatapan..bagus juga gambar ni..jadi, apa kata wanie berkongsi dengan para pembaca bintang hati..tak rugi pun kan..

jeng..jeng..jeng..

Perihal sebatang pokok nan rendang sarat dengan buah yang sedang masak ranum..akarnya sihat di bawah menunjukkan betapa pokok itu mempunyai tumbesaran yang hebat...
Yang menjadi terujanya ialah apabila kita boleh jadikan pokok yang sebegitu bagus dan baik bakanya sebagai panduan dan analogi dalam kehidupan kita...

Jika kita mempunyai amalan yang lengkap, baik budi pekerti, menunaikan kewajipan, melaksanakan ibadah wajib dan mencantikkannya dengan ibadah sunat..apa yang kita akan jadi?

Ya..anda betul.
Kita akan jadi manusia yang baik, sihat akal fikiran, waras tindak tanduk dan diredhai Allah..persis pohon yang berbuah ranum itu..

Tetapi, walaupun biji yang kita semai datangnya dari baka yang sangat baik, buah dari induk yang bagus..namun, kita tak siramnya, tak jaga pertumbuhannya, kita bagi baja yang tidak sesuai..apa yang akan jadi pada pokok kita tu?

Ya, anda betul lagi. he..
Pokok itu tak akan tumbuh seperti yang kita harapkan..
Jadi, janganlah kita biarkan biji yang bagus itu bercambah dengan tidak sepertinya, buah dimakan ulat, daun menguning, akar yang sukar memanjang, dahan yang rapuh serta terbantut..aduhai..

Wanie tidak mahu membiarkan biji yang wanie ada tumbuh tanpa penjagaan yang rapi dan betul..tetapi, memang wanie akui agak sukar untuk selalu memberikan yang terbaik, tapi usaha perlu ada dan disertai tawakal pada Allah..
Anda pun begitu kan?
Oleh itu, jom kita menjaganya dengan baik dan kita akan menikmati hasilnya yang dinantikan suatu hari nanti..insyaAllah..amiin..

Wednesday, May 26, 2010

Surah Pembuka

Salam..semalam wanie tak dapat nak masukkan entri baru di Bintang Hati. Ada masalah dengan sistem WIFI rumah wanie..ni pun wanie online di Kopitiam D'Klasik white coffee bersama kak ngah. tapi tak pe..kali ni wanie nak letak entri baru tentang...tentang..
ok..ok..kita mulakan dari awal..:)

Alhamdulillah..hari ini sungguh baik..rasa bagus bak kata Dr.HM Tuah. Bila setiap hari dimulakan dengan baik, biasanya sepanjang hari akan menjadi bagus. Ye tak? Kali ni, wanie nak cerita tentang kata-kata Allah yang terdapat dalam Al-Quran, iaitu surah Al-Fatihah, surah pembuka..majoriti dari pembaca blog bintang hati ini tentunya sudah mengetahui apa itu surah Al-Fatihah dan kesemua ayatnya sudah pun dibaca dan dihafal dengan betul sebutan dan makhrajnya. insyaAllah..



eh, kejap, ada yang bernama Fatihah tak kat sini? Hee..sedap nama tu.


MAKNANYA?

[1]Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2]Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Surah yang mempunyai 7 ayat ini dibaca ketika solat dan ianya salah satu rukun dalam solat. Jadi, kita tidak boleh ambil mudah dengan pembacaannya. Hari tu, wanie ada menonton rancangan Usrah di TV9 yang membicarakan tentang kepentingan Al-Fatihah. Penonton jemputan untuk rancangan itu dihadiri oleh majoritinya ‘saudara baru’ yang masih lagi bersekolah. Alhamdulillah..Allah telah mengurniakan hidayah kepada mereka semenjak kecil lagi..hm, ada seorang pelajar bertanya, “dia seorang saudara baru, sebutan ayat-ayat suci ini masih belum fasih dan tak betul lagi..macam mana kalau macam tu?”

Ustazah yang mengendalikan rancangan itu pun menerangkan bahawa “sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang, DIA bukan nak bagi kesusahan malah suka jika kita berusaha dalam memperbetulkan bacaan itu”. Jadi, kita hendaklah sentiasa berusaha dalam memperbetulkan bacaan. Usaha itu yang Allah pandang. insyaAllah..


Kalau nak difikirkan, kita yang sudah islam sejak lahir ni pun masih kurang tepat dalam tajwidnya, cara bacanya..hm..kena selalu lah baca dan belajar.


Bagi wanie, cuba betulkan dulu bacaan surah-surah dalam solat kita. Contohnya surah Al-Fatihah dan ayat-ayat lazim tu. Betulkan bacaan beserta tahu maknanya amatlah digalakkan. Secara tidak langsung, bila kita tahu makna ayat-ayat yang kita baca, ia dapat menambahkan kekusyukan ketika solat, subhanaAllah..nikmatnya kusyuk dalam solat kan..


Jadi, jangan tangguh-tangguh lagi..mulai hari ini, cuba baca surah-surah yang biasa kita baca tu dengan faham maknanya juga..mudah-mudahan ia salah satu cara kita dalam mengagungkan kebesaran Allah..insyaAllah..


Anda dah mula?


Jom..

Sunday, May 23, 2010

Pemergianmu dirasai..

Awal pagi semalam, satu lagi berita yang menyedihkan keluarga besar kami..
iaitu pemergian sepupu wanie iaitu kak za. pemergian buat selama-lamanya, tidak kembali dan takkan berjumpa lagi di dunia ini..
Sudah hampir sebulan (28 hari) di wad penjagaan rapi di Hospital Serdang, akhirnya arwah meninggal dunia seusai suaminya menghabiskan bacaan surah Yaasin..
Seorang isteri solehah, ibu mithali, anak yang berbakti dan baik budi pekerti menjadikan arwah disenangi oleh ramai orang, tidak kira yang sudah lama kenal, mahupun yang hanya dikenali secara tidak sengaja..meninggalkan suami tercinta dan 3 orang anak yang masih bersekolah, membuatkan pemergiannya cukup dirasa..
wanie dapat melihat wajah tenang ahli keluarganya ketika majlis tahlil diadakan..semoga mereka tabah menjalani kehidupan ini..
semuanya ada hikmah..Allah lebih menyayangi arwah..insyaAllah, semoga arwah ditempatkan di kalangan yang solehah..amiin..
Al-Fatihah.

Kita yang masih diberikan kesempatan menghirup udara di bumi Allah ini hendaklah sentiasa memperbaiki diri..

hakikatnya..
Sudahkah kita bersedia untuk bertemu Allah?
Cukupkah ilmu di dada untuk dijadikan bekalan?
Bagaimana dengan hubungan kita dengan ahli keluarga kita?
Berapa banyak yang sudah kita sedekahkan?
Terbaikkah amalan wajib kita setiap hari?
Ada tak kita berusaha ke arah kebaikan?


MasyaAllah..kerdilnya diri ini bila soalan-soalan sebegitu menerjah sanubari..

Ya Allah..
berilah kami petunjukMu, redhailah perjalanan hidup kami..kuatkan keimanan kami ini walau di mana kami berada..amiin..insyaAllah..

Saturday, May 22, 2010

sayyarati...(keretaku)

Pagi tadi, wanie memandu kereta. mama pun ada sekali, di sebelah..kereta yang wanie pandu milik abah masih terpampang pelekat 'P'..maklumlah belum sampai 2 tahun lagi untuk wanie mendapatkan 'lesen besar'..

Alkisahnya..di sepanjang perjalanan dari Panji ke Jalan Bayam tu, majoriti kereta lain memotong keretaku ini..ooh..betapa kerdilnya..kadang-kadang terfikir juga, nak kata wanie pandu dengan perlahan sangat, tak de pula. sebab mama selalu cakap 'perlahan sikit kak.., jangan laju sangat..' tapi, mereka yang sudah lama memandu tu selalu juga potong..haih..akur sajalah wanie..awak tu 'budak baru' belajar..macam kanak-kanak orang kata..uuhhh..


Yang  wanie nak cerita kat sini.. ok, tak mengapalah mereka nak memotong kereta , tapi agak-agak la..sebabnya, tadi nyaris-nyaris kereta yang memotong itu nak terbabas dengan sebuah lagi kereta arah bertentangan. Tambahan pula kawasan itu berselekoh..alahai..bahaya tuu..

Astaghfirullah..Fuhhh....

Kereta arah bertentangan tadi siap buat lampu 'emergency' lagi..Alhamdulillah..tak ada apa-apa berlaku pada mereka..

Mama selalu berpesan, masa kita memandu ni, kalau terlalai sikit, cepat-cepat istighfar..dan jangan sekali-kali bersifat ego di jalan raya sebab akan merugikan diri..baiklah mamaku, kakak akan ingat pesanan tu, insyaAllah..
Kalau nak tahu, selepas Tok Wan (cikgu sekolah memandu) , mama lah cikgu kedua yang ajar wanie selepas wanie berjaya mendapat lesen..
Mama nak wanie betul-betul biasa dengan keadaan jalan raya dan biar ada beliau di sebelah...sayangnya mama...:) i like!
Terima kasih mama..kali ni, kakak lebih yakin..

Oh ya..wanie sertakan doa menaiki kenderaan..kalau lupa, lekatkan di kereta..jadi, baca doa ni selalu tau..semoga kita sentiasa dilindungi Allah sepanjang perjalanan kita..insyaAllah..
 doanya:

Bismilahirrahmanirrahim...


ok..ready?
brooooommmm.....here we go...!

Friday, May 21, 2010

Anda nak jadi cantik?

Anda nak cantik?
Opps..untuk muslimah sahaja..
ehehe..orang lelaki pun boleh..cuba ambik intipatinya ya..

*Jadikanlah "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

*Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

*Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.

*Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

*Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelumumur pandangan laki-laki yang membahayakan.

*Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu" dan jari-jari anda dengan "Cincin Ukhuwah".

*Bedakkanlah wajah anda dengan "Air Wudhu'" nescaya akan bercahaya di akhirat.

insyaAllah..ia menjadi peringatan dan panduan buat kita para akhawat..

Bagi wanie, kalau pun mahu mencantikkan diri a.k.a menggunakan makeup, hanyalah sekadar untuk 'menyegarkan' wajah dan biarlah ianya secara sederhana. Bukankah bersederhana dalam semua perkara adalah yang terbaik?


Niat itu yang penting dan keyakinan kita..insyaAllah..

waallahua'lam..:) 

selamat beramal..

p/s: Alhamdulillah di atas segala nikmatNya..:)

Wednesday, May 19, 2010

Jangan jadi rapuh..

Ia bermula pada saat ini, pada ketika ini dan pada masa ini..berubah untuk kebaikan diri. Dalam mencari keredhaanNya, sudah tentu menjadi dambaan insan soleh. Insan yang ingin merasa rindu pada Pencipta alam semesta, cinta pada yang Maha Penyayang, kasih kepada yang Al-Khaliq. Jika difikirkan, jika ditenungkan, ah..jauhnya diri ini dalam meraih kerinduan sebegitu terhadapMu. Kenapa hati ini kadang-kadang terpaling dan mendengar musuhMu tapi bukan diriMu..Astaghfirullahalazim..

Aku punyai hati yang mahu diberi pada dia yang setulusnya menerimaku. Tapi, aku harus menyintai Allah, penciptaku  terlebih dahulu..Wajib bagiku..Ya Allah..aku merasa tenang tatkala menadah tangan memohon padaMu..saat menitisnya air mataku..Kau saja yang tahu bagaimana diriku..

Tabahkan lah aku Ya Allah..insan lemah ini tak akan menjadi kuat dan tabah tanpa izin dariMu..


Alhamdulillah..:)

Sunday, May 16, 2010

we lead we serve

biarlah dia berceramah di pentas melontar hujah bernas,
biarlah dia meneroka angkasa lepas, merasa dunia tanpa graviti,
biarlah dia mencuba penawar baru merawat pesakit parah,
biarlah dia menang bicara mengadap pengadilan di mahkamah..

hakikatnya..

dia pernah diajar oleh seseorang yang bergelar guru,
dia pernah dididik oleh seseorang yang bernama cikgu.

                                                                                -wanie-

Terima kasih cikgu atas pengorbananmu menggalas beban, melawan cubaan, mengalirkan air mata dalam berkongsi ilmu dengan mereka yang dahagakan pelita hidup. Biarpun lelah, tetapi, dikau tak pernah tewas. Alhamdulillah berkat kesungguhan serta keikhlasanmu dalam mendidik,kami berjaya di sini..

kini..
doakan lah kami supaya dapat meneruskan bakti mengajar serta mendidik generasi ini..

SELAMAT HARI GURU
"guru pembina negara bangsa'

Beberapa minit sebelum subuh pagi tadi, wanie telah menerima SMS 'selamat hari guru' dari pelajar sewaktu praktikal dulu. Gembiranya! hmm..teringat pula ketika praktikal di SMKbandar baru sg long hari tu..

di kantin sekolah..

di makmal sekolah..

ketika sambutan hari guru 2009 di SMKBBSL..

p/s: mungkin ada gambar di atas yang sudah dimasukkan dalam entri terdahulu..tak pe..

Saturday, May 15, 2010

walimah jiranku..



Sudah dinamakan jodoh, ia takkan ke mana..Allah telah menetapkan kehidupan ini berpasangan..kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa berdoa moga dikurniakan pasangan terbaik untuk menjalani kehidupan ini. kan?
 hee..petang tadi, wanie berkesempatan ke kenduri jiran. sebenarnya, waktu kecil-kecil dahulu, pernah juga bermain bersama jiran wanie tu. tapi, sekarang tidak lagi. sudah lamaaaaa...sangat tak bertemu. sampaikan boleh lupa macam mana wajah terbaru..betul. lagipun jiran wanie tu agak berada, maklumlah cucu kepada seorang Dato'..Tapi, tak pe, sebab kami tidak lah sebaya..wanie boleh panggilnya kakak..hee..
semoga Kak Elia berbahagia bersama suami..insyaAllah..amiin..:)

Oh ya, ni je gambar yang sempat diambil, malu ah..ramai orang tengok..hi2..tu pun tak ambil bersama pengantin sebab mereka sibuk melayan tetamu di perkarangan rumah..

mama bersama jiran-jiran kami yang baik hati..

wanie bersama Kak Mah..

ehehe..ni saja gambarnya..sekian..
ooh, kejap...wanie nak berkonsi sesuatu..

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Semoga kita sentiasa dilindungi Allah di dunia dan akhirat..amiin..insyaAllah. :)





Wednesday, May 12, 2010

Ada kucing!



Seronok melihat rumah baru di kampung..hm, belum siap sepenuhnya lagi.Semasa mula-mula kami sampai, ada seekor kucing bertompok hitam putih di dalam bilik wanie . kucing itu baru melahirkan seekor anaknya di dalam kotak..Seketika, baru perasan yang anaknya ada 6 jari..betul..

ibu kucing dan anaknya..cute!

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari kampung, kami singgah di KFC. Waktunya agak lewat petang. Kami tapau saja. oh, ingatkan servisnya cepat dan tidak memerlukan masa yang lama menunggu. Masuk sahaja ke dalam, ah..ramai juga orang..hmm..beratur je la ngah..alang-alang dah sampai kan..

 Sepatutnya, ketiga-tiga kaunter di situ dibuka..tapi, satu daripadanya ditutup. tak tau kenapa. Mungkin mesin rosak ataupun tiada orang 'on duty'. Maka, hanya 2 kaunter beroperasi. Sedang wanie dan farah beratur dengan penuh sabar sambil memerhatikan gelagat kanak-kanak yang sungguh comel itu,
tiba-tiba wanie terfikir..
ah, patut lah lambat..mereka yang menjadi pekerja di situ asyik bercakap sesama mereka sambil membuat kerja..haih..kak, masa kerja lebih elok kerja dulu..tambahan pula, keadaan pelanggan yang ramai macam tadi..secara tidak langsung, ia telah melambatkan masa..tak elok tuu..
eh, mereka siap mengata-ngata lagi sesama mereka..eh, eh, tunggulah pelanggan tak ada..ini bukan pelanggan orang putih yang tak faham Bahasa Malaysia..kawal la sikit percakapan.

Cara layanan dan cara berbahasa mereka terhadap pelanggan boleh dipuji tapi, nampak kurang kemahiran dari segi mengawal keadaan tempat kerja..hmm..lain kali buat lebih baik ya..

Walauapapun, ayam KFC blackpaper tadi sungguh sedap..anda yang belum mencubanya, jangan lupa rasa ya!

mama dan wanie..ehehe..

Monday, May 10, 2010

Queen of my heart..(part 2)

Semalam, kami sekeluarga menyambut hari ibu untuk mama..sambutannya ala kadar sahaja sebab mama dan abah baru sahaja pulang dari kampung. mereka agak letih jadi kami adik beradik rancang buat di rumah saja..kalau tahun lepas, kak ngah yang jadi 'kepala' surprise party sebab wanie masih di UKM masa tu. kali ni, Alhamdulillah dapat sambut bersama-sama keluarga.
Sebelum tu..apa makna hari ibu bagi anda?
hmm...hari ibu? hari untuk ibu la kan..hari kita kenang jasa ibu?
ya..betul juga tu..
Tapi, ia bukan bermakna sehari tu saja kita kenang jasa ibu. Setiap hari pun mesti buat ibu bahagia. Tak kira lah, ibu kandung ke, ibu tiri ke, ibu angkat ke mahupun ibu mertua. ye la, ibu mertua pun ibu kita juga (bagi yang sudah berkahwin).

‘Abd Allah ibn ‘Amr radhiallahu 'anh menerangkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata:


“Sesungguhnya aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis.” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya:
“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis."

hmm..pagi tadi, kak ngah, mama dan wanie ke KB Mall..di sana, wanie terjumpa dengan seorang guru matematik sekolah rendah wanie, Sekolah Kebangsaan Demit, iaitu Cikgu Rosnah! huu..terkejut dan gembira rasanya berjumpa cikgu yang pernah mengajar kita. Alhamdulillah beliau masih mengenali wanie..Sekarang beliau sudah pencen..waah..sudah lama Cikgu Rosnah berbakti...terima kasih cikgu..selamat hari ibu buat cikgu juga..:)

kek tiramisu..sedap! khas buat my mum n abah..

Akhir sekali, wanie nak ucapkan selamat hari ibu juga pada nenek wanie, mak saudara wanie, sepupu-sepupu wanie yang sudah bergelar ibu, cikgu-cikgu wanie serta semua kaum ibu di Malaysia..semoga menjadi ibu mithali penyejuk hati..amiin..:)

daa..salam..

Saturday, May 8, 2010

Queen of my heart..(part 1)

Menjadi ibu satu anugerah..mempunyai anak-anak berbakti satu anugerah..begitu banyak nikmat yang Allah berikan..
hmm..bila wanie mahu jadi ibu ya? eh2..bertunang pun belum..sabar ya..ehehe..


 
Bercakap pasal ibu ni..jangan tak tau ya..esok adalah 'Hari Ibu'..tahun ini diadakan pada 9 Mei 2010..Sambutan hari ibu ni bukan bermakna hari tu saja nak ucapkan sayang pada ibu, terima kasih ibu dan bermesra dengan ibu ya..sebenarnya setiap hari pun kita mesti berbuat baik pada ibubapa, sayang ibu sebanyak-banyaknya, peluk ibu, cakaplah 'saya sayang ibu'..

hm..ya..wanie tau, tak semua orang dapat peluk ibu dan cakap sayang pada ibu..jadi, anda cubalah pada hari istimewa ini ya..setidak-tidaknya 'wish' ibu ya..bukannya susah kan? mana la susah untuk buat ibu kita senyum dan gembira..

Sesungguhnya..
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Ada lagi cerita pasal ibu sempena hari ibu kali ni..nak tau?
ok..tunggu entri wanie yang akan datang ya..
terima kasih..:)

SELAMAT HARI IBU, MAMA KU SAYANG..:)

Friday, May 7, 2010

A day with full of barakah..enjoy it!

Today is friday..what? friday? yea, its friday..a day with full of barakah, ohh well..a lot of pahala that we can grab..ok2..now i wanna share with you about friday. ehehe..so simple right ? because we only talk about day. Yes, it's same with the other 6 days..but, do you really know what are so special about this sayyidul ayyam?

 hmm..for guys..please don't neglect this..well..as you know, solat jumaat. jus a simple solat with 2 khutbah..what you need to do is to hear the sermon. jus hear it attentively, not play around or doing anything else that may reduce your 'marks' according to pahala that will be given..ahaa..sounds great!

Opps, before that..in the morning before preparing yourself to the mosque, make sure you take a bath , uhh..need to say? yes, absolutely. those who want to pray with full of concentrate must have a good condition and manner regarding themselves and the surrounding..never take it easy ok..

oh yes, i have read a hadith by our beloved prophet, Rasulullah..
here it is:

"the person who has a bath on Friday and goes early to the mosque on foot, and not by a vehicle, listens to the sermon (khutbah) and does not do any foolish act while it is being delivered, will get the reward of one year's fasting,and one year's prayer; for every step that he takes" (At-Tirmizi)

It began to make me ponder..hm..i was truly amazed..subhanaAllah..what a big deal! Allah the most loving toward HIS servants..

So, now do you get it? stop babbling around when your mom try to wake you up to perform solat jumaat at mosque..apart from that, you have to be very gratefull because you can grab alot of pahala and berkah again on this jumaat, today. Alhamdulillah..

Actually my friends, friday also is called weekly Hari Raya..so, enjoy it with zikrullah, resting with family, helping each other..oh yes, don't forget to clean up your home..making some decoration, tidy up all your teddy bears on place and  try to cheerful your room with your own style..hee..well..what a 'delicious cake' we can get via friday...hmm..i like it!

oh..my mum is calling from the kitchen..have to go..ok..see you on next entry..wait for it okay! tq..:)

Thursday, May 6, 2010

Ubah la sikit ya!



Alhamdulillah..tadi nenek wanie sudah selamat dalam pembedahan kecilnya iaitu jahitan di lutut beliau..insyaAllah, semoga nenek cepat sembuh! tak sabar nak tengok nenek wanie dapat berjalan tanpa rasa sakit di lutut beliau..ye la, sudah lama tidak jalan-jalan bersama..

hmm..nenek untung, ada mama, abah dan pak su untuk menjaganya dengan rapi..hu, semoga Allah memberikan kebahagiaan buat mereka yang berbakti kepada orang tua..wanie teringat rancangan 'Tanyalah ustaz' di TV9 bulan lepas yang mengupas isu berkaitan prihatin terhadap ibu bapa..oh ya, wanie masih ingat yang ustaz tu cakap, kalau seseorang itu berbakti kepada bapanya dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, dia sebenarnya sudah pun mempunyai jalan ke syurga iaitu pintu syurga..subhanaAllah..jadi, kita hendaklah selalu berbuat baik kepada orang tua ya..jangan tinggikan suara dan berdendam pada mereka..sesungguhnya, berkat senyuman seorang ibu kepada anaknya pun tidak dapat dibalas oleh anak, apatah lagi hendak membalas jasa-jasa mereka yang lain..fikir-fikirkanlah..

Ada satu cerita wanie nak jadikan pengajaran untuk diri sendiri dan juga para pengunjung bintang hati.Tadi, sewaktu menunggu nenek di wad, wanie tergamam dengan sikap seorang jururawat di situ. Mungkin perangainya sudah begitu, tapi..bagi wanie tidak patutlah dia bersikap sedemikian..
eh, dia buat apa wanie??

hmm..Tanpa rasa bersalah, dia meninggikan suara pada seorang budak lelaki india yang bertanyakan berkenaan ibunya yang membuang air besar(mungkin bertanya cara nak membersihkannya ataupun dia memberitahu jururawat itu tentang ibunya yang sakit telah membuang air besar).
Jururawat itu dengan tegas menyuruh budak itu membersihkan sendiri ibunya sebab itu ibunya!
hmm...kenapa lah akak jururawat itu bersikap sebegitu..haih..

Ok-ok, bagi kita yang tidak mengalami situasi di atas, cuba bayangkan jururawat tersebut berbicara sedemikian di depan kita juga di depan orang ramai, sedangkan kita betul-betul memerlukan bantuan..(sebak rasanya..)..
Alhamdulillah..kalau ada yang buruk, mesti ada yang baik..mujurlah ada nurse yang baik hati di sebelah 'makcik jururawat itu'..arrgh...semoga semua orang yang menunggu pesakit di situ tabah kalau 'deal' dengan jururawat itu..
hello..ubah sikit perangai tu lagi elok..semoga Allah membuka pintu hatinya supaya lebih prihatin terhadap pesakit dan lebih mesra..eh, senyum sikit kak!

p/s: sempat membawa kamera di wad..ehehe..


Sunday, May 2, 2010

buang biar betul (3B)

Alhamdulillah..petang semalam kami tiba di Kota Bharu..hm, hari ni hampir siap mengemas barang-barang..uhh, nanti dulu..dua kotak lagi belum tiba..hee...

Petang tadi juga, wanie dan keluarga ke Pesta Buku Kelantan yang diadakan di Dewan Jubli Perak..ala, berhadapan dengan Perpustakaan Awam Negeri tu..
hm..ramai juga orang di sana memandangkan hari ini ialah hari terakhir pesta buku..

Oh ya, yang jadi peliknya, di sepanjang jalan menuju ke dewan itu, wanie nampak banyak sangat sampah sarap..merata-rata. Kebanyakannya bekas-bekas minuman dan makanan kerana di sepanjang laluan ada disediakan gerai-gerai jualan..memang buruk pemandangannya..Nak kata tak ada tong sampah, ada.

Kesedaran sivik perlu ada abang, kakak, adik..Setiap kali ada jualan sebegitu, maka ada lah sampah di situ. tidak terkecuali jika ada pasar-pasar malam..ingat, kebersihan separuh daripada iman..anak-anak perlu dididik dari kecil supaya mereka faham dengan nilai-nilai moral dan amalan menjaga kebersihan. Orang yang bersih bukan hanya menjaga persekitaran rumah sahaja, tetapi juga persekitaran di mana sahaja mereka berada.


Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan para pengunjung bintang hati..

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget