sayyidul istighfar



Monday, August 29, 2011

Raya yang ditunggu...

SubhanaAllah...sudah bersawang rupanya blog ni..lamanya tak dijenguk seperti dahulu...Maklumlah bila bekerja ni lain pula rutinnya..sampaikan ada rakan bertanya," blog wanie masih wujud or tak?" ha2..kelakar pula bunyinya...apa-apa aje lah..

Sedar tak sedar, Bulan Ramadhan sudah pun berlalu..hm, macam mana agaknya markah bulan ramadhan wanie??
Sekarang mama tengah sibuk menyiapkan juadah untuk esok..yeay, HARI RAYA!!!!!
Walaupun sudah besar panjang, perasaan nak menyambut hari raya tak pernah berubah..mungkin satu je kot yang berubah, DUIT RAYA. eheh..

oh ya, Syawal kali ini juga amat besar pengertiannya bagi wanie sekeluarga..InsyaAllah pada 2 September ini, wanie akan bertukar status menjadi status 'isteri'...Alhamdulillah..semoga dipermudahkan Allah..

InsyaAllah, jika berkesempatan, wanie akan 'update' blog ini nanti untk tatapan follower dan sahabat setia wanie...check it out!!

hmm..ok lah..masih banyak benda nak diselesaikan ni..jadi, di kesempatan ini wanie ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat mama, abah, adik-adik,nenek, keluarga besar wanie,insan tersayang, guru-guru, anak2 murid, sahabat dan rakan-rakan, tidak lupa buat semua pengikut/ pembaca Bintang Hati ini...
Semoga lebaran ini membahagiakan kita dan orang yang kita sayangi...amiin..

hmm...malam raya ni, banyak-banyak kan lah bertakbir, mendengar takbir dan berdoa ya...
sekian,
Salam Aidilfitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-54...MERDEKA!!

Friday, May 27, 2011

Inspektor Nur Hazwani...siap!

Awesome! itulah kata-kata yang dapat diucapkan ketika ke Langkawi mengikuti Pentauliahan Guru Penasihat Kadet Koreksional..
By the way, apa itu koreksional? Koreksional datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu 'correctional' yang bermaksud pemulihan. 
Ia ditubuhkan di bawah Jabatan Penjara Malaysia. Negeri yang mempunyai penjara akan menubuhkan kadet koreksional di sekolah-sekolah yang berdekatan dengan penjara..Sebagai contoh, di Negeri Sembilan, terdapat 2 buah sekolah yang menawarkan unit beruniform Kadet Koreksional, iaitu SMK Tunku Ampuan Najihah dan SMK Undang Jelebu..
Dah faham??
 
hee...ok, sekarang wanie cerita serba sedikit perjalanan menuju ke Pulau Lagenda itu ya..
Seramai 4 orang Guru Penasihat Kadet Koreksional dari N.Sembilan bertolak menaiki bas ke Kuala Perlis. Kami bertolak pada jam 10.30 pm dan sampai kira-kira jam 7.00 am di Kuala Perlis. Selepas itu, kami membeli tiket feri untuk ke Pulau Langkawi. Harganya RM 18 untuk dewasa dan RM 13 untuk kanak-kanak..Perjalan mengambil masa kira-kira 1 jam..Seronok pula rasa..teruja pun ada apabila melihat air laut yang jernih dan pulau-pulau sekitar yang indah...saujana mata memandang..
 
ok,ok..kita ikuti bingkisan di bawah ya...
Di dalam feri menuju ke Pulau Langkawi



 
Permandangan dari 'chalet' wanie

Akhirnya, wanie dapat berada di sini..Dataran Lang..yeah!

Selepas ber'shopping' untuk hari kedua..adeh, penat.
waktu berkursus di dalam dewan..pertama kali wanie menghadiri kursus tau! :)
Akhirnya kami ditauliahkan sebagai pegawai kanan Kadet Koreksional yang membawa pangkat 'inspektor'..:)
Sebahagian daripada 46 orang guru yang telah ditauliahkan..
Kami bertolak pulang ke Seremban pada 25 Mei 2011..
Itulah serba sedikit bingkisan yang dapat dipaparkan..
Tapi..satu je wanie kena cuba ubah diri...
 
nak tahu?

Wanie mesti suka berkhemah! huuu.......adeh.

Thursday, May 19, 2011

Hari Guru disambut dengan penuh semangat dan gembira. Lagu 'Kami Guru Malaysia' tidak pernah gagal untuk menyentuh hati ini bila menyanyikannya sejak bergelar guru pelatih 2 tahun lepas sehinggalah sekarang..sungguh hebat lirik dan iramanya, mampu menyuntik semangat para pendidik.
 
Seperti di sekolah-sekolah lain juga, hari guru di sini disambut sekadarnya. Alhamdulillah dengan izinNya, wanie dapat mengharungi cabaran 6 bulan sebagai guru di sini. hm..baru 6 bulan..
 
"Cikgu, saya sayang cikgu"..masih wanie ingat kata-kata ini yang seringkali menghiasi kad-kad kreatif pelajar. Betapa mereka dengan tulusnya menyayangi guru-guru mereka.
 
Lebih menyentuh hati, ada yang meminta pertolongan guru lain untuk mengajar mereka membina ayat-ayat yang bagus untuk diberikan pada guru yang mereka sayangi, kerana mereka tidak tahu menulis dengan baik!..
Terima kasih wahai anak muridku atas usaha kalian..
 
Antara kenangan menyambut Hari Guru 2011:
Bersama berikrar menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan

Bersama pelajar dan kawan baik..

Bersama guru-guru pelatih
 
Wanie tertarik dengan kata-kata YDP PIBG kami:

"Ada dua pihak yang tidak pernah cemburu akan kejayaan anda. Mereka ialah kedua ibubapa dan guru."
 
Sekalung doa buat guru-guru yang telah mengajar wanie..Terima kasih cikgu..:)

Tuesday, May 3, 2011

Hati yang berbolak balik

Bila kuat berkerja, blog pun tak terjaga..ishh! mana boleh macam tu sepatutnya..masa boleh dirancang, kerja yang selalu mendatang..hmm.
Alhamdulillah setakat ini semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan..
Syukur, banyak perkara yang boleh dibaiki dan mesti dibaiki..
Dunia pekerjaan ternyata berbeza dengan belajar. Pekerjaan memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan orang lain juga. Kerja mesti dibereskan tepat pada waktunya seiring dengan bidang tugas + luar bidang tugas.
Diri perlu sentiasa bersiap siaga, kalau tidak, boleh jadi tekanan melanda.
itulah mukaddimah Bintang hati kali ini.
hm, ok..back to our story...
Sahabatku sekalian, nak tahu tak resepi kejayaan hidup tenang???
haa..macam best je.
memang pun!

Jawapannya ialah....
SOLAT.

Ya, solat 5 waktu sehari semalam.
Kenapa manusia yang mengaku islamnya, tetapi masih belum sempurna solatnya?
Kenapa, bila dalam perjalanan, suka ambil sikap endah tak endah sahaja tentang solat?
 
Wanie pernah bertanya kepada 2 orang pelajar, kenapa mereka mendapat markah yang agak teruk dalam peperiksaan. Satu soalan yang paling akhir wanie kemukakan ialah:
Awak solat penuh tak??

Mereka menjawab: kadang-kadang cikgu.

Betapa sedihnya hati ini mendengar jawapan ikhlas dari pelajar islam lengkap bertudung..

Satu kisah lagi yang wanie dengar dari cikgu lain,yang ada pelajar solat bila ayah dia ada sahaja.
"ala..ayah tak ada kat sini.." jawapannya ringkas.

Ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati kan menjadi tenang, dan salah satu cara mengingati Allah ialah dengan bersolat.
Dengan bersolat, hati jadi bersih kerana solat itu doa..solat itu penenang hati yang 'kehausan'.
SubhanaAllah..

solat mencegah kemungkaran, membaiki hati yang berbolak balik..
Jadi, marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan kita untuk bersolat. Rutin harian yang wajib yang mana pahala dan ganjarannya tiada tolok bandingan...
insyaAllah..
WaAllahua'lam..

Thursday, March 31, 2011

u did it!

wah..wah..wah...rindu nya kat my blog ni...ok, tak pe, wanie teruskan dengan agenda hari ini..hm..hari ini tak duty, jadi, ayuh gunakan masa sebaiknya, se optimumnya untuk siapkan kerja supaya tidak 'rushing' kemudian hari..ye tak? hee..ok la tu..

oh ya, 2 hari sebelum ni, wanie ada mengiringi pasukan sofbol STAN ke Pertandingan Peringkat Negeri di SMK Juasseh..area Kuala Pilah..hm, pengurus pasukan ni..hee..tapi tak pandai pun main..adeh.
haa..ni pemain sofbol kebanggaan sekolah..

walaupun tak menang ke peringkat seterusnya, namun..i'm very proud of u, girls..
u did it even there was no intensive training!
Apapun, teruskan usaha lagi..tahun depan masih ada, insyaAllah...:)

posing sikit dengan tangan besar...eh, mana topi chicken little??


ok..itu aje..daa.


Tuesday, March 15, 2011

Nak cari apa Miss?


Alhamdulillah..wanie selamat sampai ke rumah..Maaf lama sangat dah tak 'update' Bintang hati ni..my lappy rosak, jadi, balik rumah baru dapat online ni..

hmm..kali ni, moh kita bercerita..cerita yang baik, berpengajaran tapi sensasi je tau! ye la tu cik wanie...

Hari tu, wanie ke kedai kasut..hm, 'branded' juga la kan...maklumlah, kaki ni yang nak pakai selipar baru..Tak ada orang sangat..jadi, seronok la pilih-pilih kan..

Ada seorang jurujual ni..nama dia...tuuuuuttt. Amboi..susahnya dia nak senyum, apatah lagi nak layan pelanggan dengan mesra..kalau tanya kali kedua, mesti tunjuk reaksi tak seronok dilihat..
hm, kami bukan saja-saja tengok ok..kami beli..3 pasang lagi..tapi, tak elok la bersikap begitu..kalau pun awak sakit, kerja mesti jalan...jangan malas untuk bekerja..kerja dengan ikhlas, pasti lebih bahagia kan..

Wanie bagitau tauke kedai tu, tak de la kan, saja tanya kenapa jurujual tu tak mesra..
apa wanie, ko tanya???

hee..ya..he

hm..sekurang-kurangnya, dapat meningkatkan cara kerja kedai tu ke arah yang lebih proaktif..insyaAllah..

hidup biar bersemangat! :)



Wednesday, February 23, 2011

Kembali!

Salam penuh kegembiraan, ukhuwah mahabbah wanie hulurkan melalui bintang hati yang sudah sekian lama tidak dijenguk, disapa dan dicoret. Bukan kemalasan yang mencuri peluang, tetapi kesibukan yang menghalang..Tambahan pula dengan kemudahan internet yang selalu 'buat perangai'...adeh.

Sudah 3 bulan di sini. Sebagai guru dan juga warden.

Hati kadang-kadang terguris dan terharu bila ramai yang sudi meluah rasa..

Syukur pada Allah kerana di zaman persekolahan wanie dulu, diberi peluang dapat belajar di sekolah dalam keadaan yang sungguh baik, sokongan padu dari keluarga dan semangat dalam diri. Alhamdulillah..
Tetapi, ada pelajar yang datangnya dari keluarga yang kacau bilau, hidup susah, masih lagi ingin mencari ilmu...sungguh bangga wanie bila berjumpa dengan pelajar sebegini..bersemangat untuk membantu keluarga di kemudian hari..

"kenapa markah awak paling rendah ni...?" wanie cuba mendapatkan jawapan dari seorang pelajar kelas yang wanie ajar. Sains. Sedih juga bila melihat markah pelajar sebegitu teruk.

" saya sakit cikgu waktu exam."
Patutlah mukanya pucat..
Bukan itu sahaja, masalah keluarga juga turut menyumbang.

Ya Allah, tabahkanlah hati pelajar yang baru memasuki tingkatan 1 ini.

wanie cuba memberi sokongan,orang cakap,  kata-kata seorang guru boleh menyuntik semagat. Barangkali.

Itulah guru dan pelajar..tapi tak semua yang dapat dicerita, hanya sekadar coretan meletuskan semangat buat sesiapa sahaja yang sedang dilanda derita, kepayahan, dan kebimbangan. Ingatlah, walauapapun, rezeki Allah yang tentukan..dan bersyukurlah kerana masih mendapat nikmat dari Allah untuk hari ini...
Alhamdulillah..

Ok lah, 11.50 nanti waktu Sains pula..jumpa lagi!

Thursday, February 3, 2011

cermin hati

Beberapa hari lepas, sambil memandu my Myvi a.k.a Si Putih, layan la sekejap radio Thr yang sangat bagus tu..kalau dulu, waktu malam jam 8, mesti ada 'Hindi Power'..kalau jalan-jalan bersama keluarga waktu malam, mesti akan dengar tu..tapi sekarang, mungkin Thr ada program lain yang dirancangkan..lagu-lagu hindi pula jarang didengar, tak macam dulu la kot..

eh, bukan pasal hindi power ni..tapi pasal tazkirah yang disampaikan menerusi corong radio begitu menarik perhatian dan melekat di sanubari..ecece..

"kalau kita suka bercakap dengan menggunakan perkataan yang buruk, maksudnya tak sedap didengar. contohnya seperti panggilan yang tidak menyenangkan, memaki dan sebagainya tu, sebenarnya ia mencerminkan hati kita sendiri..."

Jika banyak yang terkeluar ialah perkataan yang baik, maka baiklah hati kita, bersih lah ia...TETAPI, jika sering terkeluar perkataan yang mengguris hati orang, selalu berbahasa kesat dan buruk, ketahuilah, hati empunya diri itu tidak bersih, tidak baik...nauzubillah...


Jadi, selalulah mengelak dari tersebut perkataan buruk, lucah dan seumpamanya itu..ucapkanlah istighfar jika tidak sengaja..bukannya ketawa begitu sahaja bila mendengarnya..

ok..nasihat untuk manfaat semua..

:)

Pesan junjungan

Mari kita hayati sabda Rasulullah saw ini:

"Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar." (riwayat Ibn Majah)

Sungguh hebat seseorang yang berakhlak mulia, bersopan santun, berbudi bahasa, penuh berhemat dalam berbicara, merendah diri sepanjang masa..

ah..senang saja mahu mencari manusia yang alpa dengan akhlak mulia, baik di mulut, tersembunyi celanya..sudah namanya manusia, penuh dengan salah silap serta leka..Tetapi, kita sentiasa perlu mengingatkan diri sendiri dengan kepentingan berakhlak mulia..

Bukan hanya di depan bakal mertua, malah di depan sesiapa sahaja yang kita perlu berurusan..

Jangan payah melemparkan senyuman, agar nampak kecerian bukannya suram..
jangan biarkan orang lain yang mulakan teguran, maniskan mulut berbicara serta mengucap salam..

Tetapi, apa yang wanie perhatikan apabila memasuki alam pekerjaan, terdapat segelintir golongan yang tidak pandai berurusan dengan pelanggan, mahupun rakan sejawat..usahkan mahu memberi tunjuk ajar, senyum pun susah untuk diberikan.


Apalah ruginya, tetapi..itulah hakikatnya bila tidak mengetahui betapa besarnya pahala mengembirakan dan menenangkan hati orang lain..SubhanaAllah..

Oleh itu, marilah semua, kita:

"Buka mata hati, ingat pesan Rasulullah saw dan ucapkan syukur atas nikmat kurniaan Ilahi.."

Friday, January 14, 2011

Sudah dua minggu...

Dua minggu bergelar cikgu ternyata memberikan pengalaman yang agak berbeza dari apa yang wanie lalui sewaktu praktikal dua tahun lepas..seorang cikgu dan dalam masa yang sama seorang warden..Minggu pertama, fuuhhh...
penat sangat..mengurus kemasukan murid tingkatan satu ( wanie guru tingkatan)..jika 'duty' kena stay di rumah warden..seronok juga melihat gelagat pelajar sewaktu prep, macam-macam hal..hee..
oh ya, pelajar asrama tingkatan satu pun ada ragamnya..asyik nak balik rumah dan menangis...ei eh...mengata orang, wanie pun macam tu juga...haih...mama,nak balik rumah! huu..
Sabar dulu ya, cuti raya cina nanti balik kampung...2 minggu je lagi...

Oh ya, hari ini cuti di Negeri Sembilan, sempena dengan hari keputeraan Yang Dipertuan Besar N. Sembilan...yeah, cuti!!!
Waktu persekolahan dan duty warden memang padat..Jadi, cuti sebeginilah wanie dapat merehatkan diri,

memasak dan mengambil angin di bandar seremban....Alhamdulillah..he2..

Kadang-kadang takut juga bila mengetahui prosedur sekolah yang memang mantap dan cekap..maklumlah sekolah gred A..mampu kah wanie buat dengan cemerlang setiap tugasan yang diberikan?

hmm..Rabbi yassir wa la tuassir...

Walauapapun wanie bersyukur kerana dapat berkhidmat di sini..banyak pengalaman boleh ditimba..Semoga diri sentiasa diberkati dan dapat menjadi seorang cikgu cemerlang yang sentiasa bersemangat, periang dan disayangi pelajar..insyaAllah...amiin...:)


p/s: rindunya kat bilik merah jambu ku.....hu

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget