sayyidul istighfar



Saturday, November 27, 2010

Check list..

Yeah..sudah selamat sampai ke rumah...Alhamdulillah, perjalanan selama 8-9 jam dapat dilalui dengan sabar..Tapi, bas yang dilalui menuju ke Hentian Kajang dahulu untuk mengambil penumpang di sana..arrgh..UKM pun turut dilalui..huu..teringat kenangan di situ..tak boleh tahan....tak nak la naik bas lagi...haih..

ok..masa kat rumah ni banyak juga perlu dibuat..

sila buat 'check list':

1. Selesaikan pasal elaun perjalanan selama 5 hari
2. upgrade ilmu tentang kimia~ sains
3. update bintang hati dan ilham ilmu
dan lain-lain
4. aktiviti kecergasan


itu saja kali ni..daa..

Wednesday, November 24, 2010

Sudah melapor diri..

SAYA SEDIA! ehehe..macam spongebob pula..

Salam dari seorang cikgu..Waah..sudah jadi cikgu ya? hee..
Hai semua..lamanya rasa tak update sini..Wanie baru je selesai lapor diri di Seremban..Sekarang ada masa sikit di Pusat Akses kat perpustakaan ni, jadi gunakan lah sebaiknya..

Untuk pengetahuan sahabat sekalian, wanie dapat posting kat Bandar Seremban..SMK Tunku Ampuan Najihah..Alhamdulillah ok juga suasana sekolah tu..Tapi masih awal untuk wanie bercerita dengan lebih lanjut..

Tapi, wanie bersyukur sangat kerana ada seorang lagi rakan seperjuangan yang ditugaskan di sekolah yang sama..Kawan wanie tu juga dari Kota Bharu Kelantan..Ore kito..hee..Kami tinggal serumah.Ye la kan, merantau di negeri orang rasa ok la sikit sebab ada peneman..Tambahan pula bila rindukan keluarga..Alahai..masih homesick lagi cikgu wanie ni..

Biasalah, waktu mula-mula ni banyak perkara kena selesaikan..Borang itu ini dan macam-macam lagi..Tapi ada satu perkara yang membuatkan wanie teringat tentang praktikal tahun lepas..

Buku rekod pengajarannya juga warna oren!
Sama dengan warna buku rekod kebanggaan warga Fakulti Pendidikan UKM..

Ok lah, hari Jumaat ni, nak balik setelah 4 hari berada di sini untuk orientasi permulaan..Yahooo...cuti sebulan sebelum datang lagi untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebagai guru..

Semoga dipermudahkan urusan dan dilindungiNya selalu..Amiin...

Cikgu Wanie sedia!

p/s: tak dapat nak upload gambar sebab tak bawa laptop merah jambu..:p

Saturday, November 20, 2010

Sambutan Aidiladha

Hari Raya Aidiladha sudah berlalu..tapi takbir masih dialunkan..wah, ternyata seronoknya Aidiladha dengan takbir memuji Ilahi dapat didengari tatkala seusai solat..

Di Kelantan, Aidilfitri dan Aidiladha disambut dengan meriah..Sambutan Aidilfitri sama meriahnya seperti negeri lain, tetapi Aidiladha disambut lebih meriah dari negeri lain..Jemput datang ke Kelantan ya!

Bukannya malas untuk 'update' Bintang hati..tetapi dek kerana internet di rumah yang meragam dua tiga hari ni, menyebabkan wanie 'terdiam' seketika..Alhamdulillah, ianya sudah ok dan semestinya Bintang hati akan terus bercerita di sini, insyaAllah..

Kali ni, cerita hari raya la pulak kan..Walaupun esok,wanie dan keluarga akan bertolak ke Negeri Sembilan, wanie sempat 'curi-curi' masa untuk menceriakan blog kesayangan ini..

eh, kenapa nak pergi ke Negeri Sembilan?

Haa..sahabat sekalian, di sini ada sedikit berita gembira..Alhamdulillah, wanie nak 'posting' dah..dapat mengajar di Negeri Sembilan..Tapi sekolah mana belum diketahui, kena pergi lapor diri kat Seremban dulu..nanti, wanie bagitau kat sini wanie dapat sekolah area mana ya..

Oh ya, jom kita layan gambar-gambar ni..


Sementara menunggu kerja penyembelihan korban disiapkan, kami bergambar dulu..hee 

Raya di rumah..

ni kek batik Al-wanie..(pandai je bagi nama)

Puding triffle gaya ku..hee

Kehadiran sepupu wanie yang menceriakan semua..
Semoga mereka yang menjalani ibadah haji pada tahun ini, pulang dengan selamat dan mendapat haji yang mabrur..Berbahagialah..insyaAllah..:)

Di kesempatan ini, yang penting, wanie ingin mengucapkan selamat hari lahir buat abah wanie yang sangat wanie kasihi..semoga abah dipanjangkan umur dalam kerahmatan dan bahagia dunia dan akhirat..amiin..:)

Thursday, November 11, 2010

selamat hari lahir Faisal dan ayahanda..

Sudah 15 tahun usia adik bongsu wanie ni, Muhd Faisal..Semalam 10.11.10 hari lahirnya..eh, cantik pulak tarikh semalam kan..Oh ya, Sambutan ini juga diraikan untuk abah kami 20 Nov ini. Awal, sebab masa tu mungkin wanie dah nak lapor diri untuk 'posting', insyaAllah..Kami sambut ala kadar saja, macam yang lain-lain juga..Maklumlah dah besar..kalau masa kecik-kecik dulu, mama selalu buat majlis dan ajak kawan-kawan dan jiran..tiup-tiup lilin tu yang best..ha2..
terkenang pulak..

Semoga adik sentiasa dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat..:)

I love u!

Sama macam abang cik punya, tapi topping atas je sama..hee..nyum nyum.

Two from three heroes in our family..
Ok lah..selamat bergembira semuanya...happy happy ya..:)

p/s: entri untuk abah, 20 Nov ni ya, insyaAllah..:)

Tuesday, November 9, 2010

Dari dapur wanie.. 2

Segmen 'dari dapur' kembali lagi..Kali ni, masakan yang up sikit berbanding yang lepas..tapi masih lagi guna ayam..hee..

Namanya ' ayam perap tomyam' ( Ok, encik badio, sila ingat ya..). Oleh sebab wanie suka menggunakan bahan yang sudah sedia ada di rumah, jadi, main masuk je la semua bahannya..

Tapi, mula-mula kena perap dulu ayam dan serbuk tomyam + bahan perap selama 1 jam macam tu la..
Lepas tu, tumis bawang putih +bawang merah, dan letak sos tiram dan sos cili..Barulah masukkan ayam yang telah digoreng tadi..

Hasilnya...

-

-

-

-

-




Tadaaa...


air tangan cik wanie..layannn...

Ok lah..jumpa lagi di entri yang berikutnya..daa..Nyumm..nyumm

Monday, November 8, 2010

INGAT!

Salam ceria semuanya..Haa, ada yang tak rasa bagus ke hari ni? nah, cuba tips ni: berilah hadiah kepada diri sendiri, ia akan membantu anda untuk rasa bagus, ceria dan bahagia, insyaAllah..

Apa? tak ceria sebab meluat tengok sikap masyarakat kita? ok,ok, wanie faham..ini yang nak diceritakan untuk kali ni..

Hari tu, wanie ikut menghantar adik wanie, Farahana tu ke stesen bas untuk balik ke UIA..haih, budak ni saja balik, rinduuuu sangat kat kakak  keluarga dia katanya..hee..Biasalah mengikut jejak langkah wanie yang memang pantang ada cuti lebih sikit..rumah la destinasiku..

Ok, kembali kepada kes serius kita ni. Sementara menunggu bas untuk tiba, adeh, lama jugak bas ni..Tapi ok la dari pengalaman wanie dulu-dulu menunggu bas di waktu pagi..haih, macam nak soal siasat je pak cik tu hari tu..sabar, sabar, jadikan ia pengalaman hidup k..

Kami pun duduk la di bangku yang disediakan..hmm, ramai juga orang ya walaupun bukan musim cuti..

TIBA-TIBA...

wanie ternampak suatu keadaan yang tak seronok untuk dilihat..


Sakit mata ni tengok..dah la kat depan mata..Tapi bagus juga sebab ia memberikan wanie peluang untuk mengambil gambarnya dari jarak dekat..Sebagai seorang 'blogger', adik wanie faham akan prinsip wanie untuk sentiasa mendapatkan sesuatu sebagai bahan bukti.

Jadi...SNAP!

maaf, gambar tak begitu cantik..

   
Banyaknya sampah di dalam pasu tu!!! dah la pasu tu agak menarik tapi sudahpun dikotori dengan pemandangan yang tak sepatutnya..


Yang peliknya, bukan tak ada tong sampah..Kalau nak tau, tong sampah memang betul-betul diletakkan di tepi pokok bunga ni..

Wanie tak kata apa-apa pun masa mula-mula tengok tu, cuma geleng-geleng kepala dan terus dapatkan handset..

Macam mana ni, kita mahu masyarakat yang bersih..dan juga prihatin..Janganlah bersikap sebegini semata-mata ingin memudahkan kerja sendiri..Ia mencerminkan akhlak diri sendiri juga.


Mula-mula, hanya satu sampah dibuang di situ, lama-lama, bertimbun jadinya sebab kurangnya kesedaran sivik..

Nak bersih dalaman, kena bersihkan juga luaran kita..Barulah sempurna..

Jadi, ubahlah perangai dan aktiviti bersiri ini untuk kebaikan bersama.

INGAT!


Saturday, November 6, 2010

Putih yang elegan

Wanie suka rona putih. Putih menenangkan hati dan nampak elegan..Oleh sebab minat wanie putih, wanie pun beli la sebuah beg di sebuah outlet di Metro, Kajang..

Peristiwa membeli beg ni berlaku pada tahun lepas. Beg ni menarik perhatian sebab material dia lembut dan rekaannya memang kena dengan citarasa pemilik diari merah jambu ni..hee..

Tapi..semenjak sebulan lepas kot, beg itu tak dapat digunakan lagi, tali dia dah tercabut dan menyebabkan material dia terkoyak sedikit..alahai..

wanie, ko bawa apa dalam beg sampai jadi macam tu?
hee..macam-macam ada..

Hari ini, wanie bertekad untuk memulihkan beg kesayangan ni..jadi, wanie mulakan operasi menjahit! he2..

jadi tak jadi?


gelung besi tu la yang tertanggal..

dah terkoyak macam ni..yang sebelah lagi pun terkoyak macam ni


wanie pun jahitkan disekeliling 'ring' itu dengan gigihnya..


Setelah itu...wanie cuba letak sesuatu untuk sembunyikan kesan jahitan tu...hahha..memandai aje kan..

whatever...

-


-


-


-


-

tadaaaa...


hee..wanie letakkan reben untuk sembunyikan jahitan tu dan juga jahit manik bunga di tepi untuk kesan yang lebih dramatis..eh?


Ada cuba bergaya juga lepas siap..Alhamdulillah..nampaknya boleh la guna untuk jalan-jalan ni.

Sekian..



Friday, November 5, 2010

Dari dapur wanie

Haa..salam hari jumaat semuanya..macam mana hari ni? harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat..Ok..sudah tiba untuk segmen 'dari dapur' hee..

eh, wanie ni, banyak pula segmen dia..

mestilah..perempuan kan kena 'multitasking'..setuju?

ok..kali ni, wanie ada resepi ayam..ala, resepi orang belum kahwin je..oops..

Mula-mula gorengkan ayam dulu..

Selepas tu, senang saja, main campak aje bahan-bahannya selepas menumis bawang..

Gunalah sos cili, sos tiram dan segala sos anda..:p

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Bagi yang gemarkan ajinomoto, boleh masukkannya..
Oh ya, nak guna 'Knorr pasti sedap' pun boleh..tapi wanie tak ada bahan ni kat rumah..Jadi, guna yang mana ada la ye..

Masukkan bawang besar dan cili untuk rasa pedas sikit..

Ok, siap. Tak guna masa yang lama pun..


Tadaaa....


layannnn......

Boleh letakkan gegelung bawang besar a.k.a onion ring sebagai hiasan..Oh ya, wanie ada taburkan daun bawang sebagai hiasan warna dan bau wangi...nyum nyum...

Jumpa lagi nanti dalam segmen 'dari dapur' dengan resepi yang lebih menarik, insyaAllah..:)

Thursday, November 4, 2010

Wasiat 3 perkara

Salam pagi Khamis, pagi yang ceria dan tenang seperti biasa..Nampaknya cuaca bagus, bolehlah penduduk Galas, Gua Musang keluar pergi mengundi..Undi jangan tak undi..Tanggungjawab kan..

Hari ni, wanie nak kongsi satu wasiat yang berguna..wasiat yang sungguh bernilai..eh, bukan wasiat harta seperti cerita 3 Abdul tu ya..
2 malam lepas, wanie sukar melelapkan mata, haih..tak tahu la kenapa..Jadi, sambil-sambil tu wanie ulang baca buku yang elok tersusun di atas rak katil..

haa..boleh kongsi kat Bintang hati ni, tersenyum sendiri..

Rasulluah SAW, junjungan kita telah berwasiat kepada Abu Hurairah tentang 3 perkara.
Iaitu:

1. Puasa 3 hari setiap bulan

2. solat Dhuha

3. solat Witir sebelum tidur

(hadis riwayat Muslim)

Tersentuh hati bila mengetahuinya..Rupa-rupanya amalan-amalan itu memang khusus diwasiatkan..Sesungguhnya kita perlu sentiasa memperbanyakkan rukuk dan sujud yakni bersolat sunat..

hmm..kalau sudah biasa buat, senang saja kan..Tapi bagi yang baru nak mencuba, teruskan usaha itu untuk mendapatkan kemanisannya..

Antara kelebihan solat dhuha ni seperti hadis di bawah:

“Riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
 Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."

Subhanallah..

Puasa pula, seperti yang diketahui, dapat mencegah dari perbuatan yang kurang baik dan dapat meningkatkan keimanan jika dilakukan kerana Allah..

Jadi, apa tunggu lagi, kalau tak boleh buat semua, takkan nak tinggal semua kan..
Wanie berpesan kepada diri sendiri dan para sahabat supaya sentiasa bermuhasabah diri, mempertingkatkan amalan dan mencuba sedaya upaya kita serta sentiasa berdoa supaya istiqamah dalam amalan yang dilakukan.

Berdoalah selagi kita diberi peluang


Ok lah..jumpa lagi nanti..:)

Wednesday, November 3, 2010

Makeup simple pun boleh..

Orang kata 'makeup' ini tak perlu..Ada yang mengatakan makeup menutup kecantikan semulajadi. Ada juga menyatakan penggunaan makeup akan merosakkan kulit..dan tidak kurang hebatnya yang begitu memandang sinis orang yang menggunakan makeup.


YA, memang benar tanggapan itu...TAPI lebih tepat untuk yang bermekap tebal dan berlebihan..


hmm..meh sini cik wanie nak habaq mai..ehee..

Bagi wanie, penggunaan makeup perlu tetapi jangan sampai keterlaluan..bak kata kak bedah,
'over la mak aih..'


Pernah tak anda jumpa orang yang pucat lesu, tak bermaya..? bukan mereka sakit ataupun ada masalah yang menyebabkan mereka begitu..tapi, sengaja membiarkan wajah pucat dan kusam. Mungkin tiada siapa menegur mereka, ataupun dek kerana terlalu sibuk menguruskan banyak kerja, tidak sempat memikirkan soal itu..


alahai..jangan begitu kakak-kakak, adik-adik..oleskan sikit gincu lembut di bibir, akan menceriakan wajah anda insyaAllah..bukan beerti anda mesti dirias dan disolek tebal semacam tu..oh, wanie pun takut tengok..Tapi, hanya untuk menaikkan seri wajah..tak rugi pun, malah anda akan membuatkan keceriaan dan senyuman hari itu pasti menawan.
Bagi mereka yang sudah berkawin, sudah menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk mencantikkan diri mereka buat suami tercinta..dapat pahala yang sangat besar dari Allah..subhanaAllah..untungnya..
 
Tapi...
bila bercakap pasal bersolek ni, apa je yang dikatakan simple dan tak berlebihan?


ooh yang itu..senang saja..oleskan makeup ke wajah, tapi tidak merubah wajah asli kita (termasuk warna kulit asal). penggunaannya pula dalam kuantiti yang dirasakan dapat membuatkan wajah kelihatan 'segar', dan yang penting, kita yakin dengan penampilan itu. uhh..keyakinan itu penting..


Setuju?


haa..wanie ada petuanya..nak kongsi?jeng, jeng,jeng..

"BSY"
'bersih, semulajadi, yakin'
seperti daisy: bersih,semulajadi, yakin



Bagi wanie, bahan yang asas yang mesti ada ialah bedak asas, eyeliner, blusher dan lip balm/lipstick. Yang lain-lain tu, ikut kesesuaian..

Contohnya:

1. Selepas membersih, menyegar dan melembapkan wajah, kalau nak mulakan solekan, letaklah sedikit bedak asas supaya wajah nampak lebih licin.Jangan terlalu banyak..alamak...nanti kulit muka jadi lebih putih dari tangan pula..:p

2. Gariskan mata dengan eyeliner (hitam/coklat) secara tipis di bingkai kelopak mata bahagian atas dan bawah. Bagi yang baru mula dalam penggunaan eyeliner, wanie cadangkan guna yang 'pensel'. Kalau dah biasa, boleh je guna jenis apa-apa pun.Wanie lebih suka menggunakan yang tidak kalis air sebab senang ditanggalkan.


3. Layangkan pemerah pipi a.k.a blusher ke pipi..pilihan warna berdasarkan warna kulit wajah..haa..yang kat sini perlu pandai letak, nanti jadi macam encik 'badut' pula..masalah tu..



4. Oleskan lipbalm/ lipice/ lipstick secara lembut.Sebelum memakai gincu, eloklah menggunakan lip balm dahulu supaya bibir lembap dan sekata.


Biarkan solekan tampak semulajadi dengan hanya beberapa alat makeup saja..Jadi, tak nampak 'over'kan..malah, kalau kena caranya, nampak manis gitu..
yang penting, kena selalu pastikan wajah bersih sebelum dan selepas solekan, tampak natural dan kita yakin dengannya..insyaAllah..

Oh ya, jangan lupa untuk membersihkan wajah sebersihnya sebelum tidur sebab kulit kita pun perlu berehat waktu tu..




Walauapapun, semestinya kita mempunyai pendirian berbeza tentang sesuatu perkara. Jangan sampai kita terikut-ikut dengan stail dan cara gaya orang lain padahal ia tak kena dengan kita.
Jikalau dikritik, terimalah ia dengan minda terbuka..dan jangan berdiam diri saja, lakukan sesuatu untuk berubah ke arah kebaikan..


haa..lagi satu..sebenarnya, kecantikan itu terletak dari dalam..orang yang bersih hatinya akan selalu nampak tenang, segar, berseri dan sejuk mata memandang..insyaAllah..


hmm hmm...nak lagi petua? tunggu entri akan datang...
bila?
 wallahua'lam..:)

Tuesday, November 2, 2010

5 perkara itu..

Sungguh seronok ketika cuti,
dapat mengail bersama Pak Mat
kalau nak tau apa entri kali ini,
teruskan membaca hingga tamat

Dari pagi, kini menjelang tengahari..Hari yang menenangkan dan damai..hm, terasa ingin berkongsi sesuatu dengan para sahabat tentang pesanan yang sungguh berharga.

Pesanan apa ya?

Pesanan dari junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Semalam wanie terbaca majalah-majalah lama yang wanie simpan dan masih elok lagi..Ada beberapa petikan yang menarik hati ini untuk menjadikannya entri wanie buat ke sekian kalinya.

Ia tentang 5 perkara baik yang patut kita selalu sebut untuk mendapatkan kesedaran dalam menjalani kehidupan ini. Tidak dinafikan, ramai yang alpa dan langsung tidak menyedari yang kita semakin hari semakin menuju ke alam perhitungan..Ah, sungguh menakutkan!

Tetapi, kita diberi peringatan demi peringatan untuk terus membuat kebaikan di jalan Allah..InsyaAllah dengan kesedaran itulah kita dapat sentiasa bermuhasabah diri..

5 perkara itu ialah:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Basahkan lidah kita dengan banyak memuji Allah dan tidak melampau dalam memuji makhluk sehingga lupa siapa yang mengurniakan kebaikan itu.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Akhirat ialah tempat yang patut kita fikirkan dengan lebih berbanding dunia. Tetapi kita tidak boleh melupakan dunia kerana di sinilah kita seolah-olah 'menanam tanaman' menuju akhirat. Janganlah disebabkan hendak mengejar hal-hal dunia, kita lupa untuk bersujud 5 kali sehari, lupa tanggungjawab terhadap Allah..

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Sesungguhnya memikirkan tentang mati adalah sunat. Dengan memikirkannya, kita menyedari akan kekurangan amalan kita untuk bertemu dengan Allah..Contohilah sikap Saidina Ali r. Walaupun dijamin syurga, tapi Saidina Ali tetap mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat. Bagaimana pula dengan kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Semua kebaikan yang kita dapat itu datangnya dari Allah. Jadi, Allah lah yang patut disebut-sebut dengan banyak berbanding kita..Bimbang ia akan mengundang rasa ujub pada diri..

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban dan keburukan diri orang lain. Dengan merenung keburukan diri sendiri menyebabkan kita terselamat dari godaan syaitan untuk sentiasa menggelapkan hati umat manusia..


Ok sahabat..5 perkara yang kita patut renung dan fikir tentangnya..
Peringatan untuk diri yang lemah ini dan juga anda sekalian..

Semoga kita sentiasa diberi petunjuk ke jalan yang lurus..

Ya Allah, lindungilah kami dari segala tipu daya dunia..jauhkanlah kami dari godaan syaitan laknatullah..

amiin..

Selamat beramal dan selamat nasihat menasihati..

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget