sayyidul istighfar



Tuesday, November 2, 2010

5 perkara itu..

Sungguh seronok ketika cuti,
dapat mengail bersama Pak Mat
kalau nak tau apa entri kali ini,
teruskan membaca hingga tamat

Dari pagi, kini menjelang tengahari..Hari yang menenangkan dan damai..hm, terasa ingin berkongsi sesuatu dengan para sahabat tentang pesanan yang sungguh berharga.

Pesanan apa ya?

Pesanan dari junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Semalam wanie terbaca majalah-majalah lama yang wanie simpan dan masih elok lagi..Ada beberapa petikan yang menarik hati ini untuk menjadikannya entri wanie buat ke sekian kalinya.

Ia tentang 5 perkara baik yang patut kita selalu sebut untuk mendapatkan kesedaran dalam menjalani kehidupan ini. Tidak dinafikan, ramai yang alpa dan langsung tidak menyedari yang kita semakin hari semakin menuju ke alam perhitungan..Ah, sungguh menakutkan!

Tetapi, kita diberi peringatan demi peringatan untuk terus membuat kebaikan di jalan Allah..InsyaAllah dengan kesedaran itulah kita dapat sentiasa bermuhasabah diri..

5 perkara itu ialah:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Basahkan lidah kita dengan banyak memuji Allah dan tidak melampau dalam memuji makhluk sehingga lupa siapa yang mengurniakan kebaikan itu.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Akhirat ialah tempat yang patut kita fikirkan dengan lebih berbanding dunia. Tetapi kita tidak boleh melupakan dunia kerana di sinilah kita seolah-olah 'menanam tanaman' menuju akhirat. Janganlah disebabkan hendak mengejar hal-hal dunia, kita lupa untuk bersujud 5 kali sehari, lupa tanggungjawab terhadap Allah..

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Sesungguhnya memikirkan tentang mati adalah sunat. Dengan memikirkannya, kita menyedari akan kekurangan amalan kita untuk bertemu dengan Allah..Contohilah sikap Saidina Ali r. Walaupun dijamin syurga, tapi Saidina Ali tetap mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat. Bagaimana pula dengan kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Semua kebaikan yang kita dapat itu datangnya dari Allah. Jadi, Allah lah yang patut disebut-sebut dengan banyak berbanding kita..Bimbang ia akan mengundang rasa ujub pada diri..

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban dan keburukan diri orang lain. Dengan merenung keburukan diri sendiri menyebabkan kita terselamat dari godaan syaitan untuk sentiasa menggelapkan hati umat manusia..


Ok sahabat..5 perkara yang kita patut renung dan fikir tentangnya..
Peringatan untuk diri yang lemah ini dan juga anda sekalian..

Semoga kita sentiasa diberi petunjuk ke jalan yang lurus..

Ya Allah, lindungilah kami dari segala tipu daya dunia..jauhkanlah kami dari godaan syaitan laknatullah..

amiin..

Selamat beramal dan selamat nasihat menasihati..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget