sayyidul istighfar



Sunday, October 31, 2010

Motivasi dari bola

Hujan di luar tidak henti-henti semenjak pagi..sudah bermula musim tengkujuh agaknya..suasana dingin seperti ini kadang-kadang cepat untuk terlena dari biasa..Tapi, pastikan semua beres dahulu sebelum melelapkan mata ya..oh ya, blog pun kena 'update', kalau tak, sunyi sepi je Bintang hati ini..hee..

Semalam, wanie sekeluarga menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan..Alhamdulillah dan Syabas! Kelantan menang 2-1 dalam perlawanan yang agak tertekan pada mulanya itu. Red Warriors memang boleh!
Maklumlah, negeri kelahiran wanie, tentulah sokong ore kelate kito..hee


Sebenarnya wanie bukanlah peminat sukan ini, malah semua sukan wanie tak gemar sangat kecuali bola jaring, catur dan berbasikal kot..sebab yang tu wanie selalu main..he2..Tetapi semalam, wanie turut bersorak menceriakan ruang tamu kami sekeluarga memandangkan semua ahli keluarga kat rumah berkumpul, jadi apa salahnya wanie join juga mencukupkan keluarga kami di situ( kecuali kak ngah yang berada di Kuantan)..amboi, ambil bakat jadi 'cheer's girl' sewaktu tingkatan 2 dulu la tu..eh, bukan yang pakai skirt tau, geng 'cheers' sekolah agama..faham-faham la kan..hee..tapi seronok juga..

haa..tips untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga: menonton bersama. Dalam ilham ilmu (blog kedua ku) juga wanie memuatkan isu yang sama..

Wanie suka melihat sesuatu perkara itu dari sudut motivasi. Ya, memandangkan motivasi sangat penting untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Selepas perlawanan itu tamat, wanie terfikirkan sesuatu..sesuatu yang boleh kita ambil iktibarnya..

Apa ya?

Tentang semangat yang perlu dicari walaupun keadaan yang sengit terpaksa ditempuh. Kepada yang menonton perlawanan semalam, pasti tahu yang permainan pasukan Kelantan tidaklah begitu menarik pada separuh masa pertama, lebih-lebih lagi apabila pasukan Negeri Sembilan berjaya membuat jaringan gol pertama 1-0. Tetapi pasukan Kelantan tidak berputus asa, mereka mendapatkan semangat yang kental sewaktu separuh masa kedua dan bermain dengan penuh cemerlang..haa..ini yang kita nak, terus memacu kecemerlangan.

Gagal buat kali pertama tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Tiada kamus atau cendekiawan mentafsirkan 'gagal' seperti itu. Walaupun semua perancangan sebelum ini seakan belum menjadi, jangan sesekali berputus asa, itu tandanya kita belum cukup bersedia untuk sesuatu perkara dan memerlukan kita mencari sebab yang memungkinkan permasalahan itu. Jadi, berusahalah sahabat untuk meraih cita-cita..sebab ia tidak datang dengan percuma tanpa usaha, doa dan tawakkal kepada Allah..

Jadi, apa tunggu lagi, bina motivasi anda sekarang dan mulakan langkah pertama..
insyaAllah, BERJAYA!
Semangat dan motivasi ada di mana-mana kawan..
malah, jika kita tengok sebatang pokok pun ia boleh memberikan motivasi kepada kita..

haa, motivasi dari pokok? boleh ke?

boleh..hari tu di entri lepas-lepas wanie ada cerita pasal pohon semalu kan?

nanti, ada lagi pokok lain yang sangat menarik perhatian ini..Nak tahu?


tunggu entri-entri akan datang ya..


don't miss it! :)

Saturday, October 30, 2010

Al-jannatul Ajilah

Ahli sufi pernah berkata:
"carilah syurga yang disegerakan di dunia (Al-jannatul Ajilah) yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga di dunia lagi, maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat kelak".

Benar bukan?
Ketenangan hati membuatkan seseorang itu berasa mudah, tidak perlu gusar, setiap yang dilalui diiringi dengan senyuman dan kesyukuran walaupun dihimpit kesedihan..

Wah, hebatnya orang yang tenang..

Bagaimana mahu mendapatkan ketenangan itu sedangkan hati sentiasa tidak tenteram dek kerana sikap sendiri yang negatif? 
Ya, berdoa..dan dekatkan diri dengan Allah..

Jika masih diberi kesedihan, kesukaran dan kesakitan, bukankah ia sebagai penghapus dosa kita?

Penghapus dosa?

Ya, Ini boleh membuatkan hati seorang mukmin sentiasa gembira bila menghadapi masalah, kesusahan dan kesedihan bila membaca hadis ini..

Abu Sa'id dan Abu Hurairah( semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka) meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW berkata," tidak ada keletihan, atau penyakit, atau keresahan, atau kesedihan, atau kedukaan, atau penderitaan yang menimpa seorang muslim, walaupun sekadar tusukan duri sekalipun, melainkan dihapuskan oleh Allah sebahagian daripada dosanya."
(Al-Bukhari dan Muslim)

Subhanallah..Allah maha penyayang, penyayangnya Allah sehinggakan masih ada peluang untuk mengurangkan dosa kita bila menghadapi kesedihan! Jadi, La Tahzan, sesungguhnya Allah bersama kita..

Apa yang penting, sentiasalah mengingati DIA samaada sewaktu kita sedih mahupun gembira kerana Allah sesekali tidak pernah melupakan kita..


Semoga setiap hari memberikan pengajaran untuk kita menjadi muslim yang baik, insyaAllah..Aminn...:)

p/s: Ya Allah, semoga keluarga yang ku nantikan itu dipenuhi dengan cahaya ketenangan..amiin..

Thursday, October 28, 2010

Anda pengguna, saya pun pengguna..

Sebelum entri ini diteruskan, wanie nak maklumkan pada semua sahabat yang akaun Facebook wanie sudah wanie 'deactivate' lebih kurang 3 minggu yang lalu.
 Kenapa?

Kerana wanie tidak suka menggunakannya. Tetapi, mungkin akan aktifkan kembali jika perlu berbuat demikian. Harap maaf ya.

Ok..wanie sebenarnya masih lagi dalam mood tatasusila, budi bahasa dan nilai kesopanan. Kalau semalam, wanie cerita tentang komunikasi bersemuka kan?

Kali ni, komunikasi tidak bersemuka..
aik, macam mana tu?

Teruskan membaca.

Anda pernah memandu kenderaan? Ada lesen tak? Mesti ada yang baru mendapat lesen seperti wanie ni kat sini kan..hee..
hm, semakin lama memandu, semakin banyak ragam manusia yang dapat wanie lihat. Kalau tak salah orang, salah kita..macam-macam yang boleh berlaku di jalan raya, yang menakutkan, bila ia datang secara tiba-tiba.

Wanie suka nasihatkan di sini kepada semua pemandu, patuhilah arahan dengan betul, bersabarlah di jalan raya sebab ia untuk kegunaan ramai. Jangan main hentam saja, menghimpit kereta orang tak tentu pasal..
Wanie percaya, ramai pembaca yang tertekan dengan kerenah manusia di jalan raya, ada tu, bukan lorong dia pun, main masuk je..padahal kereta di belakang berderet. Lagi-lagi kalau kereta kita ni ada tanda 'P'..alahai, macam kena buli la kot..huu..geram juga kadang-kadang.

Sabar..sabar..Bukan semua juga macam tu..

Ada yang baik dan berhemat..

Wanie masih teringat..Sewaktu hendak pulang dari mengajar tuisyen, jalan agak sesak dengan deretan kereta menunggu lampu isyarat..Susah betul untuk membelok ke jalan yang dihajatkan, terpaksa menunggu dengan sabar dan penuh pengharapan...

Tiba-tiba...(ada lagu hindustan di sini..)

Seorang pemandu lelaki memperlahankan keretanya dan memberi isyarat kepada wanie supaya masuk ke laluan itu..

Wahh...

Hati ini sungguh bersyukur dan seronok. Ada juga pria yang hendak menolong..terima kasih..awak sudah memudahkan laluan saya..Alhamdulillah, wanie dapat pulang sebelum hari sudah lewat petang..

Bersopan dan berhati-hatilah dijalan raya ok..
"Cara anda memandu menggambarkan keperibadian anda"

p/s: jangan lupa bawa lesen memandu yang sah..

Wednesday, October 27, 2010

Ya, boleh saya bantu?

Kempen kesedaran tentang budi bahasa ada baiknya. Rakyat malaysia tentunya lebih bagus dari segi kesopanan, etika mahupun nilai.
Tapi masih ada yang lokek dari segi cara berkomunikasi dengan masyarakat, seolah-olah tidak tahu cara yang sepatutnya untuk mereka berhubung.

Terutamanya yang bekerja di kaunter-kaunter pembayaran, kedai francais dan juga kaunter pertanyaan. Wanie pernah berhadapan dengan golongan yang seakan-akan terpaksa untuk bercakap.

Hari tu, wanie menemani sahabat ke pusat kesihatan dan kecantikan yang terkenal dan barangannya pula agak mahal la kan..Pada mulanya, wanie terpesona dengan hiasan dalaman kedai, tapi..cara layanan jurujual di situ 'kureng sikit'..Sepatutnya, perlu lebih bersemangat melayan sahabat wanie yang memang bersungguh-sungguh mahu membeli produk yang syarikat itu banggakan, harganya pun hmm..boleh tahan. Ni tak, macam dia pula yang datang untuk membeli..huu..alahai cik kak ni...
Begitu juga dengan kaunter restoran francais..Anda bukan sahaja perlu bertanya dan mengira jumlah pembelian dari pelanggan, anda juga perlu melayan pertanyaan pelanggan..Ni tak, kalau tanya lebih sikit, mula tunjuk muka tak puas hati..alahai..tak sopan langsung la.
Jangan macam ni. Kita tak rugi sikit pun kalau menceriakan dan menyenangkan hati orang yang berurusan dengan kita. Bukankah itu juga dikira kebaikan? tak nak kebaikan ke? Lebih-lebih lagi, pelanggan tu ada dari golongan warga emas dan juga kanak-kanak yang mungkin kurang faham untuk bertanya. haa..kalau asyik 'buat muka' saja, macam mana lah pelanggan anda nanti..
Mungkin banyak lagi yang mereka perlu pelajari tentang cara berkomunikasi..jangan malas buka buku, guna nasihat orang lain dan praktikkannya.

Di sini, wanie suka ingatkan diri sendiri dan juga pembaca yang sudah bekerja yang kita kerja ni berbayar..orang bayar kita kan, jadi cubalah usahakan sebaik mungkin untuk bekerja bersungguh-sungguh. Jangan fikir kerja anda senang, anda buat macam tu sahaja. Tak baiklah macam tu. Walau apapun kerja (yang halal) ia mempunyai tanggungjawab yang mesti dilakukan sebaiknya baik yang sekecil-kecil kerja sehinggalah setinggi-tinggi jawatan. 

Ni ada pantun sikit:


Ramai orang suka kamera,
Sony ada Nikon pun ada,
budi bahasa cara gaya anda,
amalkan ia setiap masa 

Monday, October 25, 2010

Cinta berkompas..

Wanie mengucapkan selamat datang buat mereka yang baru membuka bintang hati ini, baru berjinak-jinak orang kata..hee..eh, ni bukan merpati tau. :p.
Sudah lama wanie tidak memuatkan entri yang berunsurkan ilmiah melalui pembacaan dan pengalaman sendiri. ah, maklumlah seminggu dua ni asyik sibuk dengan aktiviti bersama keluarga. kena upload gambar dan mengabadikannya dalam blog kesayangan ni juga..ye la, ada juga yang suruh upload kan via blog..lebih jelas dan bersifat peribadi sikit..hmm..mungkin..

Oh ya, alhamdulillah..beberapa bulan yang lepas (dah lama da..) wanie sudah pun menghabiskan pembacaan buku terbitan 'rijal media' sebelum pulang ke rumah setelah tamat belajar. hm, lagipun, tidaklah tebal sangat, 114 muka surat saja..tajuknya? hmm.."Kompas Cinta". Penulisnya A.Ubaidillah Alias. Menarik? ya, selogik tajuknya. Begitulah cerita di dalamnya..
Bagi wanie, buku ini menerangkan kita bagaimana untuk melakar cinta yang diredhai, sudah tentu jawapannya seperti yang disangkakan iaitu cinta yang disaksikan ijab dan kabulnya, bukannya cinta remaja masa kini  yang tiada hala tuju. Jadi, cinta juga perlu berkompas supaya kita tidak terkapai-kapai.

Sesungguhnya, beruntunglah seseorang itu jika cintanya diberi dan juga diperoleh dari insan yang sememangnya layak dan halal untuknya. Lebih-lebih lagi cinta itu belum pernah dicemari atau dikongsi  kepada orang lain selain yang halal..Dan ianya disandarkan pada keredhaan Allah..

haa..ada yang menguntum senyum tu..:)

Antara yang menarik hati yang nak wanie kongsi di sini ialah tentang bagaimana hendak mempersiapkan diri kita sebelum ke alam rumah tangga, iaitu cinta yang diredhai..ye la, sekarangkan masih awal dan baru saja nak masuk alam pekerjaan dan kewangan pun belum stabil. Perasaan ingin cepat mengadakan majlis walimah tu ada juga, tapi banyak lagi yang perlu disiapkan..hmm..sebelum itu, ada caranya untuk kita selalu dekatkan diri kepadaNya. Ada 5 asas yang boleh kita sematkan di hati dan pelajarinya untuk persediaan diri sendiri. Suka wanie kongsikan di sini antara intipati yang ada dalam buku tersebut..


Apa ya?
1. perbaiki kelemahan diri dari aspek pengurusan dan pengetahuan am. contohnya berkaitan kewangan dan bagaimana menguruskannya dan lain-lain.

2. memperbetulkan bacaan Al-Quran dan memahami terjemahannya.

3. memperbanyakkan pengetahuan tentang sunnah Nabi Muhammad. Ini kerana, rasulullah saw adalah contoh manusia terbaik yang boleh diteladani.

4. menguasai hukum fardu ain terutamanya dalam bab bersuci.

5. mempelajari batasan halal dan haram dalam pencarian rezeki.

Semoga kita sentiasa mendapat kebahagiaan yang dicari..Amiin..:)

P/s: Mengapa memperjudikan hidup dengan cinta murahan sedangkan yang asli, jitu dan indah kita juga yang menentukan..(Dr.HM Tuah)

Sunday, October 24, 2010

Entri main-main

Baiklah teman-teman (macam indonesia la pula), Hari tu, alamak, lupa pula tarikhnya, sepupu wanie, fatin menyambut hari lahirnya..ia disambut bersama abangnya juga iaitu fakhrie..kesian fakhrie, hari lahirnya jatuh pada bulan puasa, jadi tak ada orang sambut dengan kek pun...ehehe..jadi, buat untuk dua-dua sekali lah kali ni..

Happy birthday my sweet cousins..:)


Sambil menunggu kek sampai..

Oh ya, hari tu wanie ada 'upload' gambar anak sepupu wanie si Dayana kan?Ha..ni gambar dia lagi..cak!


Sedang memerhati..

Itulah saja entri main-main hari ni...

ya? apa? perkembangan terbaru wanie? hee...sekarang ni wanie dah join 'membership' Watsons..
tak percaya?

tengok ni:

-



-



-




-




siap ada kad lagi..:p

Nak tau lebih lanjut, layarilah www.watsons.com.my

Friday, October 22, 2010

KMNS dihatiku..

Selamat hari jumaat semua..penghulu segala hari..
Jadi, sudah ada rancangan hari ni? Di kelantan, hari ni hari minggu..mesti ada yang nak keluar jalan-jalan, makan-makan, ziarah menziarahi, ataupun nak duduk berehat di rumah saja. Terpulanglah kepada individu..

Semalam, wanie ada buka 'folder' gambar-gambar sewaktu di matrikulasi dulu, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah..Alahai, rindunya zaman tu..walaupun ia tak lah menyimpan banyak kenangan kerana sekejap je di matrikulasi, 1 tahun je, tetapi, memori tu tetap diingati..
Mana taknya, waktu tu la wanie pertama kali tinggal di asrama..fuyoo..cabarannya sungguh besar..

Tetapi, dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan dari sek. naim juga, dapatlah mengubat rasa rindu, 'homesick', dan mengeratkan persahabatn kami sehingga sekarang..

What a wonderful moment!

Masa tu, wanie dan rakan-rakan belum memiliki kamera digital sendiri. yang ada pun kamera filem (kodak)yang begitu kami jimatkan untuk acara-acara tertentu..alahai, 'budak-budak'nya rasa diriku ini bila menatap gambar-gambar silam..
nak tengok juga?

jom...
nanti anda teka mana satu wanie ya.. :p

Ni adalah praktikum wanie H3P3..ataupun Hayat 3 Praktikum 3

Ni pula antara Naimians yang turut bersama...

Nak bermain bola jaring ni..posing dulu..

Sewaktu acara yang praktikum kami anjurkan..sangat seronok!

Checkpoint wanie dan ain..

Sekarang ni, semua dah ada tanggungjawab masing-masing, yang dah kerja pun ada kot..

ok, cik wanie nak berpantun ni, ewah..

Nasi kerabu nasi dagang,
enak di makan setiap hari.
kalau ada umur yang panjang,
nanti boleh jumpa lagi.

p/s: kredit kepada ain roslan a.k.a ain tulipps untuk gambar-gambar di atas..jasamu dikenang..hee..

Thursday, October 21, 2010

My agar-agar milo..

Selamat pagi encik-encik, cik-cik, kakak, abang, adik dan kawan-kawan...salam ceria di hari khamis..

Semalam wanie ada menggantikan kelas tuisyen untuk pelajar Maahad perempuan di Kota Bharu..Ok juga mengajar mereka..Semuanya nampak bersemangat dan disiplin yang tinggi..Sudah dua kali wanie menggantikan kelas yang sama..ramai juga pelajar sains kat situ.

ehm, tak nak la cerita pasal tuisyen..nanti update juga dalam 'ilham-ilmu'..

 Oh ya, dua hari lepas, wanie ada membuat agar-agar..hee..maklumlah, resepi agar-agar ni senang nak buat..tambahan pula, wanie memang suka makan.

Namanya 'agar-agar milo'..Ada juga wanie ubah sikit dengan cara penyediaannya..

Bila makan sejuk-sejuk, uuhh...sedapnya..

Tambahan pula, cuaca di waktu tengahari memang panas terik semalam..Alhamdulillah, dapat la dikongsikan dengan keluarga..

haa..ni la rupanya agar-agar milo cik wanie..nak rasa? cuba sendiri resepi ni ya..

oh ya, nak resepi? jangan segan untuk hubungi wanie melalui emel ni:
wanie_dhiya87@ yahoo.com

OK..semoga berjumpa lagi dengan pelbagai tips, cerita dan idea...daa, mohon permisi..:)

Wednesday, October 20, 2010

Jaga luar dan dalam..

Cak! ha..bersua lagi kita ye..Tips kecantikan kembali lagi...seronoknya.. Untuk kita-kita aje! hee..

Tapi sebelum tu...ok tak anda di sana? ada rasa bagus tak? elok la tu..jangan rasa tak bagus pulak, sebab kita dicipta untuk mengindahkan hidup ini, jadi kena selalu rasa bagus untuk hidup ceria dan gembira..jangan bagi tekanan melampau pada diri anda..
bertenang dan berdoalah supaya diberikan jalan penyelesaiannya..

Orang sekeliling perlu lah disapa, jangan buat dek aje, barulah kita senang didampingi..ada sesetengah orang tu, jangankan nak tegur kita yang duduk sorang-sorang ( sama jantina tau, kalau jantina berbeza tu, maknanya nak ngorat la tu..hee..hati-hati untuk menegur tak tentu pasal), nak senyum pun payah..haih..tak baik tau macam tu, manis-maniskan wajah dengan senyuman..Kalau yang tak berapa cantik sangat, akan jadi cantik,kalau yang sudah sedia cantik, lagi cantik..insyaAllah..Awak tak nak ke jadi cantik cik jah?

Hmm...kalau tanya cik jah, mesti lah dia nak..eh, ada ke orang tak nak cantik?  wanie pun tak tau, tak ada kot.

Cakap pasal cantik ni, ia berkait rapat dengan penjagaan kan? bukan apa, ia mencerminkan personaliti diri..Jaga lah ia mulai sekarang, zaman muda trang tang tang orang kata..Baik dari segi kulit wajah dan badan..ish, penting tu..bak kata iklan, 'untuk mengelakkan kulit kusam'..
Yang penting, mestilah ada CTM :

1. mencuci wajah dengan pembersih (cleanser) dan lapkan dengan tuala muka yang bersih.
2. jangan lupa sapukan penyegar (toner) dengan menggunakan kapas muka untuk menutup pori-pori yang terbuka setelah pembersihan tadi.
3. lengkapkan dengan pelembab wajah (moisturizer)untuk melembapkan kulit..

Ketiga-tiga perkara ni wajib  mesti dipakai setiap hari. wanie cadangkan gunalah produk yang sama untuk ketiga-tiganya..

Jangan pula mencuci wajah kerap kali..cucilah dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu hendak tidur.

eh, tapi jangan cuba-cuba buat pembedahan pula semata-mata untuk cantik..kalau tiada sebab yang membolehkan dari segi syarak, janganlah buat ya..Allah dah cipta kita dengan cukup sempurna..kita perlu jaga je dengan baik..bukankah kita ni sebaik-baik kejadian?

Setakat ni dulu untuk tips kali ni ya..

Akhir sekali, wanie nak ambil kata-kata dari Dr.HM Tuah sikit ni:
"Tamsilan indah seorang wanita itu bukan sekadar wajah tapi keseluruhan hingga layak digelar wanita"

Fikir-fikirkan lah..Kerana diri kita begitu berharga.

Monday, October 18, 2010

Pasta bakar bersos..

Hari ini kerajinan datang..jadi wanie manfaatkannya dengan memasak sesuatu yang bahan mentahnya memang sudah ada di dapur..

ok..hari tu, ada beli spaghetti tapi belum dimasak semuanya..sos prego pun masih ada..termasuklah mozarella..Jadi, wanie cuba search dalam bahagian 'mari memasak' di blog wanie ni..haa..jumpa pun sesuatu yang dapat dimasak..

jeng jeng jeng..cuba teka apa dia cik jah?

PASTA BAKAR.

sedapnya bunyi..ok..cuba buat dulu baru dapat buktinya kan?

Senang je nak buat ni kalau semua bahan ada..cuma wanie ubah sikit, wanie tak guna isi ayam hancur, tapi wanie gantikan dengan Ayamas meat ball..ala, guna apa yang ada je..

Ini yang siap untuk dibakar..sebelum tu perlu digoreng dahulu..

Selepas 40 minit dan dikeluarkan dari bekasnya, beginilah hasilnya..

wanie potong sikit untuk rasa..citarasa wanie mesti ada sos..baru lengkap..hee..

Alhamdulillah, dapat dihidangkan kepada kawan-kawan abang cik yang datang untuk 'study group' tadi..

sedap ke tidak?
haa..anda cuba la sendiri ya..kalau nak resepi lengkap, sila emelkan kepada wanie di
 wanie_dhiya87@ yahoo.com
selamat mencuba...

Pagi semalam

Salam kemesraan semuanya..Sebenarnya dari pagi semalam wanie nak update Bintang Hati..tapi, tak sempat dan perlu mengajar tuisyen pada sebelah malamnya. Tapi tak apa, wanie teruskannya di waktu yang damai ini diiringi dengan lagu Dato' Siti Nurhaliza, senyum minang manis...(best lagu ni, vokal terbaik...).

Semalam kan, ada satu peritiwa mengejutkan di Kampung kami..Nak tau?
Waktu tu, lebih kurang jam 6.50 pagi..baru je lepas cakap dengan mama dan masuk ke bilik, tiba-tiba wanie terdengar satu bunyi yang sangat kuat!!

DUMMMM!!!

Macam bunyi satu benda berat yang jatuh dari atas.

Rupa-rupanya satu kemalangan berlaku membabitkan dua buah kereta di persimpangan lorong SK Sultan Ismail 4, dekat je dengan rumah wanie sebab itu jalan utama..

Dua-dua kereta tu teruk. Satu Unser, satu Mercedes..bahagian depan memang tak macam kereta dah..
Semua yang mendengarnya keluar untuk melihat..maklumlah tengah orang nak pergi kerja dan sekolah..

Kelihatan pemandu Unser itu seorang wanita dan bersamanya dua orang pelajar sekolah rendah itu..Dan pemandu mercedes seorang lelaki dewasa. Anak yang paling kecil itu ditenangkan oleh ibunya..

Penduduk kampung kami memang bagus..lantas, membantu mangsa, menghubungi ambulan, polis dan sebagainya.
Alhamdulillah..tiada kemalangan jiwa berlaku..Tapi..tak tau la kalau melibatkan motosikal..nauzubillah..
Ia memang boleh diketegorikan sebagai teruk juga bila melihat kepada keremukan kereta mereka..Kemalangan arah bertentangan, mana tak teruknya..

Ada yang mengambil gambar..wanie tak dapat nak ambil gambar kalau situasi macam tu..

Makcik yang menjual makanan pagi di depan kejadian itu , ketika masih di rumahnya, beliau sangka mungkin ada rumah yang meletup gara-gara bunyi yang sangat kuat tadi..rupanya ia sebuah kemalangan.
(Tengok, kuat kan bunyi tu..)

Keadaan terkawal 1 jam lebih selepas itu..Syukur, tiada yang cedera..

Jadi, banyak peringatan untuk kita di sini..sentiasa berhati-hati ya sebab malang tak berbau..doa jangan lupa nak baca..oh ya, wanie ada letak doa menaiki kenderaan di entri-entri terdahulu..tak ingat? ok, klik SINI

p/s: wanie dapat hadiah dari pelajar malam semalam...seronok betul..sebatang pen Unic..:)

Friday, October 15, 2010

Dosa gugur daripada celahan jari..

Nampaknya malam masih muda..belum rasa nak tidur..
haa..apa kata wanie kongsikan sesuatu di sini..ala..macam biasa la kan, kalau tak nak berkongsi, tak payah ada blog..hee..kidding.

Sudah solat isyak semuanya (yang beragama islam)? harap kalau sudah solat, masih kekal wuduknya..
issh..tak tahan la wuduk lama-lama..ada je gangguan..
hmm..kalau boleh usahakan, cuba lah sentiasa berwuduk ya, supaya hati akan menjadi semakin tenang dan berada di dalam keredhaan Allah sentiasa, insyaAllah..

wuduk yang sempurna memberikan kenikmatan dalam beribadah

Ok..memandangkan cakap pasal wuduk, wanie nak kongsi sikit la pasal wuduk ni kan..
Bunyi macam mudah je kan, tapi banyak fadilat dan keistimewaan orang yang mengambil air sembahyang dengan tertib dan penuh kesungguhan..

Ya..ada hadis Rasulullah yang mengatakan:

"sesiapa yang berwuduk dan dalam melakukan wuduknya itu dia berserah semata-mata hanya kepada Allah, lalu dia pula mematuhi segala rukun tertibnya yang betul, maka nescaya akan keluarlah segala dosa-dosanya daripada seluruh jasad hatta dosa yang ada tersangkut pada celah kukunya pun akan mengalir jatuh bersama air wuduk itu."
 hadis ini riwayat Muslim dan Al-Nasai'.

SubhanaAllah..begiru hebat orang yang menjaga kesempurnaan wuduknya kan?Bayangkan dosa-dosa kita boleh keluar macam tu je...takkan tak nak dihilangkan dosa? sungguh mudah ni..
Jadi, jangan lah kita terburu-buru sampai tidak sempurna terkena air ketika mengambil wuduk..
Tahukah para pembaca sekalian, sempurnanya wuduk boleh menyumbang kepada khusyuknya solat kita, insyaAllah...

ok..di sini juga, wanie sertakan doa selepas mengambil wuduk..jangan lupa amalkannya ok..


Jangan malas-malas ya..

p/s: gambar dari google

Like and dislike..

Sila maafkan saya kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini..bukannya sengaja tapi memang itu perancangan wanie..apakah?

Seperti yang diketahui, blog ni wanie suka untuk cerita (samalah kalau sewaktu mengajar) kan..pasal aktiviti yang menarik, pasal cerita terkini dan juga pasal sahabat wanie..siapa? bukulah..hee..Huh, banyaknya cerita pasal dia..eh, suka hati lah..dah namanya pun blog wanie..ha2..kidding.

Pagi jumaat ni, sungguh mendamaikan..aktiviti hari ni banyak kepada 'penjagaan diri'..Ye la kan, hari macam ni la, nak cek kuku..eh, spot check pun ada? he..bukan spot check, tapi ia memang rutin jumaat..

Sementara tunggu nak sarapan kejap lagi, apa kata wanie kongsikan sikit perkara yang wanie suka dan tak suka..apa? sudah bagitau? tak apa..ni untuk tambah yang mana kurang je dan sebagai menjawab pertanyaan kawan-kawan (macam lah ramai yang nak tau)..hee

Tak nak tau?ok...sila klik 'cross button' di hujung penjuru kanan laptop anda..=p

Wanie suka:
1. membaca
2. menghias
3. shopping


wanie lebih suka:
1. membaca buku-buku motivasi dan majalah RAPI
2. menghias bilik sendiri dan blog
3. 'window shopping' dan membuat gaya sendiri yang dirasakan sesuai


wanie tak suka:
1. Facebook'ing'
2. menonton TV terlalu lama
3. lagu barat


wanie lagi tak suka:
1. orang yang menyakitkan hati wanie dan orang lain
2. orang yang kedekut senyuman
3. ego yang melampau

haa..sudah tau cik jah? ini sahaja yang dapat wanie kongsikan..yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..

Nanti, wanie kongsikan perkara yang lagi menarik, insyaAllah..jaga diri anda ya dan ingat senyum itu manis, jadi, maniskan hari anda dengan kuntuman senyuman..


p/s: selamat hari jumaat dan semoga sentiasa mendapat keberkatan di hari yang mulia ini..daa..

Sunday, October 10, 2010

One in a million..

Before furthering this entry...don't forget that today is so wonderful with the date! hee..
10.10.10...amazing right?

i wish i can get something special on this beautiful-like date..11.11.11 or 12.12.12 ...well, lets wait and see..

Ok..back to my original entry for today..hm..looks like i wanna share some activities with u all..
Yesterday..i was so happy because my sister, farah came back home for her weekend break. well, like her sister, always 'miss' our family and home..

So, i took this opportunity to go out together, fullfilled our splendid time..we enjoyed our favourite meals, hanged out for a window shopping..what else..oh yes, went to the book fair! what an enjoyable day..

This is the most cute girl after myself...:p

Wait..tonite, as she will go back to her hostel, we will cook together..guess what recipe? spaghetti of course! because it is so easy..hope so..

ooh..have to go..time to solat..see you then..

p/s: congratulation to Dr. Sheikh Muzaffar Shukor and Dr. Herlina for their wedding today..ooh i have a great time with Dr SMS 2 years ago...ok, i put it again in Bintang hati...hee..

After giving his educational speech to the MRSM Pengkalan Chepa students, my family and i took that golden time to be in picture with him..and as expected, so kind, polite and handsome 'Angkasawan', of course..Thank you very much to my uncle upon this chance to meet him face to face..

Saturday, October 9, 2010

Pokok perempuan

“Dan siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh dan dia mengatakan: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Islam).”
 (At-Taghabun:16)

 
Ambillah contoh dari pohon semalu..pohon semalu? ya..pernah tengok tak?
ok..tak pe..wanie tunjuk ya..

haa..ni lah pohon semalu..nama saintifiknya mimosa pudica..

Sewaktu berjalan-jalan di kampung abah semalam, wanie terpandang pokok-pokok semalu yang bertaburan di tepi jalan..apa lagi, kalau nampak je pokok yang unik bagi wanie ni, terus je nak sentuh..nak tengok 'aksi' yang memang mengagumkan wanie sejak pertama kali melihat pokok ini..Subhanallah..

Inilah pokok perempuan! eh..bukannya bunga ros, bunga melor dan lain-lain bunga yang wangi ke diibaratkan sebagai perempuan?
ya, memang lah..tapi itu untuk menunjukkan kecantikannya..

Wanita solehah ibarat pohon semalu..menguncup apabila disentuh..malu bila didekati, melindungi tubuhnya..Ia bukannya tidak cantik, malah kerana kecantikan itulah dia berusaha untuk menutupinya..

Pokok pun tau untuk malu..malah, menjelang waktu senja, ia akan turut menguncup..ibarat isyarat kepada wanita supaya pulang ke rumah, memelihara kehormatan diri..

ya, kita boleh 'berguru' dengan sifatnya itu untuk cuba memperbaiki diri ke arah lebih baik..insyaAllah..moga dipermudahkan urusan..

p/s: jaga-jaga, pokok semalu ada duri. kalau mencabutnya dengan rakus, akan dapat kesakitan nanti pada orang yang memetiknya..

Wednesday, October 6, 2010

Entri realiti

Dengar tak 'background music' ini (pada ketika entri di pos)..Ini lah lagu 'PadaMu ku bersujud'..Kadang-kadang lagu yang baik boleh memberi keinsafan..justeru, mencari hiburan tidaklah salah, cuma perlu tahu jenis hiburan mana yang tidak lagha dan tidak memberi kesan negatif pada diri..
setuju tak?

Dari semalam berfikir, berfikir dan berfikir...kuat tak hati ini  sekarang? macam mana mahu tahu hati kuat tak? ok..untuk wanie senang saja...ada tak dalam satu hari tu tak menangis bila terfikirkan masalah? kalau wanie tak menangis, kira hati kuat la tu..hm..memang.

Dalam buku soal jawab tentang solat ada menyatakan tentang antara tanda solat yang berkesan ialah:

"hati yang khusyuk dalam solat dapat menjadikan diri sentiasa berasa tenang"

Benar. Jadi, bagaimana dengan hatiku sekarang? tenang atau tidak dalam menghadapi dugaan? redhakah dengan setiap masalah? Masih adakah senyuman berlesung pipit pada mereka yang memandang? 

Hanya Allah dan diri sendiri yang tahu..



Sekarang ni, tumpukan pada pencarian pengalaman melalui pembacaan, kerana dari situlah boleh jadi kita beroleh keampunan bila tersedar dari lamunan..

Ya Rabbi..bantulah kami dalam menghadapi realiti dan redhaMu jua aku mohon..

Tuesday, October 5, 2010

PadaMu ku bersujud

Ku menatap dalam gelap,
tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
kurniamu dalam sunyinya aku bersujud

Lirik lagu dari Afgan..sangat menyentuh kalbu buat pertama kali wanie mendengar dan menghayatinya..Ia tentang seorang hamba yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan bertaubat..Jika anda sedih, segeralah mohon padaNya untuk menenangkan jiwa itu dan kembali bersemangat..Sesungguhnya Allah sangat suka pada hamba-hamba yang selalu berharap kepadaNya..
Ya Allah..ampunilah aku dan kuatkan semangatku..
amiin..

Sunday, October 3, 2010

Because you're worth it..

It was an enjoyable day hanged out with my bestfriend, Shahirah. We always meet each other but not that often..We did'nt make it during last Aidilfitri due to out of time.. As sha is going to have a new job today, so, we decided to make a reunion yesterday..together celebrated her oncoming bithday..Actually i noticed her birthday earlier and wished to make a surprise on her..

Yes, i did it..but an error had occured..hee..

ok..nevermind..

We took some snapshots in a small cute 'hut', our birthday celebration's venue..

The purple handset keychain is for sha whereby the soft pink colour is mine..like a twin!

Yes, i know sha..u 're hungry enough...lets enjoy the delicious 'cintaku' recipe...

uhh...i'm not ready yet..but it's ok..just put in...

Luckily i brought my Sony..and this was a really happy time with such a good, caring friend..

Happy birthday my dear..i wish you are always happy and be a good muslimah and success in your career..insyaAllah..."Sanahilwa ya jamilah..."


Ahaa...While going on a window shopping, i also gave some rewards to myself due to...shh..it's secret..he2..

Oh my dear readers including silent readers, here i advise you to always appreciate yourself by reward something to you. 
YES, YOU.
But do not burden yourself so much to buy such an expensive one ok..but it's up to you if you are a rich person and affordable..

ok..i give you an example...let's say, you have a 'long journey' to finish your work and at last it's done! So, it will be more practical to give something special for youself upon finishing the heavy job..another ways to say thankyou to yourself. 

I got this nice advice from my motivational books..and yet, i always practice it especially when there are enough 'notes' in my purse...hee..  
So, guess what are the things that being rewarded to myself yesterday ?
-
-
-


-

-
taraaa.....


Simply Siti eyeliner..only this one is affordable among this brand..hu..just wanna try her cosmetic product, other than Maybelline or silky girl..Oh yes, the another one is my blusher..


Wait..i'm not a girl that like to over makeup myself...i prefer to have a soft touch using the basic makeup stuff only..that's my style..:)

p/s: "because you're worth it"

Saturday, October 2, 2010

Cerita yang ingin dicerita..

Aku ada baca satu cerita..Bukan cerita, ianya sebuah catatan..mungkin tidak. Ianya satu impian barangkali.

Mahu dikongsi cerita itu?

Bukan cerita mengarut mahupun fakta, hanya sekadar pedoman diri melangkah dengan tenang sepanjang masa, bila memikirkan soal perasaan dan...cinta.

Impian seseorang yang sudah mempunyai cinta untuk diberi..Impian yang hanya berlegar-legar menanti masa untuk dikongsi bersama.

Setiap hari hidupnya penuh dengan suka dan duka. Penuh dengan cerita masa ria, disusuli tawa dan jenaka. Ah..terhiburnya dia tatkala memikirkan masa depan yang begitu sinonim dengan bayangan yang diimpikan.

Persis kisah seorang puteri dilamar putera yang menyelamatkannya dari sesuatu kesulitan. Lalu mereka bahagia dengan kehidupan yang dibajai rasa cinta itu.

Hmm... Mungkin impian dia sungguh menggunung dan akan tinggal impian sahaja.

Ya? kenapa? salahkah kata ku? Dia bukannya seorang puteri untuk mendapatkan seorang putera. Benar bukan? Dia hanya orang biasa yang tiada pangkat sebegitu dalam status sosialnya.

Suatu ketika, dia berasa sungguh sedih memikirkan nasib sendiri. Kenapa cinta itu harus dibiarkan begitu sahaja? Kenapa tiada yang berani menyentuh cinta itu? Ada. Tapi kenapa bukan dari orang yang dia pernah doakan? Kenapa bukan dari dia yang selalu buat dia tersenyum? Dan kenapa bukan dari dia yang sudah dianggapnya….ah, lupakan. Itu masalah dia.

Entah macam mana, satu kekuatan muncul. Sebenarnya, sudah acap kali diberi kekuatan itu, namun hati yang masih belum bersih sepenuhnya itu menafikannya. Dia jatuh lagi. Kali ini, dia bangkit dengan semangat dan azam baru. Bukan seperti azam yang dibinanya dalam diarinya sahaja. Tapi dia nekad untuk hanya menyerahkan pada Tuhan Rabbulalamin. Dia sudah mempunyai calon tapi hanya pada Allah dia bersujud dan menadah meminta sesuatu untuk kebahagiaan dirinya dan orang yang disayanginya itu. Dia hanya mengharapkan keredhaan Maha Pencipta dalam kehidupan ini. Mahu sahaja dia berubah hati, mahu berpaling dari niat asalnya. Tapi, seakan-akan dia ‘ditenangkan’ untuk mempercayai segala-galanya datang dari Allah..
Setenang sekarang barangkali.



Hebat bukan cerita dia? Bila cinta yang ikhlas itu disandarkan pada Allah semata, bukannya dengan rasa benci mahupun dendam membara.

 Aku terpegun dengan kisah ini..lantas aku mengambil diari merah jambuku dan membaca kembali catatan aku yang menghiasi rona kehidupan sebelum hari ini..Hari esok? insyaAllah..akan menjadi hari yang indah seindah harapan seorang gadis melayu solehah, impian setiap pria soleh. InsyaAllah…:)



Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget