Aku ada baca satu cerita..Bukan cerita, ianya sebuah catatan..mungkin tidak. Ianya satu impian barangkali.
Mahu dikongsi cerita itu?
Bukan cerita mengarut mahupun fakta, hanya sekadar pedoman diri melangkah dengan tenang sepanjang masa, bila memikirkan soal perasaan dan...cinta.
Impian seseorang yang sudah mempunyai cinta untuk diberi..Impian yang hanya berlegar-legar menanti masa untuk dikongsi bersama.
Setiap hari hidupnya penuh dengan suka dan duka. Penuh dengan cerita masa ria, disusuli tawa dan jenaka. Ah..terhiburnya dia tatkala memikirkan masa depan yang begitu sinonim dengan bayangan yang diimpikan.
Persis kisah seorang puteri dilamar putera yang menyelamatkannya dari sesuatu kesulitan. Lalu mereka bahagia dengan kehidupan yang dibajai rasa cinta itu.
Hmm... Mungkin impian dia sungguh menggunung dan akan tinggal impian sahaja.
Ya? kenapa? salahkah kata ku? Dia bukannya seorang puteri untuk mendapatkan seorang putera. Benar bukan? Dia hanya orang biasa yang tiada pangkat sebegitu dalam status sosialnya.
Suatu ketika, dia berasa sungguh sedih memikirkan nasib sendiri. Kenapa cinta itu harus dibiarkan begitu sahaja? Kenapa tiada yang berani menyentuh cinta itu? Ada. Tapi kenapa bukan dari orang yang dia pernah doakan? Kenapa bukan dari dia yang selalu buat dia tersenyum? Dan kenapa bukan dari dia yang sudah dianggapnya….ah, lupakan. Itu masalah dia.
Entah macam mana, satu kekuatan muncul. Sebenarnya, sudah acap kali diberi kekuatan itu, namun hati yang masih belum bersih sepenuhnya itu menafikannya. Dia jatuh lagi. Kali ini, dia bangkit dengan semangat dan azam baru. Bukan seperti azam yang dibinanya dalam diarinya sahaja. Tapi dia nekad untuk hanya menyerahkan pada Tuhan Rabbulalamin. Dia sudah mempunyai calon tapi hanya pada Allah dia bersujud dan menadah meminta sesuatu untuk kebahagiaan dirinya dan orang yang disayanginya itu. Dia hanya mengharapkan keredhaan Maha Pencipta dalam kehidupan ini. Mahu sahaja dia berubah hati, mahu berpaling dari niat asalnya. Tapi, seakan-akan dia ‘ditenangkan’ untuk mempercayai segala-galanya datang dari Allah..
Setenang sekarang barangkali.
Hebat bukan cerita dia? Bila cinta yang ikhlas itu disandarkan pada Allah semata, bukannya dengan rasa benci mahupun dendam membara.
Aku terpegun dengan kisah ini..lantas aku mengambil diari merah jambuku dan membaca kembali catatan aku yang menghiasi rona kehidupan sebelum hari ini..Hari esok? insyaAllah..akan menjadi hari yang indah seindah harapan seorang gadis melayu solehah, impian setiap pria soleh. InsyaAllah…:)
1 comments:
U're already a princess my dear..Princess wanie, So, now wait for your prince charming..Remember.."a good woman is meant for a good man" ...anyway, nice story..= Wan
Post a Comment