sayyidul istighfar



Tuesday, September 8, 2009

insaflah wahai manusia..

Ada baca Kosmo? Berita Harian?Baru baru ini, kita dikejutkan dengan kematian kanak-kanak berumur 3 tahun kerana ditikam bapa saudaranya sendiri..Ya Allah, mengapa manusia begitu kejam?sanggup memperhambakan jiwa rakus itu terhadap seorang kanak-kanak yang tidak bersalah.
Kanak-kanak comel tersebut,Mohd Adam Azrai Rosman ditikam oleh bapa saudaranya sendiri, seorang penagih tegar..apa nak jadi dunia sekarang? sudah tidak kenal keluarga dan darah daging sendiri..kejadiaan menyayat hati itu berlaku di Gua Musang Kelantan. sebuah negeri yang gah dengan budaya ketimuran dan mengamalkan ikatan kekeluargaan yang harmoni beserta lunas-lunas islam..tetapi bukan salah negeri yang didiami,salah diri sendiri yang sudah rosak dek kerana nafsu yang merajai hati.
Sedih rasa hati bila terdengar kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan orang yang tidak bersalah. semuanya ada hikmah..bulan ramadhan adalah untuk menyucikan diri, tetapi masih ada lagi yang tiada rasa keinsafan dalam diri untuk berubah. bila masalah datang menjengah, mereka dengan mudah mencari mangsa di depan mata. seperti yang berlaku pada arwah Mohd Adam..
huh,pengaruh dadah..ganja, candu,pil khayal, dan macam-macam lagi nama terkini. benda2 tu semua semacam memang tidak akan reda dari menular ke dalam jiwa remaja dan belia terutama pada mereka yang cetek pengamalan ilmu agamanya..dari zaman penjajah lagi, negara kita sudah dibiasakan dengan bekalan candu yang pada mulanya hanya digunakan untuk keadaan tertentu.

Bercerita tentang kesan pengaruh dadah ni mengingatkan wanie tentang satu kes yang berlaku di kg wanie sendiri beberapa tahun lepas. Kehidupan sebuah keluarga ni dahulunya agak kurang aman dengan adanya salah seorang anak yang menjadi penagih (pengaruh rakan)..bapa mereka sudah lama meninggal dunia.Ibu kepada 4 orang anak itu sudah lali dengan sikap anak sulungnya yang selalu buat masalah. Ibu mereka sangat sabar dan selalu redha dengan apa yang berlaku dan bertungkus lumus menyara anak- anaknya. Kadang-kadang anaknya itu akan bertindak seperti orang kurang siuman( insane), pernah bercakap seorang diri..walaupun tidak di bawah pengaruh benda haram itu, tetapi kesan yang sebelum ini cukup memberi gambaran tentang bahana dadah..dalam tahun 2000 mcm tu, suatu petang yang tenang dikejutkan dengan kematian anak sulung keluarga itu..bukan kerana kemalangan jalan raya atau penyakit tetapi arwah telah menggantungkan dirinya di dalam bilik!
hmm..tetapi ada hikmah nya disebalik itu, keluarga tersebut kini semakin bahagia dan menjalani kehidupan gembira..

p/s: insaf lah selagi masa masih ada..anak yang baik selalu membuatkan hati orang tua tenang walau hanya dengan senyuman..anda tentukan!

4 comments:

Badiozaman said...
This comment has been removed by the author.
Nur Hazwani Binti Pauzi said...

selalu macam tu..xkira, kena minta maaf once u read this comment..minta maaf cpt,hu

Badiozaman said...

ya..sory..peace..

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

its ok..:)

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget