sayyidul istighfar



Saturday, November 7, 2009

Sekolah yang ku rindu..

Bila melihat gambar2 lama, gambar kawan2 sek rendah melalui friendster / facebook..terimbau kisah2 yang mencuit hati ketika zaman sekolah rendahku.. Berbanding sekolah menengah, wanie lebih aktif di sek rendah..bukan aktif shj malah sgt2 aktif..mana taknya, setiap tahun dari darjah satu sampai darjah 6, tak pernah xde jawatan..darjah satu jadi penolong kelas,darjah dua sampai darjah 6, pengawas sekolah..hm, macam2 kenangan yg sehingga kini masih igt..yang sgt mengembirakan, guru2 yang mengajar dulu kan, masih igt nama wanie kalau terserempak dgn mereka..terharunya..antara peristiwa yang sukar dilupakan bagi wanie:


- Menjadi pengacara majlis perhimpunan tapi masa nak berdoa untuk menutup majlis, boleh plk terlupa doa tu..haih..
-Menyertai nasyid untuk hari PIBG..masa tu, abah wanie duduk kat blkg dan ia menaikkan semangat wanie untuk perform yg terbaik..
- Menyertai pasukan pantun..wah2..dah la tak pernah berpantun masa tu..tapi ok la...
-Dapat naib johan dalam pertandingan bersajak dalam BI..igt lagi baris ayat mula2..'hooray..hooray...' ha2...lucu..
- Wanie aktif jgk dlm sukan..jadi pengerusi rumah kuning..hee..tapi permainan yang kurang digemari ialah bola tampar sebab pernah tersalah teknik,tangan sakit sgt2..bola jaring yg jadi fav..n hoki..
-Wanie ahli Tunas Puteri..tapi ingat dpt further ke Pandu Puteri utk sek men..tapi kat SMKA Naim tak ada Pandu Puteri, so, terkuburlah pangkat 'bunga teratai' ku..hu2..tapi, wanie masuk PBSM dan sampai ke UKM pun terus menjadi ahli BSMM..
-Pernah satu ketika,jln2 menuju ke kelas dgn begitu girang sebab baru beli pemadam yang wangi( mula2 keluar jenis pemadam wangi)tapi pastu....DEBUMM...jatuh..malunya..dah la ramai org..tu la, jln tak hati2..
-Antara wakil membuat perjanjian dgn guru kelas supaya tidak mencampurkan kami dgn kelas sebelah kerana tidak mahu berpisah( masa tu guru kami ramai bercuti)
-Mengadakan persembahan lagu 'kuch2 hota hai' ( sebagai kajol yang sopan),siap ada gitar.. tapi lastly, dibatalkan sb tak cukup masa..
-Ada cikgu menggelarkan wanie dan adik wanie tu sbg 'paula & paulina' ( cerita mexico La usurpadora yg famous tu) sb kami seiras walau beza 2 tahun..
-Masuk pertandingan bercerita..dah la cikgu yg melatih tu kan suruh guna keris pusaka..takut jgk..
-Ada study group yg dinamakan 'independent', pastu tukar nama jadi 'sparkle and brilliant' ha2..alahai..huu..rindunya kat my best friends..ahli2 kumpulan: fadilah, farahana, suhaidah dan wanie..(mcm2 yg berlaku sepanjang study group berlangsung termasuk bacaan ikrar..ha2)
-Buku skrap pasal tumbuh-tumbuhan yang wanie dan suhaidah buat dapat mewakili sekolah ke peringkat daerah..yang menghairankan, kami rasa buku ciptaan kami itu yg plg simple dan handmade (not computer made)..alhamdulillah..oh,siap bermalam di rumah cikgu tuu nak siapkan utk bertanding..
-Dan yang sgt indah, bila dapat 5A dlm UPSR..alhamdulillah..terima kasih mama,abah,guru-guru ku yang tercinta..


Hm..tapi wanie n kawan rapat tak pernah masuk pertandingan nyanyi2..syok sendiri je kami klau masuk..ha2..selalunya, adik beradik Misha Omar ( Misha Omar dh ke sek men masa tu) la selalu memasuki pertandingan sebegitu kat sekolah kami..suara best..boleh la..hee..hm,tu lah antara yg menjadi kenangan..dan kdg2 kenangan2 ini yg membantu menaikkan semangat wanie dlm byk perkara..Sekolah Kebangsaan Demit..tetap dlm ingatanku..


Gambar kenangan sewaktu darjah 6..'6 Pintar'...diambil dari kawan yg upload kan..tq very much...miss you...!
p/s: Selalulah sertakan doa kepada guru-guru kita yang banyak menabur jasa..tanpa mereka, mungkin kita tidak tau baca dan alpa..Ya Allah, ampunilah dosa guru-guruku, permudahkanlah hisab bagi mereka, dan bahagiakanlah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat..amiin..:)

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers