sayyidul istighfar



Thursday, November 26, 2009

hari raya datang lagi...

Assalamualaikum..haa..pejam celik pejam celik..kita sudah pun nak menyambut hari raya lagi kan? hari yang sangat bermakna dan besar ertinya bagi umat islam iaitu Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Aidiladha..wanie suka perayaan ini kerana disamping dapat menunjukkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan mengadakan ibadat korban, takbir Hari Raya juga boleh didengari lebih lama berbanding Hari Raya Aidilfitri..hm..tapi, bagi kanak2 mungkin tidak semeriah Hari Raya Puasa kerana duit raya kurang..ha2..mana taknya, jarang sangat orang akan bagi duit pada hari raya haji..orang banyak sedekahkan daging korban..walaubagaimanapun, setiap perayaan ada tujuan dan sebabnya yang tersendiri kan? Jadi, marilah sama-sama kita menghayati dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada berlakunya ibadat korban dalam islam..
Teringat pula bait-bait lagu Tan Sri P.Ramlee iaitu 'berkorban apa saja..harta ataupun nyawa..'
Kepada bakal haji dan hajjah yang amat bertuah menjadi tetamu rumah Allah pada tahun ini, selamat menunaikan ibadat haji..semoga mendapat haji yang mabrur..Di kesempatan ini, wanie nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli keluarga wanie, orang yang disayangi, kawan-kawan, dan muslimin muslimat..semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar dan dirahmatiNya..insyaAllah..
p/s: selamat menjalankan ibadat korban..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget