sayyidul istighfar



Sunday, November 8, 2009

ku mahu

Aku sudah lama mengenali dirimu..aku suka penampilan dirimu yang berkeyakinan..tapi pada mulanya, aku tidak mengambil kisah tentang kehadiranmu..








Hari berganti hari, tahun berganti tahun, aku dipertemukan kembali dengan dirimu..baru kesedar kepentinganmu untukku..







Aku terfikir kenapalah aku tidak menghargaimu sejak kita mula mengenali..huh, bukan salahku, ramai yang menyukai dirimu, tidak hairanlah aku seperti tidak mengendahkanmu..







Sesekali kau muncul, lepas tu, kau pergi..haa..entah bila agaknya aku selalu boleh bertemu denganmu..tetapi aku sedar, kau bukan selalunya milikku..sesekali aku akur kau perlu berhijrah..







Tetapi, aku masih ingat bila kau membantuku dalam urusan harianku..kadang-kadang aku tersenyum bila mengetahui kau ada dalam hidupku..







Beberapa temanku pernah berkata padaku yang menyusahkan diri sahaja menanti dirimu, tetapi aku tidak peduli sebab aku senang sekali dengan mu..







Ah, biarkan mereka..yang pasti, aku gembira bila kau ada..kali ni, aku puas hati, kerana kau masih ada untukku..








Dan aku akan pastikan kau akan menolongku sekali lagi untuk mencuci pakaian dengan mesin basuh sebelum aku pulang bercuti..







oh, syiling 50 sen!









p/s: haih..duit 50 sen saja dapat untuk guna mesin basuh tu..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers